Tuesday, 27 February 2018

#1: Symptom

Disebabkan aku tak tahu nak cerita kat siapa.. Now i know how's this so embarassing to tell someone about your symptoms of anxiety and depression. So I decided to post my symptoms in this blog. In case, anything happen to me. And, I'll post everytime I face the symptoms again.


1. Aku rasa aku bersalah. I told bf, aku masih tak boleh accept, the way he changed. Di awal perkenalan, he's so sweet. He posted my pictures, he called me sayang everytime, he put on emojis, a lot of emoji, but, Idk since when, he slowly change. So, tadi aku try post 1 of his pic on my IG, i tagged him. He replied my whatsapp and all. but he didnt even like the pic that i posted. So i decided to check, whether dia ada like other pic ke tak. and yeah, 26 mins ago, he liked few pics. and I posted the pic, 56mins ago. And so, I feel uneasy.. I feel like he's uncomfortable. Maybe he didnt want anyone to know or maybe he's hiding something but idk, i just feel uneasy. but it's okay. I told him, i'll delete the pic. aku bagitahu baik baik. Aku tak marah, aku sedih and a bit dissapointed je. but he told me aku fikir bukan bukan. he asked me what pic? tapi it's okay. I just want to let it all go. Aku nak lupakan perkara perkara sweet yang dia pernah buat untuk aku awal awal dulu. But then, he told me. "awak tak fikir ke org pun cuba untuk terima perubahan awak? awak lain dulu" and, you know, it's like, satu pisau cucuk dekat dada aku. terus suara heikal masuk. no. bukan suara. it's like i saw him in front of me, the exact position yang dia duduk, dan cara dia cakap," you've changed a lot" exactly macam situation yg aku lalui. and i feel like, ... aku rasa. aku yang bersalah.. i keep blaming myself. i keep blaming myself. heikal left me for another girl sebab aku berubah. and, izmal told me i've changed.. but why do i feel like, i changed because of his behaviour?

2. slowly aku menangis, i dont want to feel anxious, but i started biting my nails. jari kanan. jari telunjuk, dan jari tengah. my body's shivering. my mind started to feel serabut, i keep blaming myself, while biting my nails. i started to hate myself. then i tried, ye aku cuba. aku cuba untuk bertenang. aku buka blog ni, dan up satu post. yes, the one that i posted earlier. i was having my mental broke down. but, i keep crying and start to pull my hair.

3. aku masih gigit kuku, kali ni aku menangis, my body's still shivering, dan aku cakar lengan aku. tangan kiri. aku buka post yang Ummar meninggal. 12 March 2014 punya post, semakin hampir Ummar nak meninggal, i feel like my body terserap dalam momen tu, i can see Ummar's face, muka Ummar yang lemah, I can see Ummar trying to smile masa tiub2 masuk berselirat kat hujung di. aku menangis, dada aku makin sesak. Tiba tiba terselang seli dengan suara pertama Ummar dan mata Ummar. dada aku sesak sangat. I was running out if breath, end up, aku muntah. Aku pergi lari pergi toilet dan muntah semuanya.

4. Dada aku tak boleh calm, aku jalan kehulu ke hilir, aku duduk depan pintu bilik, masa tu, mind aku separa kosong, aku pergi tingkap, aku tengok luar, dada aku sesak, heartbeat aku laju.

5. Then aku minum air, aku pergi toilet, cuci muka, dan masuk bilik.

Now I feel a lil bit at calm. Cuma, nafas aku kadang masih tak teratur.

So thats all for today's mentak breakdown.

58/365: It was my fault

Aku tak tahan. This anxious feeling, the voices inside my head, the urge to harm myself, I can't handle it anymore. Every single day, aku bangun, aku kuat kan diri. aku bagitau diri aku, hari ni aku mesti happy. aku mesti happy. aku takmahu happy dari orang lain. aku mahu aku happy dengan cara aku sendiri. every single day.

and today.......

aku terfikir, tak. aku teringat. its like relatable dgn apa yang aku lalui. I remember you told me. "you've changed a lot" and then you left me for other girl. the pain is still there, heikal. the pain is still there. aku masih sakit. all this while, i thought it was your fault. all the way, aku salahkan kau. kau yang berubah hati. kau yang berubah. but today someone makes me realise.. aku yang berubah.. aku yang berubah.. aku yang berubah.. aku yang berubah.. it was my fault to put the blame on you. aku yang berubah.

aku yang bersalah. aku yang berubah sampai kau tinggalkan aku. tiga tahun aku hidup dalam perasaan ni. perasaan ego aku. aku nak hidup.. aku nak hidup..... tapi hati aku mati..

