Wednesday 12 July 2017

sampai bila-bila

Saban hari, aku dihenyak rasa. Dua persoalan yang aku tak akan pernah temu jawapannya.
“Do you think we could make it?”
“We’ll try”

Apa perlu aku tunggu? Atau perlu aku pergi? Setiap kali kita bersama, aku ajukan soalan ini pada diri aku sendiri. Apa perlu aku tunggu? Aku mahu tunggu kamu, kerna aku mahukan kamu. Aku perlukan kamu. Atau perlu aku pergi? Jika aku pergi, mungkin aku temu bahagia diluar sana. Mungkin aku temu cinta yang aku cari selama ini.

“Percayalah, setiap kali jemari kita mula menulis, semuanya tentang kamu.”

Percayalah, percayalah.

Hari ini aku suarakan apa yang aku rasa. Apa yang aku pendam di dasar paling dalam. Hati aku makin parah. Aku mula menganggap kamu sebahagian dari aku. Entah sejak dari bila, aku lupa. Aku mahu kamu sepenuh ragaku. Aku mahu kamu mahukan aku sepenuh ragamu.

“kamu egois. Kamu hanya fikirkan tentangmu, tentang dia. Kamu tidak mahu terus peduli sama perasaan aku. Aku dipijak, dihenyak. Hati aku dironyok, langsung dibuang ke laut dalam. Sama dalam dengan apa yang aku pendam!”
“terima kasih. Kini kamu juga mula membenci aku. Kerna aku masih belum pernah lepaskan dia, kerna aku masih mahukan dia. Kerna aku jadi bodoh tuli kerna dia.”
“tidak, aku tidak pernah benci. Tidak pernah. Walau sekelumit rasa. Aku sayang sama kamu. Aku mahu kamu. Aku mahu kamu terus. Beri aku sedikit masa. Aku mahu bernafas. Kerna kini, ruang kapilari aku dipenuhi toksin. Tiada oksigen untuk jantung aku terus berdegup. Aku mahu ruang, beri aku bernafas.”


Dalam gelap malam, jalan raya yang hening, sunyi dan sepi. Hanya satu atau dua kereta dan motosikal berdesup laju. Aku tidak pernah hirau akan mereka. Aku mahu tenang. Aku mahukan ketenangan. Hanya yang berlegar di telinga dan minda, suara kamu, senyum kamu, tawa kamu. Keindahakan yang menyakitkan. Tidak pernah aku tenang, padahal keindahan itu sepatutnya menjadi musabab yang utuh untuk aku tersenyum lega. Ia bagai racun yang juga penawar bagi aku. Ia bagai ubat pelali, yang kebasnya hanya dirasa sebentar sahaja, kemudian sakitnya itu, datang kembali. 

Monday 3 July 2017

bukan rasamu.

Pelik. Aturan Tuhan memang pelik. Sejujurnya, aku tertunggu-tunggu apa pengakhiran cerita ini. Tapi apa yang pasti akan terjadi, mati.

Pertemuan yang tak pernah aku sangka.
“Kita berbeda, bukan? Dunia saya dan kau amat berbeda. Jika kau pilih putih, jawapan saya, hitam. Jika kau pilih yang kanan, pilihan saya adalah kiri. Begitu berbedanya kita.”
“Iya,” anggukmu perlahan. “Kita sangat berbeda. Namun tidakkah kau fikir bahawa perbedaan itu kadangkala menyeronokkan?”
“Mungkin juga. Mungkin perbedaan itu menjadikan kita lebih saling kenal, bukan?” tatap mataku terus ke bola matanya.
Dijawab dia dengan anggukkan perlahan.

Aku lebih tahu bahawa dia masih belum bisa melupakan cinta lamanya. Cinta agungnya. Aku tanya diri aku sendiri,
“Apa kamu sudah lepaskan cinta lama kamu? Cinta pertama kamu, cinta yang pernah singgah dalam hidup kamu?”
“Aku sudah lepaskan! Aku sudah… lepaskan. Walau kadang-kadang memori itu saling menyinggah seraya situasi tika itu. Tapi aku tahu bahawa aku tidak lagi cinta. Cinta lama itu telah terhapus. Sepertimana mereka memijak-mijak hatiku, sebegitulah juga aku memijak-mijak cinta lama itu. Aku yakin.” Hati aku berontak.

