Tuesday, 29 December 2015

Janda boek

Bila sebut perkataan janda mesti orang akan terfikir perempuan berambut sanggul letak bunga besor, kebaya merah ketat, jalan bawak payung. Dan bila orang sebut janda mesti orang akan fikir benda benda negatif.

Misalnya --
1) Tak pandai jaga suami
2) Dah menjanda suka kacau laki orang
3) Gatal dan kemahuan seks yang berlebihan
4) Sentiasa bernafsu kalau nampak suami orang.

Satu je perkataan yang layak untuk individu bermentaliti begini -- pukimak.

Aku janda ni. Aku janda. Dan aku memang akan terasa bila orang cakap yang bukan-bukan pasal janda. Sebab aku tahu aku bukan! Dan banyak janda-janda yang lain BUKAN macam yang diatas tu. Diulangi, BUKAN.

Dan FYI, yang kacau mantan laki aku tu ANAK DARA (dara tak dara tu lantok ke dia. Tapi dia muda dan single). Jadi, mana nya engkorang dapat idea yang janda kacau laki orang ni? MANA? Eh babi lah, panas pula hati aku.

Haa, ini lah orang kita, suka sangat create satu benda tak masuk akal. Bodoh macam meslan. Dan orang kita ni jenih bodoh tepu main ikuttttt je apa yang orang dulu dulu 'create'. Palotok lah.

SILA AMBIL PERHATIAN, BEING A JANDA IS NOT A CRIME!

Hail to all the janda yang tak suka laki orang! Kami ada taste lah. Agak agak lah. Kepada bini bini diluar sana, engkorang relek, kami takkan kacau laki engkorang sebab laki kami pun kena kacau. Kahkahkah. Kami tahu perasaan anda semua. HAIL JANDA!


Thursday, 24 December 2015

Api


Aku bermain dengan api...

Aku biar api itu marak,
Dalam pada aku berhati-hati meneliti,
Dalam pada aku sedar api itu kelak makan diri,
Dalam pada aku tahu ia akan membunuh,
Mungkin hari ini,
Mungkin esok atau lusa,
Aku pasti aku akan mati terbakar api

Aku bilang sama Tuhan
Perlu jalan apa lagi?
Aku tanya sama Tuhan
Perlu langkah yang bagaimana lagi?

Tuhan lalu diam.

Dalam diam diberi suatu simpang,
Simpang itu tidak terang,
Simpang itu bersawang,
Simpang itu berlubang
Namun di simpang itu juga aku temui suatu cahaya...

Bukan api tadi?
Oh, bukan. 
Tapi, cahaya itu indah.
Indah sekali.

Aku berpaling,
Aku menidakkan simpang yang itu,
Aku tunduk,
Aku mahukan yang ini,
Jalan yang ini...

Manusia jenis apa aku ini?

Friday, 18 December 2015

Ayongyongyong


Nama dia Ayong. 
Nama panjang dia Ayongyongyong.
Hihihi

Bulan Mengambang

Well, semua perempuan akan dapat penyakit cranky once a month. Hihi. Penyakit apa tu? Hihi biasalah tu. Datang bulan lah apa lagi.

Lain perempuan, lain PMS nya. Ada yang serupa orang nak pregnant pun ada. Kadang kadang bagi yang sudah berkahwin, sampai konfius, datang bulan ke, berbadan dua hihi.

Mula mula dulu aku tak dapat detect juga apa simptom simptom nak datang bulan untuk diri aku sendiri. Yang aku tahu, senggugut (sakit perut melampau). Dia bertukar tukar sebenarnya. Ikut hormone kita. Kalau kita terlalu stress masa tu, terlalu sakit lah.

Pada aku, normal untuk aku adalah --
1) Seminggu sebelum datang bulan aku akan craving. Asyik nak makan je. Dan makan benda yang aku tak pernah nak makan pun. Kalau ada depan mata baru sentuh. Misalnya, buah pisang, buah durian, air gas (pepsi, kadang2 mirinda merah, dll), haa hari ni aku nak makan yogurt dan banana muffin coffee bean. Aku cuma layankan yogurt je. Muffin tu tak payah mengada. Mcm perut ni sorang nak datang bulan. Kah!


