Tuesday 28 January 2014

Bye KL Office. Hi Mid Valley Office!

Today would be the last day of working in KL Office. No more KLCC, No more Convention Centre.
I hope Mid Valley office would be better!

Luls. Speaking gittew!

Sedih jugak nak tinggalkan KL Office ni. Ye lah, Mid Valley kan jauh. -.- Penat jugak lah, nak kena naik train then naik bus. Memang cari gaduh gila lah kan. Tapi nak komplain sangat pun tak elok. Bukankah aku sedang mencari sesuap nasi ni. toooo diaaa! Kah kah kah.

Dengar cerita Mid Valley Office lawa! Katanya laaa tapi tak tau macam mana. Ni kejap lagi aku kena ke sana la ni. Malas betul. Tapi boss suruh jugak sebab nak buat makan makan pre-CNY sekali.. Aduh, malassssss!

Sorry lah aku malas nak taip byk byk. Terlelap lelap ni haa. Tsk Tsk. Nanti aku upload gambar office baru okay!


Sunday 26 January 2014

Cikgu Lembu?

Hari ni memang Monday blues habis! tak sampai waktu lunch lagi aku dah tidur sepam dua. Sedap betul tidur. ni lepas update blog ni aku tidur lagi kejap lah. 

Tadi tengah tweet tweet tetibe terperasan satu jejaka kenamaan tweet, "Cikgu lembu" patut digantung kerja, ditukarkan sekolah apa tah lagi. lebih kurang lah macam tu. Lepas tu aku teringat aku ada tertengok berita ituari pasal isu ni.

Budak ni tak siap kerja sekolah. Lepas tu, di denda dengan cikgu, rotan dua kali dekat telapak tangan, lepas tu dipakaikan rantai lembu ke apa tah aku tak ingat, lepas tu katanya dipaksa makan rumput. 

Let's not see pada kemuncak cerita. kita tengok permulaan atau punca cerita. 

Budak ni tak siap kerja sekolah. Fullstop. There you go.

Wahai ibu, bapa dan penjaga, ketahuilah anda, bahawa, once awak dah hantar anak awak ke sekolah, bermakna awak sudah biarkan anak awak memikul suatu tanggungjawab. Iaitu tanggungjawab sebagai seorang Murid a.k.a Pelajar. Tanggungjawab. Apa maksud tanggungjawab?

Tanggungjawab tu bila kita rasa kita perlu lakukannya kerana ia memang sudah jadi tugas kita. Sama konsepnya seperti, -- Anda seorang boss, cleaner tak bersihkan meja anda betul betul. Anda marah. Anda kata -- Awak patut tahu tanggungjawab awak sebagai cleaner! Ya, itu tanggungjawab ye semua orang. 

Jadi apa pula tanggungjawab sebagai seorang pelajar? - Belajar daripada pengajar. Buat kerja sekolah/tugasan jika diberi, Dengar nasihat mereka. Untuk apa? Untuk masa depan kita juga. Asalkan tidak berlebihan. Berlebihan pada aku bermaksud, pukul sampai berdarah ke, sepak sampai patah riuk ke, tumbuk sampai lebam lebam ke. Itu berlebihan a.k.a melampau. 

Setakat rotan dekat tangan, apa lah sangat, I believe budak tu bukan kena rotan macam aku pernah kena rotan sebab 'mencapap' dekat pintu belakang kelas. sampai berbirat tangan! tapi yes, salah aku. siapa suruh 'mencapap'? 

Tanggungjawab ibu bapa/penjaga apa pula? Apa, susah sangat nak cek buku sekolah anak? Susah sangat nak luangkan masa dengan anak anak untuk tengok kerja sekolah mereka ataupun, layan anak anak buat kerja sekolah mereka? Habis? Siapa yang patut jadi pendidik kalau dah ibu bapa sendiri lepas tangan? Anda hantar anak anda pergi sekolah, dengan harapan-- anak saya akan berjaya! anak saya akan menjadi seorang yang cemerlang! anak saya akan jadi seorang yang BERTANGGUNGJAWAB! -- Jadi, kenapa halang seorang guru untuk jalankan tugas dia sebagai pendidik? Atau sebenarnya, anda hantar anak anda ke sekolah hanya kerana -- "Dia mesti kena sekolah, kang jiran cakap apa pulak. Anak anak hantar sekolah senang sikit, kalau boleh 9 am sampai 6pm. ngam ngam hakak balik kerja. Adatlah tu. anak masuk umur 7 tahun, wajiblah bagi mereka untuk bersekolah."

