Friday, 30 August 2013

Cerita Hantu.

Cerita ini terjadi kira kira 5 tahun lepas. Masa itu umur aku baru saja mencecah 18tahun. Aku seorang gadis semasa dari Johor Bahru dan telah berhijrah ke Kuala Lumpur atas dasar ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan. I'm not sure whether I am truly like that subject or not, but I quit masa Semester 5.

Masa tu dalam tahun 2008. Pertama kali aku berjauhan dengan keluarga. Pernah lah sebenarnya. itu pun hanya untuk 3bulan kerana aku terlibat dengan PLKN. sebelum tu cuma 3 hari 2 malam atas dasar Camping di sekolah. Itu pun pada tahun 2003. Pendek kata, untuk aku berjauhan dengan keluarga dalam tempoh yang lama memang payah bagi aku. Sebab aku ni bukan lah anak manja sebab aku tak rasa aku manja tapi aku boleh dikatakan rapat dengan umi aku. Kami berkawan baik meskipun hubungan kami ibu dan anak. Ya, umi masih muda. Makin hari, makin muda umi aku. Okay abaikan cerita pasal keluarga aku.

Jadi, setelah selesai proses pendaftaran hari pertama pelajar baru seperti KAMI ni, kami terus diberi peta untuk ke kawasan hostel. Ya, tak berapa jauh lah. Cuma, hostel kami hujungnya jalan mati! Cuma ada dua bangunan 4 tingkat menghadap dan berhubung. Rumah aku masa tu tingkat 2. dan kebetulan, aku sebilik dengan rakan dari sekolah lama aku. sekolah teknik. Memang kami happy. perasaan tu gumbira yang teramat sebab tiada rasa janggal. Yelah, ada teman kan. Dan dihadapan rumah aku pula, juga ada ex schoolmate aku. 2 orang. Jadi kami cukup 4 orang.

Orientasi hari pertama.

Pagi itu sahaja, dengan menyarungkan baru tshirt Kolej berwarna oren, kami berjalan ramai ramai ke koleh. Dah macam perarakan  MaulidurRasul pun ada. tak apa lah. janji kami tak sesat.
Kami dibahagikan atas kumpulan. dan kebetulan, kumpulan aku pada masa itu, ada seorang lagi ex schoolmate aku masa aku sekolah rendah. kami pun eksaited. (tak sangat lah sebab ingat ingat lupa masa tu)
Jadi, semua berjalan dengan lancar.

Aku tak ingat apa aktiviti yang kami jalankan selain poco poco. Jadi, sila abaikan.

Masa orientasi kalau tak salah aku yang ke tiga, satu kejadian telah terjadi. Masa tu, aku ada seorang pakwe. Malam tu, aku duduk di ruang tamu. Yang ada di ruang tamu cuma aku, dan seorang rakan serumah. Makcik namanya. Aku bergayut dengan penuh berbunga di ruang tamu sambil menyimpul gedik rambut aku.

"Aku masuk dulu eh dfan!" Makcik berkata sambil berlalu.
"Okay makcik" Makcik menutup lampu ruang tamu dan hanya lampu di tengah sahaja yang dibiarkan menyala.
Selang beberapa saat...
"Dfan! kau dengar tak?!" Makcik bergegas keluar dari biliknya. sambil itu matanya dibeliakkan.
"HAH! APA?" kata aku separa menjerit.
"Aku dengar ada orang azan, baca Al Quran kat atas!"
"Ahhhhh" Aku lari masuk ke bilik aku dan terus menyelit di katil roomate aku. Hajar namanya.
Hajar terpisat pisat.
"Apesal ni?" Hajar tanya sambil dahinya berkerut
"Makcik takutkan aku.." Kata aku seolah merajuk.
"Ish! Bodoh lah makcik ni! Hajar bingkas dan ke bilik Makcik. Aku hanya ikut sambil berlari anak mengejar Hajar yang mendahului. Tapi, Makcik tiada di dalam bilik.

Rupanya Makcik dibilik Zai. Bilik yang paling hadapan.

"Aakuu, dddeenggarrr ooraaang jeeriitt..." Kata Leeya sambil menangis. Kami menenangkannya. Juga Hajar, Juga Makcik. Juga, Zai.

"Sabar sabar. Selawat banyak banyak." Kata aku sambil mengurut lemah tapak tangan Leeya.

Tiba-tiba...

