Wednesday, 23 March 2016

O.K








I am okay.

Shame on you, girl.

Tadi ada member tiba tiba cakap kat aku, dia accidentally ternampak kat instagram yang ada orang like gambar ex husband dgn gf (dibaca:yang bertanggungjawab mengeruhkan rumah tangga aku dulu). Dah tak private dah rupanya. So ada lah gambar dia dengan ex husband aku pergi bercuti kat melbourne.

Aku ingat, he chose her pasal that girl ahli sorga, baik nak mampus, alim, (pasal pakai tudung kan). Oh well. Aku dah terang jahat macam ni. So, sebenarnya dia pun tak ada lah bezanya dgn aku. Kah.

Aku hairan, how can eh she be so proud gitu post her photo dgn bekas laki orang (even bekas tapi everyone knows that they have something behind my back masa aku dgn ex husband masih dalam perkahwinan) omg. Kalau aku, malu juga lah.

But I guess, you know, people can be super selfish kan? Potong point feminist tak kalau aku panggil this girl bitch? Takyah lah. Malas pulak.

Sebenarnya aku cuba melantakkan perempuan ni tapi aku masih sakit hati cos tak ada satu maaf pun yang aku dapat lepas apa yang dia buat. Aku ni cepat lembut hati kalau orang mintak maaf betul betul. Tapi tu lah. She got what she deserve la kan?

Dunia ni bulat. Nanti kau dapat lah tu apa yang kau buat. Bukan kat sini. Tapi kat 'sana'.

Wednesday, 16 March 2016

Entah

Bukan aku tak coba.

Mungkin aku terlalu jauh dari-Nya.
Aku cuba dekat. Makin aku dekat, makin Dia jauh.
Entah apa apa saja dalam badan aku ini.
Nak dikatakan syaitan, mungkin aku yang iblis.
Dasar hamba jijik tak kenal dek untung, mungkin?

Tuhan,
Maafkan aku, hambaMu yang keji.
Yang penuh cacat dan cela.
Yang tak pernah ada sempurna.

Aku cuba kejar sinar itu.
Aku cuba capai tak tak sampai.
Tangan aku pendek atau jaraknya memang jauh?
Atau Kau sudah serik?
Serik hiaskan aku dengan cahaya itu?

Lengkap hidup aku.
Cuma kosongnya aku, bila pergi bayiku.
Aku ada keluarga.
Aku punya sahabat dan cinta.

Lalu bukankah itu sudah cukup untuk bahagia?

Wang ringgit?
Heh. Kertas yang mampu dicarik kecil lalu dihanyutkan di parit-parit. Tidak ada harga.
Tapi kenapa ia masih mengukur gembira?

Celaka lah kau, New World Order.
Kau anjing-anjingkan kami, salah guna kuasa.
Jual diri kepada manusia, lupa diri kepada Pencipta.

Tuhan,
Aku tak nampak jalan.
Bukan samar tapi gelap gelita.
Jangan kata mahu diraba,
Satu langkah pun aku tak mampu bergerak.
Kehadapan tidak, apatah lagi ke belakang.

Aku harus yang bagaimana lagi, Tuhan?

Wednesday, 3 February 2016

Be Happy!

2016, satu je aku nak. be happy!

aku persetankan apa yang orang cakap pasal aku. aku tahu aku ada keluarga aku, cinta aku, kawan kawan aku dan joke joke sekeliling aku.

lusa aku akan ke Ipoh satu malam dan the next day aku akan ke Penang. dengan Su dan kawan Su bernama Petak. So, selama 5 hari aku tak akan berada di kota Kuala Lumpur ni. Bagus juga aku amek keputusan untuk berjalan since pakwe pun pergi ke Indo selama 11 hari pasal tour band dia. Aku suka tengok dia keluar berjalan tengok dunia. Dia pun muda lagi. Biar dia enjoy puas puas. Dan aku pulak, aku pilih untuk explore dunia dengan cara aku. Aku akan pergi ke mana mana yang aku nak pergi.

