Monday 11 August 2014

diam.

diam.

aku hanya mampu, diam.

biar setiap jarum dicucuk-cucuk dalam hati,
aku hanya mampu, diam.



mummy rindu, Ummar Haqq.
Sleep Well.

Tuesday 22 April 2014

Crush Of The Day : Shukri Yahaya

First aku nampak dia berlakon dalam cerita Menjinak Ombak. Aku memula tu tak ada pun macam suka ke apa. Biasa je. tapi masa dah episode yang dia dah jatuh cinta kat perempuan yang dia culik tu aku rasa macam, 'eh, apesal muka dia ni macam Bruno Mars!' okay, well, Bruno Mars is my all time crush. hiks.
Lepas dari cerita tu, aku pun cuba lah usha usha Instagram dia, twitter dia. hiks.

Sekali boleh pulak cerita Jika Itu Tadirku dia berlakon. Fuh! eksaited betul aku ikut cerita tu. Padahal cerita tu tak ada la macam menarik sangat pun. Hanya kerana nak tengok Shukri Yahaya. Dia macam softspoken giler babs! Dia pekik ke, marah ke, tetap nampak kelemah lembutan dia tu.

GF dia, Tya Adnan punya lah cantik! Aku suspek Shukri Yahaya dgn gf dia ni memang paling sweet lah! Kombinasi yang hebat gitu. Harap sampai ke jinjang pelamin, Amin! :)


Short Trip to Pulau Tioman

Oh well, seperti tajuk di atas. Finally! Sampai juga niat aku nak bercuti di Pulau! Yay!

Aku habis pantang tu ari, kebetulan hasben baru dapat kerja baru di Machines sebagai Store Manager. Terus kami plan honeymoon, since kiter tak pernah honeymoon semenjak berkahwin. Busy kerja terus pregnant. Terus kite cari cari Pulau. jadi, survey kita mengatakan Pulau paling dekat ialah Pulau Tioman. Terus kite search internet dan booking bilik. Sebenanya kebanyakkan tempat dah penuh. Kebetulan sangat kita dapat.

10th April 2014

Kami bertolak ke Mersing, Khamis pagi sebab ferry Jumaat pagi pukul 7.30pagi dah kena ada kat sana. Tu yang kami bertolak ke Mersing awal sehari. Sebab bus ke Mersing hanya dua trip dari Jb ke Mersing. Memang kalau bertolak ke Mersing Jumaat pagi tu memang tak sempat nak sampai sebelum 7.30pagi.

Kami sampai di Mersing dalam pukul 11 am macam tu. Terus kami cari Hotel budget untuk menginap. Alhamdulillah, kami terjumpa HOTEL EMBASSY di sekitar sana. Satu malam RM55. Okay sangat tu! Bilik bersih dan tilam bantal semua memang bersih. Puas hati lah untuk hotel budget kan.

Terus kami keluar makan. Sebab dah lapar sangat tu! Kat situ paling power pun KFC jer. Bandar Mersing adalah bandar yang satu satu nya ada satu sahaja traffic light dan dua roundabout. Terlalu banyak Kedai RM2 -.-" Lepas kami makan, kami cari Jetty Mersing sebab takut besok pagi tak dapat jumpa pulak. Jadi kami tanya punya tanya, dapat lah juga cari Jetty tu. Tapi kami tak pergi, just tengok Map jer. dengan bantuan akak hotel.

Kami tak kemana mana pun sebabnya memang tak ada apa apa. K. Bosan. Nasib baik ada channel HBO dekat TV dalam bilik. Selebihnya -- tidur.

11th April 2014

Kami bangun awal, malam semalamnya kami dah siap packing barang agar tak kelam kabut. Jadi, dalam pukul 7 macam tu kami check out. Dan terus berjalan menuju ke Jetty. Memang tak sempat nak cari kedai makan. Kat area Jetty mesti ada kedai punya! Sesampai dekat Jetty, belum bukak lagi kaunter. Kat area situ memang ada tempat makan pun. mcm foodcourt gitu. Kami pun order lah kopi dan roti prata. malangnya, lama sangat nak tunggu prata tu!

Lepas habis minum, kami ke kaunter, masa tu agak ramai lah jugak yang nak amek ticket Ferry semua. Hasben amek Ticket Ferry ke Pulau Tioman. Nama resort yang kami duduk ialah SALANG BEACH RESORT di daerah Kampung Salang. Oh ya, ticket ferry RM35 seorang (satu hala), Jadi sebenarnya seorang RM70 la pegi balik.

Sesampai sahaja di Salang, terpegun aku melihat keindahan lautan Allah SWT! Demi Tuhan, lawa sangat! Air jernih, sampaikan boleh nampak ikan. Ni baru lawa sampaikan tak terungkap dek kata kata! Kami pun check in dan sebagainya. Kami amek bilik yang harganya RM110 satu malam. ada aircond. Paling murah kat situ ialah bilik RM40 satu malam. Kecik je bilik tu dan tak ada aircond tapi aku rasa tak perlu aircond sebab memang dah sejuk. Berangin je! Cukup la pakai kipas jer.

Lepas check in terus kami cari kedai makan. Lapar sangat. Padahal maggie ada dalam beg. tapi sebab lapar sangat tak sempat nak masak maggie pun. Masa tu dalam pukul 11 setengah. Lunch tak siap lagi. Kami order breakfast yang merugikan. Makanan kat sana mahal tapi kalau pandai pilih, murah lah. Contohnya kami order Nasi Goreng Kampung harganya dalam RM6. kira okay lah tu!

Sesudah makan kami balik ke bilik rehat dulu. Dalam tengahari gitu kami keluar berjalan jalan. Tak tau apa aktiviti yang kami nak buat. Tetiba kami disapa oleh seorang makcik! nama dia Kak Ros. Dia menawarkan pakej snorkling nya. Harga RM70, snorkling di 5 tempat. Pada hari Sabtu. Yang bestnya, walaupun aktiviti tu hari Sabtu, tapi Kak Ros kasi jer amek dulu Life Jacket, Mask dan Snorkle. Haa, best juga tu! Boleh snorkling dekat area sini jer. Sebab area sini pun ada je coral. Tapi besok dia bawak lagi tempat yang jauh jauh lah gitu.

Kami balik dulu, masak maggie dan berbincang. Setelah kira kira duit, kami pun bersetuju untuk amek Pakej tu! Dalam 1.30petang gitu hasben da tak sabar nak snorkling. Kami terus pegi ke Kak Ros, bayar habis dan amek barang. Terus kami snorkling dekat laut! Ya Allah sumpah best! Aku tak reti berenang, jadi hasben pegang jer aku. Kakakaka panik betul aku. Padahal kaki jejak je tanah! haha! Tapi ikan ikan kat situ memang cantik cantik! Ikan yang Nemo tu, Color Rainbow, semua ada.

4.30 pm macam tu kami naik ke darat, mandi dan rehat. Masak maggie untuk makan malam, lepas tu sebab bosan sangat tak ada aktiviti kami ke kedai makan untuk minum kopi sambil menghirup udara segar. Malam ramai yang buat BBQ. Yelah, worth it lah kalau dorang buat BBQ sebab dorang ramai. dah kalau aku dengan hasben berdua nak BBQ apanya kan?

Kami tidur awal sebab tak sabar nak besoknya! SNORKLING ROUND ISLAND TIME!

12th April 2014

Kami bangun awal -- macam biasa. haha. Kami brekfast roti dengan tuna. Lepas tu kami ke kedai minum kopi. dalam pukul 9.45 macam tu kami ke tempat Kak Ros. kat situ ada satu family, anak 4 orang kecik kecik, Satu couple. Tapi kami tunggu lagi satu group bebudak. Lambat bebenor dorang tu! dalam 10 lebih juga baru gerak.

Aku tak ingat turutan tempat yang kita pergi. Cuma ingat nama tempat je.
- Coral Island
- Renggis
- Long Beach Island
- Marina
- Tekek

Memang best gila! Last tempat aku naik cepat sebab dalam sangat, aku tengok bawah tak nampak dasar, terus aku panik. Ok. Aku cepat panik orangnya! K.
Tapi secara puratanya memang best! Memang kebesaran Allah sangat! Lawa betul. Korang pergi lah sendiri!

Balik tu dalam pukul 3 lebih macam tu. Kami terus mandi semua. Hamekkauuu, dah macam orang asli dah! Gelap! Memang sebelum ni aku tak terang mana pun, tapi ni gelap! Ala normal lah, nama pun pergi Pulau kan. hiks.

Ingat nak sambung masuk laut, tapi macam malas pulak. Kami pun pegi kedai kecik, beli friendship ban, dengan makan benjo tepi laut. Best jer. Angin kuat. Lepas tu kami balik ke bilik, lepak depan bilik. Oh lupa nak kasi tau, bilik kami memang berhadapan dengan pantai. Cool gila!

Malam tu kami makan Nasi Goreng kampung. Sebab dah malam terakhir dekat sana kan. Jadi tak kisah lah makan sedap sikit. Lapor gila kaedahnya!

13th April 2014.