"Aduh!" Hajar mengerang kesakitan. Sambil itu dia menekan telapak tangannya. Dahinya berkerut.
"Hajar! Kau okay tak ni!" Aku terus menerpa Hajar sambil mengurut telapak tangannya dan berselawat. Ayat kursi jangan kata. Tidak putus dari mulut kami.

Hajar semakin liar. Badannya menggigil.
"Sssaakkkiittttt..." Badannya yang sedari tadi menggigil bertukar menjadi menggelupu seperti orang kena sawan. Aku panik. Bukan aku sahaja yang panik! Satu rumah kami panik!

"PANGGIL WARDEN! PANGGIL WARDEN!" Aku jerit. Ini memang kali pertama aku lihat perkara sebegini jadi di hadapan mata aku sendiri. Aku memang cuak takut kalau-kalau berjangkit pula dibadan aku!

Selang 2 minit, Hajar pengsan! Ah sudah! Kenapa pula dia pengsan? Aku yang naik hairan. Warden dan pelajar lelaki dari tingkat atas yang datang pun ikut hairan.

"Dia penat tu..." Kata Aswad. Maksudnya, Hajar penat. Dia tak larat untuk tahan benda yang masuk dalam badannya.

Selang lagi 2minit, Hajar mula menggigil. Saat itu kami baru mahu mula membaca Surah Yassin. Menggigil, menggelupur, dan terus terpekik. Lutut aku ketika itu sudah lemah. Kaki aku pula sudah longlai.

"Korang keluar dulu. Duduk depan pintu. Takut berjangkit!" Aswad mengarah. Ya, seeloknya begitu lah. Aku juga tak larat ni. Rasa semacam mahu pitam. Aku berteleku di hadapan pintu.

"AUZUBILLAHIMINASYAITONIROJIM!!" Aku tidak mampu melihat. aku bergerak ke ruang tamu demi memastikan housemate aku  yang lain nya semua okay..

Pelajar lelaki di bilik hadapan dan Warden bergerak keluar perlahan lahan. Sengih-sengih. Eh, apa yang sengih ni? Troll ke apa?

"In Shaa Allah tak ada apa apa. Hajar pengsan lagi. Antibodi dia mungkin lemah. Jaga dia okay" Aswad pesan. Kami mengangguk perlahan. Memandangkan aku roomate kepada Hajar merangkap kawan baik Hajar ketika itu, aku ambil keputusan untuk tidur di ruang tamu. Lebih selamat pada aku. Mana tahu kalau kalau dia dirasuk ketika aku sedang tidur, dicekiknya aku dan diambil pula usus usus aku, hish! Tak mahu aku!

Aku mengangkat tilam aku dan hajar. diletakkan rapat rapat diruang tamu. Kami serumah mengangkat Hajar perlahan lahan dan  diletakkan pula di atas tilam tadi. Aku baring sebelah dia. Saat ini, bukan rasa takut lagi yang ada. Hanya perasaan setiakawan. Dia kawan baik aku. Dan aku bertanggungjawab untuk menjaga dia.

Aku tertidur. Sama ada dia tersedar malam itu, aku tidak pasti. Yang pastinya tadi Warden pesan, besok rumah kami dikecualikan untuk ke orientasi.

*****

Pagi itu aku bangun. Hajar lemah. Bibirnya kering. Mukanya pucat. Matanya kuyu.

"Apa jadi fan?" Hajar bangun sambil tangannya di kepala
"Aku tak sure lah Hajar.. Kau pengsan. Mungkin sebab makan lambat tak semalam?"
"Ah, mungkin lah. lemahnya badan aku.." Hajar baring semula. Kesian kawan aku seorang ini.

Tengahari itu, aku dan Hajar ambil keputusan untuk masuk ke bilik tidur semula. Aku angkat tilam aku dan Hajar dan diletakkan kembali pada tempatnya. Hajar baring.

"Ada ustaz nak datang tau. Jumpa Hajar" Kata seorang housemate.
"Okay"

Beberapa minit kemudian suara seorang lelaki memberi salam memecahkan keheningan rumah aku.

"Hajar?"
"Ya.." Aku mengangguk lembut.

"Hajar okay tak? bla bla bla" Aku beredar. meninggalkan Hajar dan ustaz tu dan housemate aku yang sedang berdiri di hadapan pintu. Perut aku sudah bising, meronta ronta minta diisi.