Bercinta tak semestinya nak bercuti kau wajib bawa pasangan kau. Tak, sometimes you need yourself alone atau you need your friends to make your trip better. :)

So, in plan, lepas Penang aku akan ke Medan pada bulan 3 ni. Lepas Medan settle aku nak usha tiket pergi Sarawak untuk Gawai dan lepas tu fokus kepada Philippines end of the year. Yang kat Philippines sebab aku macam berniat nak buat MBPA kat sana. Sebab Philippines pun adalah salah satu negara dunia ketiga.


So gais, lupakan semua celaka dan be happy!

Saturday, 9 January 2016

#sex


Aku kini berada dalam suatu situasi yang aku tak perlu apa apa selain dari diri aku dan ruang aku.

Just. Follow the flow.

Follow. The. Flow.

Love. Lust. Laugh.

Life isn't easy but isn't that hard either. Just, work hard, enjoy your morning sex on weekend. (Ppfffttt).



Sincerely,
...


Tuesday, 29 December 2015

Janda boek

Bila sebut perkataan janda mesti orang akan terfikir perempuan berambut sanggul letak bunga besor, kebaya merah ketat, jalan bawak payung. Dan bila orang sebut janda mesti orang akan fikir benda benda negatif.

Misalnya --
1) Tak pandai jaga suami
2) Dah menjanda suka kacau laki orang
3) Gatal dan kemahuan seks yang berlebihan
4) Sentiasa bernafsu kalau nampak suami orang.

Satu je perkataan yang layak untuk individu bermentaliti begini -- pukimak.

Aku janda ni. Aku janda. Dan aku memang akan terasa bila orang cakap yang bukan-bukan pasal janda. Sebab aku tahu aku bukan! Dan banyak janda-janda yang lain BUKAN macam yang diatas tu. Diulangi, BUKAN.

Dan FYI, yang kacau mantan laki aku tu ANAK DARA (dara tak dara tu lantok ke dia. Tapi dia muda dan single). Jadi, mana nya engkorang dapat idea yang janda kacau laki orang ni? MANA? Eh babi lah, panas pula hati aku.

Haa, ini lah orang kita, suka sangat create satu benda tak masuk akal. Bodoh macam meslan. Dan orang kita ni jenih bodoh tepu main ikuttttt je apa yang orang dulu dulu 'create'. Palotok lah.

SILA AMBIL PERHATIAN, BEING A JANDA IS NOT A CRIME!

Hail to all the janda yang tak suka laki orang! Kami ada taste lah. Agak agak lah. Kepada bini bini diluar sana, engkorang relek, kami takkan kacau laki engkorang sebab laki kami pun kena kacau. Kahkahkah. Kami tahu perasaan anda semua. HAIL JANDA!


Thursday, 24 December 2015

Api


Aku bermain dengan api...

Aku biar api itu marak,
Dalam pada aku berhati-hati meneliti,
Dalam pada aku sedar api itu kelak makan diri,
Dalam pada aku tahu ia akan membunuh,
Mungkin hari ini,
Mungkin esok atau lusa,
Aku pasti aku akan mati terbakar api

Aku bilang sama Tuhan
Perlu jalan apa lagi?
Aku tanya sama Tuhan
Perlu langkah yang bagaimana lagi?

Tuhan lalu diam.

Dalam diam diberi suatu simpang,
Simpang itu tidak terang,
Simpang itu bersawang,
Simpang itu berlubang
Namun di simpang itu juga aku temui suatu cahaya...

Bukan api tadi?
Oh, bukan. 
Tapi, cahaya itu indah.
Indah sekali.

Aku berpaling,
Aku menidakkan simpang yang itu,
Aku tunduk,
Aku mahukan yang ini,
Jalan yang ini...

Manusia jenis apa aku ini?