Kami kena check up pukul 12pm. Tapi Ferry pukul 3petang. Lulz betul! Kami bangun pagi tu awal awal sebab nak mandi laut dulu sebelum balik! Bangun tidur dengan tak mandi, terus masuk laut. Akakakaka. Lepas tu kami check out dalam pukul 11 setengah dan duduk di kedai makan. Tak makan pun. minum jer. Pukul 1 kami gerak jumpa Kak Ros. Pukul 2 kami ke Jetty.Tapi lambat jugak ferry tu bergerak. 3 lebih nak pukul 4 baru bergerak!

Kami sampai Mersing dalam pukul 6 setengah. dan, TAK ADA BUS PERGI JB! Last bus pukul 5 setengah petang tadi. Terpaksalah kami bermalam kat Mersing lagi satu hari. Hotel yang sama juga kami pergi. tapi akibat terlalu keletihan, kami rehat jer dalam bilik.

14th April 2014

Pagi tu kami terus siap siap dan beli tiket dulu. Lepas tu balik hotel, rehat kejap then check out terus ke Stesen Bas.

Sampai ke Larkin, terjumpa anak kucing kecik sangat dalam keadaan yang lemah. terus aku bawa balik dan namakan dia Luckyn!

SECARA TOTALNYA, PULAU TIOMAN BEST SANGAT!

Tips backpacking 
1. Pastikan anda tahu timing kenderaan public anda
2. Pastikan anda sentiasa awal sekurang kurangnya 2 jam!
3. Pastikan anda sentiasa sediakan duit lebih.


 NAH! AKU BELANJA GAMBOR LAGI DEKAT BAWAH NI :)


Dari depan bilik. Awesome juga aku ambil gambar!

Kita sempat bela satu kucing - LOVE. Sebab badan dia ada LOVE 


Thursday 20 March 2014

What Makes Me Happy?

Lepas tragedi yang berlaku pada aku tempoh hari, emosi aku turun dan naik. Bila emosi aku turun, aku akan cari benda yang buat aku HAPPY.

So, what makes me happy?

1. Husband
2. Family & Friends
3. TWITTER
4. My Cats
5. Celebrity Crush! hiks

Setiap malam aku perlukan one of those untuk tidur. Kalau tak, aku akan teringat pada tragedi yang terjadi pada aku. Aku akan sedih. So yeah, tgh malam yang ada cuma Twitter. Well, thanks uh sebab ada twitter. At least ada juga tempat untuk aku merepek sampai tertidur. Bila handphone dah terjatuh atas muka 2 kali tu maknanya -- TIDUR TIME!

Pls, cari lah benda yang boleh happy kan korang. Cuba. kalau tak dapat juga, hadap. Okay.


Tuesday 18 March 2014

Crush Of The Day : Pharrell Williams


SUPER PERFECT!



Keep repeating this song. Never get bored! 
Because, I'm happy and Pharrell makes me happy!

Sunday 16 March 2014

Anti Flag Live in Kuala Lumpur (2012)

RINDU GILER WEH!
TAK ADA SESIAPA KE NAK BAWAK ANTI FLAG LAGI EH?


Video of the day : Terror - Overcome



Everything I loved left me
Everything I cared for died or changed
I've fallen, I failed
And I lost everything I fought to gain
Over - Overcome
Everytime you spit in my face
Over - Overcome
Add more weight! I won't break
Over - Overcome
Won't allow myself to be beat
Overcome, Overcome, rise back up

Break me down
I will rise back up

Always trouble surrounding me
But I've learned from past mistakes
I've seen true hate, felt real pain
Still there's nothing that can stop me

Break me down
I will rise back up

I'll overcome

Best friends become strangers
True love it turns to hatred
Nothing you can do to me
Still something deep inside
Tells me to be free

Lelaki & Poligami. Aku?

Amboi, Tajuk kemain panas ni!

Hi sumorang! Well, life must go on. :)

Perempuan biasanya akan cakap "lelaki ni asalkan bab poligami mesti ikut sunnah, yang lain taknak pulak ikut sunnah Nabi"

Ya, kebanyakkan perempuan tak suka kan poligami. biasalah, isteri mana yang nak berkongsi suami kan. Maunya makan hati memanjang. Payung emas ke, payung perak ke, asalkan, no sharing sharing. sharing husband is NOT CARING okay. Hambois!

Lelaki pula, macam biasa, sentiasa akan pertahankan maruah mereka. "Tu lah ompompan, benda baik taknak sokong, tapi kalau bab shopping membaziaq amalan saitonurajim tu kemain lagi" Nak jugak orang laki laki ni kannnn hahaha


Pendapat aku.

Senjak dari sebelum kahwin lagi aku dah tetap kan dalam diri aku, kalau hasben nak berpoligami aku izinkan. Bersertakan dengan syarat syarat seperti berikut. dan oh ya, mungkin aku akan buat Agreement Letter between aku dan suami berkenaan dengan syarat syarat berikut.

1. Musti bersikap adil (Klishe tapi sangat perlu!)
2. Apa yang suami beri pada isteri dan anak (1) mesti diberikan kepada isteri dan anak (2) dan vice versa
3. Suami hanya boleh berpoligami setelah aku dapat anak (mengelakkan bosan bila turn isteri kedua)
4. Suami mesti sediakan rumah untuk isteri dan anak (1) dan (2). Rumah sewa taknak, rumah yang beli!
5. Suami hanya boleh berpoligami jika aku dah ada kerjaya (yang stabil) -- mengelakkan tetibe suami kena mandrem dengan isteri isteri lain untuk ceraikan aku. setidak tidaknya aku ada back up plan ha gitu!
6. Kalau dah nak poligami sangat, takyah ngade nak amek memuda. amek yang tu janda anak 5 ke, ibu tunggal ke, anak dara tua ke. (syarat penting ni!)

Hehe. Over sangat syarat aku kan. syarat tu sama juga maksudnya "berat-hati-sebenarnya-nak-izinkan". haha.

Kesian betul sebenornya jadi perempuan. Tapi aku percaya, kalau lah satu hari nanti ditakdirkan aku kena bermadu, aku akan cuba untuk terima dan tidak memeningkan kepala dan mengusutkan keadaan. Biar lah orang kata, makan hati je. Tapi, life must go on. Banyak benda lagi yang menarik aku boleh buat selain nak fikir suami yang akan berpoligami. Contohnya, aktiviti dengan anak anak, aktiviti dengan kawan kawan, aktiviti dengan ibu bapa. Buat apa nak habiskan masa untuk kurung dalam bilik dan bermandikan air mata kan?

Tapi tu lah, aku belum pernah lalui, jadi persediaan aku cuma dari segi fisikal je. mental belum tahu macam mana. tapi aku percaya, aku kuat.

Satu lagi yang aku sentiasa semat dalam diri. Hidup ni tak lama. Esok lusa kita mati. Buat apa nak fikir benda yang kita dah tau sementara? kita amek saja yang pasti. Yang pasti itu - Mati. Jadi, tak perlu rasanya nak ambil segala benda yang dekat dunia ni, secara terlalu serious. Selain daripada, beriabadah dekat Allah, itu perlu serious untuk kita dapatkan yang selamanya iaitu
- Syurga.

Wednesday 12 March 2014

Sleep Well, Ummar Haqq.

"Selamat tidur anakku, tunggu mummy dan daddy di pintu syurga ya sayang. Sungguh, kami cintakan kamu, namun, Allah lebih mencintai kamu.."

3th March 2014.

Aku ke hospital. Melawat Ummar. Sungguh aku gembira, anakku aktif. Kakinya bergerak-gerak. Nurse cakap, hensem anakku, Ummar. Rambutnya perang. Aku sengaja ulang balik kata kata nurse kepadanya. Tersengih-sengih anakku. Manis senyumannya. Sangat jelas dimata aku keindahan senyumannya..

4th March 2014.

Hasben ke Kuala Lumpur. Sebelum tu dia singgah di hospital untuk hantar susu dan tengok tengokkan anakku.. Aku pendam rinduku pada Ummar..

5th March 2014.

Aku ikut suami ke hospital pagi tu.. Dia tdak berapa aktif hari ni. Asyik sahaja tidur. Matanya hanya sesekali saja dibuka.. Tiba-tiba dia berenti bernafas. Nurse kejut dia, dan dia bernafas balik. Kemudian tiba tiba, dia buat hal lagi, nurse terpaksa memasukkan tiub oksigen.. Aku risau. amat risau.. Tuhan saja yang tahu. Perut ku makin sakit, aku menyuruh suami hantarku balik. aku perlu jaga kesihatan untuk memastikan susu badan Ummar sentiasa berkhasiat.

Pukul 5 tu, suami aku ke hospital semula. Aku dapat panggilan dari suami, anakku tidak bernafas, doctor semua kelilingi anakku, sementara menunggu pakar. Air mata aku terus berderai.. Suami menyuruh aku ke hospital. Abah dan umi ku menghantar kami. Sewaktu kami sampai, mereka sudah mahu bawa Ummar ke wad A4. 

Kami ikut mereka ke atas.. Tetapi kami tidak dibenarkan datang dekat. Mereka cuba untuk menyelamatkan anakku.. Dengan memasukkan segala tiub dan ubat ubat.. Aku dan suami menunggu di luar wad.. 