Kenapa tidak, anda jadi seorang ibu, bapa/ penjaga dan seorang pendidik? Biarkan tugas guru hanya untuk mengajar apa yang ada di dalam buku dan bakal masuk peperiksaan sahaja. tanpa kerja rumah, tanpa latihan, boleh anak anda jadi pandai? Itu yang anda mahu bukan? 

Jika anak anda kurang pandai atau kurang di-ajar jangan pula disalahkan guru -- Cikgu ni tak reti ajar anak aku agaknya! Cikgu ni buat hape kat sekolah ni? Apesal anak aku masih tak reti menulis? Cikgu kalau dah bodoh, anak aku pun sekali jadi bodoh! 

Apa yang anda mahukan sebenarnya? 

Aku rasa kementerian pelajaran malaysia patut rombak balik tugasan buat guru guru sekolah di Malaysia ni. 
- Guru hanya perlu menerangkan apa yang ada dalam buku.
- Guru hanya perlu tanya apa yang ada dalam buku
- Guru dilarang sama sekali untuk memberi anak murid kerja sekolah/latihan! Takut takut mereka tidak mampu untuk buat.
- Guru tidak boleh menyuruh anak murid menyapu sampah di dalam kelas, membuang sampah, mengelap tingkap, dan kerja kerja lain. Dikhuatiri anak murid mereka akan bilang ibu bapa mereka -- kena dera jadi cleaner. 

Banyak lagi kalau nak dinyatakan untuk perombakan baru ni. Hm. Kesian betul orang zaman sekarang. 
sayang anak tangan tangankan, bukan sayang anak dimanja ditatang-tatangkan. Kang jadi anakku sazali pulak. mahu?


-- Jejaka Kenamaan tu pun lahai, nak tunjuk hero, nak tunjuk pandai, digelarnya guru yang jadi mangsa tu, 'Cikgu Lembu'. Jadi, apa bezanya Jejaka Kenamaan itu dengan Cikgu tersebut? Kah, itu nama dia tunding satu jari, 4 jari kena batang hidung sendiri. 

-- Nak wangikan tahi, jangan disirami dengan air tahi. Siram lah dengan air bunga. Baru boleh wangi. 


Thursday 23 January 2014

Scene Opis: Cepatlah balik!

Aduh, terseksa jiwa raga aku ni. Nak tunggu pukul 5 setengah punya lah susah! Tak, tak, bukan aku punya waktu kerja habis 5 setengah. Tapi kirakan 5 setengah aku dah boleh berfoya foya. Biasanya aku balik 5.50pm hihi. Memang tak ada sistem punch card bagai ni. Jadi, kita enjoy!





Ni keadaan aku tadi. Memang bengang. Sebab kerja yang aku buat, luar bidang aku. Jadi aku nak kena belajar. Masalahnya, belajar sorang ya. Bukan ada orang ajar pun. Hnff. Tapi tak apa. Aku kan pekerja berkaliber dan berkuasa tinggi! Macam minyak petron 97. Kah! Okay hambar noks

Dah lah. Siap siap kemas meja. pegi solat sekarang sekarang! Harap surau tak bising hari ni.

Sunday 19 January 2014

Anak Mummy yang shy-shy cat.

Pintu Bilik Scan di Klinik Fauziah, Ampang
Tersebut lah kisah.. aku pergi Klinik Fauziah sabtu lepas. Untuk buat Scan 4D. Amboi semangat. Lepas solat Subuh jemaah dengan husband terus sarapan. Makan nestum jer. Haha. Lepas tu tengok kartun. Hasben sibuk sambung baca buku Worldwide Hardcore. 

Pukul 9 semua dah lemau. last last lena balik. appointment aku pukul 12.40. Kononnya memang nak datang awal lah kan. Lepas tu, dalam pukul 10.30 terus bangun mandi and siap siap. Dalam 11suku macam tu dah keluar rumah. Kemain semangat kan aiolls ni! hikhiks.

Jalan macam biasa jammed. Ampang is the worst place to live actually. Jammed dia, kussss semangat. Potong 0.5% mood aiolls tau! Tapi rupanya, yang jammed sebab traffic police buat roadblock! No wonder lah jammed tak hengat. Padahal baru tgahari time tu. Hairan aku. Siang siang hari buta buat roadblock. 

