Friday, 15 November 2013

Kahwin? Berapa Budget Engkorang?

Bila yang bujang sentuh bab kahwin je, mesti engkorang semua happy untuk mereka.

Tapi, yang penyebutnya itu -- "mampos lah aku. mana nak cari duit lebih ni." Berpeluh-peluh dorang tu.

Kalau engkorang tanya budget kahwin aku, aku rasa, murah jer aku kahwin. Murah tak murah. Sakit jugak lah sebenarnya.

Aku rasa total perbelanjaan untuk kahwin lelaki dan perempuan campur semua sekali (termasuk hantaran lelaki dan perempuan) ialah kurang dari RM20,000.

Kenapa? Sebab aku buat satu tempat je. Memandangkan kami tak suka banyak kerja dan kami rasa, tak perlu panggil banyak sangat orang, itu yang boleh ngam satu tempat. Alhamdulillah. Semua okay jer. Makanan pun cukup. ada lebih sikit rasanya.

Kami buat di Pariss Hotel. Aku tak ingat berapa sewa dewan tu sehari. Termasuk kerusi dan meja sekali. Sungguh aku lupa. Tu pun butik andaman aku yang suggest kan. Nama Butik Andaman yang aku pergi tu Polaris. Dekat Setia Tropika butiknya. Yang murahnya, kami kautim dengan mak andam tu, kasi pelamin simple teruk punya, pastu baju lelaki dan perempuan. Kami tak bersanding. So, tak perlu rasanya nak pelamin grand grand. Mak Andam kasi pinjam kerusi jer untuk sesi bergambar kami. Baju nikah kami buat sendiri. Beli jer kain kat Jakel, Hantar tempah. Hasben pun sama. memang saving!

Sekadar gambar hiasan


Catering pulak kami ambil catering luar. sebab kalau kira catering hotel memang mahal. Jadi, kami amek catering luar yang juga di-suggestkan oleh Mak Andam kami. sedap dan murah!

Photographer pulak, kami cuma mintak upah amek gambar masuk dalam CD jer. tak payah print semua. sebab yang itu nanti ada duit lebih boleh lah print kan. Ala, simpan aja gambar kahwin dalam pendrive, computer, Fesbuk. Haa, forever jugak kan. Tapi kalau print lagi best lah kan?

Memang kami tak banyak membazir kepada benda yang remeh. Kami lepaskan benda major dulu jer. Lepas tu baru benda remeh. Ala, hantaran tu tak payah lah nak letak aipon ke apa ke. Aku ni, letak satu beg duit, perfume, pastu Quran, pastu benda benda cm coklat, kek semua. Hasben pun sama. Cincin kami? hiks.. cincin kami tak cecah rm1500 pun. bawah dari tu. Cincin hasben lagi murah. Cincin aku mahal 100, 200 je dari cincin hasben. Yang aku nak forevernyer, hubungan suami isteri dengan Hasben. Bukan cincin yedak?

Ikutkan hati, kami memang tak nak sanding. Tapi yelah, orang sekarang ni, kang tak buat majlis difitnah nyer kite. Cakap kite kawin sebab dah bunting lah. kawin kena tangkap basah lah, kawin paksa lah apa lah. Jadi nak elakkan fitnah, buat je lah majlis yang biasa biasa. Ikut kemampuan. Buat apa nak berhabisan untuk majlis kahwin sedangkan, nanti lepas kita kahwin macam macam lagi benda yang penting kita nak fikir. Macam rumah, kereta, minyak kereta, makanan seharian, baju, perkakas rumah. At least lepas kahwin tak ada lah sempit sangat.

Yang penting, ikut lah kemampuan korang. Kalau korang banyak sponsor atau memang datang dari keluarga yang banyak duit, korang buat lah ikut kemampuan dan kemahuan korang. Kalau korang hidup biasa biasa jer macam aku, jangan lah sesekali amek loan semata mata untuk majlis kahwin. Dah kawin pun kaki kena gari lagi dengan bank. Itu belum fikir kaki kena gari dengan bank sebab buat pinjaman utk belajar. Haaa kan ke seksa diri tu nama nya?

