Wednesday 12 March 2014

Sleep Well, Ummar Haqq.

"Selamat tidur anakku, tunggu mummy dan daddy di pintu syurga ya sayang. Sungguh, kami cintakan kamu, namun, Allah lebih mencintai kamu.."

3th March 2014.

Aku ke hospital. Melawat Ummar. Sungguh aku gembira, anakku aktif. Kakinya bergerak-gerak. Nurse cakap, hensem anakku, Ummar. Rambutnya perang. Aku sengaja ulang balik kata kata nurse kepadanya. Tersengih-sengih anakku. Manis senyumannya. Sangat jelas dimata aku keindahan senyumannya..

4th March 2014.

Hasben ke Kuala Lumpur. Sebelum tu dia singgah di hospital untuk hantar susu dan tengok tengokkan anakku.. Aku pendam rinduku pada Ummar..

5th March 2014.

Aku ikut suami ke hospital pagi tu.. Dia tdak berapa aktif hari ni. Asyik sahaja tidur. Matanya hanya sesekali saja dibuka.. Tiba-tiba dia berenti bernafas. Nurse kejut dia, dan dia bernafas balik. Kemudian tiba tiba, dia buat hal lagi, nurse terpaksa memasukkan tiub oksigen.. Aku risau. amat risau.. Tuhan saja yang tahu. Perut ku makin sakit, aku menyuruh suami hantarku balik. aku perlu jaga kesihatan untuk memastikan susu badan Ummar sentiasa berkhasiat.

Pukul 5 tu, suami aku ke hospital semula. Aku dapat panggilan dari suami, anakku tidak bernafas, doctor semua kelilingi anakku, sementara menunggu pakar. Air mata aku terus berderai.. Suami menyuruh aku ke hospital. Abah dan umi ku menghantar kami. Sewaktu kami sampai, mereka sudah mahu bawa Ummar ke wad A4. 

Kami ikut mereka ke atas.. Tetapi kami tidak dibenarkan datang dekat. Mereka cuba untuk menyelamatkan anakku.. Dengan memasukkan segala tiub dan ubat ubat.. Aku dan suami menunggu di luar wad.. 

Lama kami tunggu, pukul 9, abah dan umi putuskan mahu ke pasar untuk membeli beras. nanti baru umi akan ambil aku balik. Kami masih setia menunggu.. Doktor pakarnya, datang ke arah kami, dia cuba sedaya upaya menyelamatkan Ummar, katanya mungkin jangkitan kuman pada paru paru Ummar. Kerana sebelum  ni Ummar sudah sihat.. CPR sudah dilakukan, Ummar bergantung dengan tiub pernafasan.. Kemudian kami dipanggil untuk melihat Ummar... Aku tak tahan menanggung.. Ku panggil Ummar anakku.. Dia lemah terbaring, dengan tiub tiub,.

Maaf, aku tak mampu lagi menulis..

Ummar meninggal pada pukul 1.10pm - 6th March 2014. Meninggal ditangan aku.. Aku sempat menciumnya.. 

Ummar, mummy dengan daddy rindu Ummar.. 
Sleep well, Ummar Haqq.. Sleep well..


Al-fatihah.

1 comment:

  1. salam takziah untuk dfan and hubby and also to your mom...

    ReplyDelete