Sunday 27 November 2016

Routine

Psstt...

"Sayang..."

Entah dari mana suara itu datang mengakhiri mimpi burukku. Nafas aku turun naik. Mungkin aku dikejar hantu dalam mimpi aku. Entah. Aku tak pasti. Bukan sekali dua aku terlupa apa yang aku mimpi. Padahal baru dua saat aku terbangun.

Aku duduk bersila atas tilam bujang aku. Bilik aku tak besar. Sangat kecik. Hanya muat-muat untuk aku seorang. Kalau ditambah lagi seekor kucing pun aku rasa aku akan letak kucing itu di ruang tamu. Kalau niat aku tiba-tiba mahu solat, aku terpaksa ketepikan laptop aku, tutup pintu. Ngam-ngam saja untuk aku rukuk dan sujud.

0700.
Lagu bingit Anti Flag menyapa gegendang telinga. Alarm. Maksudnya aku rugi dua minit waktu tidur aku.
Aku matikan alarm dan bingkas bangkit. Aku capai tuala belakang pintu, dan terus ke tandas untuk mandi. Sejuk air pagi ini. Semalam hujan seharian sampai ke tengah malam, mungkin. Patut lah aku tidur mimpi entah apa-apa. Sepanjang tidur pula tu aku mimpi. Penat sangat agaknya. Penat buat apa pun aku tak pasti padahal baru cuti dua hari berturut.

0715.
Sambil lap badan guna tuala, aku capai telefon bimbit di atas tilam. Oh, lupa. Aku log out semua media sosial aku kerana aku rasa terlalu fucked up. Aku buka Whatsapp. Ah, aku tak mahu fikir apa-apa. Berdandan pun aku malas hari ni. Aku bersiap ala kadar. Aku tak mahu pakai gincu hari ni. Semalam aku rindukan Ummar Haqq. Kebetulan, entah macam mana aku boleh terjumpa gambar Ummar semasa dalam perut. Aku terlalu rindu dan terlalu sunyi...

0745.
Aku gulung baki tembakau yang ada. Hari ni sepatutnya aku gaji. Tembakau tinggal sedikit saja ni. Kalau takde tembakau ni, mahu keras balik kerja karang. Aku dah jarang merokok. Unless kalau keluar lepak di hari cuti. Biasanya hari bekerja aku cuma merokok sebelum kerja dan sampai rumah pulang dari kerja. Ada baiknya juga hisap rokok manual ni. Malas nak gulung, tak payah merokok.

0800.
Aku ambil beg kerja, kunci rumah, charger telefon bimbit. Terus aku keluar rumah. Aku pasangkan earphone di telefon bimbit. Tapi aku tak buka playlist apa-apa. Aku hanya mahu hentikan perasaan janggal semasa jalan ke LRT. Aku mahu dengar bunyi kehidupan. Bunyi angin dan kereta, kadang-kadang terdengar sayup-sayup bunyi ambulans. Sepanjang perjalanan aku ke LRT, aku fikir tentang hari semalam aku, hari semalam-semalam aku, hari dulu-dulu aku. Setiap langkah aku, aku rasa aku menyesal. Ah, pagi-pagi lagi aku dah menyesal.

Semenjak setahun lebih yang lalu, aku selalu tanya diri aku. What if?
Ego aku, aku tak mahu jawab. Ego aku, walaupun aku tahu jawapannya, kalau itu tak pernah wujud.

0815.
Chaos dalam LRT buat aku jadi malas untuk berfikir. Terus aku buka playlist Anti Flay album For Blood and Empire.


the first

how does it feels to be someone's first. ain't it perfect?

i wanna be someone's first cos i'm tired to be an option.

i wanna get the same effort you've made for your first
i wanna get the same feeling you've gave to your first
i wanna get the same appreciation you've shown to your first.

i don't wanna be an option.
i'm tired.


really.
tired.

Sunday 20 November 2016

Pujian VS Penghinaan

Tadi dekat twitter aku terperasan satu tweet. Perempuan ni quote tweet gambar kepada seorang perempuan pakai tudung dan dadanya terbuka dengan ayat "besarnya tetek dia!"

Somehow I doesn't feel alright when I saw that tweet. Aku selalu marah bila lelaki keluarkan perkataan macam tu. "Tetek besar", "Bontot besar", dan sebagainya. Bagi aku itu adalah ayat yang tidak menghormati dan menjatuhkan maruah orang lain. I feel sad and offended.

Masa aku sekolah, plkn and even di kolej, orang selalu cakap "tetek besar" pada aku. Aku rasa offended. Self esteem aku jatuh. So, i don't want other girls to face penghinaan macam itu.

Big breast is beautiful! But we all know whether its pujian atau hinaan. If pujian, "Your breast size is perfect."
"I wish I have that size tho"

That is compliment.

"Your breast is big!"
"Omg, is that even a boobies?"

Itu adalah penghinaan.

Bila aku tengok lelaki sesuka hati mengeluarkan ayat ayat yang kurang sensitive macam tu, aku jadi sedih. Tapi bila aku tengok perempuan sendiri keluarkan ayat ayat macam tu, sedih aku terus double up. I feel like, really, girl with big breast, big ass, belly fat, ugly, fat, cellulite, couldn't fit in into our society. We are not normal. We are ugly. That's how i feel.

And then again, when we ask them to educate themselves, they said "stfu feminist"

But, don't worry 'ugly' ladies, you have me. you have the minority yang tak akan hina kau. Jangan risau.

2016, kita masih di pemikiran yang mundur.