Kepada sesiapa yang nak berumah tangga tu, aku doakan korang semua bahagia sehingga ke akhir hayat dan In Shaa Allah rumah tangga kami semua diberkati-Nya. Amin~

Ngantuk.






MENGUAP KALI KE 56, 823, 406.

Monday, 11 November 2013

Bengkak Kaki.

Hi, lama pulak rasanya aku tak update blog ni.

Alhamdulillah, minggu ni minggu ke 15 aku hamil.

Sebenarnya aku boring gila duk ofis ni. HR aku cuti panjang kemain pula. dah, aku sorang je kat dalam ofis ni. ngantok rasanya tapi tak boleh nak lelap mata. tak tahu kena. adakah ini cinta? ni sambil tulis ni pun aku sempat nguap 2 kali ni. mata berair je.

Tadi pagi aku ke PJ. ke tempat client aku, Samsung. sebenarnya aku kena pergi semalam. disebabkan semalam pagi hujan turun dengan lebat dan indahnya, aku tak jadi pergi. tunda ke petang semalam. tapi petang semalam rasa malas pulak. tak ada mood tiba tiba disebabkan benda remeh. tapi efek emosi aku juga tu. nak dijadikan cerita, aku pun pergi lah pagi tadi. dah setel kerja aku kat sana, dalam pukul 10 macam tu aku keluar dari Samsung tu, aku nak balik ke ofis KL. dari Samsung tu aku kena naik bus, tahan tepi higway. lepas tu aku kena turun dekat tren Asia Jaya dan teruskan perjalanan ke KLCC.

Sampai KLCC, aku pun berjalan lah merentasi KLCC dan ke Convention Center dan terus ke Jalan Pinang. Opis aku kat Jalan Pinang. aku rasa dari tren KLCC ke opis aku amek masa 15 ke 20 minit juga kalau aku jalan lambat lambat. tak, pada aku memang jauh dan memenatkan. lepas tu, aku sampai ofis terus on laptop, terus aku keluarkan bekpes aku iaitu popiah otak otak dan cucur badak. aku patutnya amek sarapan dalam pukul 9. disebabkan aku kat PJ tadi, aku terpaksa makan bekpes aku pukul 11 suku. belum habis lagi bekpes, mulut penuh makanan, boss call. suruh antor kan doc dia. Dia tunggu kat MAYBANK KLCC. laptop aku pun email tak sempat masuk lagi.

Aku ada lah cakap aku baru sampai opis tapi dia buat bodoh jer. nak taknak, jalan lah aku ke KLCC balik. ya ampun, penatnya, Tuhan je yang tahu! sampai je opis aku rasa kaki aku sakit, skali kaki bengkak daaaa.
da serupa dengan hasben punya kaki masa dia kena gout. kah!

Jadi pengajarannya, cakap dekat boss, datang sini boleh tak? aku baru nak duduk makan ni. haa gittew.

Sekarang aku nak fikir caner aku nak balik?



Superwoman--

Wednesday, 23 October 2013

Bunda, Ayahanda..

Kesat air mata.

Tidak tertahan sebak didada. Teringat bunda dan ayahanda.
Tua-tua tidak bermaya, mungkin rindukan semua anaknya…

Kesat air mata lagi.

24 Oktober. Apa yang nak dibangga? Hanya tarikh dimana umurku bertambah.
Dosa tidak pulak berkurang. Makin membukit, adalah..
24 Oktober. Bunda mengerah tenaga separuh nyawa. Keringat tidak dipeduli untuk diseka.
Hanya berharap anaknya selamat, selamanya dunia dan akhirat..
24 Oktober. Mungkin aku lupa, merdunya suara ayahanda, bisik Iqamat di telinga.
Harapan anaknya jadi orang berguna. Tiada sedih, tiada duka..
24 Oktober. Hanya tarikh yang paling tepat untuk mengucap syukur.
Kerna Bunda dan Ayahanda masih disisi. Moga terus dipanjangkan umur..

Bunda, Ayahanda,
Aku cinta..
Bunda, Ayahanda,
Aku rindu..

