Monday 12 November 2018

it is not easy


i dont know when was the last time i did this, but tonight, i did it again. i thought i'm okay but i'm not. how i wish i could reverse this depression. i hate the way my brain works. i hate this. i want to stop doing it. i want to stop this. but i cant. i dont know how. i want to be better again. i'm scared...

Thursday 20 September 2018

Depres tapi berjaya?

Sebenarnya, aku cemburu tengok orang yang ada depresi tapi berjaya. Macam mana dorang lawan depresi tu? Macam mana dorang buang semua depresi tu dan buat apa yang mereka suka, dan apa yang mereka suka hasilnya berjaya?

Tapi on the other hand aku teringin nak tanya dorang
Betul ke mereka okay? Betul ke ini yang mereka mahukan?
Betul ke depresi mereka hilang?

Dulu aku rasa aku seorang yang sangat warm. Aku mampu berikan kata-kata penguat semangat buat teman-teman dan adik aku. Kalau mereka ada kesulitan, dan mereka refer ke aku, aku tahu apa yang aku nak buat. Macam mana aku nak motivate dorang. Tapi, aku dah hilang semua tu. Aku menjadi seorang yang dingin dan makin hari makin dingin. Aku tak mampu nak beri motivasi kat sesiapa. Aku suka motivate org, kalau tak, takkan sampai dua kali aku ke sekolah Man Dugong untuk sesi kaunselling dengan pelajar. Tapi kalau kau tanya aku sekarang, aku tak mampu.

Is it my job makes me like this? Or is it my love life? Is it i need to quit everything i'm doing right now?

70% dari diri aku, aku kata kerja aku. 10% my love life. 20% unknow reason.


It's not that i really hate my job. but i dont find it fun anymore. I want to quit but what should i do after quitting my job? It's not that I get the chance to get the job ive been wanting for pun kan?

Apa yang aku suka semuanya aku tak berpeluang atau simply, tak berbakat.

Aku suka music. Aku nak buat music. Tapi first, tak berbakat. Setakat tahu menyanyi itu pun makin lama makin teruk suara aku. Kira nak bandingkan dari dulu, setakat lagu Whitney Houstan, aku tak ada lah terkucil mana. Aku nak buat music. Aku dari dulu nak buat music. I want to do music that I like. Ikut citarasa aku, lyricnya cerita aku, suaranya suara aku. But, aku tak pernah reti main instrument. Guitar aku beli, keyboard masih ada kat rumah. Tapi semuanya aku belajar tak sampai suku jalan. i blame my job. aku takde masa untuk belajar and I know, benda ni need lot of effort and practise. benda ni sumbang kepada ------ 70% of my job

Aku minat benda benda art. not art -- melukis sebab aku hanya tahu lukis corak berulang daun pakai krayon. Tapi aku dari dulu aku suka design. Aku suka design logo, I remember I learn illustrator from my first love, he's designer. Then aku belajar sendiri nak buat design baju (masa dalam marriage). but, again, aku stop after aku start kerja sekarang ni. Aku takde peluang untuk sharpened my skills. Basic, paling basic design je. Setakat design banner dan name card, dan invitation card, itu je yang aku mampu. again, ------ penyumbang 70%


70%.

Adakah betul ni reason aku tak pernah rasa aku berjaya dalam hidup? Its like, kau kena pilih happiness atau duit.

happiness -- do what i like but NO MONEY
duit -- FORCE myself to do what i don't like but SURVIVED.


Idk man.
Life is tough.

Monday 20 August 2018

Percaya.

Well, aku baru log out my twitter.

Kecoh dekat twitter pasal curang dan telefon bimbit.



They mentioned, kepercayaan.

KEPERCAYAAN.
KEPERCAYAAN.
KEPERCAYAAN.
KEPERCAYAAN.
KEPERCAYAAN.

Disebabkan kepercayaan, aku menjadi aku yang sekarang ni.

They're comparing relationships nstuff.

Let me tell you this.