2) Oversensitive. Aku akan jadi terlebih sensitive. Cepat rasa sebak, rasa sedih dan biasanya seminggu-beberapa hari sebelum datang bulan aku akan menangis semahu mahunya. Dan semenjak anak aku meninggal, seminggu sebelum datang bulan, aku akan jadi terlalu rindu dekat dia. Dan aku akan  nangis.

3) Pening kepala yang macam nak acah acah migraine. Peha, betis, pinggang, tulang belakang, keting, lengan, bahu dan hampir keseluruh anggota akan mula lenguh. Macam baru lepas menyotong lah kononnya. Masa tu akan mulia tak selesa

4) Makin dekat nak datang bulan, aku makin jadi cepat melenting. Aku jadi menyampah dengan semua benda. Pernah sekali tu, aku hempas telefon bimbit dekat kereta yang parking rapat sangat tempat aku nak masuk. (Okay aku tipu.kahkah). Aku jadi malas nak layan semua orang. Jadi panas baran! Aku hairan, mungkin makin banyak syaiton nak meraikan darah kotor nak keluar, entah lah aku tak pasti.

5) Lagi dekat, aku akan mula hilang selera makan. Dan aku akan mungkin muntah jagung atau sayur kangkung disulami kacang kacang tumbuk.

6) Senggugut. Masa tu aku akan rasa contraction sikit lah. Terus aku telan panadol actifast sebiji dua dan bawa bertenang. Welcome darah kotor.

Masalah senggugut sakit perut ni untuk hari pertama dan kedua je biasanya. Lepas dari tu dah takde dah. Hehehe.
Bersyukurlah kalau awak tak ada senggugut! :D




Tuesday, 15 December 2015

Tamak?

Tamak kan aku?

Aku mahu kebahagiaan yang itu.
Aku mahu kebahagiaan yang ini.

Apa, salah jalan yang aku pilih?
Apa, salah aku mahu rasa bahagia sahaja?

Life isn't easy.

Dia beri kau banyak jalan.
Dan kau kena pilih jalan yang paling baik untuk kau.
Worst. Bila kau terkeliru.
Bila mana, jalan bahagia yang kau sedang lalu, ada satu persimpangan lain yang mungkin lebih bahagia, atau mungkin pada mulanya bahagia, pengakhirannya, tidak.
Dan kau juga tak pasti, apa jalan yang kau sedang lalu itu pengakhirannya bahagia atau derita.
Dan kau juga keliru sama ada kau mahu terus berada di jalan itu untuk lihat pengakhirannya atau kau mahu berhenti di simpang jalan itu untuk cuba bahagia yang lain.

Ya. Complicated.

Takut. Aku takut aku buat pilihan yang salah. Lagi. Dan aku mula -- "what if..."

Tapi aku mahukan kesemua bahagia tu..


Monday, 14 December 2015

Birthday Kesi Kasedah

Last night was awesome. Entah, aku rasa definasi awesome aku kadang kadang biasa biasa je buat sesetengah orang. Tapi trust me, if you appreciate it, kau akan rasa benda tu awesome. Apa yang jadi semalam?

Semalam aku dan rakan rakan lain buat surprise birthday Kesi.

Aku keluar lewat sikit. Jumpa ieda dalam pukul 4lebih. Duk melepak dekat wisma central. Kebetulan faez dan piki juga ada dekat area sana. Jadi kami duduk berbual. Datang lagi dua orang kawan (kawan baru aku). Berbual lah pasal benda benda yang -- deep. Pasal dunia. Hehe. Bagi siapa yang kenal rapat dengan aku, dorang tahu yang aku memang suka bila lepak berbual ada topik nak dibualkan selain berbual kosong. Berbual punya berbual, jam pun dah pukul 7. Kami janji nak meet up kat area rumah Kesi. Puas lah aku tipu Kesi. Aku cakap nak letak barang lah, nak berbual dgn dia lah. Hahahaha. Sesungguhnya taktik aku berjaya! 😁 so, aku gerak dgn ieda naik train. Mira dgn paan, fyka dgn deham.

Sampai sampai je, punya lah laju kita berjalan cari kepsi. Kami beli kepsi satu bucket, beli air kat Tesco Express. Mira dgn Fyka belikan cake.