23 tahun hidup aku tidak pernah kamu muak menadah tangan. Mohon Tuhan lindungi aku, mohon Tuhan berkati aku, mohon Tuhan sayangi aku.
23 tahun hidup aku tidak pernah kamu sesal melahirkan anak seperti aku. Yang mungkin  satu harinya, akan tinggalkan kamu. Yang mungkin satu harinya, akan lupakan kamu.
Tapi, 23 tahun hidup aku, walau sedetik juga tidak pernah lekang hati aku menyebut kamu. Tidak pernah bosan mengingat kamu. Tidak pernah lupa menyintai kamu.
Kerna, tanpa kamu, aku tidak mampu untuk hidup walau satu hari. Tanpa kamu, aku tidak mampu jadi manusia yang tahu diri. Tanpa kamu, aku tidak mampu tempuh liku dan duri..

Bunda, Ayahanda,
Aku cinta..
Bunda, Ayahanda,
Aku rindu..




Sunday, 20 October 2013

Monday.

"Alaa, hari ni Hari Isnin. Bukan Hari Kiamat. Jangan lah mengeluh sangat. simpan keluhan tu masa Matahari sejengkal atas kepala"

Isnin.

Sama macam orang lain, aku pun tak suka Isnin. Mungkin atas dasar -- Malas pergi kerja. Bukan Mungkin. MEMANG. Tapi pada aku, orang yang malas pergi kerja macam aku ni, sebenarnya loser paling loser sekali. Duit nak, kerja taknak.

Tapi sebenarnya aku, bukan lah tak suka bekerja. Aku suka bekerja dalam bidang yang, aku minat. Benda yang aku suka. Contohnya, Hias rumah, Hias Kek kahwin, Hias hantaran. Eh? Tak lah tak. Okay, aku cerita serba sedikit lah eh.

Cita-cita aku dulu nak jadi Interior Designer lah, Arkitek lah. Tapi yang ini aku simpan dalam hati. Aku luahkan masa aku tingkatan 4. Masa tu tengah fikir nak amek aliran apa. Bila aku nak apply masuk sekolah teknik, aku nak amek Mekanikal. Sama macam abang aku. sebab ada lukisan kejuruteraan. Tapi ditentang oleh abang aku. katanya, Mekanikal tak sesuai untuk perempuan. Sebab nanti susah nak dapat kerja. Jadi, abang aku applykan aku aliran Perdagangan -- Major Accountancy. Ya ampun. Aku memang suka matematik. Tapi aku tak suka akaun. Leceh tau tak leceh?

Masa aku lepas SPM, aku ingat nak sambung amek diploma jurusan pereka dalaman. tapi sekali lagi, ditentang oleh abang aku. Katanya,  MAHAL kos belajar tu. ye lah, projek nya nanti nak kena buat itu dan ini, mahal semuanya. Jadi, sekali lagi, aku terpaksa apply Accountancy.

Last last, akibat dah tak tahan sangat kemalasan belajar benda yang aku tak suka, aku pun mengambil endah tak endah jer. Terus lah aku tak sambung. Belajar sekerat jalan je.

Akhirnya aku duk opis, buat kerja interview orang, carikkan orang kerja je. Bersyukur lah juga sebab ada kerja dari takde kerja kan. Tapi tu lah, semangat dia lain rasanya kalau kita buat benda yang kita minat dengan yang tidak ni. kan?


dyn.

Friday, 4 October 2013

F.R.I.E.N.D.S

"You don't have to be in a group to have friends. 
True friends are rare. They came into your life to be with you.
No matter how hard your life is, they will STAY."


Thursday, 3 October 2013

Anugerah.

Lama betul tak update blog ni. Al-maklumlah. Wanita bekerjaya. kah kah kah.

Alhamdulillah. Rezeki Allah, kami telah ada rumah sendiri. cuma masih tunggu loan bank untuk diapprove. Tapi tuan rumah beri kepercayaan kepada aku dan suami untuk pindah masuk dahulu since tak ada orang jaga rumah tu. Jadi kami pun dah masuk rumah tu. Dah transfer barang semua. Dan, semua barang dipindahkan oleh Hasben tercinta seorang sahaja ya. Gagah tak gagah nya suami aku ni. Ye lah. Kawan-kawan memang banyak. Kawan tu susah nak cari. Tapi tak apa lah. kite pun segan nak mintak tolong orang. Takut orang tolong tak ikhlas, dibawanya cerita tentang kita dekat orang lagi. Malas lah nak layan. Kadang kadang kita pun faham. Kawan kita sibuk. dengan hal masing masing dan tak boleh tolong. Takpe. Kan aku dah kata. Suami aku gagah.

