Sunday 17 November 2013

Alam Angker

Hari ni, pagi pagi jer dekat twitter dah heboh cerita pasal Villa Nabilla. Ada orang hilang menyebabkan kesesakan jalan raya pagi tadi. Well, itu bukan kali pertama aku dengar cerita pasal Villa Nabilla tu. Aku sendiri pernah dengar cerita dari kawan baik aku sendiri tentang pengalaman adik beradiknya. Dan kecoh juga, biliknya penuh dengan garam dan pepper. Pasang dinding katanya.

Tiba-tiba aku teringat pengalaman seram aku. Entah, aku tak tahu nak cakap seram ke tak. Tapi pada aku seram lah juga. Sebab dalam hidup aku, sekali tu jer yang aku memang nampak. Selain pernah kena kacau sebelum tu.

Aku ceritakan kisah pertama dulu ye.

Masa tu aku duduk hostel. Tahun 2008. Semester pertama. Sepanjang hidup aku, tak pernah aku duduk hostel. Itu lah kali pertama aku duduk hostel. Aku tak ingat, bila. Tapi ada satu kali tu, aku kena Insomnia yang teruk. Tak, ini bukan insomnia. Kalau insomnia susah untuk tidur malam. Tapi ni aku tak tidur langsung! Bukan sehari, dua hari. Tapi sebulan. Mungkin korang rasa aku tipu. Tapi itu terpulang. Sebulan tak lelap mata itu bukan cerita kelakar. Badan aku jadi lesu. Aku terpaksa ponteng kelas sebab terlalu letih sangat badan.Sebenarnya, bukan aku seorang. Ada housemate aku lagi seorang yang sebenarnya tak boleh tidur macam aku. Tapi dia tak bagitau aku. Dia kata dia akan terlelap bila dah pagi pagi. Sampai aku tak boleh derma darah (masa tu ada aktiviti menderma darah) sebab dikhuatiri aku pengsan atau kena sawan sebab tak cukup rehat.

Jadi, nak dijadikan cerita, sepanjang aku tak tidur tu, aku cuma baring, tutup mata dan fikiran menerawang. Sambil tunggu sampai subuh. Biasanya, budak kolej biasa jer tidur lewat pagi. Jadi nak tunggu sampai subuh tu tak ada lah lama sangat. tapi penat juga buat buat tidur. Setakat bunyi bunyi orang ketuk tingkap tu aku tak hirau sgt. Aku mindset, benda tu angin.

Sampai satu kali tu. Aku datang bulan. orang kata, syaitan memang feveret dengan perempuan yang tengah dalam keadaan tak suci ni. biasalah, yang keluar darah tu, darah kotor. tentu syaitan suka. Malam tu, rasanya dalam pukul 3 ker 4, aku terbangun sebab tak selesa. Nak tukar pad. Kebetulan pad aku habis masa tu. Aku pun nak ambik lah pad dekat dalam locker seorang kawan ni. Oh, bilik aku memang akan ada cahaya. Cahaya tandas. sebab aku takut gelap. Jadi masa aku turun dari katil nak amek pad dalam locker tu, member aku sorang yang tak boleh tidur ni juga terjaga,

"Mah, nanti ingatkan aku besok cakap kat hajar aku amek pad satu tau" aku cakap dekat Mah.
"Okay okay" Lepas tu member aku tu sambung tutup mata. Cuba tidur.

Aku tutup locker terus bergerak ke tandas. Setel tukar, basuh bersih bersih, bungkus elok elok,  buang dalam tempat sepatutnya aku pun terus lah baring di katil aku. Dan terus aku cuba tidur. Walaupun aku tahu aku tak boleh tidur. Lepas tu, tiba tiba aku dengar bunyi pintu locker. Mula mula bunyi macam orang ketuk pintu locker slow slow. Lepas tu bunyi pintu locker terbuka. keberanian aku ni bukan dalam heroin movie hantu okay. Aku tak ada lah sengal sangat nak bangun dan usha siapa yang bukak locker tu!