Lama kami tunggu, pukul 9, abah dan umi putuskan mahu ke pasar untuk membeli beras. nanti baru umi akan ambil aku balik. Kami masih setia menunggu.. Doktor pakarnya, datang ke arah kami, dia cuba sedaya upaya menyelamatkan Ummar, katanya mungkin jangkitan kuman pada paru paru Ummar. Kerana sebelum  ni Ummar sudah sihat.. CPR sudah dilakukan, Ummar bergantung dengan tiub pernafasan.. Kemudian kami dipanggil untuk melihat Ummar... Aku tak tahan menanggung.. Ku panggil Ummar anakku.. Dia lemah terbaring, dengan tiub tiub,.

Maaf, aku tak mampu lagi menulis..

Ummar meninggal pada pukul 1.10pm - 6th March 2014. Meninggal ditangan aku.. Aku sempat menciumnya.. 

Ummar, mummy dengan daddy rindu Ummar.. 
Sleep well, Ummar Haqq.. Sleep well..


Al-fatihah.

Sunday 2 March 2014

Ummar Haqq. My New Hero.

UMMAR HAQQ BIN MUHAMMAD HEIKAL
25TH FEBRUARY 2014



22nd February 2014
Pagi tu aku bangun untuk solat Subuh. Pukul 6pagi. Aku ke tandas untuk buang air kecik. Tapi tiba tiba aku nampak darah. Aku agak cemas, terus aku panggil Umi. Umi suruh aku pakai pad. Dan aku ke atas bilik kejut suami. Aku bagitau yang darah keluar. Plannya nak ke klinik. Tapi aku mengenangkan suami yang ada interview dekat Senai. Jadi aku putuskan untuk setelkan semua hal hal suami dulu, lepas dari tu baru ke klinik.

Petang tu kami ke Poliklinik Murni dekat Bandar Baru Uda. Doctor tu scan, katanya, semua okay. Kandungan okay, jantung nampak okay, Uri pun masih di atas. Katanya, mungkin ini biasa sebab aku travel dari KL ke JB kan. Aku tak sedap hati.

Balik tu, aku Rehat je. Darah dah tak ada. Cuma ada spotting jer warna coklat. Suami tak balik malam tu. Tidur rumah auntie dia dekat Uda sebab mak mentua aku datang. Aku putuskan untuk rehat je. Umi suruh aku amek MC untuk 2 hari. Isnin dan Selasa. Sebab tunggu aku betul betul dah tak ada apa apa baru balik KL. Aku bincang dengan suami dan suami setuju.

Malam tu, aku tak boleh tidur. Aku banyak fikir. Aku search dekat Internet. tanda tanda bersalin, pendarahan di Trimester ke-3, dan macam macam lagi. Hampir semua artikel cakap, pendarahan di trimester ke-3, TIDAK NORMAL! Makin tak sedap hati ni. Aku putuskan untuk ke Hospital saja besok tu.

23rd February 2014
Happy Anniversary dfan dan heikal!

Kami ke Pakar Puteri Specialist JB. Memang ada plan untuk mula cari tempat bersalin. Aku seboleh boleh tak mahu ke HSA. Sbb aku dengar macam macam pengalaman orang di sana. Takut memang takut.

Kami memilih Dr. Nooraini. Sebelum ni kalau aku search, memang banyak yang kata Dr Nooraini ni baik dan lembut sangat. Jadi hilang sikit rasa gundah ni.

Nama aku dipanggil untuk berjumpa dengan Dr Nooraini. Aku ceritakan segala-galanya yang berlaku. Dia suruh aku baring, bermula dengan scan, Uri aku memang diatas. tapi nampak macam tidak berapa stabil. Dan kemudian dia check bukaan aku. Subhanallah. dah buka 1cm! Masa tu aku baru 29 minggu. Aku makin risau.

Dr Nooraini kata aku mesti ditahan di ward untuk keep under observation. IF, bukaan aku makin terbuka, i have no choice then have to deliver my baby. Tapi, memang pre-mature lah. dan my baby kena duduk dalam incubator dan harus memakai alat bantuan pernafasan. sebab bayi aku masih sangat kecil. beratnya sahaja baru 1.2kg masa tu. Kami diberi pilihan. HSA atau warded di situ. Kalau warded disitu dan let say, aku bersalin dekat situ juga, bayi kami kena pakai mesin mesin tu, minima sehari adalah - RM1000! tu tak termasuk aku punya cost. Jadi kami putuskan untuk ke HSA.

Sebelum tu aku kena lalui ujian CTG, check jantung baby dan check sama ada contraction atau tidak. Setengah jam kemudian, kami dipanggil ke bilik Dr Nooraini balik. Dr Nooraini cakap, Alhamdulillah tak ada contraction. Jadi, boleh di warded di situ. Sebab 80 to 90 percent aku tak akan bersalin. Jadi, kami pun amatlah bersyukur. Kami terus ke kaunter untuk tahu number bilik, bayar deposit dan lain lain.

Aku memilih bilik yang ada 5 katil. Tidak terlalu mahal kalau macam tu. Aku diberi suntikan untuk matangkan paru paru  baby. Itu sebagai persediaan kalau kalau aku ter-bersalin nanti. suntikan tu aku dapat dua kali. lepas 12jam suntikan pertama baru disusuli dengan suntikan kedua. Suami dan umi aku balik dulu untuk ambil barangan seperti baju aku dan lain lain perkakas.

Malam itu, suami tunggu sampai aku tidur dan dia pun pulang ke rumah.

24th February 2014
Layanan yang staff staff situ berikan memang 4 to 5 stars. Alhamdulillah. Aku ni sangatlah fobia dengan hospital sebab tak pernah sekalipun aku diwarded.

Pagi tu suami datang temankan aku. Mak mentua aku juga datang. Lepas tu umi datang juga. Semua temankan aku hari tu. CTG di-check semuanya Alhamdulillah, tak ada contraction. Jantung baby normal, aku pun tak ada sakit sakit. Doctor datang petang tu. Doctor cakap, Alhamdulillah, tak ada apa apa. Semuanya okay. Dan besok aku boleh discharge. Dr akan kasi 2 minggu MC. lepas 2 minggu In Shaa Allah aku boleh balik KL. Tapi aku haruslah banyak rehat. Aku gembira! Sebab ye lah, sampai bila nak dok dalam ward tu. Malam tu aku suruh suami balik awal sikit. Boleh dia rehat, aku pun boleh rehat awal. Sebab besok pun aku nak keluar dah kan.

25th February 2014
Pukul 5 pagi, Staff nurse datang, buat CTG. Macam biasa. Lepas dari tu, aku nak ke tandas, tapi ada satu staff nurse cakap lepas pergi tandas pergi labour room 1. Aku pun, okay jer lah. Tak sempat aku nak solat Subuh pagi tu. Aku terus masuk ke Labour Room 1, Staff nurse cakap, baby punya heartbeat macam turun sikit, Jadi aku kena dimasukkan drip dan kena sedut oksigen. Ya Allah, masa tu, Tuhan je yang tahu perasaan aku. First time jarum sebesar tidak tu dicucuk. Air dimasukkan dalam badan, jantun baby masih di observe, Masih ada turun. Aku cepat cepat msg hasben suruh hasben datang. Dr Nooraini datang, dia kata kemungkinan besar, I have to deliver! Tapi, by operation sebab, sangat berisiko kalau aku nak beranak normal. Sedangkan bukaan aku hanya 1cm. Lama nak tunggu sampai 10cm!

Dr Nooraini mula call HSA dan HSI untuk minta ditransfer. Suami aku sampai, aku cakap dengan dia, aku kena bersalin hari ni. Tapi tengah tunggu panggilan dari HSA atau HSI untuk tahu ada kosong ke tak. Aku dipindahkan ke Labour Room 4. Umi pun sampai. Dalam hati aku, Tuhan je tau. Dr Nooraini masuk, dia kata, malangnya, HSA dan HSI tak ada kekosongan. Yelah, Hospital sana mesti dahulukan pesakit dia kan. Kami tak ada pilihan lain selain, mintak discharge jugak, dan ke sana sendiri. Suami akan bawa aku terus ke HSA. sebab sesungguhnya, kami tak mampu nak bayar cost semahal tu dekat Pakar Puteri Specialist.

Kami terus ke HSA, sampai tak terkeluar satu pun perkataan dari mulut aku. air mata pun seolah kering! Kami terus ke Bilik Saringan. Nurse india di kaunter hadapan berikan layanan yang very so-so. Dia seolah bersakarstik, sebab aku dari Pakar Puteri. Aku terus dipanggil masuk ke dalam. Manakala suami tunggu diluar. Aku disuruh menukar baju, terus jantung bayiku di check lagi, masih turun heartbeatnya. Dr wanita di situ check pembukaan aku, masih  1cm, bermacam soalan ditanya, darah diambil, dan jarum dicucuk, tiub kencing dimasukkan ke kemaluan, masa tu, Tuhan je tahu betapa sakitnya. Aku terus menangis, terlalu sakit. sakit yang aku tak mampu nak tahan, mahu saja aku tarik tiub tu!

