Tuesday, 28 May 2019

Can I just be myself for today?

Aku mental breakdown, and this is not the first since my last post. Aku tak tahu nak update apa kat sini but I just feel fucked. Otak penat pasal tak boleh tidur. I thought by cutting my hand again terus boleh tidur but still can't.

Should I give up?

May 2019


I don't know if my mood dah haywire but i was bored cos I can't sleep padahal my body and my mind penat nak mampos. I just can't sleep. Panic attacks at 2 am, burped a lot, rasa nak muntah, my brain is still taknak stop.

I'm just too tired. I wanna live but I'm tired.

Thursday, 31 January 2019

February.


Hello, February. Please be nice. Even it's not a good start, but I hope this would be the last cut.

Sejujurnya, aku sendiri penat untuk rasa okay, untuk rasa pulih bila sebenarnya aku tak pernah okay dan pulih.


Monday, 12 November 2018

it is not easy


i dont know when was the last time i did this, but tonight, i did it again. i thought i'm okay but i'm not. how i wish i could reverse this depression. i hate the way my brain works. i hate this. i want to stop doing it. i want to stop this. but i cant. i dont know how. i want to be better again. i'm scared...

Thursday, 20 September 2018

Depres tapi berjaya?

Sebenarnya, aku cemburu tengok orang yang ada depresi tapi berjaya. Macam mana dorang lawan depresi tu? Macam mana dorang buang semua depresi tu dan buat apa yang mereka suka, dan apa yang mereka suka hasilnya berjaya?

Tapi on the other hand aku teringin nak tanya dorang
Betul ke mereka okay? Betul ke ini yang mereka mahukan?
Betul ke depresi mereka hilang?

Dulu aku rasa aku seorang yang sangat warm. Aku mampu berikan kata-kata penguat semangat buat teman-teman dan adik aku. Kalau mereka ada kesulitan, dan mereka refer ke aku, aku tahu apa yang aku nak buat. Macam mana aku nak motivate dorang. Tapi, aku dah hilang semua tu. Aku menjadi seorang yang dingin dan makin hari makin dingin. Aku tak mampu nak beri motivasi kat sesiapa. Aku suka motivate org, kalau tak, takkan sampai dua kali aku ke sekolah Man Dugong untuk sesi kaunselling dengan pelajar. Tapi kalau kau tanya aku sekarang, aku tak mampu.

Is it my job makes me like this? Or is it my love life? Is it i need to quit everything i'm doing right now?

70% dari diri aku, aku kata kerja aku. 10% my love life. 20% unknow reason.


It's not that i really hate my job. but i dont find it fun anymore. I want to quit but what should i do after quitting my job? It's not that I get the chance to get the job ive been wanting for pun kan?

Apa yang aku suka semuanya aku tak berpeluang atau simply, tak berbakat.

Aku suka music. Aku nak buat music. Tapi first, tak berbakat. Setakat tahu menyanyi itu pun makin lama makin teruk suara aku. Kira nak bandingkan dari dulu, setakat lagu Whitney Houstan, aku tak ada lah terkucil mana. Aku nak buat music. Aku dari dulu nak buat music. I want to do music that I like. Ikut citarasa aku, lyricnya cerita aku, suaranya suara aku. But, aku tak pernah reti main instrument. Guitar aku beli, keyboard masih ada kat rumah. Tapi semuanya aku belajar tak sampai suku jalan. i blame my job. aku takde masa untuk belajar and I know, benda ni need lot of effort and practise. benda ni sumbang kepada ------ 70% of my job

Aku minat benda benda art. not art -- melukis sebab aku hanya tahu lukis corak berulang daun pakai krayon. Tapi aku dari dulu aku suka design. Aku suka design logo, I remember I learn illustrator from my first love, he's designer. Then aku belajar sendiri nak buat design baju (masa dalam marriage). but, again, aku stop after aku start kerja sekarang ni. Aku takde peluang untuk sharpened my skills. Basic, paling basic design je. Setakat design banner dan name card, dan invitation card, itu je yang aku mampu. again, ------ penyumbang 70%


70%.

Adakah betul ni reason aku tak pernah rasa aku berjaya dalam hidup? Its like, kau kena pilih happiness atau duit.

happiness -- do what i like but NO MONEY
duit -- FORCE myself to do what i don't like but SURVIVED.


Idk man.
Life is tough.

Monday, 20 August 2018

Percaya.

Well, aku baru log out my twitter.

Kecoh dekat twitter pasal curang dan telefon bimbit.



They mentioned, kepercayaan.

