Monday 11 May 2015

Muka dia ada dua.

Maaf lah tapi kan, tak ke kau rasa hina dan jijik gila orang yang depan kau suci belakang kau ya ampun, level ahmad meslan pegi dia.

aku rasa hidup aku kurang tenteram sekrang ni pasal aku terjebak dengan seorang hamba Tuhan yang sangat menjengkelkan. 25 tahun aku hidup, tak pernah aku berhadapan dengan situasi ni. Mungkin Tuhan nak ajar aku. Atau mungkin Tuhan nak beri aku kekuatan.

Macam mana nak tahu orang tu bermuka muka?

1. Kau percaya apa dia cakap pasal orang lain.
2. Hari hari kau dengar dia cakap pasal orang lain.
3. Semua keburukan orang lain semua dia tahu.
4. Dia rasa insecure dengan orang lain seolah orang tu nak rampas sesuatu dari dia.
5. Cerita dia berulang dan setiap kali dia ulang ada tambahan atau ada pertukaran cerita di situ.
6. Bodoh macam poslaju dan ahmad meslan.

Hati hati okay kalau terjumpa orang macam ni. Aku nasihatkan engkorang jangan lah rapat dengan orang macam ni. Jangan cerita benda personal LANGSUNG kat dia. JANGAN! Dengor aku nasihat ke engkorang ni. Karang dah terkena jangan cakap aku tak nasihat eh. Kah.


Sunday 10 May 2015

I'm back on track gais!

Lama juga aku tak ber-blogger akibat ketiadaan laptop. sekarang aku da ada portable keyboard untuk ipad ni mudah sikit nak menaip. kalau tidak boleh tahan minta makian juga gamaknya.

jadi, hello semua! anyyoeng!

tahun ni 2015 kan? lepas pemergian Ummar Haqq, aku mula menjinakkan diri dalam scene Kpop. kah kah. bermula dengan tengok drama, terpengaruh dengan realiti show mereka dan langsung terjebak dengan kpop boyband dan girlbands mereka. mampos. kahkah.

kalau engkorang nak tahu, aku pergi ke Korea November 2014 tuari. seminggu juga aku pergi dengan hasben. jalan jalan siap pergi gig Trash Talk lagi. kah kah. kan aku dah cakap, macam mana jauh pun aku dengan scene underground, aku tak boleh lari jauh punya. cuma, scene kpop ni sebagai tempat ideal untuk aku escape. too much politic. aku tak suka. aku pening. jadi, aku enjoy cuci mata tengok lelaki lelaki jambu dan perempuan perempuan comel.

oh, aku dah bekerja. kat mana? rahsia. kah kah. dan tempat tu? hm. ok lah. kerja best tapi... negative environment. aku tak suka. aku rimas hari hari benda negative masuk meresap dalam diri. lama lama aku ter-jadi negative sekali. jadi, aku tengah plan untuk cari kerja yang relek sikit lah. bagi aku, kerja ni untuk orang yang tak ada life dan sukakan duit. since aku tak taksub dengan duit dan aku ADA LIFE, aku putuskan untuk memulakan misi mencari kerja. kah.

MBPA? MBPAJB bergerak pesat. Alhamdulillah, kalau tak ada kawan kawan dekat sini, tak gerak rasanya. aku setakat sebagai tambah tambahan je. tapi aku bangga dengan kawan kawan aku dan semua yang terlibat dalam aktiviti ni. aku suka. aku happy dapat kawan baru dan lebih erat hubungan aku dengan kawan kawan lama.

hujung tahun aku ke London dan Amsterdam. matilanak, duit baru ada bape K je ni. konfirm balik Mesia credit card menimbun nak kena bayar. kah kah.

so, gais, keep positive. nak ke kerja ni. bye!