Sesampai je Klinik Fauziah, aku terus pergi dekat kaunter, tanya Akak nurse tu. 
"Saya ada appointment dengan Dr Jezlynn"
"Nama siapa?"
"Ehem ehem (saja taknak tulis nama betul kat sini. ngade kan?)
"Okay, duduk dulu okay" 

Aku dengan hasben pun duduk lah depan pintu (gambar rajah diatas). Ada satu pasangan, akak tu perut besor! mungkin dah nak tiba due lah tu kot agaknya. Dia hulur hilir hulu hilir. Lepas tu dalam 15-20 mins macam tu, patient dalam bilik tu keluar. Dr tu panggil Akak yang hulur hilir tadi. Patient yang keluar tadi dia duduk di kerusi area depan. lepas tu dia keluar. Aku pun buat dang jer lah. Berbual dengan hasben itu dan ini. Teruja gila perasaan time tu!

Tiba masanya, giliran aku. Jeng, jeng, jeng! hihik. 

Masuk je dalam, Dr suruh baring. Hasben duduk dekat kerusi tepi. Sebelah kanan aku ada mesin scan tu, depan aku pun tergantung satu screen monitor scan tu. Sementara Dr tu dia pegi mana entah. 

Tak lama lepas tu, Dr pun datang, tanya aku berapa kali scan dah. aku cakap 2 kali. Dia tanya lagi, last bila, aku cakap last week. Tapi gender pun tak nampak, baby tutup. Lepas tu Dr hanya ketawa comel. 

Dia pun sapu lah gel kat atas perut aku. dia mulakan scan yang biasa punya dulu. Pum pam pum pam, dia tengok gender, tapi, macam biasa lah, anak mummy shy shy cat! Dr pun start kacau.

"Baby, bukak sikit, kasi akak tengok adik ni boy ke girl" dia usik usik perut aku. Aku senyum jer. 5 6 minit jugak nak tunggu baby bukak kaki, dan tarrraaa~ 

"Haa, dah nampak daaa, cuba tengok apa tuuu?" Aku memang tak boleh nak cam apebenda tu.
"errrrr, entah laaa tak nampak laaa"
Dr cakap lagi "tak nampak eh, cuba ayah dia tengok apa tuu?"
"Err, Boy?"
"Haaa ini boy laaa, tengok ni, ini dia punya telur, ini dia punya bibird. Ini boboy tapi malu malu pulaa." 
Hihi. dalam hati aku, Alhamdulillah, nampak jugak gender anak mummy yang shy ni.

Lepas tu nak tengok muka pula. Hihi. Muka satu hal lagi, baby tutup muka pakai dua dua belah tangan yer. ada satu kali tu, aku ternampak, baby alih sikit tangannya, nampak sikit lah muka nya. hihi. 
Dr ni punya lah suruh aku kejap pusing kiri, kejap kanan, kacau kacau dia suruh turunkan tangan, dia taknak, dia bior jer. Last last Dr pun suruh aku bawak jalan dulu. aku pun jalan keluar la. Pegi beli roti kat kedai runcit sebelah, pegi pet shop kat deret situ. Lepas tu masuk klinik balik. Oh, yang patient pertama tadi, dia pun sama case, kena bawak baby jalan jugak -.-"

Aku masuk dalam, hasben cakap
"Oh, patut lah akak tadi ke hulu ke hilir. Haa you pun jalan cepat kejut dia. kacau perut tu"
Aku pun buat la macam tu. Ke hulu, ke hilir, berbual bual dengan hasben dan baby. Dengan harapan dia alih lah tangan dia. 

Dr pun panggil masuk. Aku baring atas katil tadi
"Haa, ni yang baby boy yang shy shy tu kan" Dr sengih sengih. 

Nampaknya, memang anak mummy shy shy habis. atau, dia lapar. sebab, dia tak tidur tu sebenarnya, kita suruh dia alih tangan dia takmo. tapi mulut gerak gerak. lapar lah tuuuu. hihi. Tak ada rezeki lah nak tengok muka baby..

Dr suruh datang lagi lagi 4 minggu. sebelum kandungan masuk 30weeks. Dan, kita tak di-charge. Sebab yang bagusnya klinik tu, kalau taknampak muka, dia tak charge! bagus kan? 

Nanti aku nak buat lagi appointment! hihi! mengada kan.

Wednesday 15 January 2014

Scene Opis -- I'm the boss, You're the slave!