Aku tidak salahkan dia jika tika tubuh kita bersatu, mungkin sekelip dua, memori mereka datang menerpa. Sejuta kali pun aku cuba menyangkal, seribu kali pun aku menidakkan, aku terima kenyataan itu. Kenyataan yang perit umpama obat pahit yang harus aku telan, dan dibiar terus ia menyusuri nadi-nadiku, bersatu dalam darahku. ‘Lama-kelamaan, tubuhku sudah terbiasa dengan toksin itu.’ Bisik hatiku pada mindaku.

Maaf, diri. Aku menyeksamu. Sabar wahai hati. Mentari akan tetap menyinari sebaik sahaja tamat musim tengkujuh. Kamu akan temu bahagiamu. Sementara itu, bersedihlah, tangisilah hati yang kian parah.

Saturday 13 May 2017

Dungu

Oh God,

saya ini memang dungu.
kadang-kadang mereka tak mahu faham saya.
mereka guna bahasa terlalu saintifik.
masakan cerita tentang cinta juga guna bahasa yang boleh saya kira pelik.

Oh God,

saya mahu meminta-minta dari-Mu, God.
saya mahu jadi pandai sedikit dari manusia-manusia dungu yang lain.
bukan apa, jika saya jadi pandai,
saya boleh tolong si gila-gila itu,
guna bahasa lebih antik
lebih jelas
dan mudah difahami oleh
dungu-dungu macam saya.

Terima kasih, God.

I like it this way















i will never
  be happy,
never.
i know,
  but i like it this way.
you know, 
  the lingered memories,
  the old smiles and laughter,
i miss it.
but still,
  i like it this way.

i like it i'm lonely
i like it when i'm talking alone
  with my own-self
i like it when i'm laughing
  to my own lame jokes,
  as loud as i can
i like it,
  i like it this way.

all alone, and lonely.
overthinking and crying.

Tuesday 9 May 2017

Ummar Haqq,

Sayangku,

Satu-satunya puteraku.

Dunia dan akhiratku.


Tidak sudikah kamu menjenguk ibumu?
Tidak rindukah kamu pada aku, anakku?

  
  Tuhanku, berikanlah keizinan untuk aku dakap anakku dalam tidurku
  Tuhanku, berikanlah sedetik waktu untuk aku kucup pipi anakku
  Sesungguhnya aku terlalu rindu, Tuhanku
  Rayuku, rayuku sebagai hamba hina-Mu, Tuhanku
  Izinkan aku, Tuhanku
  Izinkan aku


Ibumu selalu rindu
  dan terus-terus merindu


Sayangku,

Satu-satunya puteraku.

Dunia dan akhiratku.

Tenang

Tenang.

tenang namun hingar


bukan niatku mahu menoleh

kenangan yang rakus mencengkam minda

aku jadi benci sama aku sendiri

aku jadi jelek sama diri ini

selalu saja tewas di masa lalu


mereka bilang, "terus kuat, sahabat! terus kuat!"

ya, aku terus kuat...

ya semuanya, aku memang terus dan harus kuat

heh,

bagaimana mahu terus maju jika kaki masih terpaku?

mana bisa aku lupa?

tiap kali aku bertelanjang

parut yang lama aku pegang


itu hasil cinta aku dan dia

cinta?

benar ia cinta atau ia hanya serakah?

Wednesday 3 May 2017

Lazy Sunshine

And then,
YOU,
Came into my life.