Aku, super jealousy. I know that. Muda-muda dulu yes, check itu ini memang menjadi habit. But as i grow up. I stopped doing that. Bukan sebab dah less jealous tapi sebab aku menjaga hati sendiri. Dan, everyone knows, aku tak suka lelaki yang ramai/friendly dengan kawan perempuan. Till I met my husband (wait, i'm having a dejavu rn), no, ex husband. I never check his phone sepanjang perkahwinan. Before kahwin, pernah sekali. Then after that, tak. Dan, perkahwinan.

Perkahwinan yang seperti semua tahu. Perkahwinan adalah Kepercayaan. Tapi semua silap. Perkahwinan BUKAN Kepercayaan. Perkahwinan adalah Penerimaan. Kepercayaan 100% hanyalah kepada Tuhan dan takdir. Atas dasar Kepercayaan seorang aku, aku tak pernah ambil tahu. Sebab ye lah. Bangun tidur muka dia, nak tidur muka dia dan, tempat kerja aku pun dekat dengan tempat kerja dia. So, apa nak dibimbangkan? Walau sebesar zarah pun aku tak pernah ada doubt dengan dia. Aku tak pernah cemburu, aku tak pernah halang dia hantar staff dia balik, keluar makan dengan staff2 dia. I TRUSTED HIM.

Till this one day.

Allah nak gerakkan aku. Pagi tu aku tak boleh tidur. Aku buka handphone dia. For the first time, aku buka dan check handphone dia. Memang tak ada apa apa dekat WhatsApp. Tapi bila aku buka facebook, ada something yang buat aku tersentak. So, bermula dari situ. At first, I was only tanya dia, kenapa. then dia bagi jawapan yang -- aku tak tahu lah aku boleh hadam ke tak.

Dan, Allah memang Maha Berkuasa atas setiapnya dan kami sebagai hambaNya hanya menerima. Bulan Ramadhan tahun tu paling sugul. Daripada yang aku buka tu, beberapa hari lepas tu, dia cakap, dia tak boleh. He can't do this anymore. "Baik I bagitahu u sekarang sementara kita belum ada anak" and it was, pagi selepas sahur. Allah sahaja tahu. Betapa hancur hati aku masa tu. He did mentioned, the one yang dekat FB yang aku found out tu, bukan sebab itu. Dia stated few reasons. Termasuk lah dia nak balik Singapore, takut masuk jail so he didn't want me to wait, he's not ready for this (after 1 year plus of marriage), I was changed, I didn' took care of my body (I WAS 70+KG) etc, etc.

KEPERCAYAAN.
KEPERCAYAAN.
KEPERCAYAAN.

Sebabkan kepercayaan tadi, aku yang memang sangat marah, aku PERCAYA dia. Maybe he needed space ke apa. We separated. I moved out. Duduk bilik sewa dekat dengan area tempat kerja. God knows how much I suffered. Allahuakhbar. Aku tak tahu macam mana aku boleh percaya yang that was only for temporary. No, it wasn't. After raya, we divorced.

And, after 1 week dia jatuhkan talak, dia bawa his gf pegi tempat kerja. and that girl, was his staff. aku kenal perempuan tu, perempuan tu kenal aku. Kau boleh bayangkan tak? KEPERCAYAAN yang aku agung-agungkan dalam rumah tangga itu sendiri, sebenarnya SALAH. Aku silap sebab meletakkan KEPERCAYAAN aku kepada manusia. Sedangkan yang terpaling ikhlas itu Allah.

Jadi, kau bagitahu aku. PERKAHWINAN DAN KEPERCAYAAN. Apa semua itu?

Berbalik kepada password telephone bimbit. It is good for you to know and check SOMETIMES. Untuk langkah berjaga-jaga. Bukan dah berbulan bulan, baru kau tahu, dan masa tu, kau tak tahu nak refer kepada siapa.

Kepercayaan bukan lah tak perlu ada dalam rumahtangga. tapi bukanlah 100% kepercayaan. Penerimaan adalah yang paling penting sebenarnya. Penerimaan 100%, kepercayaan juga akan meningkat. Bila tak terima pasangan 100%, maka disitu lah semuanya terjadi. curang dan sebagainya.

