Wednesday 19 February 2014

Tips Move On

Normal sangat bila kita putus cinta, kita rasa pedih, sakit, nak meroyan dan sebagainya. Kita tercari cari macam mana cara cara yang berkesan dan bernas untuk move on.

Move on.
Senang cakap Move On tu, tapi tak senang untuk buat.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Selama 24 tahun aku hidup ni, macam macam pengalaman cinta monyet aku hadapi. Tak kira lah pengalaman sendiri, dan pengalaman cinta monyet yang di lalui oleh rakan rakan.

Dulu, kalau kawan kawan cakap dia dah break up, mesti ayat normal yang aku akan keluarkan adalah :-
"Move on je lah babe, kau hadap lagi jantan macam gitu buat apa! Kalau dia sayang kau, dia tak tinggalkan kau pun. Suka suka je buat perangai macam tu. Ingat kau tak ada perasaan ker?!" 

Itu adalah, ayat yang normal. Bukan aku saja yang cakap, jika kawan aku tu ngadu kepada 13 orang, maka dia akan dengar 13 jawapan yang mungkin berbeza susunan ayat namun, lebih kurang maksudnya.

Lepas tu, aku buat eksperimen. Contoh aku bagi satu pengalaman aku dengan kawan aku yang aku namakan dia sebagai Anje.

Anje putus cinta. Kes yang agak complicated. Compliacated sebab Anje punya boipen punya ex-gelpen datang balik. Merayu rayu dan lain lain.
Jadi, dia pun sedih lah. Mengadu kat aku dan sebagainya. Macam biasa, aku akan bagi nasihat so-called-nasihat padahal aku rasa, makin stress budak tu ada lah.

Nasihat yang dimaksudkan misalnya :-
"Kau move je la, buat apa kau tunggu dia lagi. Dia entah entah ketawa ketawa dengan perempuan tu. Tak guna kau bersedih hiba macam ni. Life kau masih panjang. Banyak lagi lelaki dekat luar sana. Pilih jer. Orang yang tinggalkan kau ni, sebenarnya, tak bersyukur. Dapat perempuan macam kau, bla bla bla~ perempuan tu juga yang dia nak. Perempuan physco bla bla bla~~~"

Kerat jari kalau dia bebetul move on setelah kau cakap macam tu. Percayalah.
Sekurang kurangnya, 3 minggu juga dia ambil masa untuk senyum dan ketawa balik. Untuk move on mungkin makan bertahun lamanya. Depends.

Jadi aku hadapinya sendiri. Contohnya masa aku tak jadi kahwin 4 tahun lalu. Puas lah kawan kawan aku ni so-called-nasihat kan aku untuk move on. Sebab kes aku lelaki tu pukul aku. Jadi aku dengar banyak ayat seperti :-
"Dah lah, kau tak payah ingat dia lagi lah. Dia pukul kau tau tak! Lelaki tu mana layak dijadikan suami? Kau nak ke kalau kau kahwin dengan dia kau kena lagi teruk? Aku tak percaya dengan lelaki macam tu! Move on jer lah!"

Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Sebab masa tu, otak kau tgh berserabut. Kau mengadu untuk luahkan segalanya. Kalau setakat suruh move on tu, kau pun akan fikir sendiri. Macam aku cakap kat atas tadi. Move on. cakap senang. nak buat tu payah! Aku memag tak tau cara untuk move on! Aku buat perkara yang tak elok, itu cara untuk move on? TIDAK.
Gambar hiasan dari Google.com

3 Tahun lamanya aku tunggang terbalik. Lepas dah berkahwin sekarang dan bakal menimang anak, baru aku boleh list down, apa yang aku buat untuk move on.

1. Layan je perasaan kau orang tu. Selagi Boleh.

2. Ingat sebanyak-banyak kenangan kau dengan dia. Selagi Boleh.

3. Meroyan lah dekat twitter ke, fesbuk ke, instagram ke. Selagi Boleh. Peduli apa orang kata. Bukan dia yang lalui. Kita yang lalui. Setiap orang lain lain "sayang-cinta-separuh-mati" nya.

4. Nangis. Selagi boleh. Kalau rasa nak hentak kepala kat almari, hentak jer! Tapi make sure, no kelar kelar tangan/cubaan bunuh diri/apatah lagi bunuh diri. Sebab tu aku suruh nangis dan hentak kepala.

