Wednesday 16 March 2016

Entah

Bukan aku tak coba.

Mungkin aku terlalu jauh dari-Nya.
Aku cuba dekat. Makin aku dekat, makin Dia jauh.
Entah apa apa saja dalam badan aku ini.
Nak dikatakan syaitan, mungkin aku yang iblis.
Dasar hamba jijik tak kenal dek untung, mungkin?

Tuhan,
Maafkan aku, hambaMu yang keji.
Yang penuh cacat dan cela.
Yang tak pernah ada sempurna.

Aku cuba kejar sinar itu.
Aku cuba capai tak tak sampai.
Tangan aku pendek atau jaraknya memang jauh?
Atau Kau sudah serik?
Serik hiaskan aku dengan cahaya itu?

Lengkap hidup aku.
Cuma kosongnya aku, bila pergi bayiku.
Aku ada keluarga.
Aku punya sahabat dan cinta.

Lalu bukankah itu sudah cukup untuk bahagia?

Wang ringgit?
Heh. Kertas yang mampu dicarik kecil lalu dihanyutkan di parit-parit. Tidak ada harga.
Tapi kenapa ia masih mengukur gembira?

Celaka lah kau, New World Order.
Kau anjing-anjingkan kami, salah guna kuasa.
Jual diri kepada manusia, lupa diri kepada Pencipta.

Tuhan,
Aku tak nampak jalan.
Bukan samar tapi gelap gelita.
Jangan kata mahu diraba,
Satu langkah pun aku tak mampu bergerak.
Kehadapan tidak, apatah lagi ke belakang.

Aku harus yang bagaimana lagi, Tuhan?

No comments:

Post a Comment