Sunday 17 June 2018

new life.

8th June 2018.

Off day aku. I already have plans. Nak pergi dobi, nak pergi Klinik Kerajaan, nak pergi buat rambut. Then petang sikit aku nak pergi beli baju raya dengan Kesi dan Suraya. End up aku bangun lewat. So I decided to not to go to Klinik Kerajaan. Aku pergi mendobi. Then aku pergi lah kedai cermin mata. nak tukar lense cermin mata mahal sangat which obviously tengah bulan dan nak raya aku memang tak boleh afford. Then, aku pergi kedai gunting rambut. Nak alter sikit rambut aku. dia kata kalau dia buat nanti pendek sangat bla bla bla. so gagal jugak. Finally, aku beranikan diri masuk ke klinik An-Nisa'. Aku ambil ujian DASS beberapa hari lalu. Dan aku bawa result ujian tu ke klinik untuk dapatkan refer letter. Doktor menjalankan tugas nya sebagai doktor dan keluarkan refer letter. 

11th June 2018.

Aku split shift hari ni. Aku ada masa pukul 2 sampai 7 petang. So aku memang plan nak bawa refer letter tu ke HUKM. Sampai sahaja, Staff tu arrangekan aku appointment besoknya which -- aku kerja. Then, staff tu cakap, what if aku harm diri aku lagi. Then aku terus whatsapp staff aku dan manager aku dan arrange staff untuk besoknya. 

12th June 2018.

Selesai registration, aku tunggu sekejap, then nombor aku dipanggil ke bilik nombor 1. Dr. Nisa namanya. Jadi aku dan dia berborak. Bukan kosong. Aku rasa macam aku meluahkan semua pula kat dia. Sesi pertama tu kurang lebih satu jam setengah. 
"Symptom-symptom ni adalah symptom panic disorder" Sebaik sahaja aku cerita pasal heart palpitation, yang perihal aku beberapa kali tiba-tiba mula lari, tiba-tiba aku rasa cemas dalam keramaian orang. 
"Saya tanya soalan-soalan tadi untuk make sure apa yang awak lalui ni adalah pure depression sahaja atau bukan, Tapi symptom awak menunjukkan yang awak mempunya Bipolar Disorder type 2 yang mana lebih kepada kemurungan, walau bagaimana pun, episod emosi awak berubah dan kadang kadang awak terlebih -- hype." 

Aku --- Speechless.

Bermulalah fasa kebergantungan sama ubat anti depressant aku yang bernama Seroquel.

17th June 2018

Hari ni adalah hari ke-5. Dan semalam dalam sengaja atau tak, aku skip makan ubat. Sengaja aku skip sebab semalam adalah hari pertama aku kena naikkan dosage dua kali ganda. Aku takut kalau aku ambil ubat, aku tak boleh bangun. Aku nak pulang ke KL malam semalam. Risau aku.
Dan--- sebagai resultnya, aku terlelap dalam 10 minit di dalam bus, aku tak tidur sampai pukul 6.30 pagi padahal aku bekerja jam 10 pagi dan aku kena bangun pukul 8 pagi. 

Jam 1528 tadi, aku punya rasa serba tak kena bermula. aku mula panic. susah nak bernafas. Aku burping 3 4 kali. aku tak tahu nak buat apa. aku call bf banyak kali tak angkat. aku call manager aku, tak angkat. aku dah ke hulu ke hilir. it lasted for about 20 minutes. sebab aku lari pergi toilet dan muntahkan makanan aku. bila aku balik kedai, aku rasa nafas aku semakin teratur. itu pun lepas berpuluh kali buat cara pernafasan yang Dr Nisa ajar. Sesak dia rasa macam tak sampai oksigen. Tapak tangan basah, hujung jari semua sejuk. Sekarang 1630, aku rasa a bit better. 


Goodluck, girl. Goodluck.

No comments:

Post a Comment