Sunday 23 June 2019

Sepertinya, bayang-bayang besar hitam, gemuk dan hodoh, selalu ada dengan kita. Kita ke kiri, dia ikut ke kiri. Kita ke kanan, dia ikut ke kanan. Kita tidur, tapi dia tak pula tidur. Setiap satu, dua atau tiga jam kita bangkit. Celik dan terkebil-kebil.

Bayang-bayang tadi pula, tiba-tiba muncul dihadapan, menyelinap masuk kedalam saraf, lalu mengeras di segenap ruang, darah yang mengalir seakan tersekat, tersedak seperti mahu muntah. Jantung yang tadi tenang, sudah berguncang. Laju, jemari sejuk dan terus menggigil. Segenap, aku hilang dalam imaginasi jauh tinggi melangit, imaginasi yang bercerita tentang cinta yang parah, benci dan pasrah, bercerita tentang kematian, bunuh diri dan darah.

Pisau, gunting jadi senjata.
Pisau, gunting jadi senjata.

Mula dihentak kepala,
"Aku yang salah, aku yang bersalah. Hidup aku adalah dosaku."
Kelar lengan, berdarah-darah.

Beberapa minit,
Aku lega.

Dengan pipi yang masih basah, peluh dileher dan dada, Aku lega.

jasad dan roh

Penipuan.

Kita adalah suatu penipuan. Kehidupan, manusia, dunia, adalah penipuan yang disembar kepada sebuah lagi penipuan kehidupan supaya kita percaya, penipuan-penipuan ini adalah kebanaran. kita adalah simati yang terperangkap dalam sebuah jasad, yang dihidupkan untuk hadap kebahagian kepada penipuan. sementara. dari dalam diri kita sudah dipenuhi dengan penipuan yang busuk dan hanyir baunya. yang kita tak minta dihidupkan untuk diperolokkan. yang kita tak minta dijadikan boneka penipuan, atas pentas kehidupan, menghibur, membahagiakan manusia manusia penipu yang lain. kita tidak hidup. sebenarnya, kita semua telah mati. sejak dilahirkan roh ini dimasukkan dalam sebuah jasad usang diulang pakai, kita semua telah mati.

atau cuma aku yang ini?

Tuesday 28 May 2019

Can I just be myself for today?

Aku mental breakdown, and this is not the first since my last post. Aku tak tahu nak update apa kat sini but I just feel fucked. Otak penat pasal tak boleh tidur. I thought by cutting my hand again terus boleh tidur but still can't.

Should I give up?

May 2019


I don't know if my mood dah haywire but i was bored cos I can't sleep padahal my body and my mind penat nak mampos. I just can't sleep. Panic attacks at 2 am, burped a lot, rasa nak muntah, my brain is still taknak stop.

I'm just too tired. I wanna live but I'm tired.

Thursday 31 January 2019

February.


Hello, February. Please be nice. Even it's not a good start, but I hope this would be the last cut.

Sejujurnya, aku sendiri penat untuk rasa okay, untuk rasa pulih bila sebenarnya aku tak pernah okay dan pulih.