Monday, 22 January 2018

22/365: Peace-ing

Malam tadi aku tak boleh tidur. sampai 4am juga aku tak tidur. aku baca buku tak ngantuk, tengok youtube tak ngantuk. Last-last aku buka Happy Together yang episode ada Jessie tu. Masalahnya, makin aku tak tidur. 

Masa aku balik semalam, aku tak tau lah, aku rasa aku tak nampak. tapi aku rasa mata aku ada bayangan perempuan, rambut panjang, baju putih. dia ada kat sudut, dia ada kat semak-samun sebelah tangga keluar dari LRT Salak. Tapi sebab aku positif mata aku tak nampak. yang nampak cuma otak aku. So, aku abaikan. Masa kat kerja semalam, budak sekolah hari tu whatsapp aku. Dia tanya simptom skizofrenia. Aku terangkan kat dia apa yang aku tahu. Aku rasa bersalah sebenarnya. seorang aku ni aku rasa tak layak untuk memujuk orang lain yang lalui apa yang aku lalui.

Hari-hari aku rasa nyaman. Sebab aku dah deactivate social media. Walaupun aku terasa kadang kadang nak tahu perkembangan orang. tapi aku rasa, nyaman ni sedap. Aku tak perlu hadap manusia bodoh riak, puji diri sendiri secara melambung lambung, marah benda benda yang tak perlu dimarah. viral benda yang tak perlu diviral. People are crazy. Like me. Tapi aku gila yang lain. Mereka gila yang lain.

Bukan niat aku nak jauhkan diri dari sesiapa. Tapi aku memang berniat nak jauhkan diri dari semua. Tapi aku tak sampai hati tapi aku nak buat juga. Ah, fuck. Aku tengah buat apa sekarang ni? Apa yang aku buat?

Fuck
Fuck
Fuck
Fuck
Fuck
Fuck
Fuck
Fuck
Fuck





HUMAN ARE BASTARD! 





Saturday, 20 January 2018

21/365: I am okay.

aku akan mula catatkan hari hari aku. 

semalam aku deactivate semua akaun media sosial aku. instagram, twitter, facebook. dan aku uninstall di facebook. aku left group yang selalu aku berborak. aku tak tahu. aku rasa aku perlukan masa untuk bersendirian. aku mahu ruang. aku mahu sunyi. aku tak mahu tengok handphone aku penuh notification. aku mula tak mahu socialize. cukup lah aku terpaksa pakai senyuman di muka aku semasa bekerja. nak ikutkan hati, aku tinggalkan kerja. kenapa tak buat? aku tak mahu susahkan orang lain. dan untuk kali ni, aku tak mahu aku menyesal di kemudian hari. mungkin aku masih ada kewarasan dekat situ.

dan..

as expected.



satu orang pun tak tanya kenapa. mungkin mereka mahu aku tiada. kecuali, bf aku. dia tanya aku sebab aku cakap aku nak rehat dan aku turn down his offer to bring me dinner. then maybe after that he realised i deactivated my social medias account. 

aku mahu lari, tapi bila aku lari, aku mahu orang tanya aku, aku ke mana? aku okay ke? aku baik-baik aja ke? heh. tinggi sangat expectation aku. atau, aku yang menjengkelkan?

seharian aku fikir. should i go to hospital? or should i not? should i go for a counselling session? or should i not? what if i really.. have.. depression? what if doctor diagnosed me with depression? would i be able to accept it? or would i not? would i continue to live like a normal me, or would i end my life after that? terlalu banyak thoughts dalam kepala aku. selang seli. 

well, i tried to get some help. i googled on how to make an appointment with Pakar Psikiatri but entah, tak dapat apa apa info. 