Hey,
Aturan Tuhan itu pelik
Aku temu kamu,
Dalam keramaian,
Aku mula lihat kamu,




Unrequited Love

Sometimes you find yourself trying to let go of something
But it's like you have been swimming in the ocean
For a very very long time
And you feel like you belong there
You are one with the waves
The warmth of the water
And your body moves in sync with the ocean
And you swim around just trying to stay afloat
Then you get tired and you start to drown
And you swim back to land
When you get there you just feel so heavy
Because you lost touch with gravity for so long
And you collapse on the beach
As you try to find balance again
And then your feet finds gravity
You stand up and you look at the horizon one last time
And just know that no matter how beautiful the sea was
And how good it made you feel it was never yours for you to keep
And someday's you will miss it, you know
And you feel yourself moving with the waves
And you dream of diving in
Then you realize your feet was meant for land
And not cut out for the ocean
Maybe you're meant to climb trees
Or hike hills or just run really fast
Letting go is not easy
There is nothing quite like swimming in the ocean
Just like how it's natural for your feet to find gravity
It's natural for you to let go
And find your true purpose in life again
The sea is the sea
And you are just you
I have to let go
But sometimes I find myself waking up at the beach again


-Yuna

Wednesday 26 April 2017

Broken

We broke up.




For real?






I don't know. 
I need to ask God.

Tuesday 4 April 2017

Ugh,

Shit.


Untuk keberapa juta, aku tak pasti.

Again,
kosong.


Perasaan kosong ini lah yang paling aku takut.
Kau tak benci,
Dalam masa yang sama, kau tak cinta.

Neutral.

Kosong ini lah yang selalu buat aku tertanya-tanya diri aku sendiri.
Apa yang aku mahukan?


Maafkan aku.

Aku sayang kau.
Aku sayang kau.

Sayang?

Tapi aku tak pasti.

Saturday 18 March 2017

Not.

We broke up.
No. 


The truth is, i miss you. 
I miss your existance.
All around me


Bad timing.
Bad, bad timing.


Sigh..


Really, I miss you.
It hurts me so much.



I couldn't even get to tell you that I want you in my life.


I thought I'm all okay.

'Till I realized I'm actually crying
Cos I miss you so, so bad.

Hibernasi


Aku perlukan tidur yang panjang dan bila aku celik dari tidurku nanti, aku harap segala gundah hilang lesap tanpa boleh aku kesan lagi.


Main dengan jiwa
Main dengan hati
Bahaya

Prihatin kerja si hati, 
cinta yang buta-buta sahaja
Lupa pula aku,
Keras-keras bekerja si hati,
mudah juga ia rapuh
bila disakiti

Cigar di jemari
disedut dan dihembus asap kelabu

Sabarlah hati
Tabahlah hati
Kuatlah hati

Ah, aku penat berpura-pura lagi

I'm not okay.





Saturday 11 March 2017

2X17



THROWBACK








Last aku pergi gig hardcore dekat Malaysia rasanya 2013. Aku tak pasti. Itu pun sebab aku dan mantan bawa band dari luar. Tapi ada juga la pergi gig gig hardcore yang lain cuma tak galak lah. Tapi aku rasa 2014 aku dah tak pergi gig hardcore langsung. Tak tahu kenapa. Oh, sebab pindah JB. dan pregnant, beranak, anak meninggal, so hidup terumbang ambing. Cuma hujung tahun 2014 tu
aku pergi gig dekat Korea, sempat lah aku bergalak sikit. Masa tu band opening untuk Trash Talk tu, The Geeks dengan 13 Steps. Memang.. he he he. Dengan bag aku ber- two step.

Lepas aku pindah ke KL balik, boleh dikira dengan jari aku pergi gig berapa kali, dan betul betul masuk tengok band berapa kali. Sebab aku kan busy kerja. Cey. ada lah beberapa gig sedap yang aku had fun. Oh, misalnya Anti-Flag. eh, itu faveret. Mana boleh duduk saja. hiks. Itu pun bukan menari hadko. kahkah.


Jadi, semalam aku pergi gig ini. kalau ikutkan aku memang aku malas nak pergi mana mana. Sebab siang tu aku kerja. Mengenangkan kawan jauh mai KL. Takpe lah. Aku pegi ja. Aku pun dah lama tak pergi gig hadko ni. Nak tahu juga apa perkembangan dan band band yang power.

