Saturday, 10 September 2016

Maaf.

Bila difikir-fikir balik, mungkin memang salahnya aku suami aku tinggalkan aku dulu. Walaupun bila aku ingat ingat balik, ini hanya terjadi di waktu ini. Betul lah apa orang kata. Sesuatu kejadi mengubah kita. 

Dan aku, aku berubah menjadi keras. Aku berubah menjadi benci akan itu dan ini. Aku mengajar cinta. Hakikatnya, aku membenci. Aku bencikan hidup aku, aku bencikan setiap yang berada di sekeliling aku. Sebenarnya bukan salahnya kau atau dia atau sesiapa. Apatah lagi Tuhan yang esa. Yang silapnya, aku dilahirkan--sial. Sial yang aku bikin sendiri.

Aku minta maaf, untuk keberapa ratus kali, aku kecewa dengan kekecewaan aku terhadap kau. Aku kecewa dengan diri aku yang sering kecewa dengan kau dan dia dan tuhan. Maka, balasan untuk aku pastinya duka. 

Terlalu jauh diri aku dengan Tuhan. Aku lupa untuk apa aku bernafas. Aku hidup hanya untuk bernafas. Aku tak tahu mana tujuan aku. Sebagi makhluk manusia. 

Aku minta maaf. Aku perlu cari cinta. Cinta aku dengan Tuhan. Aku perlu belajar untuk hidup kembali. 

Aku minta maaf.

Tuesday, 6 September 2016

..

Aku tak pasti nak letak tajuk apa kepada post ini.

terlalu berselirat dalam diri aku. aku tak tahu nak luah macam mana. pen dan kertas tak membantu. papan kekunci juga tak membantu untuk aku luah kan semua selirat ni.

again,

aku luahkan dengan air mata. aku terfikir. sampai bila? aku pilih untuk bahagia. tapi mana pergi bahagia tu? mana pergi bahagia yang aku pilih? mana pergi jalan cerita penuh kebahagian yang aku tuliskan?

tak habis-habis dengan air mata. aku bosan. tak. orang lain tak ada masalah apa apa. cuma aku.

aku pernah belajar untuk cinta diri aku sendiri. tapi aku dah lupa setiap yang aku belajar tu. dan aku tak tahu macam mana nak mula balik.

atau, tuhan sudah bencikan aku?

Allah, beri aku kekuatan. beri aku bahagia. beri aku cinta.


terasa hina. aku lupa Dia bila aku nampak cahaya. aku ingat Dia bila cahaya itu hilang.
hipokrit. sampah.

Saturday, 3 September 2016

Tuesday, 30 August 2016

Ah,

Buat aku mahu bercinta dengan diri aku sendiri sahaja. 

Jadi benci sama manusia lain. 


Saturday, 27 August 2016

Afraid

Aku takut.

Aku takut dengan diri aku. Aku takut aku rasa aku tak perlukan cinta dari siapa siapa. Aku takut aku terlalu obses dengan diri aku sendiri hingga aku rasa aku tidak perlu cinta dari kalian. 

Pertama, aku rasa aku perlu uruskan diri aku. Aku semakin mahu usaha untuk diri aku sendiri. Untuk masa depan aku sendiri hingga aku menolak hubungan yang aku tak pasti. 

Kedua, aku limit kan rasa ini hanya setakat itu sahaja. Aku mahu bawa ia lebih jauh. Tapi dalam masa yang sama aku rasa, tidak perlu.

Ketiga, aku tidak yakin dengan masa depan aku jika bersama. Malah aku lebih yakin yang tidak ada apa yang berubah. Hanya yan lain, hari dan wataknya.

Keempat, aku semakin mahukan kehidupan tenang secara berseorangan. Misalnya, mahukan rumah cantik tetapi hanya untuk aku. Aku mahukan seekor kucing atau mungkin dua untuk teman aku dikala sunyi. Aku hanya perlukan hidup aku secara berseorang.

Kebabian apa kah ini?


Atau aku drag diri aku terlalu lama sampai hati aku tak ada lagi rasa?

Thursday, 4 August 2016

Hold On

Dalam dua bulan, dua kali aku jatuh sakit. (Demam). Tak pernah lagi kena macam ni.

Sepanjang atas jalan bawa motor tadi aku cuba kuatkan diri untuk fokus kepada jalan raya. Lepas tu aku tersedar, aku bawa motor 70km/h je. Allah.

Rindu sangat pada umi dan abah. Sampai rumah terus aku whatsapp umi.. aku cakap aku rindu umi dan abah. Aku tak mahu call mereka. Sebab aku akan tewas dengan suara mereka. Betapa aku rindu kedua orang tua ku.

Pejam celik, dah setahun aku berdikari sambil memegang gelaran. Macam mimpi.


Semoga Tuhan sentiasa rahmati aku.

Monday, 4 July 2016

Not A Joke.

Depresi
Psiko
Mental disorder

Benda yang benar tapi sering diremehkan. 

Ya. Aku sedang marah. Aku marah dengan ketidak-sensitive-an masyarakat kita. 

Bodoh! Bodoh sangat!

Orang kita terlalu sempit pemikirannya.

 "Si polan mengalami depresi"

Berikut adalah reaksi dari mereka yang berfikiran sempit dan berhati busuk.
- ah! Attention seeker!
- depresi sebab pakwe?
- terlalu ikut sangat perasaan!
- iman lemah. 

What the fuck?

How should you know what's going on in that 'someone' when they're having depression when you're obviously knew that only GOD knows? 

Maybe they've been abused since they're young?
Maybe they've been harrassed when they're 12?
Maybe they've seen their parents went crazy over money?

How could you fucking relate depression and iman, and pakwe and terlalu ikut perasaan and attention seeker.

Bila aku cakap EDUCATE YOURSELF kau bilang aku feminis. WHAT THE FUCK? WHAT. THE. FUCK? 

EDUCATE YOURSELF.

LEARN HOW TO RESPECT HUMAN. 

BUANG EGOIS, BUSUK HATI, NEGATIVITY KAU TU. 

Apa? Kau sempurna sangat? Perfect? 
You must be a God then. 

Kenapa aku marah? 

Because, i've been there, i've done that. 
Because, one of my bestfriend's girlfriend stucked in a mental hospital because of that depression. 


Please. I'm begging.
Imagine, adik beradik kau, nak bunuh diri because of this depression.
Imagine, mak kau, nak bunuh diri because of this depression. They're lonely and you're busy with your own life & friends.
Stop them.
Hold them. 
Love them. 

This is not a joke, mayn.
Its a real thing. 

Read. Learn. Love.
-- Educate yourself.