Monday, 14 December 2015

Birthday Kesi Kasedah

Last night was awesome. Entah, aku rasa definasi awesome aku kadang kadang biasa biasa je buat sesetengah orang. Tapi trust me, if you appreciate it, kau akan rasa benda tu awesome. Apa yang jadi semalam?

Semalam aku dan rakan rakan lain buat surprise birthday Kesi.

Aku keluar lewat sikit. Jumpa ieda dalam pukul 4lebih. Duk melepak dekat wisma central. Kebetulan faez dan piki juga ada dekat area sana. Jadi kami duduk berbual. Datang lagi dua orang kawan (kawan baru aku). Berbual lah pasal benda benda yang -- deep. Pasal dunia. Hehe. Bagi siapa yang kenal rapat dengan aku, dorang tahu yang aku memang suka bila lepak berbual ada topik nak dibualkan selain berbual kosong. Berbual punya berbual, jam pun dah pukul 7. Kami janji nak meet up kat area rumah Kesi. Puas lah aku tipu Kesi. Aku cakap nak letak barang lah, nak berbual dgn dia lah. Hahahaha. Sesungguhnya taktik aku berjaya! 😁 so, aku gerak dgn ieda naik train. Mira dgn paan, fyka dgn deham.

Sampai sampai je, punya lah laju kita berjalan cari kepsi. Kami beli kepsi satu bucket, beli air kat Tesco Express. Mira dgn Fyka belikan cake.

Pungpangpungpang, aku dah duk kat bawah rumah kesi tu. Ada bustop. Sekali aku tengok cuaca dah macam nak memerah je ni. Aku cakap kat ieda "dipan rasa kita kena masuk dulu". Masa kita lari masuk tu, hujan tetiba lebat gila. Angin meniup sempoi sempoi sampaikan aku rasa aku sebenarnya 40kg je. Macam nak terbang aku! Kahkahkah.

Ngam ngam, terus hujan selebat yang mungkin. Sebab nak ke rumah Kesi tu kena lintas ke blok dia lalu taman (open air). Aku cakap, ni tak lepas ni. Jadi kita releks kat bawah blok A. Sementara tunggu yg lain sampai nak parking kereta. Dorang da masuk dah. Aku cakap ni takleh jadi. Dah lewat dah ni. Aku pun teringat pakwe belikan poncho. Kkkkkkkkk. Aku pun sarung poncho dengan perasaan geli hati. Wehhhh kelakar wehhhhh aku rasa kalau ada pakwe hensem kat situ, jatuh teruih air muka!

Aku dgn ieda lari ke blok Kesi. Betul betul struggle lah. Sambil lari sambil aku ketawa. Jahanam imej aku time tu! Kahkahkah. Selang beberapa minit dari kami redah hujan tu, hujan pun reda. -______-" lepas tu yang lain lain pun sampai.

Kami terus naik atas. Aku jalan dulu. Si Kesi tanya ieda mana, aku cakap ieda kat bawah. Jap lagi dia naik. Aku tak get ready jawapan untuk soalan tu sebenarnya! Cepat cepat aku tukar topik. Pastu dah masuk tu, ieda da waksep dah. Aku pun mcm blur kejap. Aku amek kunci,haa time tu lah aku lupa macam mana nak bukak kunci rumah kesi ni! Celaka betul. Last last kesi yang bukak. Nasib baik kesi bukak. Dia bukak pintu je, nampak budak2 ni pegang cake. Lepas tu dorang sume nyanyi lagi bday. Si Kesi ni tu dia, lari teruih masuk dalam akibat terharu! Tapi pintu tak bukak lagi tu. Kahkahkah! Terharu punya pasal. Tapi tak nangis pulak dia! 😂

Maka, dengan itu sukses lah plan surprise birthday Kesi. Walaupun nampak simple. Tapi, aku tahu,dia happy. Itu je kami sebagai kawan kawan mahukan.

Untuk Kesi,
Selamat ulangtahun. Semoga sentiasa dilindungi Tuhan, diberkati, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umurnya. Aku sayang kau, weh! Yomnyak!






