Saturday 29 October 2016

Post Birthday Celebration

Pakwe nak belanja makan steamboat. So, here we go :)




Birthday Datang Lagi!

Haih, hari ni baru ada masa nak update blog! Busy betul aku lately ni. Busy kerja dan busy tengok cerita drama korea. k. .__.

Basically, birthday aku semua baik baik aja. hiks. Aku sengaja ambil cuti lama. Dari 23hb sampai 25hb. Orang tanya kenapa aku amek cuti lama. Alasan aku, nak tidur. Memang betul aku tidur banyak gila.

Masa 23hb tu aku, kesi dan ema buat picnic kecil kecilan. Saja nak feeling feeling je sebenarnya hahahahaha. so, aku belanja gambar sikit ye.

Sebenarnya masa sampai tu kami lapar gila!

Tahu tak berapa kali aku ulang-alik dari kamera ke atas tikar untuk setting timer?! :D

Feeling-feeling

Aku dengan Kesi buat drama Korea kejak

Kesi ngantuk .__."

Feeling-feeling part 2.

Dari kamera Kasedah.

Sedap tak aku masak? Cookies tu ema bawa :D


Lepas habis picnic ni, kami tunggu Iedamon dengan Afemon datang. kononnya dorang nak join picnic. Tapi kelaut tak bangun. Haha!

Petang tu kami ke bundle di Ampang. Aku pun apa lagi, Shopping lah!

Dapat sehelai Jacket Jeans RM5, dapat skirt overall RM5 dan dapat sehelai dress bunga bunga RM5 juga. Lepas ke bundle kami ke Ampang point makan kepci. Biasa la, hujung bulan kan. Kepci je la pun yang mampu. Sempat juga kami singgah Cash Converter! Aku tak pasti kenapa dalam pada aku cakap aku takde duit, tapi aku juga lah yang berbelanja lebih! Why oh why! Aku beli Lego dua biji. ;( Sebab... comel...

Sis sis garang

Lego yang aku beli dekat Cash Converter


Pung pang, pung pang,

Kami pun pulang ke rumah. Hari Ahad tu memang pakwe balik KL dari Penang. Dia pergi Penang ada show sana. Aku malas nak ikut. Tak seronok kalau berjalan takde duit ni!

Jadi, dia sampai KL terus amek aku, hantar Asrul ke KTM. Kami pergi dataran usahawan belakang rumah makan Ais Kepal. Ni hakak nak bantu iklan kejap. Ais Kepal dia sedap ya ampun! Selalu hakak makan yang perisa milo. Tapi hari tu hakak cuba peris horlick. Punya lah refreshing yuolls! Hakak makan sambil meleleh air mata sebab sedap sangat! Ada berbagai lagi perisa dia. Oreo, Ribena lah, Blueberry la ape lah. Harga jangan risau. murah je! RM3 - RM4. Murah kan? Tapi maaf lah, hakak tak sempat amek gambar. Rakus betul!

Okay sambung cerita,

Lepas makan Ais Kepal tu.. pakwe drag masa. Tahu lah malam birthday. Sebenarnya aku da dapat agak dah. Something going to happen malam karang. Sebab dah terkantoi grup waksep dekat hp Ieda. (Tertengok) kehkehkeh. Tapi tak fun lah kalau aku buat buat tak tahu kan! :D

Dalam 11.30 macam tu, kami pulang ke rumah. Dan whooo! Seperaiz!

Tak tahu nak kabo mende xD

Team hosmet

Team Prank Birthday

Dipan banyak hadiah! Yay!

Mango Cheesecake paling dope dalam muka bumi!

Pakwe saya!

Ini lah hadiah yang saya dapat. Thank you sayangs!

This was the best birthday I've ever had! Untung dikelilingi oleh sayang sayang saya :)

Tuesday 18 October 2016

Mungkin jika aku sendiri, aku lebih mengerti.

Mungkin jika aku pergi, engkau akan memahami.


Psst, kau buat apa? aku? entah aku tak tahu. Aku tak mahu berfikir. aku tak ingin berdikir. apa yang aku fikirkan? entah. kosong. aku kosong.

tak ada apa yang pelik bila kau merasakan kekosongan yang teramat ni. segalanya kerna apa yang aku hadapi selama ini. aku jadi manusia penuh benci. aku benci semua manusia yang lainnya. aku mahu bunuh semuanya.

kita manusia tak patut diberi akal dikiran oleh tuhan. kita tak gunakan ia sebaiknya. yang patut diberikan akal itu binatang! mereka berzikir setiap detik atas nama tuhan.

kita manusia perlu mati! kita patut mati/. aku menulis ini tanpa melihat papan kekunci. orang bulang kita perlu tahu apa isi hati kita. disebabkan aku keliru aku putuskan untuk menulis tanpa melihat papan kekunci. mungkin akan ada kesilapan ejaan tapi fuck off! aku pedulik apa!

Tuesday 4 October 2016

Flashback

Aku rasa agak lama aku tak menangis kerana aku mahu menangis. Termenangis sebab terharu dan tersedih atau terkilan tengok video di facebook, ada lah.

Hari ni aku rasa aku mahu menangis. Aku buka lagu-lagu Lana Del Ray.

Ya, aku menangis.

Bukan menangis sebab aku teringatkan siapa-siapa. Tapi aku menangis sebab lagu-lagu tu mengingatkan aku pada masa aku seorang diri. Di saat aku jatuh. Macam mana hari-hari aku yang lalu, running on the street, crying dan dengar lagu-lagu ini.

Dan, aku masih terasa sakitnya.

Sama macam masa aku sedang berlari, menangis ditemani suara Lana Del Ray.

Betapa kuatnya kudrat aku dalam melalui takdir Tuhan yang satu itu.

I have no idea, how could I survive. How could I make it to today.

Tuhan Maha Besar. Dia bagi aku ujian terhebat, dia bagi aku kekuatan.

Aku terfikir, what if ---

What if... this,
What if... that.

What if.