Thursday 20 March 2014

What Makes Me Happy?

Lepas tragedi yang berlaku pada aku tempoh hari, emosi aku turun dan naik. Bila emosi aku turun, aku akan cari benda yang buat aku HAPPY.

So, what makes me happy?

1. Husband
2. Family & Friends
3. TWITTER
4. My Cats
5. Celebrity Crush! hiks

Setiap malam aku perlukan one of those untuk tidur. Kalau tak, aku akan teringat pada tragedi yang terjadi pada aku. Aku akan sedih. So yeah, tgh malam yang ada cuma Twitter. Well, thanks uh sebab ada twitter. At least ada juga tempat untuk aku merepek sampai tertidur. Bila handphone dah terjatuh atas muka 2 kali tu maknanya -- TIDUR TIME!

Pls, cari lah benda yang boleh happy kan korang. Cuba. kalau tak dapat juga, hadap. Okay.


Tuesday 18 March 2014

Crush Of The Day : Pharrell Williams


SUPER PERFECT!



Keep repeating this song. Never get bored! 
Because, I'm happy and Pharrell makes me happy!

Sunday 16 March 2014

Anti Flag Live in Kuala Lumpur (2012)

RINDU GILER WEH!
TAK ADA SESIAPA KE NAK BAWAK ANTI FLAG LAGI EH?


Video of the day : Terror - Overcome



Everything I loved left me
Everything I cared for died or changed
I've fallen, I failed
And I lost everything I fought to gain
Over - Overcome
Everytime you spit in my face
Over - Overcome
Add more weight! I won't break
Over - Overcome
Won't allow myself to be beat
Overcome, Overcome, rise back up

Break me down
I will rise back up

Always trouble surrounding me
But I've learned from past mistakes
I've seen true hate, felt real pain
Still there's nothing that can stop me

Break me down
I will rise back up

I'll overcome

Best friends become strangers
True love it turns to hatred
Nothing you can do to me
Still something deep inside
Tells me to be free

Lelaki & Poligami. Aku?

Amboi, Tajuk kemain panas ni!

Hi sumorang! Well, life must go on. :)

Perempuan biasanya akan cakap "lelaki ni asalkan bab poligami mesti ikut sunnah, yang lain taknak pulak ikut sunnah Nabi"

Ya, kebanyakkan perempuan tak suka kan poligami. biasalah, isteri mana yang nak berkongsi suami kan. Maunya makan hati memanjang. Payung emas ke, payung perak ke, asalkan, no sharing sharing. sharing husband is NOT CARING okay. Hambois!

Lelaki pula, macam biasa, sentiasa akan pertahankan maruah mereka. "Tu lah ompompan, benda baik taknak sokong, tapi kalau bab shopping membaziaq amalan saitonurajim tu kemain lagi" Nak jugak orang laki laki ni kannnn hahaha


Pendapat aku.

Senjak dari sebelum kahwin lagi aku dah tetap kan dalam diri aku, kalau hasben nak berpoligami aku izinkan. Bersertakan dengan syarat syarat seperti berikut. dan oh ya, mungkin aku akan buat Agreement Letter between aku dan suami berkenaan dengan syarat syarat berikut.

1. Musti bersikap adil (Klishe tapi sangat perlu!)
2. Apa yang suami beri pada isteri dan anak (1) mesti diberikan kepada isteri dan anak (2) dan vice versa
3. Suami hanya boleh berpoligami setelah aku dapat anak (mengelakkan bosan bila turn isteri kedua)
4. Suami mesti sediakan rumah untuk isteri dan anak (1) dan (2). Rumah sewa taknak, rumah yang beli!
5. Suami hanya boleh berpoligami jika aku dah ada kerjaya (yang stabil) -- mengelakkan tetibe suami kena mandrem dengan isteri isteri lain untuk ceraikan aku. setidak tidaknya aku ada back up plan ha gitu!
6. Kalau dah nak poligami sangat, takyah ngade nak amek memuda. amek yang tu janda anak 5 ke, ibu tunggal ke, anak dara tua ke. (syarat penting ni!)

Hehe. Over sangat syarat aku kan. syarat tu sama juga maksudnya "berat-hati-sebenarnya-nak-izinkan". haha.

