Sunday, 27 November 2016

Routine

Psstt...

"Sayang..."

Entah dari mana suara itu datang mengakhiri mimpi burukku. Nafas aku turun naik. Mungkin aku dikejar hantu dalam mimpi aku. Entah. Aku tak pasti. Bukan sekali dua aku terlupa apa yang aku mimpi. Padahal baru dua saat aku terbangun.

Aku duduk bersila atas tilam bujang aku. Bilik aku tak besar. Sangat kecik. Hanya muat-muat untuk aku seorang. Kalau ditambah lagi seekor kucing pun aku rasa aku akan letak kucing itu di ruang tamu. Kalau niat aku tiba-tiba mahu solat, aku terpaksa ketepikan laptop aku, tutup pintu. Ngam-ngam saja untuk aku rukuk dan sujud.

0700.
Lagu bingit Anti Flag menyapa gegendang telinga. Alarm. Maksudnya aku rugi dua minit waktu tidur aku.
Aku matikan alarm dan bingkas bangkit. Aku capai tuala belakang pintu, dan terus ke tandas untuk mandi. Sejuk air pagi ini. Semalam hujan seharian sampai ke tengah malam, mungkin. Patut lah aku tidur mimpi entah apa-apa. Sepanjang tidur pula tu aku mimpi. Penat sangat agaknya. Penat buat apa pun aku tak pasti padahal baru cuti dua hari berturut.

0715.
Sambil lap badan guna tuala, aku capai telefon bimbit di atas tilam. Oh, lupa. Aku log out semua media sosial aku kerana aku rasa terlalu fucked up. Aku buka Whatsapp. Ah, aku tak mahu fikir apa-apa. Berdandan pun aku malas hari ni. Aku bersiap ala kadar. Aku tak mahu pakai gincu hari ni. Semalam aku rindukan Ummar Haqq. Kebetulan, entah macam mana aku boleh terjumpa gambar Ummar semasa dalam perut. Aku terlalu rindu dan terlalu sunyi...

0745.
Aku gulung baki tembakau yang ada. Hari ni sepatutnya aku gaji. Tembakau tinggal sedikit saja ni. Kalau takde tembakau ni, mahu keras balik kerja karang. Aku dah jarang merokok. Unless kalau keluar lepak di hari cuti. Biasanya hari bekerja aku cuma merokok sebelum kerja dan sampai rumah pulang dari kerja. Ada baiknya juga hisap rokok manual ni. Malas nak gulung, tak payah merokok.

0800.
Aku ambil beg kerja, kunci rumah, charger telefon bimbit. Terus aku keluar rumah. Aku pasangkan earphone di telefon bimbit. Tapi aku tak buka playlist apa-apa. Aku hanya mahu hentikan perasaan janggal semasa jalan ke LRT. Aku mahu dengar bunyi kehidupan. Bunyi angin dan kereta, kadang-kadang terdengar sayup-sayup bunyi ambulans. Sepanjang perjalanan aku ke LRT, aku fikir tentang hari semalam aku, hari semalam-semalam aku, hari dulu-dulu aku. Setiap langkah aku, aku rasa aku menyesal. Ah, pagi-pagi lagi aku dah menyesal.

Semenjak setahun lebih yang lalu, aku selalu tanya diri aku. What if?
Ego aku, aku tak mahu jawab. Ego aku, walaupun aku tahu jawapannya, kalau itu tak pernah wujud.

0815.
Chaos dalam LRT buat aku jadi malas untuk berfikir. Terus aku buka playlist Anti Flay album For Blood and Empire.


No comments:

Post a Comment