Saturday 25 February 2017

Stop Dreaming? No.


They said, "Stop dreaming!"
I said, "Fuck you. I'll keep dreaming."



Kalau dulu aku pilih untuk berpijak pada bumi yang nyata. Sekarang aku pilih untuk bermimpi.
Reality hurts. 
Dan aku pilih untuk terus bebas. Bebas bermimpi di malam mahupun siang hari. 
Aku mahu berfantasi, antara aku dan kamu punya cinta. 
Aku mahu berimaginasi, aku punya dunia dan harta. 
Namun yang paling utama, aku mahu terus mimpikan, senyum dan tawa. 




xoxo
dipan <3




Wednesday 22 February 2017

MBPAKL#13 // PIZZA PARTY

Tak sangka, dari tahun 2012. MBPAKL sudah pun menjangkau 5 tahun. Tak, maksud aku, Kolektif Sarata dah pun menjangkau 5 tahun.

Dari mulanya, hanya aku dengan Amy Kamarzaman, kemudian Ieda, Afe, Kimy, Syed Haekal, Kesi, Paan, Hafiz (MBPA IPH), Nanad, Ema, Bond & Im. Terus terang aku katakan, mereka ni adalah keluarga kedua aku.

Okay, ayuh letak tepi hal Kolektif. senang-senang nanti aku cerita. Aku nak cerita pasal MBPAKL


18/2/2017 yang lalu, kami buat Pizza Party for homeless. Datangnya dari idea aku teringat secara tiba-tiba pasal video ada orang buat social experiment. Seorang pemuda ni bagi satu homeless ni pizza bersaiz regular atau large, tak pasti. dan homeless tersebut pergi cari kawan kawan homeless nya yang lain untuk berkongsi.

ya, thats the word. BERKONGSI.

So, ni aku belanja sikit gambar sekitar MBPAKL#13 // PIZZA PARTY sebagai tatapan. hihi.









Setiap kali MBPA, mesti aku teringat MBPA yang pertama, macam mana Amy came out with perkataan SARATA dan MAKANAN BUKAN PERIUK API tu. Alhamdulillah. Berapa kali kita pusing dia atas sekejap, di bawah sekejap, aku tetap bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk memberi dan menyumbang cinta kepada mereka di jalanan. 

Terus sebarkan cinta, sayang!<3


Nota: Aku tak ambil gambar semasa feeding sebab aku masih belum ada kekuatan untuk mengambil gambar mereka. 

Jibauk

Gua geram ni.

Perangai kalau tak macam jibauk sehari tak sah. Aku ni dah lah kaki sakit. Terpaksa rushing sebab si jibauk sekor ni tak buka kedai.

and, the funny thing was -- he assumed that I'm doing opening padahal dalam Duty Roster clearly stated that I'm on closing shift! Dia boleh cakap pasal aku MC so dia ingat aku buat opening. What the hell is that?

Aku ni, dah lah dengan masih bergolek sambil layan fourtwnty, banda neira dan efek rumah kaca. tetiba outlet head call tanya aku tak buka kedai ke? punya lah terkejut beruk aku. tak tau lah lagi teruk dari beruk atau sama teruk. tapi aku memang terkejut beruk.

dan aku paling menyirap -- satu 'sorry' pun takde as if he didn't do anything wrong. YES YOU DIDN'T DO ANYTHING WRONG EXCEPT FOR I HAVE TO FUCKING TAKE MY SHOWER FOR ONLY 10MINS (PLUS, WASHED MY HAIR) AND I ONLY APPLIED MY FOUNDATION AND DREW MY EYEBROW VERY ROUGH ONES AND I DON'T DO ANYTHING ELSE ON THIS FACE. OH, AND I FORGOT TO BRING MY HAIRBAND AND MY HAIR IS LIKE PONTIANAK NOW. OH AND YOU KNOW WHAT, I HAVE TROUBLE TO TIE THIS FUCKING BANDAGE ON MY KNEE AND I NEED TO WEAR THIS PANTS (WHICH IS TIGHT) AND ITS FUCKING HURT! Except for theseeeeeeeee, kan?

Whoopppssss.
Sorry not sorry :/

Aku punya menyirap merebak sampai aku rasa nak bunuh mantan suami ja ni.


Oh,

Oh, so today is 23rd February. It has been four years since i-thought-it-was-the-best-thing-could-happen, happened.