Jadi pada hari tu, ada 8 band yang perform. Dalam flyers pukul 3 ke 4. Tapi biasa lah. Aku sampai dalam 7 suku mcm tu. masih belum start. Aku datang naik train ja. Bila sampai aja rumah api, aku rasa awkward as fuck. Aku mana kenal siapa siapa dah! Mujur ada Kenith dan member jauh tu. Boleh lah buat menyembang dan kurangkan ke-awkward-an aku. Aku dah la jenis cepat awkward. -_-"

7 setengah tepat, gig pun mula. Kenith bagitau aku, band pertama; Safety Zone ni boleh tahan. Main mcm Youth Of Today. Memang aku suka lah cite dia. Jadi lepas bayar apa semua, aku masuk lah.

PERGHH GANAS SIOL DORANG MOSHING!

Itu je yang terlintas dalam kepala aku. Haha. Ganas. Serious ganas. Melibas libas kaki. Macam nak bergaduh pun iya. Dalam fikiran aku, aku membandingkan lah masa sekarang ni, dengan masa aku galak dulu. Sekarang lebih banyak pergerakan kaki berbanding tangan dan........ takde circle pit.. :( Tapi sama kes macam aku kat Korea tuari. Dia bila masuk aja lagu-lagu hardcore ni, terus tak dapat tahan diri.

Hasilnya, luka lutut kiri pula (lutut kanan memang ada luka eksiden motor tuari), lepas tu, urat peha tertarik, pinggang hampir slip disc tapi tak jadi, belikat tergeliat, keting mengeras, buku lali terkelup dan sebagainya. Walaupun aku ni boleh dikatakan kerap bersenam, tapi aku terpaksa mengaku. moshing dan bersenam berbeza sangat penat dia. Dan, aku yang berumur baru 27 tahun ni, terasa simptom simptom penuaan tu. (Atas faktor aku pernah pregnant dan beranak). Tapi, aku tak tahu sampai bila aku nak serik masuk moshpit. Walaupun tak segalak dulu tapi nak jugak masuk. Haha. Tak perlu difikir. Biar masa menentukan. Gituh.

Apa pun, gig semalam okay lah. Walaupun boleh dikatakan semuanya new faces yang aku tak pernah nampak, tapi they remind me of my good ol days. Masa sibuk ber-mosh crew and everything. Terasa rindu pula masa umur belasan tahun dulu. Walaupun nampak naif, but i learnt a lot. and still, learning. Dem. How fast eh masa berlalu.


Harap kawan kawan lama baik baik aja semuanya.
Good ol days. Good ol days.


Sunday 5 March 2017

Saturday 25 February 2017

Stop Dreaming? No.


They said, "Stop dreaming!"
I said, "Fuck you. I'll keep dreaming."



Kalau dulu aku pilih untuk berpijak pada bumi yang nyata. Sekarang aku pilih untuk bermimpi.
Reality hurts. 
Dan aku pilih untuk terus bebas. Bebas bermimpi di malam mahupun siang hari. 
Aku mahu berfantasi, antara aku dan kamu punya cinta. 
Aku mahu berimaginasi, aku punya dunia dan harta. 
Namun yang paling utama, aku mahu terus mimpikan, senyum dan tawa. 




xoxo
dipan <3




Wednesday 22 February 2017

MBPAKL#13 // PIZZA PARTY

Tak sangka, dari tahun 2012. MBPAKL sudah pun menjangkau 5 tahun. Tak, maksud aku, Kolektif Sarata dah pun menjangkau 5 tahun.

Dari mulanya, hanya aku dengan Amy Kamarzaman, kemudian Ieda, Afe, Kimy, Syed Haekal, Kesi, Paan, Hafiz (MBPA IPH), Nanad, Ema, Bond & Im. Terus terang aku katakan, mereka ni adalah keluarga kedua aku.

Okay, ayuh letak tepi hal Kolektif. senang-senang nanti aku cerita. Aku nak cerita pasal MBPAKL


18/2/2017 yang lalu, kami buat Pizza Party for homeless. Datangnya dari idea aku teringat secara tiba-tiba pasal video ada orang buat social experiment. Seorang pemuda ni bagi satu homeless ni pizza bersaiz regular atau large, tak pasti. dan homeless tersebut pergi cari kawan kawan homeless nya yang lain untuk berkongsi.

ya, thats the word. BERKONGSI.