Pungpangpungpang, aku dah duk kat bawah rumah kesi tu. Ada bustop. Sekali aku tengok cuaca dah macam nak memerah je ni. Aku cakap kat ieda "dipan rasa kita kena masuk dulu". Masa kita lari masuk tu, hujan tetiba lebat gila. Angin meniup sempoi sempoi sampaikan aku rasa aku sebenarnya 40kg je. Macam nak terbang aku! Kahkahkah.

Ngam ngam, terus hujan selebat yang mungkin. Sebab nak ke rumah Kesi tu kena lintas ke blok dia lalu taman (open air). Aku cakap, ni tak lepas ni. Jadi kita releks kat bawah blok A. Sementara tunggu yg lain sampai nak parking kereta. Dorang da masuk dah. Aku cakap ni takleh jadi. Dah lewat dah ni. Aku pun teringat pakwe belikan poncho. Kkkkkkkkk. Aku pun sarung poncho dengan perasaan geli hati. Wehhhh kelakar wehhhhh aku rasa kalau ada pakwe hensem kat situ, jatuh teruih air muka!

Aku dgn ieda lari ke blok Kesi. Betul betul struggle lah. Sambil lari sambil aku ketawa. Jahanam imej aku time tu! Kahkahkah. Selang beberapa minit dari kami redah hujan tu, hujan pun reda. -______-" lepas tu yang lain lain pun sampai.

Kami terus naik atas. Aku jalan dulu. Si Kesi tanya ieda mana, aku cakap ieda kat bawah. Jap lagi dia naik. Aku tak get ready jawapan untuk soalan tu sebenarnya! Cepat cepat aku tukar topik. Pastu dah masuk tu, ieda da waksep dah. Aku pun mcm blur kejap. Aku amek kunci,haa time tu lah aku lupa macam mana nak bukak kunci rumah kesi ni! Celaka betul. Last last kesi yang bukak. Nasib baik kesi bukak. Dia bukak pintu je, nampak budak2 ni pegang cake. Lepas tu dorang sume nyanyi lagi bday. Si Kesi ni tu dia, lari teruih masuk dalam akibat terharu! Tapi pintu tak bukak lagi tu. Kahkahkah! Terharu punya pasal. Tapi tak nangis pulak dia! 😂

Maka, dengan itu sukses lah plan surprise birthday Kesi. Walaupun nampak simple. Tapi, aku tahu,dia happy. Itu je kami sebagai kawan kawan mahukan.

Untuk Kesi,
Selamat ulangtahun. Semoga sentiasa dilindungi Tuhan, diberkati, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umurnya. Aku sayang kau, weh! Yomnyak!






Sunday, 13 December 2015

Hujung Minggu

Weekend went very well! Even nampak macam biasa biasa but i tell ya, it wasn't. I got to see my friends, and my love. We talked, we laughed, we drink (but not drunk). Yea, I couldn't ask for more.

Pada aku, spend time dengan my loved ones tu yang paling important. Entah. Yes. Sometimes I need my time alone tapi bila aku fikir fikir balik, in a week, you have like 5 to 6 days yang kau sorang sorang. So, why not the other remaining days tu kau spend untuk kawan kawan. Just to have some fun.

Sebelum ni orang kata aku anti-social (in real life) and ada yang tanya aku "kau introvert ke?" Err nope. I'm not.

Aku bersosial tapi with my few friends dan dgn orang yang aku sayang. Aku jenis nya susah nak rapat dengan orang. Dan kalau aku rapat dengan orang tu, maka dengan orang tu saja lah yang aku selalu keluar. Yang kawan 'biasa-biasa' tu semua, aku akan jumpa dorang kalau ada event ke apa. Fasa untuk aku rapatkan diri dengan seseorang tu lama kot. Sbb aku senang rasa awkward. But once kau dah ngam, game over ah. Hahaha.

So yeah, malam ni keluar lagi. Besok kan cuti? Have fun ah apa lagi!

Eh sat, aku hari tu terbukak blog lama aku. Aku baca balik post dari 2008. Fuh! Lain benor cara penulisan aku. Aku lebih matang dan lebih serius sekarang. Dah takde unsur unsur kelakor dalam penulisan aku. Aku fikir fikir balik, adakah ini yang dinamakan cinta? Kbai.