"Nak cari pakwe untuk jadikan suami, cari yang boleh pindahkan barang ke rumah baru sorang sorang ya. Jangan cari -- harap badan berketak, pergi gym konon. tapi nak pindah barang pun tak larat!"

Dan oh, rumah aku berada di atas bukit. Ukay Perdana 2. Rumah tingkat paling atas iaitu tingkat 4 dan TIADA LIFT. harap maklum lah ye. Tapi takpa. Suami aku ajar aku untuk jadi gagah mendaki anak tangga tu. Walaupun sampai kat atas hidung dah kembang kempis. Kah kah kah.

Lagi satu berita gembira dalam tahun ni untuk dikongsikan adalah -- In Shaa Allah aku bakal bergelar Mummy dan suami aku bakal bergelar Daddy. Rezeki Allah. Kandungan aku sekarang 9 minggu. Masih belum scan untuk tahu jantina. (Aku agak minggu ke 10 baru tahu kot.) So yeap, aku mungkin akan pergi minggu depan atau minggu ni untuk scan tengok baby aku sihat ke tak.

Mengidam? JANGAN CAKAP! Nasib baik aku tak ngidam benda bukan bukan seperti nak minum petrol, nak makan span, nak kunyah kuali ke. Aku cuma kurang makan benda manis. Aku lebih kepada makanan pedas dan masam. Aku perasan, masa mengandung ni, kegemaran aku adalah air Orange dan buah Orange dan buah yang masam. Mungkin masa sebelum mengandung aku kurang konsum air berasaskan buah orange. Sebab aku kurang sikit benda benda masam ni. Dan, yang paling hebat, aku mengidam, Mee soto. Setakat ni baru 2 kali aku dapat makan mee soto. satu TAK SEDAP. satu lagi OKAY-OKAY je. dan yah, Aku ngidam rojak singapore. MANA NAK CARI ROJAK SINGAPORE KAT KOLUMPO NI WEH! Dengan itu, aku pun pendam perasaan aku. T.T pernah aku kena marah dengan hasben sebab aku menangis tak dapat mee soto. sebab masa tu kedai mee soto tutup. -.-" Baru tahu penangan orang mengidam semasa mengandung!

Hidup aku dan suami seperti biasa. Kami sentiasa hidup dalam keadaan bersederhana. Alhamdulillah, 8 bulan tidur dikatil single, sekarang dah katil queen tapi masih tak ada katil. tak perlu pun sebenarnya katil tu. Dan, Alhamdulillah,  rezeki lagi, Mak mentua aku sponsor Peti Ais, TV 32inch, Washing Machine, Stove, Microwave, Gas, Pinggan Mangkok Cawan, Kuali sudu garpu, senang cerita barangan asas pindah rumah totally kosong! Yelah, sebelum ni aku dan hasben menyewa BILIK sahaja. mana lah banyak barang kan. Alhamdulillah, Memang betul orang kata, anak ni pembawa rezeki. In Shaa Allah.

Secara totalnya, aku bersyukur, walaupun TIDAK KAYA, walaupun  TIDAK PAKAI BARANGAN BRANDED, walaupun TIDAK PAKAI KERETA MEWAH, namun aku dan suami hidup bahagia. Kami lebih bahagia hidup kami sederhana. Sebab aku sedar, aku yang sekarang ini datangnya dari keluarga yang sederhana. kalau aku datang dari keluarga yang kaya raya, mungkin aku jadi orang lain. mungkin aku bukan aku yang sekarang ini. Aku bersyukur seadanya diri aku dan hidup aku.

"Hidup ni tak lama. Esok lusa kita mati. Harta semuanya ditinggalkan. Untung kalau anak seorang tidak rebutkan harta. Kalau anak anak ramai? Kita sudah reput dimamah ulat, anak anak masih meratah darah daging sendiri untuk mendapatkan harta? Buat apa kita didik anak kita jadi tamak?"

Terima Kasih, Allah.


-Superwoman-