Katil aku ditolak keluar, suami dipanggil masuk. Aku salam suami ku, air mata tak tertahan lagi. Tuhan je tahu macam mana perasaan aku. tak tertulis perasaan tu. Semuanya berlaku terlalu cepat. Aku ditolak masuk ke operation room. Memang semuanya pantas!

Yang aku ingat, satu Dr wanita yang sangat baik dan lemah lembut. Dia perkenalkan dirinya, dia kata, aku akan dibius, dari pinggang ke bawah akan numb. Dr tu cakap, In Shaa Allah semua okay. jangan risau, selawat banyak banyak. Sesungguhnya, aku doakan Dr itu diberi ganjaran yang besar oleh Allah. Sebab terlalu baik di waktu waktu cemas macam tu. Aku lega sedikit.

Aku dibius di belakang pinggang. terlalu cepat semuanya. Tiba tiba, aku rasa kemaluan aku yang dimasukkan tiub kencing tu dah tak sakit. Kaki ku dicubit juga tak terasa. Hanya rasa macam ada sentuhan singgah. Rupanya, pembedahan sedang dilakukan. Mulutku tidak putus putus selawat, ayat kursi, doa doa semua yang aku ingat, aku baca, adakalanya, aku terlelap. Jika aku risau, aku pandang ke Dr wanita tu. Dr tu akan senyum, aku tanya dia, lama lagi ke, dia jawab, "tak lama, Dr tengah keluarkan baby tu. Haa da keluar dah!" Aku senyum. aku baring, dan sambung selawat.

Kemuadian aku rasa risau, aku pusing lagi ke Dr tu, dia senyum, tiba tiba aku dengar baby nangis. "Haa, baby nangis dah. Kejap, nanti saya bawak baby tunjuk dekat awak okay?" Aku senyum. masa tu, tak putus putus selawat dan zikir. "Ala, tak boleh tengok sebab dorang nak terus hantar ke atas." Aku cakap takper. Aku teruskan selawat dan zikir, sampai aku tersedar yang aku terlelap. Dr tu cakap, dah nak siap dah. Rasa sekejap sangat, semuanya dah siap. aku ditukarkan pakaian dan sebagainya.

Kemudian katil ku ditolak keluar, blood pressure aku dicheck hampir satu jam. Untuk memastikan semuanya okay. Kemudian katilku ditolak ke luar utk ke wad biasa, Keluar dari Labour Room, aku panggil suami dan umi aku, dorang ikut kami ke wad. Aku diletakkan dekat dalam wad biasa yang sangat penuh dengan orang. Ada yang sudah bersalin dan ada yang belum.

Kaki ku masih kebas tapi boleh bergerak sikit. hanya pergelangan kaki. Suami dan Umi aku terus pergi tengok baby ku, aku terlelap. bila aku terbangun, mak mentua dan auntie aton baru sampai. Suami aku sampai tak lama lepas tu. Aku masih lemah dan tak tahu nak biasakan diri dengan keadaan ku. perut ku terasa berat.

Suami dan umi sampai bersama Opah dan Makteh, suami tunjuk gambar anak aku. air mata aku bergenang. Ya Allah, sayu rasa hati aku, hidung dan mulutnya ada wayar yang mana aku sendiri tak tahu untuk apa fungsinya. Kata suami aku, baby aku perlukan bantuan pernafasan sebab paru parunya belum matang. Sayu rasa hati ni. Kesian anakku..

Petang tu juga, hasben request untuk pindahkan ke wad kelas pertama kerana wad tu sangat tidak selesa bagiku. Bukan aku memilih atau apa, suami ku juga risaukan keadaan aku.. Aku dipindahkan ke wad petang tu juga. Lewat malam tu, suami pulang, tinggal aku tidur lagi sendiri dalam wad. Aku sangat teruja kerana besok aku sudah boleh melawat anak aku di bangunan sebelah!

26th February 2014
Luluh hati aku, anak ku dipakaikan tiub bantuan pernafasan, tiub makanan dimasukkan melalui mulut, matanya ditutup kerana anakku terkena jaundice. Aku sempat memegang jarinya.. panjang panjang jari jemarinya, putih kulitnya. Subhanallah. itu adalah anak aku.. Air mata bergenang, dadaku seolah hancur. Macam mahu aja aku angkat dan peluknya erat sambil cium bayi aku tu. Tak sanggup tengok wayar wayar berselirat! Aku putuskn untuk tidak tengok lama, tak sampai hati.

Besok kalau tak ada apa apa, aku sudah boleh pulang ke rumah.

27th February 2014
Aku berusaha pam susu. untuk diberikan kepada anak aku. Tapi aku tak reti. Breast pump yang suami ku beli pun aku tak pasti macam mana cara penggunaanya. Tengahari tu staff nurse datang, ajar aku macam mana nak pump susu. Sungguh aku ada susu rupanya! Aku sangat gembira dan bersyukur.Walaupun sikit aku tak kisah. janji anak aku minum susu dari badan aku sendiri. dan bukan lah susu tepung.

Sementara tunggu boleh keluar dari hospital, hasben katanya nak amek mak mentua aku di rumah auntie nya di UDA. Malangnya kereta pulak tak boleh start. Ya Allah, dugaannya. Aku terlelap masa tunggu hasben cuba hidupkan enjin kereta. Sampai lah staff nurse datang untuk bagitau yang aku dah boleh pulang. Aku sms suami. Suami naik dulu untuk uruskan Bill semuanya. sementara tunggu mak mentua yang terpaksa datang untuk hantar aku balik rumah. Selesai semuanya, aku, suami dan mak mentua ke wad A4 untuk tengok anakku.

Sampai tak sampai hati aku nak cakap dengan anakku. Ya Allah, aku bakal berjauhan dengan anak aku sendiri. Tuhan je tau rasa pedih dekat hati ni. Rasa macam nak aja aku angkat dia dan cium dia sepenuh hati aku..

28th Febuary 2014
Hanya suami yang pergi tengok anak yang aku namakan, Ummar Haqq. Pagi sekali, petang sekali. untuk diberikan susu. Makin banyak aku susu yang dapat aku prodius.Alhamdulillah. Keadaan aku masih perlukan rehat yang cukup.

Hanya air mata jadi peneman aku, sambil terbayang akan Ummar, anak aku.

1st March 2014
Makteh, Cik Akob, Cik dilla dan anak mereka Nisha datang ke JB dari Singapore semata mata untuk melawat Ummar. Aku yang teruja kerana aku juga akan melawat anakku hari tu! Tuhan saja yang tahu perasaan terujaku. Aku mandi bersih bersih dan siap siap, tidak mahu sampai lewat kat sana.

Kami bertolak, suami bawa aku terus ke hospital manakala umi pergi ambil pakcik dan makcik aku di larkin. Sesampai di pintu wad, sementara menunggu staff nurse buka pintu, aku jengah, dah tak ada kuning! itu kerana aku nampak dah tak ada lampu di tepi mesin incubator nya.

Alhamdulillah! Aku masuk dan cuci tangan, sambil kepala aku pusing lihat di incubatornya. dah tak ada tiub bantuan pernafasan! Aku terus tanya staff nurse di situ. Staff nurse kata, dia dah boleh bergantung kepada paru paru sendiri. Tak nampak ada apa apa masalah lagi. tinggal tunggu berat badan sahaja naik. Sekarang 1.3kg sebab dua hari yang lalu dia dah berak. cuma dua hari ni dia tak berak. Risau juga aku dengar.

Tapi tak mengapa, In Shaa Allah aku yakin semuanya okay!

Anakku, Ummar Haqq, aku nampak dia lebih selesa hari ni tanpa tiub pernafasan dan lain lain. cuma ada tiub makanan jer. itu untuk salurkan susu kedalam terus ke perutnya. Dia masih tak boleh minum sendiri takut takut dia tersedak pula.

Ummar buka mata, comel sangat muka dia, sebiji macam suami ku, mata yang besar, hidung yang mancung, Subhanallah, aku pegang jemari dia, usap pipinya, aku sangat gembira! Dia seperti tau dan aku yakin yang dia tau itu adalah mummy dan juga daddynya. Matanya sekejap tengok aku, sekejap tengok suami. Aku bacakan dia selawat, ayat kursi, 3 qul. tak lama lepas tu, dia tidur. Comel sangat. Aku seperti tak mahu bangun dari situ.

Sebelum balik, aku belai lagi pipinya, aku katakan yang aku sangat sayang pada dia.

2nd March 2014
Hari ni aku tak pergi ke Hospital. Umi tak benarkan, lagipun aku perlukan rehat juga. Besok baru aku ke sana. Suami ke hospital pagi tadi. Ummar sudah di-transfer ke wad A3. tiada lagi tampal tampal ditubuhnya. Heartbeatnya sudah tidak perlu di-observe lagi. Kerana dia sudah boleh sepenuhnya bernafas sendiri. Alhamdulillah Ya Allah, sungguh aku bersyukur. Suamiku lupa nak tanya sama ada dia berak atau tidak semalam.