Kesian betul sebenornya jadi perempuan. Tapi aku percaya, kalau lah satu hari nanti ditakdirkan aku kena bermadu, aku akan cuba untuk terima dan tidak memeningkan kepala dan mengusutkan keadaan. Biar lah orang kata, makan hati je. Tapi, life must go on. Banyak benda lagi yang menarik aku boleh buat selain nak fikir suami yang akan berpoligami. Contohnya, aktiviti dengan anak anak, aktiviti dengan kawan kawan, aktiviti dengan ibu bapa. Buat apa nak habiskan masa untuk kurung dalam bilik dan bermandikan air mata kan?

Tapi tu lah, aku belum pernah lalui, jadi persediaan aku cuma dari segi fisikal je. mental belum tahu macam mana. tapi aku percaya, aku kuat.

Satu lagi yang aku sentiasa semat dalam diri. Hidup ni tak lama. Esok lusa kita mati. Buat apa nak fikir benda yang kita dah tau sementara? kita amek saja yang pasti. Yang pasti itu - Mati. Jadi, tak perlu rasanya nak ambil segala benda yang dekat dunia ni, secara terlalu serious. Selain daripada, beriabadah dekat Allah, itu perlu serious untuk kita dapatkan yang selamanya iaitu
- Syurga.

Wednesday 12 March 2014

Sleep Well, Ummar Haqq.

"Selamat tidur anakku, tunggu mummy dan daddy di pintu syurga ya sayang. Sungguh, kami cintakan kamu, namun, Allah lebih mencintai kamu.."

3th March 2014.

Aku ke hospital. Melawat Ummar. Sungguh aku gembira, anakku aktif. Kakinya bergerak-gerak. Nurse cakap, hensem anakku, Ummar. Rambutnya perang. Aku sengaja ulang balik kata kata nurse kepadanya. Tersengih-sengih anakku. Manis senyumannya. Sangat jelas dimata aku keindahan senyumannya..

4th March 2014.

Hasben ke Kuala Lumpur. Sebelum tu dia singgah di hospital untuk hantar susu dan tengok tengokkan anakku.. Aku pendam rinduku pada Ummar..

5th March 2014.

Aku ikut suami ke hospital pagi tu.. Dia tdak berapa aktif hari ni. Asyik sahaja tidur. Matanya hanya sesekali saja dibuka.. Tiba-tiba dia berenti bernafas. Nurse kejut dia, dan dia bernafas balik. Kemudian tiba tiba, dia buat hal lagi, nurse terpaksa memasukkan tiub oksigen.. Aku risau. amat risau.. Tuhan saja yang tahu. Perut ku makin sakit, aku menyuruh suami hantarku balik. aku perlu jaga kesihatan untuk memastikan susu badan Ummar sentiasa berkhasiat.

Pukul 5 tu, suami aku ke hospital semula. Aku dapat panggilan dari suami, anakku tidak bernafas, doctor semua kelilingi anakku, sementara menunggu pakar. Air mata aku terus berderai.. Suami menyuruh aku ke hospital. Abah dan umi ku menghantar kami. Sewaktu kami sampai, mereka sudah mahu bawa Ummar ke wad A4. 

Kami ikut mereka ke atas.. Tetapi kami tidak dibenarkan datang dekat. Mereka cuba untuk menyelamatkan anakku.. Dengan memasukkan segala tiub dan ubat ubat.. Aku dan suami menunggu di luar wad.. 

Lama kami tunggu, pukul 9, abah dan umi putuskan mahu ke pasar untuk membeli beras. nanti baru umi akan ambil aku balik. Kami masih setia menunggu.. Doktor pakarnya, datang ke arah kami, dia cuba sedaya upaya menyelamatkan Ummar, katanya mungkin jangkitan kuman pada paru paru Ummar. Kerana sebelum  ni Ummar sudah sihat.. CPR sudah dilakukan, Ummar bergantung dengan tiub pernafasan.. Kemudian kami dipanggil untuk melihat Ummar... Aku tak tahan menanggung.. Ku panggil Ummar anakku.. Dia lemah terbaring, dengan tiub tiub,.

Maaf, aku tak mampu lagi menulis..

Ummar meninggal pada pukul 1.10pm - 6th March 2014. Meninggal ditangan aku.. Aku sempat menciumnya.. 

Ummar, mummy dengan daddy rindu Ummar.. 
Sleep well, Ummar Haqq.. Sleep well..


Al-fatihah.

Sunday 2 March 2014

Ummar Haqq. My New Hero.