It's my previous marriage anniversary. Its not like I've married to anyone again. But I guess, I don't need it as well.

I mean, I am happy as I am. I love my boyfriend. He's the best person could exist. It's just that, marriage is not my thing anymore. I don't think marriage can make us any happier. But I can't deny the fact that, I really, really love my boyfriend. I can't resist.

And, to my ex husband -- wherever you are, I hope you're doing well but still, fuck you and I still hate you.

The most important thing for me is -- Ummar's birthday on 25th February. It has been three years. I still burst into tears whenever I think about him.. I really miss my son..

Sunday 19 February 2017

Dipan Mencari Cinta // Gopeng & Ipoh, Perak

Travel Date:
9th February 2017 - 13th February 2017


Day 1 // 9th Feb 2017 (Thur)
Arrived in Gopeng
Checked in at Anjung Nombor 69 - Rumah Gopeng
Chilling

Day 2 // 10th Feb 2017 (Fri)
Museum Gopeng
Gaharu Tea Valley
Chilling

Day 3 // 11th Feb 2017 (Sat)
Check out
Head out to Ipoh City

Day 3 // 11th Feb 2017 (Sat) - IPOH
Arrive in Ipoh
Sightseeing around Ipoh
Chokodok Reagge House
Gua Tambun (Cave Painting)
Chilling

Day 4 // 12th Feb 2017 (Sun)
Pasar Loken
Kek Look Tong Temple
Sightseeing at Plan B/Kong Heng area
Chilling

Day 5 // 13th Feb 2017 (Mon)
Check out
Head back to KL








GOPENG

1. Anjung Nombor. 69 - Rumah Gopeng.
If you’re looking a place where you can feel the ‘kampung’ vibe, then you should go with this! The environment, the house, the room, you’ll feel like you’re having your own ‘rumah kampung’.
RM25 per night. You can rent a bicycle for RM10 per day.
Check out their facebook page : Anjung Nombor 69. - Rumah Gopeng

DSC_0041.JPG

DSC_0043.JPG

DSC_0048.JPG

DSC_0046.JPG

DSC_0045.JPG

Basically, aku ke Gopeng memang niat aku untuk chill dan menyendiri. Jadi, memang aku taknak havoc places yang tak menyenangkan. Jadi aku pilih untuk duduk dekat sini dan santai.

2. Museum Gopeng is located at Pekan Gopeng.
Closed on Wednesday and Thursday. It’s a place where you can find all the vintage stuffs and Gopeng history. Free admission.

DSC_0082.JPG

DSC_0110.JPG

DSC_0115.JPG

Ada satu lagi Heritage House of Gopeng or something. Tapi hanya buka Sabtu dan Ahad. Memandangkan Sabtu aku akan ke Ipoh, jadi aku tak sempat pergi sana.

3. Gaharu Tea Valley
You’ll need a transport to go here. But you can take a taxi but you need to ask them to fetch you back at the Gaharu Tea Valley. It’ll cost you around RM20- RM30 (round trip). Try to negotiate as much as you can. It’s just around 15 - 20 minutes away from Pekan Gopeng.
Gaharu Tea Valley serves you a really beautiful view. You need to pay RM10 for the van tour (minimum 2 person) but if you’re alone, don’t worry. All you gotta do is just wait for other visitor to come. (That's what I do). The view from the hill is so nice. It’s so quiet and yet, you’ll feel so fresh. Unfortunately, it is a short tour. I think around 10 minutes per stop. You’ll not going to have enough time to explore more.
DSC_0187.JPG

DSC_0135.JPG

DSC_0134.JPG

DSC_0147.JPG

DSC_0162.JPG

Aku tak sempat pergi Gua Tempurung. Too bad, tak sempat. Cos I spent i think 1 hour dekat Pekan Gopeng before I went to Gaharu Tea Valley. Gua Tempurung tutup pukul 4pm. It’s okay. Next time.




IPOH



Aku check out dalam pukul 10 macam tu. Bus stop depan rumah sahaja. Jadi aku naik bus ke Ipoh. Hanya RM3.10 sahaja.