"Tolong tengok jap eh? Aku turun pergi kedai Maksu kejap. Lapar lah"
"Okay." Jawab housemate.

*****

"Assalamualaikum!" Aku memberi salam.
"Waalaikumsalam! Dfan, apa jadi semalam? apa apa apa?" Syida bagaikan mak joyah menghentam rongga telinga aku dengan soalan.
"Entah. jom makan? Lapar!"
"Okay jom. Syida ajak awin sekali!"

Kami bertiga turun anak tangga perlahan lahan..

"Apa jadi semalam sebenarnya?" Syida tanya.
"Tu lah, tak tau. Hajar tu"
Kami berjalan ke meja. Faiz sedang menunggu di meja sambil mukanya blur-blur.
"Macam ni haa ceritanya" Aku bercerita dengan mereka.
Tiba tiba awin menghantar mesej kepada aku

"dfan, jangan cerita lagi. Awin dah menggigil"
aku pejam mata kuat kuat. mati! sekarang dah nak masuk waktu maghrib. Kan ke sensitif perkara ini!

"Jom lah, dah nak maghrib ni. bahaya lah." Kata aku sambil bingkas dari kerusi. Awin terlebih dahulu meninggalkan kami. Dia berjalan sambil kepalanya tunduk ke bawah.

"Awin hantar mesej kat dfan. Dia kata dia menggigil! Syida tengokkan dia ok!" Syida terkejut lepas itu mengangguk.

*****

Eh, apasal pintu bilik aku terkopak macam ni sekali ni! Siapa pecahkan?

"Kenapa pintu ni?" Tanya aku pada Makcik.
"Tadi Ustaz balik, Hajar berkurung. Taknak bukak pintu.Kami panggil Warden. Budak laki pecahkan. Rupanya Hajar dalam tandas tengah duduk di corner" Makcik bercerita sambil matanya dibeliak-beliakkan. Memang macam gitu pesen Makcik. Cakap sambil matanya dibeliakkan.
Aku menjengah kepala. Hajar sedang tidur. Tidur atau pengsan aku tidak pasti.

"TOK! TOK! TOK" Zai buka pintu.
"Dfan! cepat dfan! Awin kena rasuk! Cepat! Syida tak tau nak buat apa!" Eh kenapa mesti panggil aku ni? Aku bukan tahu apa apa pasal orang kena rasuk. Bahkan ini pengalaman pertama aku! Tapi atas dasar cinta aku terhadap kawan, aku berlari ke rumah Awin yang berhadapan dengan rumah aku.

"Ya Allah Awin!!"
"Aaarrrghhhh!! Saaaannnaaaa!! Tepi lahhhhhh!!" Awin meronta ronta ketika aku dan rakan lain cuba untuk menekan badannya supaya relaks di katil
"Bawak dia pergi surau!" Kata seorang perempuan. Entah siapa aku pun tidak tahu. Kami ramai ramai menarik Awin keluar dari rumah terus ke surau yang terletak di bawah rumah kami saja. Terus kami baringkan dia di atas sejadah menghadapa Kiblat. Ada satu ustazah disitu. Ustazah itu juga tidak aku kenali. Apa yang dibaca juga aku tak pasti.

Aku pegang tangan Awin kuat kuat. Namun tangannya keras macam mahu menumbuk seseorang yang dia benci seumur hidup. Satu per satu aku bukak tangannya. Terus digenggamnya tangan aku sampai luka luka tangan aku. Kukunya pula kebetulan panjang. Memang berdarah.

"Nah, amek limau ni, suruh dia genggam" kata seorang perempuan disebelah aku. Aku terus meletakkan sebiji limau di telapak tangan awin. Digenggamnya sampai pecah!

"Aaargghh!! Bodohhh!!! Sakitlah bodoh!! Ssaannnaa!!" Awin meronta ronta. Keadaan memang kacau bilau ketika itu.

"Pergi bawa dia, ambil kan dia air wudhuk!" Kami ramai ramai akur dengan Ustazah itu. Ketika kami mahu ambilkan Awin wudhuk, Awin meronta lagi.

"Paaannaasss laa!!!! Saannaa!!" Aku semakin geram tengok tindak tanduk "awin" yang di dalam badan awin!