UMMAR HAQQ BIN MUHAMMAD HEIKAL
25TH FEBRUARY 2014



22nd February 2014
Pagi tu aku bangun untuk solat Subuh. Pukul 6pagi. Aku ke tandas untuk buang air kecik. Tapi tiba tiba aku nampak darah. Aku agak cemas, terus aku panggil Umi. Umi suruh aku pakai pad. Dan aku ke atas bilik kejut suami. Aku bagitau yang darah keluar. Plannya nak ke klinik. Tapi aku mengenangkan suami yang ada interview dekat Senai. Jadi aku putuskan untuk setelkan semua hal hal suami dulu, lepas dari tu baru ke klinik.

Petang tu kami ke Poliklinik Murni dekat Bandar Baru Uda. Doctor tu scan, katanya, semua okay. Kandungan okay, jantung nampak okay, Uri pun masih di atas. Katanya, mungkin ini biasa sebab aku travel dari KL ke JB kan. Aku tak sedap hati.

Balik tu, aku Rehat je. Darah dah tak ada. Cuma ada spotting jer warna coklat. Suami tak balik malam tu. Tidur rumah auntie dia dekat Uda sebab mak mentua aku datang. Aku putuskan untuk rehat je. Umi suruh aku amek MC untuk 2 hari. Isnin dan Selasa. Sebab tunggu aku betul betul dah tak ada apa apa baru balik KL. Aku bincang dengan suami dan suami setuju.

Malam tu, aku tak boleh tidur. Aku banyak fikir. Aku search dekat Internet. tanda tanda bersalin, pendarahan di Trimester ke-3, dan macam macam lagi. Hampir semua artikel cakap, pendarahan di trimester ke-3, TIDAK NORMAL! Makin tak sedap hati ni. Aku putuskan untuk ke Hospital saja besok tu.

23rd February 2014
Happy Anniversary dfan dan heikal!

Kami ke Pakar Puteri Specialist JB. Memang ada plan untuk mula cari tempat bersalin. Aku seboleh boleh tak mahu ke HSA. Sbb aku dengar macam macam pengalaman orang di sana. Takut memang takut.

Kami memilih Dr. Nooraini. Sebelum ni kalau aku search, memang banyak yang kata Dr Nooraini ni baik dan lembut sangat. Jadi hilang sikit rasa gundah ni.

Nama aku dipanggil untuk berjumpa dengan Dr Nooraini. Aku ceritakan segala-galanya yang berlaku. Dia suruh aku baring, bermula dengan scan, Uri aku memang diatas. tapi nampak macam tidak berapa stabil. Dan kemudian dia check bukaan aku. Subhanallah. dah buka 1cm! Masa tu aku baru 29 minggu. Aku makin risau.

Dr Nooraini kata aku mesti ditahan di ward untuk keep under observation. IF, bukaan aku makin terbuka, i have no choice then have to deliver my baby. Tapi, memang pre-mature lah. dan my baby kena duduk dalam incubator dan harus memakai alat bantuan pernafasan. sebab bayi aku masih sangat kecil. beratnya sahaja baru 1.2kg masa tu. Kami diberi pilihan. HSA atau warded di situ. Kalau warded disitu dan let say, aku bersalin dekat situ juga, bayi kami kena pakai mesin mesin tu, minima sehari adalah - RM1000! tu tak termasuk aku punya cost. Jadi kami putuskan untuk ke HSA.

Sebelum tu aku kena lalui ujian CTG, check jantung baby dan check sama ada contraction atau tidak. Setengah jam kemudian, kami dipanggil ke bilik Dr Nooraini balik. Dr Nooraini cakap, Alhamdulillah tak ada contraction. Jadi, boleh di warded di situ. Sebab 80 to 90 percent aku tak akan bersalin. Jadi, kami pun amatlah bersyukur. Kami terus ke kaunter untuk tahu number bilik, bayar deposit dan lain lain.

Aku memilih bilik yang ada 5 katil. Tidak terlalu mahal kalau macam tu. Aku diberi suntikan untuk matangkan paru paru  baby. Itu sebagai persediaan kalau kalau aku ter-bersalin nanti. suntikan tu aku dapat dua kali. lepas 12jam suntikan pertama baru disusuli dengan suntikan kedua. Suami dan umi aku balik dulu untuk ambil barangan seperti baju aku dan lain lain perkakas.

Malam itu, suami tunggu sampai aku tidur dan dia pun pulang ke rumah.

24th February 2014
Layanan yang staff staff situ berikan memang 4 to 5 stars. Alhamdulillah. Aku ni sangatlah fobia dengan hospital sebab tak pernah sekalipun aku diwarded.