Suami aku balik sekejap untuk rehat dan baru tadi dia ke hospital balik untuk hantar susu dan tengok Ummar. Tak sabar untuk aku pula ke sana besok. Rindu yang tak tertanggung pada anak aku, Ummar Haqq

_____________________________________________________________________________

Ummar Haqq, 

Sungguh mummy mendoakan agar Ummar cepat cepat pulih, cepat cepat membesar supaya mummy boleh peluk, cium Ummar. Supaya Ummar boleh minum susu terus dari badan mummy. Mummy mahu Ummar tahu yang mummy cintakan Ummar, anak mummy..

Semoga semuanya berjalan dengan lancar. In Shaa Allah. Amin ya rabb. 


Wednesday 19 February 2014

Tips Move On

Normal sangat bila kita putus cinta, kita rasa pedih, sakit, nak meroyan dan sebagainya. Kita tercari cari macam mana cara cara yang berkesan dan bernas untuk move on.

Move on.
Senang cakap Move On tu, tapi tak senang untuk buat.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Selama 24 tahun aku hidup ni, macam macam pengalaman cinta monyet aku hadapi. Tak kira lah pengalaman sendiri, dan pengalaman cinta monyet yang di lalui oleh rakan rakan.

Dulu, kalau kawan kawan cakap dia dah break up, mesti ayat normal yang aku akan keluarkan adalah :-
"Move on je lah babe, kau hadap lagi jantan macam gitu buat apa! Kalau dia sayang kau, dia tak tinggalkan kau pun. Suka suka je buat perangai macam tu. Ingat kau tak ada perasaan ker?!" 

Itu adalah, ayat yang normal. Bukan aku saja yang cakap, jika kawan aku tu ngadu kepada 13 orang, maka dia akan dengar 13 jawapan yang mungkin berbeza susunan ayat namun, lebih kurang maksudnya.

Lepas tu, aku buat eksperimen. Contoh aku bagi satu pengalaman aku dengan kawan aku yang aku namakan dia sebagai Anje.

Anje putus cinta. Kes yang agak complicated. Compliacated sebab Anje punya boipen punya ex-gelpen datang balik. Merayu rayu dan lain lain.
Jadi, dia pun sedih lah. Mengadu kat aku dan sebagainya. Macam biasa, aku akan bagi nasihat so-called-nasihat padahal aku rasa, makin stress budak tu ada lah.

Nasihat yang dimaksudkan misalnya :-
"Kau move je la, buat apa kau tunggu dia lagi. Dia entah entah ketawa ketawa dengan perempuan tu. Tak guna kau bersedih hiba macam ni. Life kau masih panjang. Banyak lagi lelaki dekat luar sana. Pilih jer. Orang yang tinggalkan kau ni, sebenarnya, tak bersyukur. Dapat perempuan macam kau, bla bla bla~ perempuan tu juga yang dia nak. Perempuan physco bla bla bla~~~"

Kerat jari kalau dia bebetul move on setelah kau cakap macam tu. Percayalah.
Sekurang kurangnya, 3 minggu juga dia ambil masa untuk senyum dan ketawa balik. Untuk move on mungkin makan bertahun lamanya. Depends.

Jadi aku hadapinya sendiri. Contohnya masa aku tak jadi kahwin 4 tahun lalu. Puas lah kawan kawan aku ni so-called-nasihat kan aku untuk move on. Sebab kes aku lelaki tu pukul aku. Jadi aku dengar banyak ayat seperti :-
"Dah lah, kau tak payah ingat dia lagi lah. Dia pukul kau tau tak! Lelaki tu mana layak dijadikan suami? Kau nak ke kalau kau kahwin dengan dia kau kena lagi teruk? Aku tak percaya dengan lelaki macam tu! Move on jer lah!"

Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Sebab masa tu, otak kau tgh berserabut. Kau mengadu untuk luahkan segalanya. Kalau setakat suruh move on tu, kau pun akan fikir sendiri. Macam aku cakap kat atas tadi. Move on. cakap senang. nak buat tu payah! Aku memag tak tau cara untuk move on! Aku buat perkara yang tak elok, itu cara untuk move on? TIDAK.
Gambar hiasan dari Google.com

3 Tahun lamanya aku tunggang terbalik. Lepas dah berkahwin sekarang dan bakal menimang anak, baru aku boleh list down, apa yang aku buat untuk move on.

1. Layan je perasaan kau orang tu. Selagi Boleh.

2. Ingat sebanyak-banyak kenangan kau dengan dia. Selagi Boleh.

3. Meroyan lah dekat twitter ke, fesbuk ke, instagram ke. Selagi Boleh. Peduli apa orang kata. Bukan dia yang lalui. Kita yang lalui. Setiap orang lain lain "sayang-cinta-separuh-mati" nya.

4. Nangis. Selagi boleh. Kalau rasa nak hentak kepala kat almari, hentak jer! Tapi make sure, no kelar kelar tangan/cubaan bunuh diri/apatah lagi bunuh diri. Sebab tu aku suruh nangis dan hentak kepala.

5. Dengar lagu sedih sambil nangis. Selagi Boleh. Kalau kau rasa rindu, dengar jer lagu sedih! Nangis sepuasnya!

6. Jangan hirau sampai bila kau akan hidup dalam kenangan kau, dalam bayang bayang dia. Sampai bila bila pun kau tak akan jawapan. Jawapan hanya akan datang bila kau dah lepas fasa 'meroyan-tahap-gaban"

7. Jangan keraskan hati kau untuk orang baru. Keep trying! Maksudnya, contoh ada lelaki datang nak kat kau, layan jer. Kau cakap dengan orang tu, kau akan cuba. Jangan letak harapan tinggi. Sebab kau might be akan tinggalkan dia sebab rasa tak boleh. (Confirm laki tu blah. tapi, 4 nisbah 10 akan stay, jadi keep trying!)

Jadi, ini lah yang aku pernah lalui. Fasa 'meroyan-tahap-gaban" aku selama 3 tahun. Lepas 3 tahun, aku jumpa dengan suami aku, ya, JODOH aku. Tuhan tu nak hilangkan perasaan sedih-sakit-cinta berbaki kepada bekas 'bakal suami' aku tu sekelip mata! Percayalah, sebelum aku jumpa kenal bercinta dengan suami aku, memang aku masih boleh nangis dan rindu dekat bekas 'bakal suami'. Tapi demi Tuhan, tak pernah ada rasa itu sekarang. Nak ingat kenangan manis manis pun rasa nak muntah. Kah kah kah. Sebab kau dah 3 tahun dok terkenang kenang, tak rasa muak ke? Aku? dah muak.

Tapi tu lah, lain orang, lain fasa 'meroyan-tahap-gaban' nya. mungkin makan 10 tahun. who knows?
Tapi aku yakin, tips aku ni boleh pakai!

Jangan paksa diri kau untuk melupakan. Sebab kita diberikan ruang dalam otak untuk simpan setiap kenangan dengan setiap orang yang kita jumpa hari hari, detik detik. Tapi, lama lama perasaan tu akan pudar, dan dengan tidak sengaja, kenangan tu juga jadi macam 'kenangan hambar'.

Gambar Hiasan dari Google.com

Percayalah! Yang penting, no kelar kelar tangan/cubaan bunuh diri/apatah lagi bunuh diri yer!




Sunday 9 February 2014

Finally, Baby Tak Shy Lagi!

ALHAMDULILLAH!
Yay! Finally anak mummy dah tak shy shy. 
Itu pun susah sangat nak pujuk dia turunkan tangan. Hihi. 
Orang scan siap buka buka mata lagi. Comel sangat! 

Aku haplod dua je gambor untuk tatapan uolls semua. Video ada tapi malaih nak haplod. 

Rasa macam ikut Daddy habis ni. Cuma bibir ofcos bibir mummy!
Sepsi gitchew!

Baby nak makan agaknya. -.-" Besor mulut dia nganga. Hihi

Kalau tak kita, mak dengan bapak sendiri yang puji anak sendiri, siapa lagi yedak?

Masa scan mula mula baby letak tangan dekat muka. Lepas tu Dr Jezzlyn kacau kacau sikit dia, dia turun sikit tangan, tapi takat mulut jer. tak pasti mungkin dia hisap jari. Hihi. Doctor pun buat dulu benda lain, tengok tumbesaran dia, tengok jantina dia. Hihi, kali ni dia tak kepit kaki atau silang, Dia bukak jer kasi tengok bebird dia. Omel sangat!

Lepas tu kacau kacau lagi, taknak jugak ni turun tangan. Tapi dah nampak sikit mata, hidung, tapi mulut je tak nampak. Dr Jezzlyn sampai cakap, ni mulut mahal nii, Hikhik. Tibe tibe bilik sebelah bising, ada budak kecik menangis, terus dia bangun, turun kan tangan, siap bukak mata lagi hihi. 

Atotototo, nampak bibir dia yang sepsi macam bibir mummy ni, heee. Tapi mata bulat habis macam daddy, Hidung jer macam tak sure ikut siapa -.-" Mungkin Daddy jugak! Yang penting, baby tembam!

Dr Jezzlyn cakap " Wah, pipi dah tembam ni, baru 27 weeks dah nampak pipi tembam niii" Ikut daddy jugak lah pipi dia ni, ikut mummy memang pipi tak naik, pipi tersorong sorong katanya! Hiks.

