Sunday 10 May 2015

I'm back on track gais!

Lama juga aku tak ber-blogger akibat ketiadaan laptop. sekarang aku da ada portable keyboard untuk ipad ni mudah sikit nak menaip. kalau tidak boleh tahan minta makian juga gamaknya.

jadi, hello semua! anyyoeng!

tahun ni 2015 kan? lepas pemergian Ummar Haqq, aku mula menjinakkan diri dalam scene Kpop. kah kah. bermula dengan tengok drama, terpengaruh dengan realiti show mereka dan langsung terjebak dengan kpop boyband dan girlbands mereka. mampos. kahkah.

kalau engkorang nak tahu, aku pergi ke Korea November 2014 tuari. seminggu juga aku pergi dengan hasben. jalan jalan siap pergi gig Trash Talk lagi. kah kah. kan aku dah cakap, macam mana jauh pun aku dengan scene underground, aku tak boleh lari jauh punya. cuma, scene kpop ni sebagai tempat ideal untuk aku escape. too much politic. aku tak suka. aku pening. jadi, aku enjoy cuci mata tengok lelaki lelaki jambu dan perempuan perempuan comel.

oh, aku dah bekerja. kat mana? rahsia. kah kah. dan tempat tu? hm. ok lah. kerja best tapi... negative environment. aku tak suka. aku rimas hari hari benda negative masuk meresap dalam diri. lama lama aku ter-jadi negative sekali. jadi, aku tengah plan untuk cari kerja yang relek sikit lah. bagi aku, kerja ni untuk orang yang tak ada life dan sukakan duit. since aku tak taksub dengan duit dan aku ADA LIFE, aku putuskan untuk memulakan misi mencari kerja. kah.

MBPA? MBPAJB bergerak pesat. Alhamdulillah, kalau tak ada kawan kawan dekat sini, tak gerak rasanya. aku setakat sebagai tambah tambahan je. tapi aku bangga dengan kawan kawan aku dan semua yang terlibat dalam aktiviti ni. aku suka. aku happy dapat kawan baru dan lebih erat hubungan aku dengan kawan kawan lama.

hujung tahun aku ke London dan Amsterdam. matilanak, duit baru ada bape K je ni. konfirm balik Mesia credit card menimbun nak kena bayar. kah kah.

so, gais, keep positive. nak ke kerja ni. bye!

No comments:

Post a Comment