Pagi tu suami datang temankan aku. Mak mentua aku juga datang. Lepas tu umi datang juga. Semua temankan aku hari tu. CTG di-check semuanya Alhamdulillah, tak ada contraction. Jantung baby normal, aku pun tak ada sakit sakit. Doctor datang petang tu. Doctor cakap, Alhamdulillah, tak ada apa apa. Semuanya okay. Dan besok aku boleh discharge. Dr akan kasi 2 minggu MC. lepas 2 minggu In Shaa Allah aku boleh balik KL. Tapi aku haruslah banyak rehat. Aku gembira! Sebab ye lah, sampai bila nak dok dalam ward tu. Malam tu aku suruh suami balik awal sikit. Boleh dia rehat, aku pun boleh rehat awal. Sebab besok pun aku nak keluar dah kan.

25th February 2014
Pukul 5 pagi, Staff nurse datang, buat CTG. Macam biasa. Lepas dari tu, aku nak ke tandas, tapi ada satu staff nurse cakap lepas pergi tandas pergi labour room 1. Aku pun, okay jer lah. Tak sempat aku nak solat Subuh pagi tu. Aku terus masuk ke Labour Room 1, Staff nurse cakap, baby punya heartbeat macam turun sikit, Jadi aku kena dimasukkan drip dan kena sedut oksigen. Ya Allah, masa tu, Tuhan je yang tahu perasaan aku. First time jarum sebesar tidak tu dicucuk. Air dimasukkan dalam badan, jantun baby masih di observe, Masih ada turun. Aku cepat cepat msg hasben suruh hasben datang. Dr Nooraini datang, dia kata kemungkinan besar, I have to deliver! Tapi, by operation sebab, sangat berisiko kalau aku nak beranak normal. Sedangkan bukaan aku hanya 1cm. Lama nak tunggu sampai 10cm!

Dr Nooraini mula call HSA dan HSI untuk minta ditransfer. Suami aku sampai, aku cakap dengan dia, aku kena bersalin hari ni. Tapi tengah tunggu panggilan dari HSA atau HSI untuk tahu ada kosong ke tak. Aku dipindahkan ke Labour Room 4. Umi pun sampai. Dalam hati aku, Tuhan je tau. Dr Nooraini masuk, dia kata, malangnya, HSA dan HSI tak ada kekosongan. Yelah, Hospital sana mesti dahulukan pesakit dia kan. Kami tak ada pilihan lain selain, mintak discharge jugak, dan ke sana sendiri. Suami akan bawa aku terus ke HSA. sebab sesungguhnya, kami tak mampu nak bayar cost semahal tu dekat Pakar Puteri Specialist.

Kami terus ke HSA, sampai tak terkeluar satu pun perkataan dari mulut aku. air mata pun seolah kering! Kami terus ke Bilik Saringan. Nurse india di kaunter hadapan berikan layanan yang very so-so. Dia seolah bersakarstik, sebab aku dari Pakar Puteri. Aku terus dipanggil masuk ke dalam. Manakala suami tunggu diluar. Aku disuruh menukar baju, terus jantung bayiku di check lagi, masih turun heartbeatnya. Dr wanita di situ check pembukaan aku, masih  1cm, bermacam soalan ditanya, darah diambil, dan jarum dicucuk, tiub kencing dimasukkan ke kemaluan, masa tu, Tuhan je tahu betapa sakitnya. Aku terus menangis, terlalu sakit. sakit yang aku tak mampu nak tahan, mahu saja aku tarik tiub tu!

Katil aku ditolak keluar, suami dipanggil masuk. Aku salam suami ku, air mata tak tertahan lagi. Tuhan je tahu macam mana perasaan aku. tak tertulis perasaan tu. Semuanya berlaku terlalu cepat. Aku ditolak masuk ke operation room. Memang semuanya pantas!

Yang aku ingat, satu Dr wanita yang sangat baik dan lemah lembut. Dia perkenalkan dirinya, dia kata, aku akan dibius, dari pinggang ke bawah akan numb. Dr tu cakap, In Shaa Allah semua okay. jangan risau, selawat banyak banyak. Sesungguhnya, aku doakan Dr itu diberi ganjaran yang besar oleh Allah. Sebab terlalu baik di waktu waktu cemas macam tu. Aku lega sedikit.