Tazabarnyurrr nak tengok dia in real. Minggu ni dah masuk 7 bulan. Bermakna lagi 2 bulan jer lagi. Nervousnyer!!! Tapi dlm masa yang sama eksaited. Nak bersalin kat JB tapi tak decide lagi nak bersalin kat HSA ke, Klinik ker ape ker. hmm :(

Thanks Klinik Fauziah, Ampang, Dr Jezzlyn, dan ofcourse, Daddy ku sayanggg! :D

Thursday 6 February 2014

Mek bukan sebarang Mek.

Okay, Mek yang dimaksudkan bukan Mek kelantan ye. Ni Mek nama kucing aku.
Ni lah Mek masa aku ambil dia
Aku amek Mek ni dekat LRT. Masa tu, aku dengan husband baru balik dari kerja. Kebetulan husband ternampak kawan dia dan mereka berborak punyalah lama! sementara tunggu kawan dia punya bini sampai dari kerja kat situ. Hihi. Lepas tu, aku nampak Mek dekat atas tembok. agak tinggi tembok tu. Dia duk situ, setiap orang yang turun tangga tu dia aku ngiau. Macam seolah olah panggil orang yang lalu lalang kat situ. Aku pun tengokkan jer. Sebab aku maklum sangat dengan hasben yang memang tak kasi bela kucing, lagi lagi sebab rumah kami pangsapuri dan aku sedang mengandung. Tapi Mek tak lompat pulak aku tengok. Dengan keadaan dia masa tu 'budak' lagi, aku rasa dia tak berani nak lompat. 

Aku pun pergi lah sana sebab kebetulan aku nak buang sampah. Dekat tembok tu ada tong sampah. Lepas tu aku belai belai dia. Memang bijak gamaknya Mek ni! Aku belai dia tiba tiba dia macam taknak aku belai, sebaliknya cuba tarik tangan aku. Aku pelik! Aku cuba lah angkat dia letak kat bawah, terus dia nak lari. Tapi keadaan LRT dengan banyak kenderaan lalu lalang, mana ada kedai kedai atau rumah orang kat LRT Jelatek tu! Aku risau dia kena langgar. Aku pun angkat dia. Aku fikir, bagus juga kalau aku letak dia bawah rumah ni. Sebab bawah rumah aku memang banyak kucing dan aku selalu juga bagi kucing kucing bawah rumah makan. Aku pun mintak izin husband dan husban izinkan. Alhamdulillah!

Mek kena mandi. Hikhik
Masa dalam kereta * gambar pertama*, Dia duduk jer atas riba aku. sangat pandai. tak bising langsung! Langsung tak mendatangkan masalah! Kan aku dah kata dia bijak!

Aku sampai bawah rumah, aku letak makanan dia sikit, Wetfood Whiskas jer, dia makan penuh lahap! Aku terus naik atas. Dalam fikiran aku, semoga ada orang akan amek dia, Amin! Besok pagi nyer, aku nak bagi kucing bawah makan, dia tak ada kat bawah. aku cuba panggil. rupanya dia kat playground. dari jauh dia lari, nak makan. kucing kucing lain semua dah datang. Aku pun bagi lah Mek wetfood.

Balik dari kerja tu, aku hairan dia tak ada. dua hari dia tak ada, puas aku panggil! Jadi aku mindset, yang dah ada orang ambil dia. Mek kan kucing yang bijak. 

Dua hari lepas tu, mek ada kat bawah rumah aku! Aku happy sgtsgt! dia nampak sangat lapar kaedahnya. Kesian betul aku tengokkan. Aku pun bagi lah dia makan. Lepas dari tu hari hari dia tunggu aku kat bawah utk beri dia makan. Aku akan bagi dia makan pagi dan petang lepas balik kerja. 

Hobby Mek selain kejar ekor sendiri, menonton televisyen.
Yang jadinya kitorang bawak Mek ni naik rumah cemni citernya. Masa tu hasben hisap rokok kat balkoni, lepas tu dia panggil aku, suruh tengok bawah. Aku bergegas lah ke balkoni, rupanya Mek seorang diri tengah duduk. Dah lah musim sejuk sekarang ni. Kesian betul! 

Rupanya ada ceritanya kenapa Mek duduk macam tu. Hasben cakap, orang rumah bawah ni, dia bagi kucing dia makan, pastu Mek pun datang lah jugak kan, dengan harapan nak tumpang makan, tapi dihalau oleh orang rumah bawah tu! I was like--- WHAT?! Kucing je pon! Apa yang berkira sangat. Kalau aku boleh anytime bagi kucing dia kat bawah makan, Y NOT HER?

Hasben rasa kesian sangat tengok Mek macam terpinggir. Aduh, aku dah mula tak tentu arah. Hasben cakap, nak bawak dia naik ker? Aku cakap, bawak lah, kita letak kat rumah malam je. kasi dia tempat tidur. siang hari kita kerja kita letak kat bawah. At least dia tak kesejukan tidur kat luar tu. Sebab kucing kucing lain semua ada port sendiri.

Fotogenik lettew!
Last last kami pun amek lah dia. Dia sangat baik hati, kami bagi dia makan. Terus aku buatkan rumahh dia. Ala, gambar dia tak upload. next time lah! Pandai pulak tu, duduk kat dalam rumah dia. Lepas dia makan, hasben kurung dalam jamban kejap. Memang nak ajar dia guna jamban untuk buang air. Senang sikit yedak. Lepas tu, aku bersihkan sikit mata dengan telinga dia. Dan, kami masuk tidur.

Besok pagi tu, tarrraaaaaa~~~ Dia berak dalam jamban!! Yay! Kami lepas kan dia masa nak pergi kerja. Balik dari kerja tu, aku cari dia tak ada. :( Sedih. aku pun naik lah tangga pelan pelan nak balik rumah. Sekali dengar bunyi dia. Aku cari kat bawah tak ada. Rupanya dia tunggu kat tangga! Tingkat 3 tak salah. Mungkin dia tak ingat rumah yang mana. Sooooo cute!

Lepas dari tu, aku terus tak lepaskan dia lagi. Hasben setuju jugak. Walaupun berat hati. Hihi. Tq hasben! Alhamdulillah dengan adanya new family ni, rasa rumah riuh. Tu belum lagi baby dalam perut ni keluar lagi. hihi.

Tidur dengan hasben. Manja betul!

Favourite spot dia selain dari bawah kerusi


Mula mula memang manja dengan hasben, Sekarang asyik buli hasben!

My handsome Mek.

Tuesday 4 February 2014

Aku, Mid Valley dan Office Baru

So, ini lah hopis baru hakak. Tak ada lah hebat mana. Setakat dekat dengan Mid Valley je. Borreeeennnnggggg~

Pintu Masuk 
Tempat receptionist. Tu bukan receptionist yer. Harap maklum. 
Ni bilik aku. Masih bersepah!
Contact Centre

Jamban
Sementara ni aku duduk dalam bilik interview ni. Sebab bilik aku masih dipenuhi dengan kekotak yang masih belum dipunggah, serta aircond-nya, liking. Mengong. Nak marah rasa. Jadi lantok lah, aku buat jer bilik ni jadi macam bilik aku! Kih kih kih.

Bilik Interview yang dijadikan bilik aku sementara waktu.
hihi.
Disebabkan opis baru di Mid Valley, maka aku kena naik dua transportation sehari. LRT dan Bus. Mula mula aku naik kereta ke Jelatek Station. Kemudian aku turun di Univerisity dan kendiannye lagi, aku bus ke Mid Valley. Nasib tak penat nunggu sangat. Cuma balik jer. dari Mid Valley aku kena naik shuttle bus ke Bangsar LRT ataupun, U85 ke University LRT. Balik tu kena tunggu sikit. tak ada lah lama buat masa ni. Belum kena time time bus memang tak datang punya part. kang dah kena sekali menangis tak berlagu! hiks.

Kaki ku malam tadi.
Semalam boss suruh aku pergi beli barang opis. Barang opis itu termasuklah, penyapu, penyodok, bakul sampah, baldi, sabun sabun, toilet paper, kain buruk. Dan lain-lain. Dan....ya. AKU SEORANG yang angkut benda tu semua! -_-" Kaki aku memang sedia bengkak, terus jadi makin bengkak! Gila wa cakap luuu!

Dah lah aku kena buat benda yang luar bidang aku, pastu kena jadi kuli macam ni. Penat nye. 2 bulan jer lah....... Lepas tu aku berambossssss!

 Yang penting, besok check up. Masuk setengah hari. Jumaat macam nak ponteng. Tapi tengok lah macam mana. dan Sabtu, SCAN 4D lagiiii! Tazabanyurrr! Harap anak mummy tak shy shy cat lagi!



Like a bawsseee


Tuesday 28 January 2014

Bye KL Office. Hi Mid Valley Office!

Today would be the last day of working in KL Office. No more KLCC, No more Convention Centre.
I hope Mid Valley office would be better!

Luls. Speaking gittew!

