Thursday 18 June 2015

Salam Ramadhan 2015

Sekejap je dah tahun 2015 punya Ramadhan. jatuh bangun sepanjang lepas Ramadhan tahun lalu, Alhamdulillah dilalui dengan cemerlang tanpa ada perasaan ingin bunuh diri. cuma ada sesekali ada perasaan ingin lari. Aku pun manusia juga yedak?

Jadi sempena Ramadhan 2015 dan juga usia aku yang lagi beberapa bulan genap 25, aku rasa aku sudah cukup matang untuk jaga hati. aku cuba sedaya upaya untuk jaga hati. namun dugaan Tuhan terhadap hambaNya yang disayang ni bukanlah mudah. lagi lagi yang kerja retail ni.

Jadi, aku berbuka puasa seorang diri di kedai, baru dua suap, customer dengan penuh bergayanya masuk kedai. payah juga nak jaga hati kalau macam tu. aku cuba lah juga untuk senyum dan layan. tapi aku agak dia perasan aku agak hambar kot. nasib baik dia beli banyak! jadi worth it lah juga kan.

pokoknya, walaupun syaitonnurrojim tak ada, tu bukan jadi permasalahan untuk kita buat sesuatu yang salah tu. kerna dalam diri kita sendiri kita ada satu habit buruk yang kita dah selalu bajakan. iaitu habit sakit hati dekat orang lain. kalau syaitonnurrojim tak ada pun dah menjadi jadi apa tah lagi syaitonnurrojim tu ada dok ngendeng kat hati, telinga mata dan mulut kan? jadi, mari lah kita sempena bulan yang serba indah ni, kita cuba bersihkan hati. dengan izinNya, bila habis Ramadhan nanti, hati kita masih bersih dari segala anasir jahat. amboi apa dia ayat aku ni?!

okay gais, update masa sekarang 6.39am. aku tadi da siap siap mandi lepas berjemaah subuh dan baca quran tadi.  jadi, aku nak take a nap sementara tunggu pukul 7. hari ni aku shift pagi! yay!


Salam Ramadhan Al-Mubarak, gais!

this talk.

walk the talk.

well this I really do.

bukan apa, aku jadi rimas. aku penat. sebelum ni aku hanya cakap sahaja, kali ni, i'll walk the talk.


please. kau ada kehidupan sendiri. begitu juga dengan aku. aku dan kau ada haluan yang Dia tetapkan dan jalan itu ada hikmah tersendiri. tolong aku? tolong pergi. jauh jauh.