so, yesterday i finished work at 9pm, and i was supposed to go home straight away cos i felt sleepy but, instead, aku ke KLCC. typical diffan. aku duduk dekat tasik. me, and tasik klcc. haha. so, around 10pm i went home. sampai rumah, i cried, i was holding my tears seharian semalam. and aku buka youtube, and started to watch people talk about depression and anxiety. and Thank God, aku tak tahu mana pergi gunting yang aku guna untuk kikis lengan aku. so, aku just cakar. ya, tempat yang sama. for the past 3 years, aku akan buat benda yang sama. tapi aku tak harm diri aku sampai darah teruk mengalir. cukup ada berbilai bilai dan rasa sakit yang mampu hilangkan kesakitan dalaman aku. dan, scar tu akan hilang. aku tak mahu orang nampak bekas tu. aku malu. 

then my bf came, sebelum dia balik dia cakap, tak jadi ke langkawi after show perlis, so, dia cancel plan last minute (not the first time he did this) dan aku da ambil cuti. kononnya, dia dan kawan2 dia tu nak pergi after final show. which is, on march and obviously, aku dah tak boleh cuti. kerja aku bukan macam kerja orang lain. orang lain tu, lain lah. but it's okay. i'm getting used of it. and, hujung bulan 4 dia akan ikut band lain pergi tour seminggu. tahu apa aku rasa? i'm not his priority. he can cancelled plans dengan aku, but not with their friend. dia boleh ikut kawan2 dia, tapi, dia tak boleh cakap "okay, org stay dengan awak lah lepas show perlis"cos i was telling him, kalau dia cancel, i just stay there alone je la. sebab aku dah minta cuti sampai selasa. it's not that aku sedih. i mean, aku boleh je travel sorang. aku memang travel sorang. and i have no issue on travelling alone but, the fact that aku ni just tempat hilang rasa kosong seseorang tu, betul betul buat aku down. 

aku mula rasa lonely. since aku tau i'm nobody's priority. aku whatsapp umi malam tadi, i said i miss her.. she didnt reply my whatsapp. you know how lonely i am? 

aku rasa isolate diri aku adalah jalan terbaik buat masa ni. so aku nampak, mana level aku sebagai seorang anak, gf, kawan. 

i live alone. i'll die alone.

Saturday, 6 January 2018

hiatus


It’s alright if you run out of breath
No one will blame you
It’s okay to make mistakes sometimes
Because anyone can do so
Although comforting by saying it’s alright
Are just words


Setengah tahun aku berehat dari menulis dalam blog ni. Macam-macam yang terjadi. dan satu daripadanya, seorang yang aku tak pernah terfikir, telahpun pergi, menamatkan semua perih hidupnya. Ayat di atas adalah salah satu lagu yang dia buat sendiri. Bila aku baca, baca dan ulang baca, aku rasa... sangat... sakit... seolah apa yang dia rasa, aku juga rasa. 

Aku tahu. Bukan dia mahu tamatkan hidup dia tapi dia mahu tamatkan sakit dia. Aku tahu. Aku rasa macam tu. Aku rasa.. macam tu.. Setiap kali aku cederakan diri, aku tahu, aku mahu rasa sakit fisikal ini tutup semua sakit yang aku rasa.. Aku terlalu penat untuk hadap. Penat.. Sangat penat..

Wednesday, 12 July 2017

sampai bila-bila

Saban hari, aku dihenyak rasa. Dua persoalan yang aku tak akan pernah temu jawapannya.
“Do you think we could make it?”
“We’ll try”

Apa perlu aku tunggu? Atau perlu aku pergi? Setiap kali kita bersama, aku ajukan soalan ini pada diri aku sendiri. Apa perlu aku tunggu? Aku mahu tunggu kamu, kerna aku mahukan kamu. Aku perlukan kamu. Atau perlu aku pergi? Jika aku pergi, mungkin aku temu bahagia diluar sana. Mungkin aku temu cinta yang aku cari selama ini.

“Percayalah, setiap kali jemari kita mula menulis, semuanya tentang kamu.”

Percayalah, percayalah.