"Kurang ajar! Tengok mata aku! Tengok! Kalau kau berani sangat! Aku suruh kau berwudhuk! Tengok aku sekarang!!" Awin tersenyap. Dia lihat kedalam mata aku 2saat dan kemudian menjeling tajam. Fuh! dalam pada berani tu, gemuruhnya rasa macam nak terkucil pun ada! Kata orang benda yang rasuk badan manusia tidak berani untuk menentang mata.

Sejujurnya aku tidak larat lagi untuk jaga orang yang dirasuk sebab  semalaman aku menjaga Hajar. Tapi bagusnya, Hajar ni selalu pengsan. Jadi, senang sikit aku jaga. Kalau Awin ni tidak pengsan pengsan langsung! Kuat benar ni kata aku dalam hati!

Aku hanya melihat bila Awin mula reda, dengan Ustazah yang sedang baca baca di telinga, sambil mengusap kepalanya, sambil lagi memegang ibu jari kaki nya. Awin kembali tenang. Aku perlahan lahan naik ke atas. Jemaah di surau mahu mula solat. Aku fikir mahu solat dirumah sahaja. Sebab risau akan Hajar.
Aku tatap tangga itu satu satu. Kepala aku berputar-putar. Betul ker ini? Atau aku mimpi atau dorang prank aku?
Aku menolak pintu rumah.

Semua berkerumun di hadapat ruang tamu.

"Kenapa ni?" Tanya aku perlahan.
"Hajar pergi mana entah tadi. Dia balik terus dia pengsan. Tu yang kitorang baringkan dia kat sini tu."
"Okay takpe. Biar dulu. Aku mandi kejap. Lepas tu kita baca Surah Yassin okay"

Aku keluar dari tandas. Segar sikit badan bila dah mandi ni. Aku mengambil kain batik dan menutup kepala aku.

"Dah, Jom lah, kita baca yassin" Aku mulakan pembacaan Surah Yassin malam itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Kali ke-11 merangkap yang terakhir Selawat Nabi sebelum masuk ke Surah Yassin, Hajar bangun dari tidurnya sambil menjerit.

"AAAAARRRRGGGGHHHHHH!!!!!" pembaca dapat tak bayangkan macam mana cara dia bangun? Yes! Macam itu! Macam orang yang tengah tidur dirasuk dan bangun tiba tiba. Housemate aku semua lari lintang pukang tinggalkan aku sendiri dengan Hajar. Tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya perasaan aku ketika itu. Sampai satu ayat pun tak mampu aku keluarkan. Hanya aku ingat, aku menjerit "ALLAHUAKHBAR! ALLAHUAKHBAR!" dengan tangan kanan aku dinaikkan seolah menunjukkan betapa  Maha Esa nya ALLAH SWT! Tapi, potong betul lah, masa tangan aku tengah tunjuk atas, tengah pekik pekik, dengan kain batik dekat kepala, budak laki rumah atas bergegas masuk rumah. Memang malu gila lah muka aku masa tu. Terus aku berlalu ke hadapan rumah. Rasa nak ketawa tapi macam malu pula. Kah kah kah!

Macam biasa, Hajar pengsan lagi. Malam itu, bukan aku sahaja yang tidur diruang tamu. Tapi seluruh housemate aku semuanya tidur diruang tamu. Hajar diletakkan hujung sekali dan aku disebelah Hajar. Aku tidur sambil tangan aku memegang tangan Hajar. Bila dia tergerak sedikit sahaja, aku selawat. Lepas tu dia senyap. Tergerak lagi, aku baca ayat kursi pula. Sampai lah besok pagi.

Pagi itu, Hajar diambil oleh kakak dan abangnya untuk dibawa berubat...

*****

Setelah Hajar diyakini sihat walafiat bebas syaitan dalam badan, dia pulang ke pangkuan kami. Hajar menceritakan segalanya.