Jangan lah jadikan KEPERCAYAAN sebagai alasan untuk kau tak ambil tahu apa yang berlaku di balik tabir.


D


When will you stop doing this, D? 

Tuesday 14 August 2018

This is tiring. Life.

Aku masih macam ni. In case kau orang curious. Suicidal thought, every single day. Losing hope, setiap saat aku rasa aku tak larat nak hadap semua ni. Kadang2 aku curious, kalau, kalaulah betul2 aku ambil keputusan untuk tamatkan semua ini, siapa yang paling terkesan? Hidup senang lenang ke semua orang? I bet, yes.

Nama blog yang aku buat ni, wanita superwoman. Masa tu aku ingat aku lah paling kuat. Tapi aku silap. Aku silap push myself to the limit. Sejujurnya  aku lemah. Dan siapa je yang ada masa aku lemah? None. Malah ditinggalkan.

Aku rasa aku nak hempas kepala aku dekat dinding sampai pecah biar semua memory luput. Aku nak kelar kelar lengan aku, sampai urat terakhir putus. Aku nak naik ke bangunan tinggi dan terjun. Biar semua beban tertinggal dipetangahan itu.

Semua tak faham aku hadapi. Orang cakap aku gila. Depres dan gila. Gila dan gila. Aku emosi lebih, tak reti kawal emosi. Aku gila katanya. Aku gila. Semua benci dengan aku. Aku sebarkan negativity. Hidup aku negative. Aku gila dan gila.

Tapi mereka tak tahu, macam mana aku struggle untuk lawan semua thoughts, suara suara dalam kepala aku, mana nak layan insomnia, mana nak layan beban kerja. Mana nak fikir keluarga. Semua anggap aku suka meroyan tak tentu hala, gila dan mahukan perhatian.



Bila aku berhenti buat semua ini, percayalah, aku akan hilang dari muka bumi ini. Aku penat jadi gila.

Sunday 1 July 2018

dialog kecil sama jiwa

kelmarin kita bermain-main sama jiwa.
kita tanya sama dia
"apa benar kamu sedia? apa benar ia kan bahgia?"
jiwa kita diam tidak menjawab, namun ia tersenyum kecil.

perlahan-lahan jiwa kita menari,
ikut sama melodi diri

perlahan-lahan ia berhenti
lalu didongakkan dagunya ke langit kelabu campurnya biru

"nanti itu tidak pasti. jika bukan sekarang, bila lagi?" mata jiwa kita terus melayang disemesta, sambil bunga bunga merah berguguran dari angkasa.


jiwa kita mahu ini
jiwa kita mahu bahagia yang ini

angin




kita bilang kepada kita
jika kita jadi angin,
jadi lah angin yang tenang
jika kita jadi angin,
jangan jadi angin yang kencang
angin kencang selalu marah
angin kencang selalu cemburu


biarkan berlalu si angin yang penuh benci dan dendam
biarkan sahaja angin itu berlalu

Saturday 30 June 2018

Secara...

Mungkin kali ini benar menjadi?




Kita baik-baik sahaja dalam genggaman kamu
Kita rasa, langit yang kelmarin menghitam
Tunggu masa untuk belengu jalan di hadapan kita,
Tiba-tiba bercahaya

Kita fikir, cuma sebentar,
Tapi, benar,
Seolah jadi selamanya.

Kamu bikin apa sama kita?
Kamu bikin apa kita jatuh suka?
Kamu bikin apa kita lupa derita?



Terima kasih ya.



Tolong,


Jangan berubah.
Tolong,

Monday 25 June 2018

FUCK

CAN'T SOMEONE PLEASE BE ON MY SIDE?
PLEASE. I AM BEGGING NOW. FOR ONCE....

BE ON MY SIDE.


Kau cakap benda semua ni tak ada kena mengena dengan aku. Semua orang tahu benda tu. Dan semua orang tahu aku tahu. Dan semua orang tahu aku bermasalah dengan kau sebab benda tu. That bitch memang tak hebohkan and everything. SEBAB APA? SEBAB DIA YANG BERSALAH. TAKKAN DAH BERAK TENGAH JALAN NAK MENGAKU TU TAHI DIA PUNYA, KAN?