Hari ini aku suarakan apa yang aku rasa. Apa yang aku pendam di dasar paling dalam. Hati aku makin parah. Aku mula menganggap kamu sebahagian dari aku. Entah sejak dari bila, aku lupa. Aku mahu kamu sepenuh ragaku. Aku mahu kamu mahukan aku sepenuh ragamu.

“kamu egois. Kamu hanya fikirkan tentangmu, tentang dia. Kamu tidak mahu terus peduli sama perasaan aku. Aku dipijak, dihenyak. Hati aku dironyok, langsung dibuang ke laut dalam. Sama dalam dengan apa yang aku pendam!”
“terima kasih. Kini kamu juga mula membenci aku. Kerna aku masih belum pernah lepaskan dia, kerna aku masih mahukan dia. Kerna aku jadi bodoh tuli kerna dia.”
“tidak, aku tidak pernah benci. Tidak pernah. Walau sekelumit rasa. Aku sayang sama kamu. Aku mahu kamu. Aku mahu kamu terus. Beri aku sedikit masa. Aku mahu bernafas. Kerna kini, ruang kapilari aku dipenuhi toksin. Tiada oksigen untuk jantung aku terus berdegup. Aku mahu ruang, beri aku bernafas.”


Dalam gelap malam, jalan raya yang hening, sunyi dan sepi. Hanya satu atau dua kereta dan motosikal berdesup laju. Aku tidak pernah hirau akan mereka. Aku mahu tenang. Aku mahukan ketenangan. Hanya yang berlegar di telinga dan minda, suara kamu, senyum kamu, tawa kamu. Keindahakan yang menyakitkan. Tidak pernah aku tenang, padahal keindahan itu sepatutnya menjadi musabab yang utuh untuk aku tersenyum lega. Ia bagai racun yang juga penawar bagi aku. Ia bagai ubat pelali, yang kebasnya hanya dirasa sebentar sahaja, kemudian sakitnya itu, datang kembali. 

Monday, 3 July 2017

bukan rasamu.

Pelik. Aturan Tuhan memang pelik. Sejujurnya, aku tertunggu-tunggu apa pengakhiran cerita ini. Tapi apa yang pasti akan terjadi, mati.

Pertemuan yang tak pernah aku sangka.
“Kita berbeda, bukan? Dunia saya dan kau amat berbeda. Jika kau pilih putih, jawapan saya, hitam. Jika kau pilih yang kanan, pilihan saya adalah kiri. Begitu berbedanya kita.”
“Iya,” anggukmu perlahan. “Kita sangat berbeda. Namun tidakkah kau fikir bahawa perbedaan itu kadangkala menyeronokkan?”
“Mungkin juga. Mungkin perbedaan itu menjadikan kita lebih saling kenal, bukan?” tatap mataku terus ke bola matanya.
Dijawab dia dengan anggukkan perlahan.

Aku lebih tahu bahawa dia masih belum bisa melupakan cinta lamanya. Cinta agungnya. Aku tanya diri aku sendiri,
“Apa kamu sudah lepaskan cinta lama kamu? Cinta pertama kamu, cinta yang pernah singgah dalam hidup kamu?”
“Aku sudah lepaskan! Aku sudah… lepaskan. Walau kadang-kadang memori itu saling menyinggah seraya situasi tika itu. Tapi aku tahu bahawa aku tidak lagi cinta. Cinta lama itu telah terhapus. Sepertimana mereka memijak-mijak hatiku, sebegitulah juga aku memijak-mijak cinta lama itu. Aku yakin.” Hati aku berontak.

Aku tidak salahkan dia jika tika tubuh kita bersatu, mungkin sekelip dua, memori mereka datang menerpa. Sejuta kali pun aku cuba menyangkal, seribu kali pun aku menidakkan, aku terima kenyataan itu. Kenyataan yang perit umpama obat pahit yang harus aku telan, dan dibiar terus ia menyusuri nadi-nadiku, bersatu dalam darahku. ‘Lama-kelamaan, tubuhku sudah terbiasa dengan toksin itu.’ Bisik hatiku pada mindaku.

Maaf, diri. Aku menyeksamu. Sabar wahai hati. Mentari akan tetap menyinari sebaik sahaja tamat musim tengkujuh. Kamu akan temu bahagiamu. Sementara itu, bersedihlah, tangisilah hati yang kian parah.