"Aku pergi berubat. Rupanya, ustaz tu cakap, ada orang hantar barang dekat rumah aku. nak hantar dekat mak aku. Tapi aku terlangkah benda tu. Jadi benda tu dalam badan aku. Terkurung! Tapi dia tak kacau sebab mangsa dia bukan lah aku. cuma dia makan tenaga aku. sebab benda macam tu memang makanannya tenaga! Lepas tu pulak, bila dekat sini, ada benda lain nak masuk dalam badan aku. Bila nak masuk, tak boleh. Sebab badan  aku berpenghuni! Jadi dorang bergaduh. Sebab tu aku yang lemah sangat! Dan masa aku berubat, abang dan kakak aku cakap, aku tendang ustaz tu sampai kain pelekatnya nak tercabut! hahaha! Sebenarnya aku pernah kena rasuk. Masa dekat tapak cammping dekat Tasek Utara. Orang cakap aku teruk masa tu. Lari laju gila. Tak ada orang boleh kejar. Kau ingat tak yang malam Awin kena rasuk? Aku pergi rumah Awin nak cari kau. Tapi orang kata kau tak ada. Kau dekat surau sebab Awin kena rasuk. Aku nak carik kau dengan Awin. Tiba tiba aku dengar orang jalan sebelah aku tapak kakinya laju macam berlar, kuat macam tengah sengaja hentak kaki. Aku berhenti jalan, benda tu pass by aku. Dia jalan sebelah aku. Putih! Tu yang aku lari terus pengsan"

Kisahnya... Bila dia dah sekali kena rasuk, memang berpotensi akan kena lagi sebab lubang untuk 'benda' tu masuk dah ada. Dan Awin pula, masa dia satu sekolah dengan aku, aku memang pernah dengar cerita dia kena rasuk gigit bibir sampai berdarah!

Nak dijadikan cerita, Warden kami cerita. Sebenarnya, malam yang Makcik dengar orang Azan, malam pertama yang Hajar kena rasuk tu, Sebenarnya budak rumah atas kami kena rasuk. Duduk dalam tandas taknak keluar. Pekik pekik dan  dia ada lukis. Katanya nampak dekat tingkap. Ada orang datang. Dia lukis seperti betul betul pelukis! Hitam panjang rambutnya. Dan Warden masih simpan lagi gambar tu (pada masa itu) tapi tidak akan ditunjuk takut ada yang kena rasuk lagi. Budak yang pertama kena rasuk tu pun dah diberhentikan kerana mak bapak dia takut dia kena rasuk lagi rasanya.


Jadi, ini lah pengalaman seram aku sepanjang 23 tahun aku hidup. Alhamdulillah, dengan mata kepala aku sendiri, aku belum pernah jumpa apa apa depan mata. Cuma pernah benda tu kacau aku masa aku tengah 1 bulan insomnia. Nanti aku cerita lah yang itu. tak ada lah takut sangat pun! haha!


P:S -  Cerita ini adalah kisah benar. Cuma, mungkin nama watak watak sampingan tu ada silap silap sikit sebab aku dah tak ingat. Tapi, cerita ini rasanya masih lagi sahih lah dalam pemikiran aku.










Nenek

Teriakan itu kembali perlahan
Seperti ada orang menekan.. untuk diam.

Senyuman diukir.
Bibir birat, gigi berkeladak.
Namun, bukan sekalian alam tahu apa apa
Hanya bisa menyumpah seranah

Kaki kurus itu dipaksa untuk tegak
Berdiri si nenek tua itu
berjalan terkengkang kengkang
sambil ketawa

Guni putih ditarik keras di atas jalan
cecair merah pekat mengalir

Nenek tua ketawa lagi
berdekah dekah.
Seperti puas benar hati
Dapat melapah yang menghina

Puih lagi! Puih lagi!

Mungkin sekali gua hina.
Mungkin sekali pada mata kalian gua kotor.

Cuma satu,
Engkau siapa?
Tuhan?
Atau Malaikat?

Letakkan apa saja gelaran padaku.
Hey sial!
Hey jijik!
Hey busuk!
Satu jari engkau tunding pada aku
empat jari engkau tunding pada batang hidung mu.

Jadi, mana mahu kau?

------------------------------------------------------------------------------

Dia lihat wajahnya di cermin.
Dia senyum sendiri bukan main.

"Cantiknya aku, Lawanya aku"

Mata dia melilau kiri dan kanan.
Melihat si anu dan si polan

"Buruknya dia, Busuknya mereka!"

Kata aku,
Tunggu umur kamu sudah lanjut,
Tunggu kamu sudah tua ganyut.

Puih Puih Puih!

kadang kadang
bila aku sorang
erat erat aku pejam
biar semua kelam

penat.
sudah lah.
kamu anjing
dia  anjing
awak anjing
ah.
semua anjing

fikir kamu
manusia semuanya bangsat
fikir kamu
kamu tidak akan dilaknat

sinis.

bodoh.
macam lembu.
kamu dan mereka
sama saja.
rupa molek, hanya rekaan
boneka busuk
umpama syaitan.