Mula Januari hari tu, office aku yang dulu cuma 2 orang penghuni je sekarang dah jadi 5 penghuni. Dulu aku cuma ada satu sahaja rakan sekerja. Namanya Jojo (bukan nama sebenar). Si Jojo ni dah pun resign masa 19 December hari tu. Tinggal aku sorang. Tapi sebab ada project nak tutup, manager operasi kat sana akan masuk office ni. 

Company aku ni tak tahu lah aku nak kata. Nak kata miskin hina, tidak. lebih kepada kedekut sebenarnya. Bayangkan, sejak company ni bertapak dekat bumi mesia ni, dia cuma sewa satu bilik opis yang kecik molek ni. Sebab company aku company singapore asalnya. 

So, yeah. Sekarang dalam bilik opis kecik ni ada 5 orang termasuk aku. Angie, Kiki, Ah Kong, dan Ahmad. Sume bukan nama sebenar ye.
Nak dijadikan cerita, disebabkan Jojo tu dah berenti, aku akan ambil alih tugas dia BUAT SEMENTARA WAKTU. ye lah, dia buat HR. aku mana lah ada pengalaman dalam HR ni. aku cuma lah recruiter je. Tapi sebab aku je yang tau banyak benda P&C staffs, jadi aku lah orangnya!Dan bulan ini bulan pertama aku pecahkan kepala hotak aku demi company ni. 

Pernah sekali tu, aku menangis sambil buat kerja. Sebab terlalu mindfucked. Gila weh. Overload. Mana taknya, macam aku cakap tadi, company kedekut macam ni, dia akan hire seorang saja untuk buat semua. Jadi, jojo ni dulu, dia akan buat major HR, Admin cum Finance. Baik dia je jadi boss. Gile betul. Masalahnya, aku yang kena tanggung lepas Jojo tu jalan. Tapi takper. aku terima benda ni sebagai proses pembelajaran. Lagipun aku memang berminat nak tahu pasal HR dan Admin ni. sampai bila aku nak duk dalam Recruitment field aja kan?

Jadi pumpam pumpam, banyak lah jugak mistakes yang aku buat. tapi takper. macam aku cakap, proses pembelajaran. Tapi pressure jugak lah baq hang! Kelam kabut aku dibuatnya! 

Opis aku sekarang meriah lah. mana tidak nya, ada 5 orang. Malangnya, mereka lebih kepada berbual bahasa cantonese. which, aku memang tak faham sepatah haram. selain itu gelak kuat kuat. bukan apa. sebab opis ni kan sewa. owner opis ni kiasu sikit. kalau engkorang masuk opis aku pun, engkorang terus menguap! malap dan sangat berjimat cermat atau kata lain, kedekut. 

Angie dan Kiki dan Ahmad memang aku tak ada masalah pun. Cuma Ah Kong. Dia ni kirakan reporting aku sebelum dia kena transfer jadi TL Temporary dekat salah satu project. Aku memang tak berkenan dengan dia ni. Pesen kerek nak mampos dan pemalas. Main game 24/7. masa dulu dia temp kat Project base,banyak staff complain. aku memang tak boleh nak buat apa. al-maklumlah, gaji aku rm1800. gaji dia kali 9 gaji aku! huh! lepas tu ok lah. aku memang buat bodoh. pernah sekali aku gaduh dengan dia. tapi through skype jer. terus aku malas besarkan cerita. diam lebih baik. 

Semalam ada meeting dengan director aku. Nama dia Mr. Kok (bukan nama sebenar)
Mr Kok ni okay jer. cuma adalah certain things yang aku tak berkenan. Jadi semalam tetibe Mr Kok ni dia kata, 
"I tak kisah kalau chuolls nak balik awal. asalkan kerja buat lah. siap on dateline, blah blah blah." aku diam jer lah. sebab aku memang tak pernah cabut cabut. cuma keluar 5 minit awal jer penah lah 5 6 kali. tapi si Angie dengan Kiki ni memang hari hari pukul 5, 5 setengah dah jalan. dah lah duk sini memang tak de benda nak buat. aku tak kisah. in fact, aku lagi suka aku duk sorang dalam ofis ni. 

Tapi yg aku bengang nye, tetibe si Ah Kong ni mencelah Mr Kok.
"But depends lah, bukan based on the level, like cos he is manager he can go out early. its because of the position lah. kalau macam tak ada kerja boleh buat ke apa, then u think u go home and u can do something for the company, then ok. if like, admin, hr kan mcm ada banyak kerja kan" -- CELAKA.
tak sebiji lah ayat dia. tapi lebih kurang. 

Eh, bengang pulak hati kita ni. 