Jadi aku tahan kan diri aku untuk tidak bergerak, Walaupun... masa tu aku rasa macam ada benda yang sedang perhati aku. Sampai azan subuh aku kaku macam tu. Azan bunyi jer terus aku bangun. Mah juga bangun. Tuan punya locker pun bangun. Dan ya, locker tu terbukak.

"Hajar aku pinjam satu pad kau tau"
"Okay!" Hajar angguk dalam mamai.
"Mah, semalam aku tutup kan pintu locker hajar ni?" Aku tanya pada Mah. Hairan juga aku kenapa locker ni terbukak.
"Aah. Aku nampak kau tutup. Kau dengar apa apa tak?" Mah tanya aku dengan penuh was was.
Kami gelak gelak lepas tu. Padahal semua nak tutup ketakutan tu. Aku tau.

Malam tu, aku penat kan diri aku dengan sambut birthday kawan aku. Main baling baling tepung dan basuh rumah/koridor yang penuh tepung. Kebetulan satu lagi housemate baru balik dari kampung. Dia bawak air. Air 30juzuk Al-Quran katanya. Dia kata, Ustazah tu cakap, rumah aku keras. Ada nenek kebayan duk atas locker. Peh berderau jugak aku. Dia kata lagi, sebab tu korang tak boleh tidur. Dia nak berkawan. Hish. Nak aja aku lempang lelaju member yang cerita tu.

Tapi Alhamdulillah aku tidur terus lepas minum air tu. Tidur qada' terus. Besoknyer ponteng kelas sebab tidur sedap sangat. Petang baru bangun. Lepas tu, aku penat penat kan diri, tepat pukul 11malam terus aku tidur. Dua minggu jugak aku tidur pukul 11malam. takut tak boleh tidur punya pasal.

________________________________________________________________________________

Kisah kedua. Berlaku di rumah sewa. Tahun 2009 rasanya. Masa tu aku dengan pakwe lama.

Aku jenis suka tidur dekat ruang tamu. Sebab aku tak suka tidur dalam bilik. Bilik aku ada 4 orang. Kaki aku berhadapan tingkap. Sangat lah aku menyampah tidur menghadap tingkap atau pintu. Sampai sekarang pun sama. Haha. itu satu. Satu lagi, aku dengar tingkap diketuk dengan kuat. Terus aku taknak tidur dalam bilik.

Jadi macam biasa, aku akan tidur seorang diri di ruang tamu. Sebab bilik satu lagi tu dorang tidur lambat. Jadi aku tak takut mana pun. Tapi satu malam tu, aku tak tau kenapa. Memang aku tidur seorang. Budak lain semua dah tidur. heran aku. Ada yang keluar rasanya. Tapi aku tak kisah pun. Sebaik mata aku terlelap, aku kena hempap. Itu biasa pada aku. Sebab aku selalu juga kena hempap sepanjang aku duduk dekat rumah tu. Tapi yang peliknya, aku memang tak boleh nak baca apa apa. Yang aku sedar, aku tak boleh bergerak, dan, tapi mata aku terbukak. Aku nampak satu lembaga hitam sedang tekan lutut aku sambil dia pekik kat aku

"Sakit tak! Sakit tak!" Sebenarnya bukan pekik. Sebab suara dia garau. garau macam suara lelaki yang garau. Real beb aku nampak lembaga hitam besor gitu. gila kau. Dia tanya aku sakit ke tidak! -.-" Dah dia tekan lutut aku mesti lah sakit. Lepas tu, dalam hati aku, aku pekik Allahuakhbar! terus aku dah boleh gerak dan lembaga hitam tu hilang. Aku apa lagi, aku bangun angkat tilam toto aku, terus aku masuk dalam bilik. lebih baik dengar orang ketuk tingkap dari nampak!

Besoknya aku cerita kat housemate aku. Kisahnya, dua orang housemate aku sebenarnya nak tidur luar juga malam tu. Tapi masa tu aku tak balik lagi, Pintu Balkoni bunyi kuat macam orang langgar pintu tu! Dorang terus bangun lari masuk bilik! Patut lah aku balik rumah dah senyap jer! Rupanya dorang dah kena dulu. Lepas lepas dari tu dah tak berani aku nak tidur luar lagi..

TAMAT.

No comments:

Post a Comment