1. Chokodok Reggae House.
I booked earlier from booking.com. It'll cost you RM20 for a single room. Highly recommended for backpackers. If i'm not mistaken, dorm will cost you around RM15 per person. The room was nice and the place is strategic. Located near Nasi Ganja restaurant. Just opposite. And easy access to everywhere.
DSC_0465.JPG

DSC_0452.JPG




DSC_0486.JPG

2. Sightseeing around Bandar Ipoh.
Mural arts, the old-designed building, the place was just nice. It's  not too busy but not as calm as Gopeng. But still, better than KL. haha.

DSC_0317.JPG

DSC_0282.JPG

3. Gua Tambun Cave Painting.
This is the infamous place (which I don't know why) but the place is.... amazing. You need to walk past the polo field or something then you need to climb up the stairs. its not really high. but when you reach up there, you'll feel like, its a new world up here. (Even the locals didn't know it exist!)

DSC_0374.JPG

DSC_0371.JPG

4. Pasar Loken.
You can find almost everything! From old LP players, old cassettes, old cds, too many old vintage stuff. But they have new stuffs as well but because I like old and vintage stuffs so, yeah. I spent RM150 for an used cassettes player, used speaker, converse shoe, 2 used old cameras, and Ebiet G Ade cassette. But you'll need to go early in the morning.

DSC_0472.JPG

DSC_0475.JPG

5. Kek Look Tong Temple.
You can see several temples around Gunung Rapat area. But Kek Look Tong Temple is so beautiful. The view is everything!

DSC_0492.JPG

DSC_0530.JPG

DSC_0589.JPG

DSC_0526.JPG

6. Plan B/Kong Heng.
Its just a place where you can find cafes, souvenir shops and it's nice place to take photos.

DSC_0658.JPG




DSC_0661.JPG




Sebenarnya aku dah malas nak menaip ni haa. aku belanja gambar je lah. kehkeh :D

Tapi, apa pun yang penting, trip aku ke Perak adalah trip yang sangat menggembirakan dan trip pembuka 2017 yang baik. New environment, new faces, I’ve met few new friends. Best!

Next trip? Hehehe. Tunggu~

Ahh,

Aku ingin bebas dari cengkaman ini.
Aku seolah terperangkap dalam dunia aku sendiri.
Aku semacam tidak kenal aku ini siapa?
Aku lupa aku mahu yang bagaimana.
Aku hilang.
At one point I feel that I have thousand of emotions, but then again, I realized that I don’t.

Aku menulis. Tapi penulisan aku kosong. Aku mahu berahsia dengan semua, aku mahu berahsia dengan Tuhan. Aku mahu berahsia dengan diri aku sendiri. Aku mahu aku diam tanpa sepatah kata. Pada aku setiap kata itu akan membuka segala macam yang aku simpan. Aku tidak mahu mengaku yang aku sedang terperangkap dalam dunia yang aku bina sendiri, tanpa struktur yang kukuh. Hanya dipenuhi perasaan yang terumbang ambing, dan semuanya palsu.

Sampai bila aku mahu berhenti bermimpi? Sampai bila?

Aku mahu luah perasaan benci dan cinta aku kepada semua manusia
Aku benci kau! Aku suka kau! Aku tak mahu kau! Aku mahu kau!

Aku mahu luah setiap rasa ini dengan jujur tanpa aku tahan segala.
Ah, berat sungguh. Beban hati aku.

Apa aku perlu lari dalam gua dan bertapa?

Atau, aku perlu cari Tuhan untuk bergantung?



Kisah aku dan Si Buta

Telah ditetapkan jodoh aku dan si buta itu pada jam itu, pada waktu itu.

Sebaik sahaja kaki kanan aku melangkah keluar dari gerabak kereta api kota,
Mata aku terus melekat pada si buta dengan tongkatnya. 
Pandangan aku mula kosong.

'Ah, apa dia tahu bau jalannya?' Aku teruskan langkahku lambat-lambat. Sambil itu, aku toleh ke kiri dan ke kanan. Anak mata aku mencari si buta itu.

Pura-pura melihat manusia di sekeliling yang kelam-kabut merentas masa. Takut-takut sampai rumah lambat pula. Namun dalam fikiran aku, masih terpaku pada si buta. Aku biar dia jalan di hadapan aku. Fikir aku, aku mahu belajar sesuatu dari si buta yang istimewa.

Sekejap tongkatnya dihentak perlahan di atas jalan, sekejap lagi, tongkatnya dihentak perlahan ke dinding kiri. Perhatian dan jiwa aku, antara separuh atau lebih, aku curahkan kepada si buta. 