Cakap je lah, aku tak boleh gerak awal. senang. ala, aku pun tak hingin nak balik awal! pasal laki aku balik 6pm jugak. Mr Kok terus tanya aku
"you dont have to wait for your husband anymore ah?"
then aku cakap lah kena tunggu. kat Jelatek. So OBVIOUSLY aku memang tak akan gerak awal. WALAUPUN GAJI AKU RM1800 jer satu bulan. nak dibandingkan dengan si Ah Kong yang kuat main game dalam opis dan Angie dan Kiki yang selalu balik sejam awal. Si Ahmad tu lantok lah. sbb dia tgh project lain sekarang ni. dia ke hulu hilir. aku faham.

FUNNY EH? Bila satu time, manusia yang di level atasan rasa terancam dengan manusia yang level nya dibawah. aku bukan lawan kau lah. cari orang lain untuk berlawan. Aku bekerja kerana Allah, untuk sara hidup aku dan family aku. tu jer. 

Sekian, hati yang sakit. 

Sunday 12 January 2014

Baby Fair di PWTC

Hi semorang. Sihat? Dah makan nasik? Hiks. 

Nak cerita ni, hari tu aiolls pergi Baby Fair. Rambang mata chuolls!

Pagi pagi sabtu dah bangun, kejut hasben. lepas tu aku buat brefkes nestum. Ingat nak pergi makan roti canai, tapi apakan daya, kemalasan bermaharajalela tahap maksima pulak. So, nestum pun, nestum lah! Lepas makan nestum terus aku kemas sikit sikit, touch-up touch up rumah, apa yang patut, basuh baju semua. Hasben mandi. Lepas tu aku pulak mandi. Siap siap terus keluar. Dalam pukul 10 macam tu. Alhamdulillah jalan tak jammed. Ye lah, pagi lagi. Lagipun aku ikut jalan ampang je. memang tak lah nak lalu setapak. setapak kan selalu jammed! memang cepat sampai. dalam 10 setangah, gitu dah sampai. dah sampai satu hal, ni haa, nak cari parking. Nauzubillah, susah bebenor! Memang penuh! Sebab ada satu lagi event, mungkin Indian Wedding. Sebab banyak orang india pakai saree. cambest jer pakai saree! hihi.

Last last ingat nak keluar jer. macam dah surrender. masa kat tempat bayar tu, kita tanya lah orang yang jaga pondok tiket tu. Nasib baik auntie tu baik hati! hihi. Dia suruh parking dekat Reserved Parking. Kite pun apa lagi, pecut lah ke Reserved Parking berhampirang. Wah, happy sungguh! Berkobar kobar rasanya! Yelah, first baby kan. hihi.

Tapi macam dikatakan sebelum ni, tak dapat lah nak beli belah baju baju baby. sebab mak mentua dah beli satu beg balik kampung tu! Cuma beli benda major je.

So, inilah yang kami dapat masa Baby Fair tu! heheh.
Ada tilam untuk baby cot. tapi tak amek gambar pun. sebab tilam tu tilam biasa jer. hihi. Next month tinggal beli breast pump sahaja. Sebab masa Baby Fair tuari memang peruntukan RM400 sahaja untuk barangan ni. :)

Kat Baby Fair tu, memang semua dia bagi murah murah tapi kena pandai cari. Contohnya yang tilam dia tu. Kat kedai lain dari RM100 lebih, tetibe terjumpa yang ini, RM79 jer. okay lah tu! Tapi terus terang memang rambang mata. Semua yang datang terdiri daripada mereka yang sedang berbadan dua atau baru dapat baby. Banyak pulak tu orang borong pampers. Yelah, Pamperskan mahal. Kalau ada susu rasanya hari Jumaat dah habis dah orang borong Susu! hihi.

Yang penting, aku rasa macam tak sabar gila nak deliver! Dan, Sabtu ni scan 4D. YAY!

Lepas ni hasben kata dah tak boleh belanja belanja lagi. Saving kaw kaw punya untuk deliver. Dan oh, kami bakal berpindah ke JB semula. Selewat lewatnya pertengahan April. Dekat sikit dengan nanny nanny baby ni nanti. hihik.



Thursday 9 January 2014

4D Scan? Tak Sabarnya!

Eksaited sungguh aiolls! Sepatutnya nak scan 4D bulan depan, namun, apakan daya, aku ni eksaited terlebih agaknya!