Sunday, 13 December 2015

Hujung Minggu

Weekend went very well! Even nampak macam biasa biasa but i tell ya, it wasn't. I got to see my friends, and my love. We talked, we laughed, we drink (but not drunk). Yea, I couldn't ask for more.

Pada aku, spend time dengan my loved ones tu yang paling important. Entah. Yes. Sometimes I need my time alone tapi bila aku fikir fikir balik, in a week, you have like 5 to 6 days yang kau sorang sorang. So, why not the other remaining days tu kau spend untuk kawan kawan. Just to have some fun.

Sebelum ni orang kata aku anti-social (in real life) and ada yang tanya aku "kau introvert ke?" Err nope. I'm not.

Aku bersosial tapi with my few friends dan dgn orang yang aku sayang. Aku jenis nya susah nak rapat dengan orang. Dan kalau aku rapat dengan orang tu, maka dengan orang tu saja lah yang aku selalu keluar. Yang kawan 'biasa-biasa' tu semua, aku akan jumpa dorang kalau ada event ke apa. Fasa untuk aku rapatkan diri dengan seseorang tu lama kot. Sbb aku senang rasa awkward. But once kau dah ngam, game over ah. Hahaha.

So yeah, malam ni keluar lagi. Besok kan cuti? Have fun ah apa lagi!

Eh sat, aku hari tu terbukak blog lama aku. Aku baca balik post dari 2008. Fuh! Lain benor cara penulisan aku. Aku lebih matang dan lebih serius sekarang. Dah takde unsur unsur kelakor dalam penulisan aku. Aku fikir fikir balik, adakah ini yang dinamakan cinta? Kbai.

Wednesday, 9 December 2015

Hate.





I can't accept the fact that I still haven't forgive every single thing he did to me. I moved on but it hurts me everytime he came across my mind. I hate the fact that I was so stupid. 


YOU WISH ME WELL,
I WISH YOU HELL.

Monday, 7 December 2015

Oldschool

Lately I've been crazy dengan kaset dan cd (especially kaset). Pasal it reminds me of my childhood.

I remember when I was 12, kalau aku dapat 5As, i will get discman as a present. And if I get 4As, I will get a walkman. So I got 4As. Dapat lah walkman sebiji. Time tu memang walkman tengah in betul. Discman pula untuk orang yang ada duit lebih sikit lah.

So, on my birthday (24th Oct) my boyfriend suprise me with walkman and a discman. Masa tu kami masih long distance relationship.

And Sarjan Hassan tape and my fav chocs. Omg. Aku tak tahu lah. Rejeki aku agaknya dapat pakwe macam ni. Jarang betul aku dapat surprise2 ni. Alhamdulillah. I was darn happy, I told ya. My face was getting all blushed and I was sitting on the floor with my air mata bergenang. Haha. And Pidah was laughing at me. 😂

So, for the first time in my live, aku terasa nak kumpul stuffs (selain buku. Since aku suka baca buku so, aku memang indirectly ter-collect buku). So I keep buying tapes and all. I've been searching for Defiance releases and I spent RM50 for two tapes. But I was satisfied (masih kepuasan). 


Kalau pergi ke Basement Records tu memang selamatlah duit aku terbang. (Btw, thanks to Matnor Basement for helping me to find these Defiance tapes)
Lepas tu aku pergi Jalan Raja Bot. And I found this abang sells tapes and cds. Like, he has all the dulu dulu punya tapes. Gila lah. And I went like, crazy. I wanted to buy all (haha. Mana ada duit!) Tapi ku tahan, Jebat! 😂 so, i bought 1 or 2 tapes whenever I visited him. With RM5 per tape. Murah kan? 

Aku belanja lagi gambar tape aku. Ada yang tak ada gambar. Nanti lah aku amek hehe. More to go~~~ 


Maliq & d'essential (boyfriend gave me this since I like 'em so much! So I bought him Subculture (twin tape) in return 😁)

And that night I bought two of these, terus aku nyanyi lagu 'You know I can't smile without you~' Lame siak dipan.