You guys are selfish. SELFISH.

S, kau puas hati now? Kau puas hati kau ruin everything? Maybe pada kau benda ni tak besar. Won't effect anything. Kau anggap laki tu yang besarkan masalah ni. Kau lupa, KAU PENYEBAB YANG PALING UTAMA. Finish what you have started, bitch. Jangan lepas tangan and step laki tu yang psycho and stuff. Kau yang buat semua ni. KAU BUAT SEMUA NI. And CONGRATULATIONS, KAU MAMPU PENGARUH SEMUA ORANG DENGAN KAU PUNYA DRAMA. KAU MENANG DAN TAHNIAH.

I, for once, aku minta kau be on my side. but kau rasa that bitch betul, pasal kau pun sama naik dengan that bitch. KAU PUN MELAYAN BITCH TU. Kau rasa kau marah kat laki tu pasal sebarkan benda ni. Kau rasa kau malu. kenapa nak malu? pasal dia tell everyone yang KAU DENGAN THAT BITCH MAIN BELAKANG DAN TIPU KITORANG TERANG TERANG? Aku boleh terima, aku dah cakap dekat kau, aku dah boleh terima semua yang kau tipu aku. Tapi aku DISAPPOINTED pasal kau masih on that bitch's side. Kau tak kisah pasal aku. YES MINAH TU SELALU MENANG.

NO ONE DEKAT ON MY SIDE.

AKU SUMPAH, IF ANYTHING JADI DEKAT AKU, AKU TAK AKAN MAAFKAN KAU ORANG BERTIGA. APA YANG TERJADI DENGAN AKU SALAH KAU ORANG.


I HATE MYSELF. I WANT TO END THIS. I HATE THIS LIFE!!! 

Sunday 24 June 2018

Penat.

Sekali lagi, aku terduduk. Aku terdiam. Tak tahu apa yang patut aku fikir, apa yang patut aku rasa.

Allah,
dugaan jenis apakah ini?
tak puas lagikah kau menghukum aku?

Aku rasa sangat, sangat penat.

Aku dah tak larat.

Kondisi semakin melarat.

Aku sangat, sangat penat.

Tenat.

Sunday 17 June 2018

new life.

8th June 2018.

Off day aku. I already have plans. Nak pergi dobi, nak pergi Klinik Kerajaan, nak pergi buat rambut. Then petang sikit aku nak pergi beli baju raya dengan Kesi dan Suraya. End up aku bangun lewat. So I decided to not to go to Klinik Kerajaan. Aku pergi mendobi. Then aku pergi lah kedai cermin mata. nak tukar lense cermin mata mahal sangat which obviously tengah bulan dan nak raya aku memang tak boleh afford. Then, aku pergi kedai gunting rambut. Nak alter sikit rambut aku. dia kata kalau dia buat nanti pendek sangat bla bla bla. so gagal jugak. Finally, aku beranikan diri masuk ke klinik An-Nisa'. Aku ambil ujian DASS beberapa hari lalu. Dan aku bawa result ujian tu ke klinik untuk dapatkan refer letter. Doktor menjalankan tugas nya sebagai doktor dan keluarkan refer letter. 

11th June 2018.

Aku split shift hari ni. Aku ada masa pukul 2 sampai 7 petang. So aku memang plan nak bawa refer letter tu ke HUKM. Sampai sahaja, Staff tu arrangekan aku appointment besoknya which -- aku kerja. Then, staff tu cakap, what if aku harm diri aku lagi. Then aku terus whatsapp staff aku dan manager aku dan arrange staff untuk besoknya. 

12th June 2018.