Mana tidaknya, baca blog pasal orang scan 4D, kemain eksaitednyer. Jadi, aku teringat lah yang kawan aku dulu scan 4D dekat Klinik Fauziah. Katanya RM100 lebih jer. Hmm, Naise jugak tu! Aku pun cuba lah usha usha kat google. Terjumpa lah link ni https://www.appointmentquest.com/scheduler/2160064131 . Jadi bagi bakal bakal ibu, boleh lah klik link di atas. Katanya memang seronok bila scan 4D, kita boleh tahu kondisi organ dalam badan bayi kita, gender tu jangan cakap lah, dan yang paling cute sekali adalah, kita boleh tengok muka bayi kita secara jelas! Hamboi! Neves pulak aiolls nak scan ni!

Jadi, aku dah pun buat online booking untuk 4D Scan Appointment. Minggu depan 18th January 2014, Sabtu. Dan oh, katanya Dr Jezzlyn bagus giler! Pandai pujuk baby kita katanya. Memang ngam lah, masa hari appointment tu pun memang Dr Jezzlynn yang bertugas. Pandaikan aiolls pilih hari?  Hiks.

Besok nak ke Baby Fair dekat PWTC. Pun eksaited jugak! Yelah, mana tidaknya, selama pregnant ni, belum beli apa apa barang baby pun. Yang beli pun Mak mentua jer lah. Mak mentua ke States tempoh hari. Diborongnya baju baby banyak banyak. Satu beg balik kampung tu haa. Then hari tu dekat Ikea Singapore tengah ada promotion ke apa, dibelinya jugak Baby Cot. Haiss. Besok pergi Baby Fair nak beli everything cepat cepat. Kalau tak, nanti nanny anak mummy ni beli semua. Segan mummy nanti!

Hari tu hasben cakap, "habis lah anak kita, mesti manja. Mana tak nya, first cucu, lepas tu, dapat nenek, yang belah daddy manjakan dengan barang, belah mummy manjakan dengan makanan."

Hihi. tahu takpe daddy. :')

*Gambar curi kat Google. Anak siapa agaknya yang cute sangat ni?*

Anti-Sosial

Memandangkan sekarang aku dah tak ada fesbuk, twitter lama sudah aku delete, instagram juga bakal face-free, aku akan mula memblogger lah balik. Blog lama pun aku rasa dah sampai masa aku tutup akaunnya. Tak perlu nak KLMJ dan tak ada apa yang perlu di KLMJ kan.

Well, aku dah malas sebenarnya. Duri dalam daging. Bukan nak kata apa, kalau seseorang tu tak suka kita, kita buat apa pun walhal beribadat sekalipun, akan tetap dipandang buruk bagi dia. Kan? Aku taknak lah maki maki since aku masih berbadan dua. Btw, Alhamdulillah, kandungan aku sudah 23 minggu lebih. Minggu depan 24 minggu. Yang dok sibuk pasal hal aku dan suami dan keluarga itu, harapnya hidup mereka aman dan mereka punya banyak lagi benda yang perlu difokuskan selain -- AKU.

Sometimes kita kena mengalah. Bukan bererti kita salah. Sebagai seorang wanita, seorang isteri, bakal seorang ibu, rasanya tak perlu nak bertelagah disebabkan benda yang langsung entah apa apa. Malas untuk aku ceritakan apa yang terjadi. Kalau makin aku layan 'mereka' tu, makin serupa lah kebodohan aku dengan 'mereka'. Jadi, aku taknak. Walau hakikatnya aku tidak pandai mana, tapi aku berusaha untuk tidak jadi sama bodoh dengan mereka. Itu jenis aku. Dan, jika seseorang lain itu bijak, dia akan tahu bahawa 'mereka' itu sedang memperbodohkan diri sendiri dengan memperbodohkan orang lain.

Sama juga situasinya, Si Giant selalu sahaja membuli Nobita. Giant gemok, hodoh tapi kerana dia fikir dia sangat power, dia buli Nobita. Macam itu lah. Aku pula tak nak jadi seperti Nobita. Bodoh, kerana sentiasa mahu membalas dendam terhadap Giant, sampai terkena batang hidung dia sendiri.

Jadi, aku mengalah. Aku tahu, Suami tahu, Tuhan tahu.

*senyum*

Berilah seribu alasan sekalipun untuk jatuhkan aku. Jika kataku, YAKIN dengan Dia, tidak akan mampu engkau lihat aku terduduk jika tiada izinNya. Ingat.

*senyum lagi*

-untuk tatapan sahaja-