So, ni aku belanja sikit gambar sekitar MBPAKL#13 // PIZZA PARTY sebagai tatapan. hihi.









Setiap kali MBPA, mesti aku teringat MBPA yang pertama, macam mana Amy came out with perkataan SARATA dan MAKANAN BUKAN PERIUK API tu. Alhamdulillah. Berapa kali kita pusing dia atas sekejap, di bawah sekejap, aku tetap bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk memberi dan menyumbang cinta kepada mereka di jalanan. 

Terus sebarkan cinta, sayang!<3


Nota: Aku tak ambil gambar semasa feeding sebab aku masih belum ada kekuatan untuk mengambil gambar mereka. 

Jibauk

Gua geram ni.

Perangai kalau tak macam jibauk sehari tak sah. Aku ni dah lah kaki sakit. Terpaksa rushing sebab si jibauk sekor ni tak buka kedai.

and, the funny thing was -- he assumed that I'm doing opening padahal dalam Duty Roster clearly stated that I'm on closing shift! Dia boleh cakap pasal aku MC so dia ingat aku buat opening. What the hell is that?

Aku ni, dah lah dengan masih bergolek sambil layan fourtwnty, banda neira dan efek rumah kaca. tetiba outlet head call tanya aku tak buka kedai ke? punya lah terkejut beruk aku. tak tau lah lagi teruk dari beruk atau sama teruk. tapi aku memang terkejut beruk.

dan aku paling menyirap -- satu 'sorry' pun takde as if he didn't do anything wrong. YES YOU DIDN'T DO ANYTHING WRONG EXCEPT FOR I HAVE TO FUCKING TAKE MY SHOWER FOR ONLY 10MINS (PLUS, WASHED MY HAIR) AND I ONLY APPLIED MY FOUNDATION AND DREW MY EYEBROW VERY ROUGH ONES AND I DON'T DO ANYTHING ELSE ON THIS FACE. OH, AND I FORGOT TO BRING MY HAIRBAND AND MY HAIR IS LIKE PONTIANAK NOW. OH AND YOU KNOW WHAT, I HAVE TROUBLE TO TIE THIS FUCKING BANDAGE ON MY KNEE AND I NEED TO WEAR THIS PANTS (WHICH IS TIGHT) AND ITS FUCKING HURT! Except for theseeeeeeeee, kan?

Whoopppssss.
Sorry not sorry :/

Aku punya menyirap merebak sampai aku rasa nak bunuh mantan suami ja ni.


Oh,

Oh, so today is 23rd February. It has been four years since i-thought-it-was-the-best-thing-could-happen, happened.

It's my previous marriage anniversary. Its not like I've married to anyone again. But I guess, I don't need it as well.

I mean, I am happy as I am. I love my boyfriend. He's the best person could exist. It's just that, marriage is not my thing anymore. I don't think marriage can make us any happier. But I can't deny the fact that, I really, really love my boyfriend. I can't resist.

And, to my ex husband -- wherever you are, I hope you're doing well but still, fuck you and I still hate you.

The most important thing for me is -- Ummar's birthday on 25th February. It has been three years. I still burst into tears whenever I think about him.. I really miss my son..

Sunday 19 February 2017

Dipan Mencari Cinta // Gopeng & Ipoh, Perak

Travel Date:
9th February 2017 - 13th February 2017


Day 1 // 9th Feb 2017 (Thur)
Arrived in Gopeng
Checked in at Anjung Nombor 69 - Rumah Gopeng
Chilling

Day 2 // 10th Feb 2017 (Fri)
Museum Gopeng
Gaharu Tea Valley
Chilling

Day 3 // 11th Feb 2017 (Sat)
Check out
Head out to Ipoh City

Day 3 // 11th Feb 2017 (Sat) - IPOH
Arrive in Ipoh
Sightseeing around Ipoh
Chokodok Reagge House
Gua Tambun (Cave Painting)
Chilling

Day 4 // 12th Feb 2017 (Sun)
Pasar Loken
Kek Look Tong Temple
Sightseeing at Plan B/Kong Heng area
Chilling