Sedih jugak nak tinggalkan KL Office ni. Ye lah, Mid Valley kan jauh. -.- Penat jugak lah, nak kena naik train then naik bus. Memang cari gaduh gila lah kan. Tapi nak komplain sangat pun tak elok. Bukankah aku sedang mencari sesuap nasi ni. toooo diaaa! Kah kah kah.

Dengar cerita Mid Valley Office lawa! Katanya laaa tapi tak tau macam mana. Ni kejap lagi aku kena ke sana la ni. Malas betul. Tapi boss suruh jugak sebab nak buat makan makan pre-CNY sekali.. Aduh, malassssss!

Sorry lah aku malas nak taip byk byk. Terlelap lelap ni haa. Tsk Tsk. Nanti aku upload gambar office baru okay!


Sunday 26 January 2014

Cikgu Lembu?

Hari ni memang Monday blues habis! tak sampai waktu lunch lagi aku dah tidur sepam dua. Sedap betul tidur. ni lepas update blog ni aku tidur lagi kejap lah. 

Tadi tengah tweet tweet tetibe terperasan satu jejaka kenamaan tweet, "Cikgu lembu" patut digantung kerja, ditukarkan sekolah apa tah lagi. lebih kurang lah macam tu. Lepas tu aku teringat aku ada tertengok berita ituari pasal isu ni.

Budak ni tak siap kerja sekolah. Lepas tu, di denda dengan cikgu, rotan dua kali dekat telapak tangan, lepas tu dipakaikan rantai lembu ke apa tah aku tak ingat, lepas tu katanya dipaksa makan rumput. 

Let's not see pada kemuncak cerita. kita tengok permulaan atau punca cerita. 

Budak ni tak siap kerja sekolah. Fullstop. There you go.

Wahai ibu, bapa dan penjaga, ketahuilah anda, bahawa, once awak dah hantar anak awak ke sekolah, bermakna awak sudah biarkan anak awak memikul suatu tanggungjawab. Iaitu tanggungjawab sebagai seorang Murid a.k.a Pelajar. Tanggungjawab. Apa maksud tanggungjawab?

Tanggungjawab tu bila kita rasa kita perlu lakukannya kerana ia memang sudah jadi tugas kita. Sama konsepnya seperti, -- Anda seorang boss, cleaner tak bersihkan meja anda betul betul. Anda marah. Anda kata -- Awak patut tahu tanggungjawab awak sebagai cleaner! Ya, itu tanggungjawab ye semua orang. 

Jadi apa pula tanggungjawab sebagai seorang pelajar? - Belajar daripada pengajar. Buat kerja sekolah/tugasan jika diberi, Dengar nasihat mereka. Untuk apa? Untuk masa depan kita juga. Asalkan tidak berlebihan. Berlebihan pada aku bermaksud, pukul sampai berdarah ke, sepak sampai patah riuk ke, tumbuk sampai lebam lebam ke. Itu berlebihan a.k.a melampau. 

Setakat rotan dekat tangan, apa lah sangat, I believe budak tu bukan kena rotan macam aku pernah kena rotan sebab 'mencapap' dekat pintu belakang kelas. sampai berbirat tangan! tapi yes, salah aku. siapa suruh 'mencapap'? 

Tanggungjawab ibu bapa/penjaga apa pula? Apa, susah sangat nak cek buku sekolah anak? Susah sangat nak luangkan masa dengan anak anak untuk tengok kerja sekolah mereka ataupun, layan anak anak buat kerja sekolah mereka? Habis? Siapa yang patut jadi pendidik kalau dah ibu bapa sendiri lepas tangan? Anda hantar anak anda pergi sekolah, dengan harapan-- anak saya akan berjaya! anak saya akan menjadi seorang yang cemerlang! anak saya akan jadi seorang yang BERTANGGUNGJAWAB! -- Jadi, kenapa halang seorang guru untuk jalankan tugas dia sebagai pendidik? Atau sebenarnya, anda hantar anak anda ke sekolah hanya kerana -- "Dia mesti kena sekolah, kang jiran cakap apa pulak. Anak anak hantar sekolah senang sikit, kalau boleh 9 am sampai 6pm. ngam ngam hakak balik kerja. Adatlah tu. anak masuk umur 7 tahun, wajiblah bagi mereka untuk bersekolah."

Kenapa tidak, anda jadi seorang ibu, bapa/ penjaga dan seorang pendidik? Biarkan tugas guru hanya untuk mengajar apa yang ada di dalam buku dan bakal masuk peperiksaan sahaja. tanpa kerja rumah, tanpa latihan, boleh anak anda jadi pandai? Itu yang anda mahu bukan? 

Jika anak anda kurang pandai atau kurang di-ajar jangan pula disalahkan guru -- Cikgu ni tak reti ajar anak aku agaknya! Cikgu ni buat hape kat sekolah ni? Apesal anak aku masih tak reti menulis? Cikgu kalau dah bodoh, anak aku pun sekali jadi bodoh! 

Apa yang anda mahukan sebenarnya? 

Aku rasa kementerian pelajaran malaysia patut rombak balik tugasan buat guru guru sekolah di Malaysia ni. 
- Guru hanya perlu menerangkan apa yang ada dalam buku.
- Guru hanya perlu tanya apa yang ada dalam buku
- Guru dilarang sama sekali untuk memberi anak murid kerja sekolah/latihan! Takut takut mereka tidak mampu untuk buat.
- Guru tidak boleh menyuruh anak murid menyapu sampah di dalam kelas, membuang sampah, mengelap tingkap, dan kerja kerja lain. Dikhuatiri anak murid mereka akan bilang ibu bapa mereka -- kena dera jadi cleaner. 

Banyak lagi kalau nak dinyatakan untuk perombakan baru ni. Hm. Kesian betul orang zaman sekarang. 
sayang anak tangan tangankan, bukan sayang anak dimanja ditatang-tatangkan. Kang jadi anakku sazali pulak. mahu?


-- Jejaka Kenamaan tu pun lahai, nak tunjuk hero, nak tunjuk pandai, digelarnya guru yang jadi mangsa tu, 'Cikgu Lembu'. Jadi, apa bezanya Jejaka Kenamaan itu dengan Cikgu tersebut? Kah, itu nama dia tunding satu jari, 4 jari kena batang hidung sendiri. 

-- Nak wangikan tahi, jangan disirami dengan air tahi. Siram lah dengan air bunga. Baru boleh wangi. 


Thursday 23 January 2014

Scene Opis: Cepatlah balik!

Aduh, terseksa jiwa raga aku ni. Nak tunggu pukul 5 setengah punya lah susah! Tak, tak, bukan aku punya waktu kerja habis 5 setengah. Tapi kirakan 5 setengah aku dah boleh berfoya foya. Biasanya aku balik 5.50pm hihi. Memang tak ada sistem punch card bagai ni. Jadi, kita enjoy!





Ni keadaan aku tadi. Memang bengang. Sebab kerja yang aku buat, luar bidang aku. Jadi aku nak kena belajar. Masalahnya, belajar sorang ya. Bukan ada orang ajar pun. Hnff. Tapi tak apa. Aku kan pekerja berkaliber dan berkuasa tinggi! Macam minyak petron 97. Kah! Okay hambar noks

Dah lah. Siap siap kemas meja. pegi solat sekarang sekarang! Harap surau tak bising hari ni.

Sunday 19 January 2014

Anak Mummy yang shy-shy cat.

Pintu Bilik Scan di Klinik Fauziah, Ampang
Tersebut lah kisah.. aku pergi Klinik Fauziah sabtu lepas. Untuk buat Scan 4D. Amboi semangat. Lepas solat Subuh jemaah dengan husband terus sarapan. Makan nestum jer. Haha. Lepas tu tengok kartun. Hasben sibuk sambung baca buku Worldwide Hardcore. 

Pukul 9 semua dah lemau. last last lena balik. appointment aku pukul 12.40. Kononnya memang nak datang awal lah kan. Lepas tu, dalam pukul 10.30 terus bangun mandi and siap siap. Dalam 11suku macam tu dah keluar rumah. Kemain semangat kan aiolls ni! hikhiks.

Jalan macam biasa jammed. Ampang is the worst place to live actually. Jammed dia, kussss semangat. Potong 0.5% mood aiolls tau! Tapi rupanya, yang jammed sebab traffic police buat roadblock! No wonder lah jammed tak hengat. Padahal baru tgahari time tu. Hairan aku. Siang siang hari buta buat roadblock. 

Sesampai je Klinik Fauziah, aku terus pergi dekat kaunter, tanya Akak nurse tu. 
"Saya ada appointment dengan Dr Jezlynn"
"Nama siapa?"
"Ehem ehem (saja taknak tulis nama betul kat sini. ngade kan?)
"Okay, duduk dulu okay" 

Aku dengan hasben pun duduk lah depan pintu (gambar rajah diatas). Ada satu pasangan, akak tu perut besor! mungkin dah nak tiba due lah tu kot agaknya. Dia hulur hilir hulu hilir. Lepas tu dalam 15-20 mins macam tu, patient dalam bilik tu keluar. Dr tu panggil Akak yang hulur hilir tadi. Patient yang keluar tadi dia duduk di kerusi area depan. lepas tu dia keluar. Aku pun buat dang jer lah. Berbual dengan hasben itu dan ini. Teruja gila perasaan time tu!