Aku dibius di belakang pinggang. terlalu cepat semuanya. Tiba tiba, aku rasa kemaluan aku yang dimasukkan tiub kencing tu dah tak sakit. Kaki ku dicubit juga tak terasa. Hanya rasa macam ada sentuhan singgah. Rupanya, pembedahan sedang dilakukan. Mulutku tidak putus putus selawat, ayat kursi, doa doa semua yang aku ingat, aku baca, adakalanya, aku terlelap. Jika aku risau, aku pandang ke Dr wanita tu. Dr tu akan senyum, aku tanya dia, lama lagi ke, dia jawab, "tak lama, Dr tengah keluarkan baby tu. Haa da keluar dah!" Aku senyum. aku baring, dan sambung selawat.

Kemuadian aku rasa risau, aku pusing lagi ke Dr tu, dia senyum, tiba tiba aku dengar baby nangis. "Haa, baby nangis dah. Kejap, nanti saya bawak baby tunjuk dekat awak okay?" Aku senyum. masa tu, tak putus putus selawat dan zikir. "Ala, tak boleh tengok sebab dorang nak terus hantar ke atas." Aku cakap takper. Aku teruskan selawat dan zikir, sampai aku tersedar yang aku terlelap. Dr tu cakap, dah nak siap dah. Rasa sekejap sangat, semuanya dah siap. aku ditukarkan pakaian dan sebagainya.

Kemudian katil ku ditolak keluar, blood pressure aku dicheck hampir satu jam. Untuk memastikan semuanya okay. Kemudian katilku ditolak ke luar utk ke wad biasa, Keluar dari Labour Room, aku panggil suami dan umi aku, dorang ikut kami ke wad. Aku diletakkan dekat dalam wad biasa yang sangat penuh dengan orang. Ada yang sudah bersalin dan ada yang belum.

Kaki ku masih kebas tapi boleh bergerak sikit. hanya pergelangan kaki. Suami dan Umi aku terus pergi tengok baby ku, aku terlelap. bila aku terbangun, mak mentua dan auntie aton baru sampai. Suami aku sampai tak lama lepas tu. Aku masih lemah dan tak tahu nak biasakan diri dengan keadaan ku. perut ku terasa berat.

Suami dan umi sampai bersama Opah dan Makteh, suami tunjuk gambar anak aku. air mata aku bergenang. Ya Allah, sayu rasa hati aku, hidung dan mulutnya ada wayar yang mana aku sendiri tak tahu untuk apa fungsinya. Kata suami aku, baby aku perlukan bantuan pernafasan sebab paru parunya belum matang. Sayu rasa hati ni. Kesian anakku..

Petang tu juga, hasben request untuk pindahkan ke wad kelas pertama kerana wad tu sangat tidak selesa bagiku. Bukan aku memilih atau apa, suami ku juga risaukan keadaan aku.. Aku dipindahkan ke wad petang tu juga. Lewat malam tu, suami pulang, tinggal aku tidur lagi sendiri dalam wad. Aku sangat teruja kerana besok aku sudah boleh melawat anak aku di bangunan sebelah!

26th February 2014
Luluh hati aku, anak ku dipakaikan tiub bantuan pernafasan, tiub makanan dimasukkan melalui mulut, matanya ditutup kerana anakku terkena jaundice. Aku sempat memegang jarinya.. panjang panjang jari jemarinya, putih kulitnya. Subhanallah. itu adalah anak aku.. Air mata bergenang, dadaku seolah hancur. Macam mahu aja aku angkat dan peluknya erat sambil cium bayi aku tu. Tak sanggup tengok wayar wayar berselirat! Aku putuskn untuk tidak tengok lama, tak sampai hati.

Besok kalau tak ada apa apa, aku sudah boleh pulang ke rumah.

27th February 2014
Aku berusaha pam susu. untuk diberikan kepada anak aku. Tapi aku tak reti. Breast pump yang suami ku beli pun aku tak pasti macam mana cara penggunaanya. Tengahari tu staff nurse datang, ajar aku macam mana nak pump susu. Sungguh aku ada susu rupanya! Aku sangat gembira dan bersyukur.Walaupun sikit aku tak kisah. janji anak aku minum susu dari badan aku sendiri. dan bukan lah susu tepung.

Sementara tunggu boleh keluar dari hospital, hasben katanya nak amek mak mentua aku di rumah auntie nya di UDA. Malangnya kereta pulak tak boleh start. Ya Allah, dugaannya. Aku terlelap masa tunggu hasben cuba hidupkan enjin kereta. Sampai lah staff nurse datang untuk bagitau yang aku dah boleh pulang. Aku sms suami. Suami naik dulu untuk uruskan Bill semuanya. sementara tunggu mak mentua yang terpaksa datang untuk hantar aku balik rumah. Selesai semuanya, aku, suami dan mak mentua ke wad A4 untuk tengok anakku.