--------------------------------------------------------------------------------------

angin bertiup sepoi
dia senyum
selak rambut
yang terjah dalam mulut
dia senyum lagi

sekali imbas serupa orang gila
diimbas kebali
dia sudah jatuh cinta
dengan si buah hati

dia pegang foto kecil itu
elok elok, rapi rapi,
dicium laju laju
ah, ini namanya cinta sejati

Dasar dasat!
itu kan gambarnya aaron aziz yg konon gagah itu
bukan ini cinta sejati
yang sejati nya kebodohannya kamu

-------------------------------------------------------------------------------------














Monday, 26 August 2013

Superwoman yang dah TUA.

Dah lama tak hapdet blog. Senjak aku mula kerja. Biasalah, kalau orang yang bekerjaya kurang sikit nak habiskan masa melayan kerenah alam maya ni. Aku busy sekarang selalu jumpa customer, dato', datin, Tan sri.

okay. aku bedek.

Aku bangun pukul 6.30 setiap hari. Awal sikit pukul 6 pagi. Kerja, balik pukul 6 petang. keluar dari ofis yang macam library. Terus naik tren di KLCC dan turun di Jelatek. Suami tunggu sana. Pum pam pum pam, gua sampai rumah nak pukul 7 lebih. Makan, solat, terus badan da penat. Tak ada masa nak bersosial.

Tapi, nari gua MC. badan gua dah mula naik gatal gatal. Gua sendiri tak tau gua allergic apa. Sebab gatal gatal pesen berair ni start masa sebelum gua bernikah. Mungkin hama atau habuk. Gua tak tau.

Dan, untuk kedua kalinya, gua kena jep kat pungkok. sakit bak hang! tahun 2013 ni, gua asyik kena jep. gua bukan la orang yang senang senang nak habiskan duit dekat Klinik atau hospital. sebab gua jenis penjimat a.k.a kedekut. tapi untuk kes gatal gatal yang teruk sampai berair dan seluruh badan gua hampir penuh dengan gatal gatal ni, gua terpaksa pergi. gua tak boleh tidur. macam dua hari lepas, gua terbangun pukul 2 dan 4 semata mata untuk menggaruk badan gua. Celaka apa kah ini?

Bila semalam lepas gua di-jep, gua tidur dengan lena. sebab Doktor cakap gua memang akan rasa mengantuk. Memang! Masuk kereta setelah balik dari klinik jer gua da tidur. Tak pernah rasa ngantuk macam gini. Makan ubat batuk, ubat selesema atau ubat tidur pun gua tak pernah rasa mengantuk macam gini. Tapi semalam ubat dia memang padu!

Gua terbangun pukul 6.30 bila loceng jam berbunyi.
Setelah gosok baju dan buatkan hasben neskepeh, gua peluk hasben, gua cium dia.

Bukan apa, kesian.

Kami baru mula kerja, jadi kewangan kurang stabil, aku pula jatuh sakit. terpaksa hasben keluar kan duit RM170 untuk aku. Terpakai sudah duit rumah..

Tapi Alhamdulillah aku dah bekerja. at least tak ada lah aku rasa bersalah sepanjang umur. Memang lah tanggungjawab suami, tapi aku sebagai isteri tak nak lah menyusahkan suami aku. Tambahan lagi kami nak beli rumah ni. Pasal rumah gua cerita dekat next post. kah!

Harap harap, semuanya okay. Aku selalu mengharapkan badan aku fit macam sebelum aku bernikah. Mungkin aku dah tua?

Thursday, 8 August 2013

Crush

Tadi aku tersangkut dekat Twitter. Lepas tu aku ternampak satu tweet ni.

"Oh Crush, please love me back"

Crush, pada gua satu perasaan minat yang lebih kepada suka sangat sangat tahap nak tidur pun kena tatap gambar. Namun, crush biasanya perasaan antara satu hala sahaja. Kirakan macam bertepuk sebelah tangan lah.

Pada aku la kan, tak salah nak ada crush ni. Even orang dah berumah tangga, dah bertunang, berkapel mapel ni pun boleh ada crush tau. Tapi tu perasaan normal bagi manusia normal.

Macam mana nak pilih crush yang betul?
1. Enkorang make sure, crush yang engkorang nak jadikan crush tu, tak kenal kau langsung, atau pun anggap kau kawan biasa, atau pun orang tu artis dalam atau luar negara yang engkorang tahu memang mustahil nak dapat.