Day 5 // 13th Feb 2017 (Mon)
Check out
Head back to KL








GOPENG

1. Anjung Nombor. 69 - Rumah Gopeng.
If you’re looking a place where you can feel the ‘kampung’ vibe, then you should go with this! The environment, the house, the room, you’ll feel like you’re having your own ‘rumah kampung’.
RM25 per night. You can rent a bicycle for RM10 per day.
Check out their facebook page : Anjung Nombor 69. - Rumah Gopeng

DSC_0041.JPG

DSC_0043.JPG

DSC_0048.JPG

DSC_0046.JPG

DSC_0045.JPG

Basically, aku ke Gopeng memang niat aku untuk chill dan menyendiri. Jadi, memang aku taknak havoc places yang tak menyenangkan. Jadi aku pilih untuk duduk dekat sini dan santai.

2. Museum Gopeng is located at Pekan Gopeng.
Closed on Wednesday and Thursday. It’s a place where you can find all the vintage stuffs and Gopeng history. Free admission.

DSC_0082.JPG

DSC_0110.JPG

DSC_0115.JPG

Ada satu lagi Heritage House of Gopeng or something. Tapi hanya buka Sabtu dan Ahad. Memandangkan Sabtu aku akan ke Ipoh, jadi aku tak sempat pergi sana.

3. Gaharu Tea Valley
You’ll need a transport to go here. But you can take a taxi but you need to ask them to fetch you back at the Gaharu Tea Valley. It’ll cost you around RM20- RM30 (round trip). Try to negotiate as much as you can. It’s just around 15 - 20 minutes away from Pekan Gopeng.
Gaharu Tea Valley serves you a really beautiful view. You need to pay RM10 for the van tour (minimum 2 person) but if you’re alone, don’t worry. All you gotta do is just wait for other visitor to come. (That's what I do). The view from the hill is so nice. It’s so quiet and yet, you’ll feel so fresh. Unfortunately, it is a short tour. I think around 10 minutes per stop. You’ll not going to have enough time to explore more.
DSC_0187.JPG

DSC_0135.JPG

DSC_0134.JPG

DSC_0147.JPG

DSC_0162.JPG

Aku tak sempat pergi Gua Tempurung. Too bad, tak sempat. Cos I spent i think 1 hour dekat Pekan Gopeng before I went to Gaharu Tea Valley. Gua Tempurung tutup pukul 4pm. It’s okay. Next time.




IPOH



Aku check out dalam pukul 10 macam tu. Bus stop depan rumah sahaja. Jadi aku naik bus ke Ipoh. Hanya RM3.10 sahaja.

1. Chokodok Reggae House.
I booked earlier from booking.com. It'll cost you RM20 for a single room. Highly recommended for backpackers. If i'm not mistaken, dorm will cost you around RM15 per person. The room was nice and the place is strategic. Located near Nasi Ganja restaurant. Just opposite. And easy access to everywhere.
DSC_0465.JPG

DSC_0452.JPG




DSC_0486.JPG

2. Sightseeing around Bandar Ipoh.
Mural arts, the old-designed building, the place was just nice. It's  not too busy but not as calm as Gopeng. But still, better than KL. haha.

DSC_0317.JPG

DSC_0282.JPG

3. Gua Tambun Cave Painting.
This is the infamous place (which I don't know why) but the place is.... amazing. You need to walk past the polo field or something then you need to climb up the stairs. its not really high. but when you reach up there, you'll feel like, its a new world up here. (Even the locals didn't know it exist!)

DSC_0374.JPG

DSC_0371.JPG

4. Pasar Loken.
You can find almost everything! From old LP players, old cassettes, old cds, too many old vintage stuff. But they have new stuffs as well but because I like old and vintage stuffs so, yeah. I spent RM150 for an used cassettes player, used speaker, converse shoe, 2 used old cameras, and Ebiet G Ade cassette. But you'll need to go early in the morning.

DSC_0472.JPG

DSC_0475.JPG

5. Kek Look Tong Temple.
You can see several temples around Gunung Rapat area. But Kek Look Tong Temple is so beautiful. The view is everything!