5. Dengar lagu sedih sambil nangis. Selagi Boleh. Kalau kau rasa rindu, dengar jer lagu sedih! Nangis sepuasnya!

6. Jangan hirau sampai bila kau akan hidup dalam kenangan kau, dalam bayang bayang dia. Sampai bila bila pun kau tak akan jawapan. Jawapan hanya akan datang bila kau dah lepas fasa 'meroyan-tahap-gaban"

7. Jangan keraskan hati kau untuk orang baru. Keep trying! Maksudnya, contoh ada lelaki datang nak kat kau, layan jer. Kau cakap dengan orang tu, kau akan cuba. Jangan letak harapan tinggi. Sebab kau might be akan tinggalkan dia sebab rasa tak boleh. (Confirm laki tu blah. tapi, 4 nisbah 10 akan stay, jadi keep trying!)

Jadi, ini lah yang aku pernah lalui. Fasa 'meroyan-tahap-gaban" aku selama 3 tahun. Lepas 3 tahun, aku jumpa dengan suami aku, ya, JODOH aku. Tuhan tu nak hilangkan perasaan sedih-sakit-cinta berbaki kepada bekas 'bakal suami' aku tu sekelip mata! Percayalah, sebelum aku jumpa kenal bercinta dengan suami aku, memang aku masih boleh nangis dan rindu dekat bekas 'bakal suami'. Tapi demi Tuhan, tak pernah ada rasa itu sekarang. Nak ingat kenangan manis manis pun rasa nak muntah. Kah kah kah. Sebab kau dah 3 tahun dok terkenang kenang, tak rasa muak ke? Aku? dah muak.

Tapi tu lah, lain orang, lain fasa 'meroyan-tahap-gaban' nya. mungkin makan 10 tahun. who knows?
Tapi aku yakin, tips aku ni boleh pakai!

Jangan paksa diri kau untuk melupakan. Sebab kita diberikan ruang dalam otak untuk simpan setiap kenangan dengan setiap orang yang kita jumpa hari hari, detik detik. Tapi, lama lama perasaan tu akan pudar, dan dengan tidak sengaja, kenangan tu juga jadi macam 'kenangan hambar'.

Gambar Hiasan dari Google.com

Percayalah! Yang penting, no kelar kelar tangan/cubaan bunuh diri/apatah lagi bunuh diri yer!




2 comments:

  1. good tips. ada la nak share sikit pengalaman time dah putus dgn ex-bf. masa tu nak dekat spm, taw la kan pressure dia mcm mna. selalu jgk merayu-rayu kat dia , nak dia balik. and tnya dia sambil meroyan sebb ap dia sanggup buat mcm ni, yela dah la nak spm. taw ap dia balas?dia kata 'alar.. spm jela.." sambil dia gelak.ya Allah hati ni macam bleeding tanpa henti. bila call dia, dia off. reject. dah la time tu sim saya patahkan sebab benggang sangat. asyik gaduh. then guna telefon rumah. naik turun. dengan nak study. rindu punya pasal sampai cll tengah malam. mata dengan bengkak. memang rasa pedih teramat sangat la. bila spm , saya langsung x contact dia. sekarang ni dia ad la jg cll saya, sebab ap? saya tak tahu. saya malas nak ambil tahu. result spm saya alhamdullilah cemerlang. 7a 3b. from that, saya ambil pengajaran yang kat dalam dunia ni kadang2 x adil.. akan diberi 2 pilihan yg memang sgt berharga di mata kita. tapi salah satu drpd tu kita kena lepaskan. pilihan saya yang ambil, kejayaan. :)

    ReplyDelete
  2. Hai pandangan yang anda tahu ada mantra untuk memenangi cinta kembali dari bekas. Saya sudah melakukannya. Saya suka membaca tentang hubungan dan cara membuatnya berfungsi, bagaimana untuk memperbaiki hubungan, dan bagaimana untuk menjaga kehidupan percikan api, walaupun cara bercakap dengan mereka cara tertentu untuk membuat mereka berfikir cara yang berbeza tentang keadaan dan anda. Jika anda memerlukan nasihat atau mahu memenangi semula bekas anda, cubalah ini: augusmimi789@gmail.com salinan dan mesej yang berikut (augusmimi789@gmail.com) Ia akan mengubah mentaliti anda dan mendapatkan apa yang anda mahu.

    ReplyDelete