2. Pastikan anda single. kerana crush ni biasanya boleh buatkan hubungan anda porak peranda. Kalau ekau tak kuek iman, memang itu lah binasonyo! Yelah contohnya, engkorang dah bertunang, engko asyik teringat kan Que Haidar, mandi makan semua Que Haidar. Sampaikan engkorang rasa nak stalk dia dekat laman laman sosial dan di luar.

Itu je yang aku rasa paling mustahak.



Wednesday, 7 August 2013

Pre-Raya 2013

Yo sup? Amacam Raya korang?


Raya aku? Ha ha ha. ni yang nak bercerita ni ha.. aku balik JB hari Selasa pagi sampai dalam pukul 2 gitu. Sampai sampai jer aku releks kejap. Then terus ke rumah Auntie Hasben gua dekat BBU. Nak berbuka dengan mentua. Pum pam pum pam aku pun balik dalam pukul 10 gitu. Ingat nak ke Pasar Borong terus. al maklumlah, baju raya tak beli lagi kekdahnya ni!

Mak aih! Jammed teruk. Naik nyampah pula aku. Abah gua surrender pusing balik dan kami terus ke Pasar Karat. Gua try ah cari cari baju kurung kat sana. Namun, hampa. Hampa betei gua cakap lu! kedai baju kurung memang 2 biji ke 3 biji je. Orang pun tak ramai sangat. Patutlah Pasar Borong banyak tak patut. Then gua da surrender dengan Pasar Karat, Abah ajak ke Pasar Borong. Time tu kereta da kurang. dah tak jammed melampau dah.

Memang orang ramai berpusu pusu, bertingkek tingkek! Baju kurung memang sana banyak, tapi gua pula masalah. Gua memang bermasalah sikit nak cari pakaian sebab tu pakaian gua kurang. Kalau nak beli T-shirt senang jer gua tengok. Nak beli baju pompan ni yang leceh sikit. itu tak kena, ini tak kena. Gua tefikir gua ni dah kenapa? Simpton apakah yang melanda dalam diri gua ni? Lama gak la gua pusing kan. tapi gua tak jumpa. yang gua suka pula size habis. masalahnya, baju hasben yang kaler pelik. dia pakai tahun tahun lalu punya. kaler oren dengan kaler biru hijau tahik jadah susah nak mampus nak describe color tu!

Last last gua beli sotong bako jer. pastu gua balik. jahanam betul! balik tu sahur then tidur.

Sehari sebelum raya. bangun pun dah tengahari, siap siap ingat nak ke Jakel. Dah sampai sana, mahal giler ni baju dia. gila kau! baju kurun cotton dah seratos lebih. gua nak pakai kurang dari 24jam!! terus gua ajak hasben gerak. kaki gua kan tengah sakit. jakel ni yang gua tak suka, dorang ni pesen kedekot. ada ke takde escalator untuk turun? aku pun jalan nak turun tangga dengan susah payah. tetibe selipo gua putus! rasa nak marah je time tu. tapi ye lah, gua kene jaga air muka gua juga yedak?

last last gua balik semula. gua balik tukar selipor, gua terus pegi pasaraya untuk beli madu.gua kena juga setelkan biskut cornflakes gua. so gua balik cepat cepat, amek kucing masuk kereta, terus shoot umah anis. buka kat sana. lepas buka main mercun roket yang pesen ada bung api. lawa giler weh! first time gua main benda alah tu! gua memang jenis takut mercun. tu gua duduk jauh jauh tu. seriau gak ah kan. sebenarnya ada sejarah gua dan mercun. kecik kecik dulu gua main mercun tercampak dalam baju orang. berlobang baju dia kah kah kah!

lepas main mercun terus gua dgn hasben balik rumah. terus gua buat kuih, umi setelkan ketupat. ingat nak ke Pasar Borong untuk beli kuih Abeh da siap kerja terus jadi malas eh. last last tido jer jahahaha. end up nyer, gua tak ada baju raya. gua pakai baju 2 tahun lepas, kasut tahun lepas. beg mentua kasi. hahahaha. punk rock bak kata hasben!

gua tak kisah ecelly pasal baju ni. pakai kejap jer kot kan. buat apa nak beli sangat pun. yang penting gua happy dapat puasa dengan suami tahun ni.

Ni jer lah gambo yang gua ada untuk tahun ni. hahaha. Selamat Hari Raya chuolls!