Bagaimana si buta itu mahir jalannya, mahir pula cari liku dan tangga. Aku seluk tangan dalam saku sengaja bunyikan syiling. Biar si buta tahu, dia tidak keseorangan. 

Kalau mata aku ditutup, dari kamar tidur sampai dapur, separuh jalan sudah aku langgar semua dinding. 

Ah, Tuhan itu Maha Hebat. Dikurangkan satu deria, diberi kelebihan yang lain. Hanya Dia dan si buta sahaja yang tahu kerana, Tuhan buat aku terlalu sempurna untuk aku rasakan ketidaksempurnaan itu. 

Tapi, aku sadar. Ketidaksempurnaan itu lebih sempurna dari aku yang cukup segala tapi sentiasa lupa kebesaranNya. Aku terlalu sempurna untuk merasakan indahnya sesebuah kegelapan. Mungkin Tuhan kurniakan, dalam kegelapan itu ada taman bunga seindah syurga. 
Sesungguhnya, Tuhanku Maha Adil. 

Alhamdulillah atas segala kurniaan.

Tanpa sedar, air mata mengalir sepanjang aku pulang dari kerja.

Monday 13 February 2017

Siaran Tertunda

Aku sebenarnya tadi tengah nak update blog untuk trip aku 5 hari 4 malam di Perak ni. Aku dah menaip sebanyak 3 atau 4 perenggan. Berlagak, pakai bahasa inggeris. Lama lama aku rasa macam makin bosan. Penyusunan ayat aku tak pelbagai dan tatabahasa aku bersepah.

Jadi, kemungkinan besar aku akan padam balik dan mula menaip dalam bahasa melayu. celaka dipan. dah tak reti berbahasa inggeris tu belajor lah dulu. jangan berlagak. kan dah kena buat 2 kerja.

Ah, malam karang je la aku sambung buat blog. Letih lah. Aku nak focus sale ni.


xoxo,
dipan.

Tuesday 7 February 2017

Sabar








Sabarlah, wahai hati


Esok lusa nanti, kau pulih lah, ya?









Sunday 5 February 2017

Malaikat

Aku fikir aku sudah penat.
Aku fikir aku sudah mampu tutup sebelah mata.

Pernah aku terlintas, jangan-jangan kau adalah malaikat yang diturunkan ke dunia untuk menanam benih cinta dalam aku yang semakin hilang rasa percaya?

Atau kau seperti karaktor dalam wayang gambar yang begitu mudah menyambung kembali hati si wanita yang sudah berkecai dek cinta yang lama?

Tapi, fikirku, kalau kau adalah persinggahan yang terjadinya untuk seketika, hanya kerana sayapku patah dan lelah mahu teruskan perjalanan ini, ya, aku terima. 

Payah untuk aku menyangkal, wujudnya kamu yang begitu indah.

Someday, somewhere.

Oh star,

I'll stop dreaming
I'll stop thinking
But,
Not for now.

Your existance is kinda new thing for me.

Really,
Miracle would never happen.
I didn't put any hope on it.

It is not a bad timing. 
It happens that --
You're not fated to be with me. 
You're not created to complete me.
You're not for me.


I know, someday I'll be gone, or maybe you?
I know.
I'm just enjoying the moment, the view of you,
I'm writing my own fairytale and hoping it'll become reality.
But it will never happen.
I know.


You asked me, "where am I going?"
I answered, "somewhere"



Yes. Somewhere. 
This place doesn't belongs to me.










Thursday 2 February 2017

Bintang.

Aku fikir bintang itu kerlipnya hanya sebentar.
Tapi hingga ke saat ini bintang yang jauh itu sinarnya mampu bikin aku senyum dan tertawa.

Mengeluh kali ke yang berapa juta, aku tak pasti.

Rasa yang dulunya hanya dipermukaan cetek, makin jatuh, tenggelam menuju ke dasar.

I still couldn't resist.

Berilah alasan yang bermacam.
Letih aku menidakkan. Jawapannya tetap iya.


Walau kadang kadang aku rasa takut. Tapi aku rasa, aku selesa.









Kalau kau pilih untuk tinggal disini, aku benarkan.
Kalau kau pilih untuk pergi dari aku, aku juga benarkan.
Aku sudah bilang, kau adalah pengecualian.