Selesai registration, aku tunggu sekejap, then nombor aku dipanggil ke bilik nombor 1. Dr. Nisa namanya. Jadi aku dan dia berborak. Bukan kosong. Aku rasa macam aku meluahkan semua pula kat dia. Sesi pertama tu kurang lebih satu jam setengah. 
"Symptom-symptom ni adalah symptom panic disorder" Sebaik sahaja aku cerita pasal heart palpitation, yang perihal aku beberapa kali tiba-tiba mula lari, tiba-tiba aku rasa cemas dalam keramaian orang. 
"Saya tanya soalan-soalan tadi untuk make sure apa yang awak lalui ni adalah pure depression sahaja atau bukan, Tapi symptom awak menunjukkan yang awak mempunya Bipolar Disorder type 2 yang mana lebih kepada kemurungan, walau bagaimana pun, episod emosi awak berubah dan kadang kadang awak terlebih -- hype." 

Aku --- Speechless.

Bermulalah fasa kebergantungan sama ubat anti depressant aku yang bernama Seroquel.

17th June 2018

Hari ni adalah hari ke-5. Dan semalam dalam sengaja atau tak, aku skip makan ubat. Sengaja aku skip sebab semalam adalah hari pertama aku kena naikkan dosage dua kali ganda. Aku takut kalau aku ambil ubat, aku tak boleh bangun. Aku nak pulang ke KL malam semalam. Risau aku.
Dan--- sebagai resultnya, aku terlelap dalam 10 minit di dalam bus, aku tak tidur sampai pukul 6.30 pagi padahal aku bekerja jam 10 pagi dan aku kena bangun pukul 8 pagi. 

Jam 1528 tadi, aku punya rasa serba tak kena bermula. aku mula panic. susah nak bernafas. Aku burping 3 4 kali. aku tak tahu nak buat apa. aku call bf banyak kali tak angkat. aku call manager aku, tak angkat. aku dah ke hulu ke hilir. it lasted for about 20 minutes. sebab aku lari pergi toilet dan muntahkan makanan aku. bila aku balik kedai, aku rasa nafas aku semakin teratur. itu pun lepas berpuluh kali buat cara pernafasan yang Dr Nisa ajar. Sesak dia rasa macam tak sampai oksigen. Tapak tangan basah, hujung jari semua sejuk. Sekarang 1630, aku rasa a bit better. 


Goodluck, girl. Goodluck.

Wednesday 16 May 2018

I can't feel it anymore

I can't feel your love anymore.

Mata yang dulu penuh cahya cinta
Kenapa kabur?
Apa memang cahya itu semakin menghilang?
Atau mataku semakin membuta?


Monday 23 April 2018

satu tahun

satu tahun.

masih sama.
i'm not getting better.

gunting masih menjadi senjata
lengan kebas.
hirisan di lengan tak menutup luka di hati
yang sentiasa berdarah

bila aku nak berhenti hiris
why can't i be happy, Oh Lord?



Tuesday 17 April 2018

And then I realized...

Aku dengar lagu kat youtube while waiting for my trial Adobe Lightroom download. tetibe i dont how, lagu Ed Sheeran keluar. lagu Perfect. Aku selalu dengar lagu tu tapi aku tak focus sangat but then, just now I watched the MV and dengar lyrics betul betul. It's so sweet. Then tiba tiba I burst into tears.. I realized how much I miss someone sing me a love song. I miss someone makes me feel loved.. I dont know when was the last time I felt that, but yea, I really miss that kinda moment. And I realized how sad my life is. I am sad. I dont know how to happy again.. I always listen to sad songs. and I'm so tired of it. But it's okay. I'll sing them to myself. :)

I found a love for me
Darling just dive right in
And follow my lead
Well I found a girl beautiful and sweet 
I never knew you were the someone waiting for me
'Cause we were just kids when we fell in love
Not knowing what it was
I will not give you up this time
But darling, just kiss me slow, your heart is all I own
And in your eyes you're holding mine
Baby, I'm dancing in the dark with you between my arms
Barefoot on the grass, listening to our favorite song
When you said you looked a mess, I whispered underneath my breath
But you heard it, darling, you look perfect tonight
Well I found a woman, stronger than anyone I know
She shares my dreams, I hope that someday I'll share her home
I found a love, to carry more than just my secrets
To carry love, to carry children of our own
We are still kids, but we're so in love
Fighting against all odds
I know we'll be alright this time
Darling, just hold my hand
Be my girl, I'll be your man
I see my future in your eyes
Baby, I'm dancing in the dark, with you between my arms
Barefoot on the grass, listening to our favorite song
When I saw you in that dress, looking so beautiful
I don't deserve this, darling, you look perfect tonight
Baby, I'm dancing in the dark, with you between my arms
Barefoot on the grass, listening to our favorite song
I have faith in what I see
Now I know I have met an angel in person
And she looks perfect
I don't deserve this
You look perfect tonight