Sampai tak sampai hati aku nak cakap dengan anakku. Ya Allah, aku bakal berjauhan dengan anak aku sendiri. Tuhan je tau rasa pedih dekat hati ni. Rasa macam nak aja aku angkat dia dan cium dia sepenuh hati aku..

28th Febuary 2014
Hanya suami yang pergi tengok anak yang aku namakan, Ummar Haqq. Pagi sekali, petang sekali. untuk diberikan susu. Makin banyak aku susu yang dapat aku prodius.Alhamdulillah. Keadaan aku masih perlukan rehat yang cukup.

Hanya air mata jadi peneman aku, sambil terbayang akan Ummar, anak aku.

1st March 2014
Makteh, Cik Akob, Cik dilla dan anak mereka Nisha datang ke JB dari Singapore semata mata untuk melawat Ummar. Aku yang teruja kerana aku juga akan melawat anakku hari tu! Tuhan saja yang tahu perasaan terujaku. Aku mandi bersih bersih dan siap siap, tidak mahu sampai lewat kat sana.

Kami bertolak, suami bawa aku terus ke hospital manakala umi pergi ambil pakcik dan makcik aku di larkin. Sesampai di pintu wad, sementara menunggu staff nurse buka pintu, aku jengah, dah tak ada kuning! itu kerana aku nampak dah tak ada lampu di tepi mesin incubator nya.

Alhamdulillah! Aku masuk dan cuci tangan, sambil kepala aku pusing lihat di incubatornya. dah tak ada tiub bantuan pernafasan! Aku terus tanya staff nurse di situ. Staff nurse kata, dia dah boleh bergantung kepada paru paru sendiri. Tak nampak ada apa apa masalah lagi. tinggal tunggu berat badan sahaja naik. Sekarang 1.3kg sebab dua hari yang lalu dia dah berak. cuma dua hari ni dia tak berak. Risau juga aku dengar.

Tapi tak mengapa, In Shaa Allah aku yakin semuanya okay!

Anakku, Ummar Haqq, aku nampak dia lebih selesa hari ni tanpa tiub pernafasan dan lain lain. cuma ada tiub makanan jer. itu untuk salurkan susu kedalam terus ke perutnya. Dia masih tak boleh minum sendiri takut takut dia tersedak pula.

Ummar buka mata, comel sangat muka dia, sebiji macam suami ku, mata yang besar, hidung yang mancung, Subhanallah, aku pegang jemari dia, usap pipinya, aku sangat gembira! Dia seperti tau dan aku yakin yang dia tau itu adalah mummy dan juga daddynya. Matanya sekejap tengok aku, sekejap tengok suami. Aku bacakan dia selawat, ayat kursi, 3 qul. tak lama lepas tu, dia tidur. Comel sangat. Aku seperti tak mahu bangun dari situ.

Sebelum balik, aku belai lagi pipinya, aku katakan yang aku sangat sayang pada dia.

2nd March 2014
Hari ni aku tak pergi ke Hospital. Umi tak benarkan, lagipun aku perlukan rehat juga. Besok baru aku ke sana. Suami ke hospital pagi tadi. Ummar sudah di-transfer ke wad A3. tiada lagi tampal tampal ditubuhnya. Heartbeatnya sudah tidak perlu di-observe lagi. Kerana dia sudah boleh sepenuhnya bernafas sendiri. Alhamdulillah Ya Allah, sungguh aku bersyukur. Suamiku lupa nak tanya sama ada dia berak atau tidak semalam.

Suami aku balik sekejap untuk rehat dan baru tadi dia ke hospital balik untuk hantar susu dan tengok Ummar. Tak sabar untuk aku pula ke sana besok. Rindu yang tak tertanggung pada anak aku, Ummar Haqq

_____________________________________________________________________________

Ummar Haqq, 

Sungguh mummy mendoakan agar Ummar cepat cepat pulih, cepat cepat membesar supaya mummy boleh peluk, cium Ummar. Supaya Ummar boleh minum susu terus dari badan mummy. Mummy mahu Ummar tahu yang mummy cintakan Ummar, anak mummy..

Semoga semuanya berjalan dengan lancar. In Shaa Allah. Amin ya rabb.