Since Toni Braxton is one of the female singer that I adore since forver, so I couldn't stop myself from buying this! 


Assuming? Please f off.

"Cepatnya dia ada pakwe baru"
"Dia baru je bercerai, dah ada pakwe"
"Mesti dia bercerai sebab kantoi ada pakwe"

Salam.

First of all, benda yang diatas, aku pernah dengar ada orang cakap. Belakang belakang atau depan depan. Just to clear things.

Aku bercerai sebab bekas laki aku yang nak. Sebab dia ada perempuan lain since MAY 2015 (which I found out after we divorced). Basically, aku jadi bodoh selama tiga bulan sebelum kami bercerai. Aku tak pernah tahu dia ada perempuan lain. Sebab aku percaya dia. Yang lain lain, kami dah settlekan sendiri. Tak perlu assume benda yang korang tak tahu. Jatuh fitnah, dosa. Nanti korang merangkak cari aku kat Padang Mahsyar. Jadi mengelakkan aku rimas di masa hadapan, aku maafkan korang yang selama ni assume hubungan aku dengan bekas suami.

Ya. Aku ada pakwe. Lepas aku dengan pakwe berpisah, aku memang ada pakwe. Aku rapat dengan pakwe aku selepas AKU DENGAN BEKAS SUAMI BERPISAH. Bukan masa kami masih bersekedudukan.

Kenapa aku cepat sangat dapat pakwe?
Jawapan aku;
Kenapa aku tak boleh ada pakwe?
I DESERVE TO BE HAPPY. I DESERVE TO BE LOVED. So what kalau cepat atau lambat? I am happy. Aku bukan perempuan yang lemah. Kena tinggal terus tutup hati untuk orang lain. Buat apa? Aku tanya engkorang. Buat apa aku nak seksa diri sendiri? I know what's good for myself! I had enough crying over people who doesn't love me, gave me false hopes, broke their promises. I had enough. Tak guna pun aku nak seksa diri aku untuk orang yang jahat macam tu.


Ya, aku mengalami depresi sebelum ni. Ya. Sebab... kau bilang aku siapa yang tak depresi kena macam gitu? Bodoh sangat ni kenapa? Dah 2015 tau! Tapi sekarang aku dah recover sepenuhnya. Aku dah move on dan aku dah melantakkan orang yang hancurkan hidup aku.

Apa lagi engkorang nak tanya? Haa cepat tanya aku sendiri. Stop assume things you don't know. Apa yang kau nampak kat drama TV3 yang bodoh tu tak semuanya betul. Dunia ni luas, macam macam kemungkinan boleh berlaku kadang kadang diluar pemikiran kita sendiri. Wake up lah. Dah 2015! Stop watching those bullshits dekat TV dan media media lain. Baca buku. Bukan satu jenis buku. Tapi pelbagai jenis buku.

Contoh. Topik : how to move on.
Kau kena baca at least 3 to 5 books with similar topics but different author in order to get the best way to move your ass on.

PLEASE, STOP ASSUMING LIKE YOU KNOW EVERY SINGLE SHIT ABOUT ME (OR WHAT HAPPENED ON MY PREVIOUS LIFE THAT MAKES ME LIKE THIS. BLEERRGGHHH)




Wednesday, 23 September 2015

Kosong

Kadang kadang aku terfikir. Apa masa marriage kami, aku terlalu baik ke? Sampai dia sanggup buat aku macam ni.

Kau tinggal kan aku. Lepas dua tahun kita bersama. Tak pernah aku minta harta mahal mahal dari kau. Kau tak perasan kan? Cuba kau bandingkan aku dengan perempuan yang lain yang mahukan itu dan ini. Tapu kau tak nampak. Yang kau nampak aku cuma mahukab duit kau SELEPAS kita berpisah. Kenapa?