KEPERCAYAAN.
KEPERCAYAAN.
KEPERCAYAAN.
KEPERCAYAAN.
KEPERCAYAAN.

Disebabkan kepercayaan, aku menjadi aku yang sekarang ni.

They're comparing relationships nstuff.

Let me tell you this.

Aku, super jealousy. I know that. Muda-muda dulu yes, check itu ini memang menjadi habit. But as i grow up. I stopped doing that. Bukan sebab dah less jealous tapi sebab aku menjaga hati sendiri. Dan, everyone knows, aku tak suka lelaki yang ramai/friendly dengan kawan perempuan. Till I met my husband (wait, i'm having a dejavu rn), no, ex husband. I never check his phone sepanjang perkahwinan. Before kahwin, pernah sekali. Then after that, tak. Dan, perkahwinan.

Perkahwinan yang seperti semua tahu. Perkahwinan adalah Kepercayaan. Tapi semua silap. Perkahwinan BUKAN Kepercayaan. Perkahwinan adalah Penerimaan. Kepercayaan 100% hanyalah kepada Tuhan dan takdir. Atas dasar Kepercayaan seorang aku, aku tak pernah ambil tahu. Sebab ye lah. Bangun tidur muka dia, nak tidur muka dia dan, tempat kerja aku pun dekat dengan tempat kerja dia. So, apa nak dibimbangkan? Walau sebesar zarah pun aku tak pernah ada doubt dengan dia. Aku tak pernah cemburu, aku tak pernah halang dia hantar staff dia balik, keluar makan dengan staff2 dia. I TRUSTED HIM.

Till this one day.

Allah nak gerakkan aku. Pagi tu aku tak boleh tidur. Aku buka handphone dia. For the first time, aku buka dan check handphone dia. Memang tak ada apa apa dekat WhatsApp. Tapi bila aku buka facebook, ada something yang buat aku tersentak. So, bermula dari situ. At first, I was only tanya dia, kenapa. then dia bagi jawapan yang -- aku tak tahu lah aku boleh hadam ke tak.

Dan, Allah memang Maha Berkuasa atas setiapnya dan kami sebagai hambaNya hanya menerima. Bulan Ramadhan tahun tu paling sugul. Daripada yang aku buka tu, beberapa hari lepas tu, dia cakap, dia tak boleh. He can't do this anymore. "Baik I bagitahu u sekarang sementara kita belum ada anak" and it was, pagi selepas sahur. Allah sahaja tahu. Betapa hancur hati aku masa tu. He did mentioned, the one yang dekat FB yang aku found out tu, bukan sebab itu. Dia stated few reasons. Termasuk lah dia nak balik Singapore, takut masuk jail so he didn't want me to wait, he's not ready for this (after 1 year plus of marriage), I was changed, I didn' took care of my body (I WAS 70+KG) etc, etc.

KEPERCAYAAN.
KEPERCAYAAN.
KEPERCAYAAN.

Sebabkan kepercayaan tadi, aku yang memang sangat marah, aku PERCAYA dia. Maybe he needed space ke apa. We separated. I moved out. Duduk bilik sewa dekat dengan area tempat kerja. God knows how much I suffered. Allahuakhbar. Aku tak tahu macam mana aku boleh percaya yang that was only for temporary. No, it wasn't. After raya, we divorced.

And, after 1 week dia jatuhkan talak, dia bawa his gf pegi tempat kerja. and that girl, was his staff. aku kenal perempuan tu, perempuan tu kenal aku. Kau boleh bayangkan tak? KEPERCAYAAN yang aku agung-agungkan dalam rumah tangga itu sendiri, sebenarnya SALAH. Aku silap sebab meletakkan KEPERCAYAAN aku kepada manusia. Sedangkan yang terpaling ikhlas itu Allah.

Jadi, kau bagitahu aku. PERKAHWINAN DAN KEPERCAYAAN. Apa semua itu?

Berbalik kepada password telephone bimbit. It is good for you to know and check SOMETIMES. Untuk langkah berjaga-jaga. Bukan dah berbulan bulan, baru kau tahu, dan masa tu, kau tak tahu nak refer kepada siapa.

Kepercayaan bukan lah tak perlu ada dalam rumahtangga. tapi bukanlah 100% kepercayaan. Penerimaan adalah yang paling penting sebenarnya. Penerimaan 100%, kepercayaan juga akan meningkat. Bila tak terima pasangan 100%, maka disitu lah semuanya terjadi. curang dan sebagainya.

Jangan lah jadikan KEPERCAYAAN sebagai alasan untuk kau tak ambil tahu apa yang berlaku di balik tabir.


D


When will you stop doing this, D?