Wednesday 8 June 2016

//Dear

#nowplaying : Jinsil Mad Soul Child // Dear
Keep on repeat.

Melody lagu ni sangat.. sedih. Seolah mencucuk cucuk jiwa aku.

...

Aku tutup mata rapat-rapat
Aku cuba ulang setiap memori
Pelik, suatu pun aku tak ingat
Yang aku sedar, yang aku tatap
Adalah, diri aku sendiri

...

"Apa aku benar lupa pada semua kenangan yang lalu?"
"Tak, aku tak ingat! Satu pun aku tak ingat. Senyuman dia pun aku lupa. Aku sendiri hairan!"
"Apa aku tak ada satu pun perasaan bila aku cuba mengingati?"
"Tak, aku rasa, kosong. Kosong sangat-sangat sampai aku tak sedar, titisan airmata mengalir dipipi. Yang aku tahu, yang aku pasti, aku meratapi diri aku sendiri. Aku kasihankan diri aku sendiri. Aku kasihankan kekuatan kudrat aku, untuk menanggung setiap dugaan selama ini."
"Jadi, adakah takdir yang aku persalahkan? Jika takdir lah yang layak mengambil segala tuduhan ini, sama juga seperti aku menyalahkan Tuhan. Benarkah itu maksudku?"
"Tidak.. aku tidak bermaksud untuk mengeluh. Ujian ini semuanya diatur buatku kerna Tuhan itu yakin, aku mampu. Dan Tuhan janjikan yang terbaik buat aku.. aku sedar yang itu. Cuma, aku menunggu cahaya itu datang. Hidup aku mendung. Hendak hujan tidak, hendak panas pun tidak. Apa mentari marahkan aku kerna aku seolah mengalah dan menyalahi takdirku begini?"

...

Aku tak ada jawapan. Dada aku terasa sesak. Kosong. Aku mahu sedih, tapi aku mahu bersyukur. Sampai aku rasa, kosong.

...

Bila semua ni mahu berakhir?

No comments:

Post a Comment