Tiba masanya, giliran aku. Jeng, jeng, jeng! hihik. 

Masuk je dalam, Dr suruh baring. Hasben duduk dekat kerusi tepi. Sebelah kanan aku ada mesin scan tu, depan aku pun tergantung satu screen monitor scan tu. Sementara Dr tu dia pegi mana entah. 

Tak lama lepas tu, Dr pun datang, tanya aku berapa kali scan dah. aku cakap 2 kali. Dia tanya lagi, last bila, aku cakap last week. Tapi gender pun tak nampak, baby tutup. Lepas tu Dr hanya ketawa comel. 

Dia pun sapu lah gel kat atas perut aku. dia mulakan scan yang biasa punya dulu. Pum pam pum pam, dia tengok gender, tapi, macam biasa lah, anak mummy shy shy cat! Dr pun start kacau.

"Baby, bukak sikit, kasi akak tengok adik ni boy ke girl" dia usik usik perut aku. Aku senyum jer. 5 6 minit jugak nak tunggu baby bukak kaki, dan tarrraaa~ 

"Haa, dah nampak daaa, cuba tengok apa tuuu?" Aku memang tak boleh nak cam apebenda tu.
"errrrr, entah laaa tak nampak laaa"
Dr cakap lagi "tak nampak eh, cuba ayah dia tengok apa tuu?"
"Err, Boy?"
"Haaa ini boy laaa, tengok ni, ini dia punya telur, ini dia punya bibird. Ini boboy tapi malu malu pulaa." 
Hihi. dalam hati aku, Alhamdulillah, nampak jugak gender anak mummy yang shy ni.

Lepas tu nak tengok muka pula. Hihi. Muka satu hal lagi, baby tutup muka pakai dua dua belah tangan yer. ada satu kali tu, aku ternampak, baby alih sikit tangannya, nampak sikit lah muka nya. hihi. 
Dr ni punya lah suruh aku kejap pusing kiri, kejap kanan, kacau kacau dia suruh turunkan tangan, dia taknak, dia bior jer. Last last Dr pun suruh aku bawak jalan dulu. aku pun jalan keluar la. Pegi beli roti kat kedai runcit sebelah, pegi pet shop kat deret situ. Lepas tu masuk klinik balik. Oh, yang patient pertama tadi, dia pun sama case, kena bawak baby jalan jugak -.-"

Aku masuk dalam, hasben cakap
"Oh, patut lah akak tadi ke hulu ke hilir. Haa you pun jalan cepat kejut dia. kacau perut tu"
Aku pun buat la macam tu. Ke hulu, ke hilir, berbual bual dengan hasben dan baby. Dengan harapan dia alih lah tangan dia. 

Dr pun panggil masuk. Aku baring atas katil tadi
"Haa, ni yang baby boy yang shy shy tu kan" Dr sengih sengih. 

Nampaknya, memang anak mummy shy shy habis. atau, dia lapar. sebab, dia tak tidur tu sebenarnya, kita suruh dia alih tangan dia takmo. tapi mulut gerak gerak. lapar lah tuuuu. hihi. Tak ada rezeki lah nak tengok muka baby..

Dr suruh datang lagi lagi 4 minggu. sebelum kandungan masuk 30weeks. Dan, kita tak di-charge. Sebab yang bagusnya klinik tu, kalau taknampak muka, dia tak charge! bagus kan? 

Nanti aku nak buat lagi appointment! hihi! mengada kan.

Wednesday 15 January 2014

Scene Opis -- I'm the boss, You're the slave!

Mula Januari hari tu, office aku yang dulu cuma 2 orang penghuni je sekarang dah jadi 5 penghuni. Dulu aku cuma ada satu sahaja rakan sekerja. Namanya Jojo (bukan nama sebenar). Si Jojo ni dah pun resign masa 19 December hari tu. Tinggal aku sorang. Tapi sebab ada project nak tutup, manager operasi kat sana akan masuk office ni. 

Company aku ni tak tahu lah aku nak kata. Nak kata miskin hina, tidak. lebih kepada kedekut sebenarnya. Bayangkan, sejak company ni bertapak dekat bumi mesia ni, dia cuma sewa satu bilik opis yang kecik molek ni. Sebab company aku company singapore asalnya. 

So, yeah. Sekarang dalam bilik opis kecik ni ada 5 orang termasuk aku. Angie, Kiki, Ah Kong, dan Ahmad. Sume bukan nama sebenar ye.
Nak dijadikan cerita, disebabkan Jojo tu dah berenti, aku akan ambil alih tugas dia BUAT SEMENTARA WAKTU. ye lah, dia buat HR. aku mana lah ada pengalaman dalam HR ni. aku cuma lah recruiter je. Tapi sebab aku je yang tau banyak benda P&C staffs, jadi aku lah orangnya!Dan bulan ini bulan pertama aku pecahkan kepala hotak aku demi company ni. 

Pernah sekali tu, aku menangis sambil buat kerja. Sebab terlalu mindfucked. Gila weh. Overload. Mana taknya, macam aku cakap tadi, company kedekut macam ni, dia akan hire seorang saja untuk buat semua. Jadi, jojo ni dulu, dia akan buat major HR, Admin cum Finance. Baik dia je jadi boss. Gile betul. Masalahnya, aku yang kena tanggung lepas Jojo tu jalan. Tapi takper. aku terima benda ni sebagai proses pembelajaran. Lagipun aku memang berminat nak tahu pasal HR dan Admin ni. sampai bila aku nak duk dalam Recruitment field aja kan?

Jadi pumpam pumpam, banyak lah jugak mistakes yang aku buat. tapi takper. macam aku cakap, proses pembelajaran. Tapi pressure jugak lah baq hang! Kelam kabut aku dibuatnya! 

Opis aku sekarang meriah lah. mana tidak nya, ada 5 orang. Malangnya, mereka lebih kepada berbual bahasa cantonese. which, aku memang tak faham sepatah haram. selain itu gelak kuat kuat. bukan apa. sebab opis ni kan sewa. owner opis ni kiasu sikit. kalau engkorang masuk opis aku pun, engkorang terus menguap! malap dan sangat berjimat cermat atau kata lain, kedekut. 

Angie dan Kiki dan Ahmad memang aku tak ada masalah pun. Cuma Ah Kong. Dia ni kirakan reporting aku sebelum dia kena transfer jadi TL Temporary dekat salah satu project. Aku memang tak berkenan dengan dia ni. Pesen kerek nak mampos dan pemalas. Main game 24/7. masa dulu dia temp kat Project base,banyak staff complain. aku memang tak boleh nak buat apa. al-maklumlah, gaji aku rm1800. gaji dia kali 9 gaji aku! huh! lepas tu ok lah. aku memang buat bodoh. pernah sekali aku gaduh dengan dia. tapi through skype jer. terus aku malas besarkan cerita. diam lebih baik. 

Semalam ada meeting dengan director aku. Nama dia Mr. Kok (bukan nama sebenar)
Mr Kok ni okay jer. cuma adalah certain things yang aku tak berkenan. Jadi semalam tetibe Mr Kok ni dia kata, 
"I tak kisah kalau chuolls nak balik awal. asalkan kerja buat lah. siap on dateline, blah blah blah." aku diam jer lah. sebab aku memang tak pernah cabut cabut. cuma keluar 5 minit awal jer penah lah 5 6 kali. tapi si Angie dengan Kiki ni memang hari hari pukul 5, 5 setengah dah jalan. dah lah duk sini memang tak de benda nak buat. aku tak kisah. in fact, aku lagi suka aku duk sorang dalam ofis ni. 

Tapi yg aku bengang nye, tetibe si Ah Kong ni mencelah Mr Kok.
"But depends lah, bukan based on the level, like cos he is manager he can go out early. its because of the position lah. kalau macam tak ada kerja boleh buat ke apa, then u think u go home and u can do something for the company, then ok. if like, admin, hr kan mcm ada banyak kerja kan" -- CELAKA.
tak sebiji lah ayat dia. tapi lebih kurang. 

Eh, bengang pulak hati kita ni. 

Cakap je lah, aku tak boleh gerak awal. senang. ala, aku pun tak hingin nak balik awal! pasal laki aku balik 6pm jugak. Mr Kok terus tanya aku
"you dont have to wait for your husband anymore ah?"
then aku cakap lah kena tunggu. kat Jelatek. So OBVIOUSLY aku memang tak akan gerak awal. WALAUPUN GAJI AKU RM1800 jer satu bulan. nak dibandingkan dengan si Ah Kong yang kuat main game dalam opis dan Angie dan Kiki yang selalu balik sejam awal. Si Ahmad tu lantok lah. sbb dia tgh project lain sekarang ni. dia ke hulu hilir. aku faham.

FUNNY EH? Bila satu time, manusia yang di level atasan rasa terancam dengan manusia yang level nya dibawah. aku bukan lawan kau lah. cari orang lain untuk berlawan. Aku bekerja kerana Allah, untuk sara hidup aku dan family aku. tu jer. 

Sekian, hati yang sakit.