DSC_0492.JPG

DSC_0530.JPG

DSC_0589.JPG

DSC_0526.JPG

6. Plan B/Kong Heng.
Its just a place where you can find cafes, souvenir shops and it's nice place to take photos.

DSC_0658.JPG




DSC_0661.JPG




Sebenarnya aku dah malas nak menaip ni haa. aku belanja gambar je lah. kehkeh :D

Tapi, apa pun yang penting, trip aku ke Perak adalah trip yang sangat menggembirakan dan trip pembuka 2017 yang baik. New environment, new faces, I’ve met few new friends. Best!

Next trip? Hehehe. Tunggu~

Ahh,

Aku ingin bebas dari cengkaman ini.
Aku seolah terperangkap dalam dunia aku sendiri.
Aku semacam tidak kenal aku ini siapa?
Aku lupa aku mahu yang bagaimana.
Aku hilang.
At one point I feel that I have thousand of emotions, but then again, I realized that I don’t.

Aku menulis. Tapi penulisan aku kosong. Aku mahu berahsia dengan semua, aku mahu berahsia dengan Tuhan. Aku mahu berahsia dengan diri aku sendiri. Aku mahu aku diam tanpa sepatah kata. Pada aku setiap kata itu akan membuka segala macam yang aku simpan. Aku tidak mahu mengaku yang aku sedang terperangkap dalam dunia yang aku bina sendiri, tanpa struktur yang kukuh. Hanya dipenuhi perasaan yang terumbang ambing, dan semuanya palsu.

Sampai bila aku mahu berhenti bermimpi? Sampai bila?

Aku mahu luah perasaan benci dan cinta aku kepada semua manusia
Aku benci kau! Aku suka kau! Aku tak mahu kau! Aku mahu kau!

Aku mahu luah setiap rasa ini dengan jujur tanpa aku tahan segala.
Ah, berat sungguh. Beban hati aku.

Apa aku perlu lari dalam gua dan bertapa?

Atau, aku perlu cari Tuhan untuk bergantung?



Kisah aku dan Si Buta

Telah ditetapkan jodoh aku dan si buta itu pada jam itu, pada waktu itu.

Sebaik sahaja kaki kanan aku melangkah keluar dari gerabak kereta api kota,
Mata aku terus melekat pada si buta dengan tongkatnya. 
Pandangan aku mula kosong.

'Ah, apa dia tahu bau jalannya?' Aku teruskan langkahku lambat-lambat. Sambil itu, aku toleh ke kiri dan ke kanan. Anak mata aku mencari si buta itu.

Pura-pura melihat manusia di sekeliling yang kelam-kabut merentas masa. Takut-takut sampai rumah lambat pula. Namun dalam fikiran aku, masih terpaku pada si buta. Aku biar dia jalan di hadapan aku. Fikir aku, aku mahu belajar sesuatu dari si buta yang istimewa.

Sekejap tongkatnya dihentak perlahan di atas jalan, sekejap lagi, tongkatnya dihentak perlahan ke dinding kiri. Perhatian dan jiwa aku, antara separuh atau lebih, aku curahkan kepada si buta. 

Bagaimana si buta itu mahir jalannya, mahir pula cari liku dan tangga. Aku seluk tangan dalam saku sengaja bunyikan syiling. Biar si buta tahu, dia tidak keseorangan. 

Kalau mata aku ditutup, dari kamar tidur sampai dapur, separuh jalan sudah aku langgar semua dinding. 

Ah, Tuhan itu Maha Hebat. Dikurangkan satu deria, diberi kelebihan yang lain. Hanya Dia dan si buta sahaja yang tahu kerana, Tuhan buat aku terlalu sempurna untuk aku rasakan ketidaksempurnaan itu. 

Tapi, aku sadar. Ketidaksempurnaan itu lebih sempurna dari aku yang cukup segala tapi sentiasa lupa kebesaranNya. Aku terlalu sempurna untuk merasakan indahnya sesebuah kegelapan. Mungkin Tuhan kurniakan, dalam kegelapan itu ada taman bunga seindah syurga. 
Sesungguhnya, Tuhanku Maha Adil. 

Alhamdulillah atas segala kurniaan.

Tanpa sedar, air mata mengalir sepanjang aku pulang dari kerja.