Sunday, 19 February 2017

Ahh,

Aku ingin bebas dari cengkaman ini.
Aku seolah terperangkap dalam dunia aku sendiri.
Aku semacam tidak kenal aku ini siapa?
Aku lupa aku mahu yang bagaimana.
Aku hilang.
At one point I feel that I have thousand of emotions, but then again, I realized that I don’t.

Aku menulis. Tapi penulisan aku kosong. Aku mahu berahsia dengan semua, aku mahu berahsia dengan Tuhan. Aku mahu berahsia dengan diri aku sendiri. Aku mahu aku diam tanpa sepatah kata. Pada aku setiap kata itu akan membuka segala macam yang aku simpan. Aku tidak mahu mengaku yang aku sedang terperangkap dalam dunia yang aku bina sendiri, tanpa struktur yang kukuh. Hanya dipenuhi perasaan yang terumbang ambing, dan semuanya palsu.

Sampai bila aku mahu berhenti bermimpi? Sampai bila?

Aku mahu luah perasaan benci dan cinta aku kepada semua manusia
Aku benci kau! Aku suka kau! Aku tak mahu kau! Aku mahu kau!

Aku mahu luah setiap rasa ini dengan jujur tanpa aku tahan segala.
Ah, berat sungguh. Beban hati aku.

Apa aku perlu lari dalam gua dan bertapa?

Atau, aku perlu cari Tuhan untuk bergantung?



Kisah aku dan Si Buta

Telah ditetapkan jodoh aku dan si buta itu pada jam itu, pada waktu itu.

Sebaik sahaja kaki kanan aku melangkah keluar dari gerabak kereta api kota,
Mata aku terus melekat pada si buta dengan tongkatnya. 
Pandangan aku mula kosong.

'Ah, apa dia tahu bau jalannya?' Aku teruskan langkahku lambat-lambat. Sambil itu, aku toleh ke kiri dan ke kanan. Anak mata aku mencari si buta itu.

Pura-pura melihat manusia di sekeliling yang kelam-kabut merentas masa. Takut-takut sampai rumah lambat pula. Namun dalam fikiran aku, masih terpaku pada si buta. Aku biar dia jalan di hadapan aku. Fikir aku, aku mahu belajar sesuatu dari si buta yang istimewa.

Sekejap tongkatnya dihentak perlahan di atas jalan, sekejap lagi, tongkatnya dihentak perlahan ke dinding kiri. Perhatian dan jiwa aku, antara separuh atau lebih, aku curahkan kepada si buta. 

Bagaimana si buta itu mahir jalannya, mahir pula cari liku dan tangga. Aku seluk tangan dalam saku sengaja bunyikan syiling. Biar si buta tahu, dia tidak keseorangan. 

Kalau mata aku ditutup, dari kamar tidur sampai dapur, separuh jalan sudah aku langgar semua dinding. 

Ah, Tuhan itu Maha Hebat. Dikurangkan satu deria, diberi kelebihan yang lain. Hanya Dia dan si buta sahaja yang tahu kerana, Tuhan buat aku terlalu sempurna untuk aku rasakan ketidaksempurnaan itu. 

Tapi, aku sadar. Ketidaksempurnaan itu lebih sempurna dari aku yang cukup segala tapi sentiasa lupa kebesaranNya. Aku terlalu sempurna untuk merasakan indahnya sesebuah kegelapan. Mungkin Tuhan kurniakan, dalam kegelapan itu ada taman bunga seindah syurga. 
Sesungguhnya, Tuhanku Maha Adil. 

Alhamdulillah atas segala kurniaan.

Tanpa sedar, air mata mengalir sepanjang aku pulang dari kerja.

Monday, 13 February 2017

Siaran Tertunda

Aku sebenarnya tadi tengah nak update blog untuk trip aku 5 hari 4 malam di Perak ni. Aku dah menaip sebanyak 3 atau 4 perenggan. Berlagak, pakai bahasa inggeris. Lama lama aku rasa macam makin bosan. Penyusunan ayat aku tak pelbagai dan tatabahasa aku bersepah.

Jadi, kemungkinan besar aku akan padam balik dan mula menaip dalam bahasa melayu. celaka dipan. dah tak reti berbahasa inggeris tu belajor lah dulu. jangan berlagak. kan dah kena buat 2 kerja.

Ah, malam karang je la aku sambung buat blog. Letih lah. Aku nak focus sale ni.


xoxo,
dipan.

Tuesday, 7 February 2017

Sabar








Sabarlah, wahai hati


Esok lusa nanti, kau pulih lah, ya?









Sunday, 5 February 2017

Malaikat

Aku fikir aku sudah penat.
Aku fikir aku sudah mampu tutup sebelah mata.

Pernah aku terlintas, jangan-jangan kau adalah malaikat yang diturunkan ke dunia untuk menanam benih cinta dalam aku yang semakin hilang rasa percaya?

Atau kau seperti karaktor dalam wayang gambar yang begitu mudah menyambung kembali hati si wanita yang sudah berkecai dek cinta yang lama?

Tapi, fikirku, kalau kau adalah persinggahan yang terjadinya untuk seketika, hanya kerana sayapku patah dan lelah mahu teruskan perjalanan ini, ya, aku terima. 

Payah untuk aku menyangkal, wujudnya kamu yang begitu indah.

Someday, somewhere.

Oh star,

I'll stop dreaming
I'll stop thinking
But,
Not for now.

Your existance is kinda new thing for me.

Really,
Miracle would never happen.
I didn't put any hope on it.

It is not a bad timing. 
It happens that --
You're not fated to be with me. 
You're not created to complete me.
You're not for me.


I know, someday I'll be gone, or maybe you?
I know.
I'm just enjoying the moment, the view of you,
I'm writing my own fairytale and hoping it'll become reality.
But it will never happen.
I know.


You asked me, "where am I going?"
I answered, "somewhere"



Yes. Somewhere. 
This place doesn't belongs to me.










Thursday, 2 February 2017

Bintang.

Aku fikir bintang itu kerlipnya hanya sebentar.
Tapi hingga ke saat ini bintang yang jauh itu sinarnya mampu bikin aku senyum dan tertawa.

Mengeluh kali ke yang berapa juta, aku tak pasti.

Rasa yang dulunya hanya dipermukaan cetek, makin jatuh, tenggelam menuju ke dasar.

I still couldn't resist.

Berilah alasan yang bermacam.
Letih aku menidakkan. Jawapannya tetap iya.


Walau kadang kadang aku rasa takut. Tapi aku rasa, aku selesa.









Kalau kau pilih untuk tinggal disini, aku benarkan.
Kalau kau pilih untuk pergi dari aku, aku juga benarkan.
Aku sudah bilang, kau adalah pengecualian.