Saban hari, aku dihenyak rasa. Dua persoalan yang aku tak
akan pernah temu jawapannya.
“Do you think we could make it?”
“We’ll try”
Apa perlu aku tunggu? Atau perlu aku pergi? Setiap kali kita
bersama, aku ajukan soalan ini pada diri aku sendiri. Apa perlu aku tunggu? Aku
mahu tunggu kamu, kerna aku mahukan kamu. Aku perlukan kamu. Atau perlu aku
pergi? Jika aku pergi, mungkin aku temu bahagia diluar sana. Mungkin aku temu
cinta yang aku cari selama ini.
“Percayalah, setiap kali jemari kita mula menulis, semuanya
tentang kamu.”
Percayalah, percayalah.
Hari ini aku suarakan apa yang aku rasa. Apa yang aku pendam
di dasar paling dalam. Hati aku makin parah. Aku mula menganggap kamu
sebahagian dari aku. Entah sejak dari bila, aku lupa. Aku mahu kamu sepenuh
ragaku. Aku mahu kamu mahukan aku sepenuh ragamu.
“kamu egois. Kamu hanya fikirkan tentangmu, tentang dia. Kamu
tidak mahu terus peduli sama perasaan aku. Aku dipijak, dihenyak. Hati aku
dironyok, langsung dibuang ke laut dalam. Sama dalam dengan apa yang aku
pendam!”
“terima kasih. Kini kamu juga mula membenci aku. Kerna aku
masih belum pernah lepaskan dia, kerna aku masih mahukan dia. Kerna aku jadi
bodoh tuli kerna dia.”
“tidak, aku tidak pernah benci. Tidak pernah. Walau sekelumit
rasa. Aku sayang sama kamu. Aku mahu kamu. Aku mahu kamu terus. Beri aku
sedikit masa. Aku mahu bernafas. Kerna kini, ruang kapilari aku dipenuhi
toksin. Tiada oksigen untuk jantung aku terus berdegup. Aku mahu ruang, beri
aku bernafas.”
Dalam gelap malam, jalan raya yang hening, sunyi dan sepi. Hanya
satu atau dua kereta dan motosikal berdesup laju. Aku tidak pernah hirau akan
mereka. Aku mahu tenang. Aku mahukan ketenangan. Hanya yang berlegar di telinga
dan minda, suara kamu, senyum kamu, tawa kamu. Keindahakan yang menyakitkan. Tidak
pernah aku tenang, padahal keindahan itu sepatutnya menjadi musabab yang utuh
untuk aku tersenyum lega. Ia bagai racun yang juga penawar bagi aku. Ia bagai
ubat pelali, yang kebasnya hanya dirasa sebentar sahaja, kemudian sakitnya itu,
datang kembali.
No comments:
Post a Comment