Monday 22 January 2018

22/365: Peace-ing

Malam tadi aku tak boleh tidur. sampai 4am juga aku tak tidur. aku baca buku tak ngantuk, tengok youtube tak ngantuk. Last-last aku buka Happy Together yang episode ada Jessie tu. Masalahnya, makin aku tak tidur. 

Masa aku balik semalam, aku tak tau lah, aku rasa aku tak nampak. tapi aku rasa mata aku ada bayangan perempuan, rambut panjang, baju putih. dia ada kat sudut, dia ada kat semak-samun sebelah tangga keluar dari LRT Salak. Tapi sebab aku positif mata aku tak nampak. yang nampak cuma otak aku. So, aku abaikan. Masa kat kerja semalam, budak sekolah hari tu whatsapp aku. Dia tanya simptom skizofrenia. Aku terangkan kat dia apa yang aku tahu. Aku rasa bersalah sebenarnya. seorang aku ni aku rasa tak layak untuk memujuk orang lain yang lalui apa yang aku lalui.

Hari-hari aku rasa nyaman. Sebab aku dah deactivate social media. Walaupun aku terasa kadang kadang nak tahu perkembangan orang. tapi aku rasa, nyaman ni sedap. Aku tak perlu hadap manusia bodoh riak, puji diri sendiri secara melambung lambung, marah benda benda yang tak perlu dimarah. viral benda yang tak perlu diviral. People are crazy. Like me. Tapi aku gila yang lain. Mereka gila yang lain.

Bukan niat aku nak jauhkan diri dari sesiapa. Tapi aku memang berniat nak jauhkan diri dari semua. Tapi aku tak sampai hati tapi aku nak buat juga. Ah, fuck. Aku tengah buat apa sekarang ni? Apa yang aku buat?

Fuck
Fuck
Fuck
Fuck
Fuck
Fuck
Fuck
Fuck
Fuck





HUMAN ARE BASTARD! 





Saturday 20 January 2018

21/365: I am okay.

aku akan mula catatkan hari hari aku. 

semalam aku deactivate semua akaun media sosial aku. instagram, twitter, facebook. dan aku uninstall di facebook. aku left group yang selalu aku berborak. aku tak tahu. aku rasa aku perlukan masa untuk bersendirian. aku mahu ruang. aku mahu sunyi. aku tak mahu tengok handphone aku penuh notification. aku mula tak mahu socialize. cukup lah aku terpaksa pakai senyuman di muka aku semasa bekerja. nak ikutkan hati, aku tinggalkan kerja. kenapa tak buat? aku tak mahu susahkan orang lain. dan untuk kali ni, aku tak mahu aku menyesal di kemudian hari. mungkin aku masih ada kewarasan dekat situ.

dan..

as expected.



satu orang pun tak tanya kenapa. mungkin mereka mahu aku tiada. kecuali, bf aku. dia tanya aku sebab aku cakap aku nak rehat dan aku turn down his offer to bring me dinner. then maybe after that he realised i deactivated my social medias account. 

aku mahu lari, tapi bila aku lari, aku mahu orang tanya aku, aku ke mana? aku okay ke? aku baik-baik aja ke? heh. tinggi sangat expectation aku. atau, aku yang menjengkelkan?

seharian aku fikir. should i go to hospital? or should i not? should i go for a counselling session? or should i not? what if i really.. have.. depression? what if doctor diagnosed me with depression? would i be able to accept it? or would i not? would i continue to live like a normal me, or would i end my life after that? terlalu banyak thoughts dalam kepala aku. selang seli. 

well, i tried to get some help. i googled on how to make an appointment with Pakar Psikiatri but entah, tak dapat apa apa info. 

so, yesterday i finished work at 9pm, and i was supposed to go home straight away cos i felt sleepy but, instead, aku ke KLCC. typical diffan. aku duduk dekat tasik. me, and tasik klcc. haha. so, around 10pm i went home. sampai rumah, i cried, i was holding my tears seharian semalam. and aku buka youtube, and started to watch people talk about depression and anxiety. and Thank God, aku tak tahu mana pergi gunting yang aku guna untuk kikis lengan aku. so, aku just cakar. ya, tempat yang sama. for the past 3 years, aku akan buat benda yang sama. tapi aku tak harm diri aku sampai darah teruk mengalir. cukup ada berbilai bilai dan rasa sakit yang mampu hilangkan kesakitan dalaman aku. dan, scar tu akan hilang. aku tak mahu orang nampak bekas tu. aku malu. 

then my bf came, sebelum dia balik dia cakap, tak jadi ke langkawi after show perlis, so, dia cancel plan last minute (not the first time he did this) dan aku da ambil cuti. kononnya, dia dan kawan2 dia tu nak pergi after final show. which is, on march and obviously, aku dah tak boleh cuti. kerja aku bukan macam kerja orang lain. orang lain tu, lain lah. but it's okay. i'm getting used of it. and, hujung bulan 4 dia akan ikut band lain pergi tour seminggu. tahu apa aku rasa? i'm not his priority. he can cancelled plans dengan aku, but not with their friend. dia boleh ikut kawan2 dia, tapi, dia tak boleh cakap "okay, org stay dengan awak lah lepas show perlis"cos i was telling him, kalau dia cancel, i just stay there alone je la. sebab aku dah minta cuti sampai selasa. it's not that aku sedih. i mean, aku boleh je travel sorang. aku memang travel sorang. and i have no issue on travelling alone but, the fact that aku ni just tempat hilang rasa kosong seseorang tu, betul betul buat aku down. 

aku mula rasa lonely. since aku tau i'm nobody's priority. aku whatsapp umi malam tadi, i said i miss her.. she didnt reply my whatsapp. you know how lonely i am? 

aku rasa isolate diri aku adalah jalan terbaik buat masa ni. so aku nampak, mana level aku sebagai seorang anak, gf, kawan. 

i live alone. i'll die alone.

Saturday 6 January 2018

hiatus


It’s alright if you run out of breath
No one will blame you
It’s okay to make mistakes sometimes
Because anyone can do so
Although comforting by saying it’s alright
Are just words


Setengah tahun aku berehat dari menulis dalam blog ni. Macam-macam yang terjadi. dan satu daripadanya, seorang yang aku tak pernah terfikir, telahpun pergi, menamatkan semua perih hidupnya. Ayat di atas adalah salah satu lagu yang dia buat sendiri. Bila aku baca, baca dan ulang baca, aku rasa... sangat... sakit... seolah apa yang dia rasa, aku juga rasa. 

Aku tahu. Bukan dia mahu tamatkan hidup dia tapi dia mahu tamatkan sakit dia. Aku tahu. Aku rasa macam tu. Aku rasa.. macam tu.. Setiap kali aku cederakan diri, aku tahu, aku mahu rasa sakit fisikal ini tutup semua sakit yang aku rasa.. Aku terlalu penat untuk hadap. Penat.. Sangat penat..