Wednesday 23 September 2015

Kosong

Kadang kadang aku terfikir. Apa masa marriage kami, aku terlalu baik ke? Sampai dia sanggup buat aku macam ni.

Kau tinggal kan aku. Lepas dua tahun kita bersama. Tak pernah aku minta harta mahal mahal dari kau. Kau tak perasan kan? Cuba kau bandingkan aku dengan perempuan yang lain yang mahukan itu dan ini. Tapu kau tak nampak. Yang kau nampak aku cuma mahukab duit kau SELEPAS kita berpisah. Kenapa?

Sebab kau tinggalkan aku terkontang kanting. Alasan kau adalah, tak sefahaman, tak sehaluan, tak serasi. Aku redha dengan keputusan kau. Aku beri kau ruang. Tapi kau tak ada effort untuk bawak rumah tangga kita ke jalan yang lebih baik. Aku nekad, aku redha dan aku lepaskan kau.

Lepas seminggu talak dijatuhkan, kau bawa perempuan ke tempat kerja kau. Dan lebih menyakitkan, perempuan itu aku kenal dan sebelum ini sangat lah baik. Bekas pekerja kau. Aku sabar. Tuhan saja tahu macam mana remuknya hati aku. Kawan kawan kata aku kuat. Aku kata aku kuat. Tapi bila malam, aku menangis bagai mahu mati. Kau tahu? Tak. Kau tak tahu.

Kau semakin berani, bawa perempuan itu kehulu kehilir, pegang tangan. Masa tu bermacam cerita yang timbul. Rupanya kau dengan dia dah berkepit dari bulan May lagi. Kenapa aku tak tahu? Sebab aku bodoh. Dan perempuan tu seakan tertawa bila lalu di hadapan tempat kerja aku. Mungkin niatnya, mahu aku tahu yang dia berjaya rampas kau dari aku. Kata aku, kau perempuan, kau akan tahu perasaan perempuan yang kau hancurkan rumah tangga nya. Demi Tuhan, aku belum boleh maafkan kau.

Jodoh? Ya. Mungkin jodoh kamu berdua. Kalau angin tak bertiup masakan pohon mahu bergoyang?

Aku sabar. Aku sabar dan aku terus menerus bersabar. 
Janji kau mahu selesaikan motor. Aku request transfer ke outlet di KL. Kenapa? Sebab kesabaran aku semakin menipis. Aku tak mahu seksa hati aku untuk lihat kebahagiaan kau dan dia yang sepatutnya milik aku. Tapi mana janji kau?

Kau cakap, aku berkira kerna duit. Bagaimana pula dengan semua yang kita kongsi masa hidup bersama? Pernah aku berkira? Aku tak pernah merungut untuk bayar separuh dari perbelanjaan bulanan kami. Itu yang kau kata aku berkira? Bodoh sangat ke aku ni? Atau aku terlalu lemah untuk tegakkan hak aku sebagai orang yang teraniaya? 

'Seems like i made a right choice' to leave me? Seriously? I swear to Allah you never got the chance to get a girl like me. Yang jaga kau masa kau sakit macam nak mati. Yang nangis teresak esak sebab tengok kau tahan sakit. Yang mula dengan hanya naik motor kapcai dan tinggal sewa dibilik kecil, yang tolong kau BANYAK. Kau tak akan jumpa. Percayalah.

Aku moving on. Aku akan teruskan hidup aku macam biasa. Bila aku dah tak ada depan mata kau, kau akan nampak betapa kau dah lepaskan permata demi kaca. Ingat tu.



Ummar, mummy mintak maaf sayang. Mummy sayang Ummar. Ummar adalah satu satunya anak mummy. Dunia akhirat mummy