Tuesday 27 February 2018

#1: Symptom

Disebabkan aku tak tahu nak cerita kat siapa.. Now i know how's this so embarassing to tell someone about your symptoms of anxiety and depression. So I decided to post my symptoms in this blog. In case, anything happen to me. And, I'll post everytime I face the symptoms again.


1. Aku rasa aku bersalah. I told bf, aku masih tak boleh accept, the way he changed. Di awal perkenalan, he's so sweet. He posted my pictures, he called me sayang everytime, he put on emojis, a lot of emoji, but, Idk since when, he slowly change. So, tadi aku try post 1 of his pic on my IG, i tagged him. He replied my whatsapp and all. but he didnt even like the pic that i posted. So i decided to check, whether dia ada like other pic ke tak. and yeah, 26 mins ago, he liked few pics. and I posted the pic, 56mins ago. And so, I feel uneasy.. I feel like he's uncomfortable. Maybe he didnt want anyone to know or maybe he's hiding something but idk, i just feel uneasy. but it's okay. I told him, i'll delete the pic. aku bagitahu baik baik. Aku tak marah, aku sedih and a bit dissapointed je. but he told me aku fikir bukan bukan. he asked me what pic? tapi it's okay. I just want to let it all go. Aku nak lupakan perkara perkara sweet yang dia pernah buat untuk aku awal awal dulu. But then, he told me. "awak tak fikir ke org pun cuba untuk terima perubahan awak? awak lain dulu" and, you know, it's like, satu pisau cucuk dekat dada aku. terus suara heikal masuk. no. bukan suara. it's like i saw him in front of me, the exact position yang dia duduk, dan cara dia cakap," you've changed a lot" exactly macam situation yg aku lalui. and i feel like, ... aku rasa. aku yang bersalah.. i keep blaming myself. i keep blaming myself. heikal left me for another girl sebab aku berubah. and, izmal told me i've changed.. but why do i feel like, i changed because of his behaviour?

2. slowly aku menangis, i dont want to feel anxious, but i started biting my nails. jari kanan. jari telunjuk, dan jari tengah. my body's shivering. my mind started to feel serabut, i keep blaming myself, while biting my nails. i started to hate myself. then i tried, ye aku cuba. aku cuba untuk bertenang. aku buka blog ni, dan up satu post. yes, the one that i posted earlier. i was having my mental broke down. but, i keep crying and start to pull my hair.

3. aku masih gigit kuku, kali ni aku menangis, my body's still shivering, dan aku cakar lengan aku. tangan kiri. aku buka post yang Ummar meninggal. 12 March 2014 punya post, semakin hampir Ummar nak meninggal, i feel like my body terserap dalam momen tu, i can see Ummar's face, muka Ummar yang lemah, I can see Ummar trying to smile masa tiub2 masuk berselirat kat hujung di. aku menangis, dada aku makin sesak. Tiba tiba terselang seli dengan suara pertama Ummar dan mata Ummar. dada aku sesak sangat. I was running out if breath, end up, aku muntah. Aku pergi lari pergi toilet dan muntah semuanya.

4. Dada aku tak boleh calm, aku jalan kehulu ke hilir, aku duduk depan pintu bilik, masa tu, mind aku separa kosong, aku pergi tingkap, aku tengok luar, dada aku sesak, heartbeat aku laju.

5. Then aku minum air, aku pergi toilet, cuci muka, dan masuk bilik.

Now I feel a lil bit at calm. Cuma, nafas aku kadang masih tak teratur.