Sebab kau tinggalkan aku terkontang kanting. Alasan kau adalah, tak sefahaman, tak sehaluan, tak serasi. Aku redha dengan keputusan kau. Aku beri kau ruang. Tapi kau tak ada effort untuk bawak rumah tangga kita ke jalan yang lebih baik. Aku nekad, aku redha dan aku lepaskan kau.

Lepas seminggu talak dijatuhkan, kau bawa perempuan ke tempat kerja kau. Dan lebih menyakitkan, perempuan itu aku kenal dan sebelum ini sangat lah baik. Bekas pekerja kau. Aku sabar. Tuhan saja tahu macam mana remuknya hati aku. Kawan kawan kata aku kuat. Aku kata aku kuat. Tapi bila malam, aku menangis bagai mahu mati. Kau tahu? Tak. Kau tak tahu.

Kau semakin berani, bawa perempuan itu kehulu kehilir, pegang tangan. Masa tu bermacam cerita yang timbul. Rupanya kau dengan dia dah berkepit dari bulan May lagi. Kenapa aku tak tahu? Sebab aku bodoh. Dan perempuan tu seakan tertawa bila lalu di hadapan tempat kerja aku. Mungkin niatnya, mahu aku tahu yang dia berjaya rampas kau dari aku. Kata aku, kau perempuan, kau akan tahu perasaan perempuan yang kau hancurkan rumah tangga nya. Demi Tuhan, aku belum boleh maafkan kau.

Jodoh? Ya. Mungkin jodoh kamu berdua. Kalau angin tak bertiup masakan pohon mahu bergoyang?

Aku sabar. Aku sabar dan aku terus menerus bersabar. 
Janji kau mahu selesaikan motor. Aku request transfer ke outlet di KL. Kenapa? Sebab kesabaran aku semakin menipis. Aku tak mahu seksa hati aku untuk lihat kebahagiaan kau dan dia yang sepatutnya milik aku. Tapi mana janji kau?

Kau cakap, aku berkira kerna duit. Bagaimana pula dengan semua yang kita kongsi masa hidup bersama? Pernah aku berkira? Aku tak pernah merungut untuk bayar separuh dari perbelanjaan bulanan kami. Itu yang kau kata aku berkira? Bodoh sangat ke aku ni? Atau aku terlalu lemah untuk tegakkan hak aku sebagai orang yang teraniaya? 

'Seems like i made a right choice' to leave me? Seriously? I swear to Allah you never got the chance to get a girl like me. Yang jaga kau masa kau sakit macam nak mati. Yang nangis teresak esak sebab tengok kau tahan sakit. Yang mula dengan hanya naik motor kapcai dan tinggal sewa dibilik kecil, yang tolong kau BANYAK. Kau tak akan jumpa. Percayalah.

Aku moving on. Aku akan teruskan hidup aku macam biasa. Bila aku dah tak ada depan mata kau, kau akan nampak betapa kau dah lepaskan permata demi kaca. Ingat tu.



Ummar, mummy mintak maaf sayang. Mummy sayang Ummar. Ummar adalah satu satunya anak mummy. Dunia akhirat mummy

Tuesday, 4 August 2015

Tamat

Setelah dua tahun dan enam bulan.


Apa saja yang tak berpisah?
bezanya antara aku dan dia dan kamu,
perpisahan antaranya itu, lain.

Siapa bilang aku tak sedih?
Siapa bilang aku tak sakit?

Jika kau belah hati aku,
Baru kau tahu betapa lukanya aku.

Tiada mudahnya untuk aku,
bukan aku saja malah kamu juga.
Jika tempatnya kamu itu, aku.
Pasti peritnya itu, kamu juga rasa.


Ah, sudah lah.
Hidup harus diteruskan.

Bikin apa lagi aku terfikir-fikir
tentang itu, tentang kamu
Aku punya hidup aku sendiri
Aku pasti, aku yakin, hidup aku ini
akan lebih bermakna
bila orang yang terima aku apa adanya aku,
bukan bersama dia atau mereka
yang tidak tahu, tidak kenal aku.

Aku yakin.
Aku yakin, aku bahagia.

Kerna Tuhan dan 'dia' juga ada.