So thats all for today's mentak breakdown.

58/365: It was my fault

Aku tak tahan. This anxious feeling, the voices inside my head, the urge to harm myself, I can't handle it anymore. Every single day, aku bangun, aku kuat kan diri. aku bagitau diri aku, hari ni aku mesti happy. aku mesti happy. aku takmahu happy dari orang lain. aku mahu aku happy dengan cara aku sendiri. every single day.

and today.......

aku terfikir, tak. aku teringat. its like relatable dgn apa yang aku lalui. I remember you told me. "you've changed a lot" and then you left me for other girl. the pain is still there, heikal. the pain is still there. aku masih sakit. all this while, i thought it was your fault. all the way, aku salahkan kau. kau yang berubah hati. kau yang berubah. but today someone makes me realise.. aku yang berubah.. aku yang berubah.. aku yang berubah.. aku yang berubah.. it was my fault to put the blame on you. aku yang berubah.

aku yang bersalah. aku yang berubah sampai kau tinggalkan aku. tiga tahun aku hidup dalam perasaan ni. perasaan ego aku. aku nak hidup.. aku nak hidup..... tapi hati aku mati..

Monday 22 January 2018

22/365: Peace-ing

Malam tadi aku tak boleh tidur. sampai 4am juga aku tak tidur. aku baca buku tak ngantuk, tengok youtube tak ngantuk. Last-last aku buka Happy Together yang episode ada Jessie tu. Masalahnya, makin aku tak tidur. 

Masa aku balik semalam, aku tak tau lah, aku rasa aku tak nampak. tapi aku rasa mata aku ada bayangan perempuan, rambut panjang, baju putih. dia ada kat sudut, dia ada kat semak-samun sebelah tangga keluar dari LRT Salak. Tapi sebab aku positif mata aku tak nampak. yang nampak cuma otak aku. So, aku abaikan. Masa kat kerja semalam, budak sekolah hari tu whatsapp aku. Dia tanya simptom skizofrenia. Aku terangkan kat dia apa yang aku tahu. Aku rasa bersalah sebenarnya. seorang aku ni aku rasa tak layak untuk memujuk orang lain yang lalui apa yang aku lalui.

Hari-hari aku rasa nyaman. Sebab aku dah deactivate social media. Walaupun aku terasa kadang kadang nak tahu perkembangan orang. tapi aku rasa, nyaman ni sedap. Aku tak perlu hadap manusia bodoh riak, puji diri sendiri secara melambung lambung, marah benda benda yang tak perlu dimarah. viral benda yang tak perlu diviral. People are crazy. Like me. Tapi aku gila yang lain. Mereka gila yang lain.

Bukan niat aku nak jauhkan diri dari sesiapa. Tapi aku memang berniat nak jauhkan diri dari semua. Tapi aku tak sampai hati tapi aku nak buat juga. Ah, fuck. Aku tengah buat apa sekarang ni? Apa yang aku buat?

Fuck
Fuck
Fuck
Fuck
Fuck
Fuck
Fuck
Fuck
Fuck





HUMAN ARE BASTARD! 





Saturday 20 January 2018

21/365: I am okay.

aku akan mula catatkan hari hari aku. 

semalam aku deactivate semua akaun media sosial aku. instagram, twitter, facebook. dan aku uninstall di facebook. aku left group yang selalu aku berborak. aku tak tahu. aku rasa aku perlukan masa untuk bersendirian. aku mahu ruang. aku mahu sunyi. aku tak mahu tengok handphone aku penuh notification. aku mula tak mahu socialize. cukup lah aku terpaksa pakai senyuman di muka aku semasa bekerja. nak ikutkan hati, aku tinggalkan kerja. kenapa tak buat? aku tak mahu susahkan orang lain. dan untuk kali ni, aku tak mahu aku menyesal di kemudian hari. mungkin aku masih ada kewarasan dekat situ.

dan..

as expected.



satu orang pun tak tanya kenapa. mungkin mereka mahu aku tiada. kecuali, bf aku. dia tanya aku sebab aku cakap aku nak rehat dan aku turn down his offer to bring me dinner. then maybe after that he realised i deactivated my social medias account. 

aku mahu lari, tapi bila aku lari, aku mahu orang tanya aku, aku ke mana? aku okay ke? aku baik-baik aja ke? heh. tinggi sangat expectation aku. atau, aku yang menjengkelkan?

seharian aku fikir. should i go to hospital? or should i not? should i go for a counselling session? or should i not? what if i really.. have.. depression? what if doctor diagnosed me with depression? would i be able to accept it? or would i not? would i continue to live like a normal me, or would i end my life after that? terlalu banyak thoughts dalam kepala aku. selang seli. 

well, i tried to get some help. i googled on how to make an appointment with Pakar Psikiatri but entah, tak dapat apa apa info. 

so, yesterday i finished work at 9pm, and i was supposed to go home straight away cos i felt sleepy but, instead, aku ke KLCC. typical diffan. aku duduk dekat tasik. me, and tasik klcc. haha. so, around 10pm i went home. sampai rumah, i cried, i was holding my tears seharian semalam. and aku buka youtube, and started to watch people talk about depression and anxiety. and Thank God, aku tak tahu mana pergi gunting yang aku guna untuk kikis lengan aku. so, aku just cakar. ya, tempat yang sama. for the past 3 years, aku akan buat benda yang sama. tapi aku tak harm diri aku sampai darah teruk mengalir. cukup ada berbilai bilai dan rasa sakit yang mampu hilangkan kesakitan dalaman aku. dan, scar tu akan hilang. aku tak mahu orang nampak bekas tu. aku malu. 

then my bf came, sebelum dia balik dia cakap, tak jadi ke langkawi after show perlis, so, dia cancel plan last minute (not the first time he did this) dan aku da ambil cuti. kononnya, dia dan kawan2 dia tu nak pergi after final show. which is, on march and obviously, aku dah tak boleh cuti. kerja aku bukan macam kerja orang lain. orang lain tu, lain lah. but it's okay. i'm getting used of it. and, hujung bulan 4 dia akan ikut band lain pergi tour seminggu. tahu apa aku rasa? i'm not his priority. he can cancelled plans dengan aku, but not with their friend. dia boleh ikut kawan2 dia, tapi, dia tak boleh cakap "okay, org stay dengan awak lah lepas show perlis"cos i was telling him, kalau dia cancel, i just stay there alone je la. sebab aku dah minta cuti sampai selasa. it's not that aku sedih. i mean, aku boleh je travel sorang. aku memang travel sorang. and i have no issue on travelling alone but, the fact that aku ni just tempat hilang rasa kosong seseorang tu, betul betul buat aku down. 

aku mula rasa lonely. since aku tau i'm nobody's priority. aku whatsapp umi malam tadi, i said i miss her.. she didnt reply my whatsapp. you know how lonely i am? 

aku rasa isolate diri aku adalah jalan terbaik buat masa ni. so aku nampak, mana level aku sebagai seorang anak, gf, kawan. 

i live alone. i'll die alone.

Saturday 6 January 2018

hiatus


It’s alright if you run out of breath
No one will blame you
It’s okay to make mistakes sometimes
Because anyone can do so
Although comforting by saying it’s alright
Are just words


Setengah tahun aku berehat dari menulis dalam blog ni. Macam-macam yang terjadi. dan satu daripadanya, seorang yang aku tak pernah terfikir, telahpun pergi, menamatkan semua perih hidupnya. Ayat di atas adalah salah satu lagu yang dia buat sendiri. Bila aku baca, baca dan ulang baca, aku rasa... sangat... sakit... seolah apa yang dia rasa, aku juga rasa. 

Aku tahu. Bukan dia mahu tamatkan hidup dia tapi dia mahu tamatkan sakit dia. Aku tahu. Aku rasa macam tu. Aku rasa.. macam tu.. Setiap kali aku cederakan diri, aku tahu, aku mahu rasa sakit fisikal ini tutup semua sakit yang aku rasa.. Aku terlalu penat untuk hadap. Penat.. Sangat penat..