Friday, 23 September 2016

Naluri

Setiap Jumaat kami akan terima stock yang kami order pada hari Rabu. Jadi minggu ni aku yang terima stock sebab colleague lain semuanya cuti. Biasanya sehari sebelum stock sampai (Khamis) kami akan buat price tag. Minggu ni aku juga yang buat price tag sebab aku kerja di shift petang pada Khamis tu. 

Biasanya aku buat price tag ngam ngam. Jika kuantiti yang kami akan dapat 10, mak aku kan buat 10 price tag sahaja. Sebab malas nak tukar price tag roll yang agak melecehkan tu. Jadi aku jimat jimat lah sikit. 

Tapi semalam, aku tergerak hati nak buat lebih satu price tag untuk satu product ni. (Gambar di bawah). Kami dapat 6 tapi semalam aku sengaja lebihkan satu. Aku pun tak tau kenapa. Sengaja suka suka.



Tadi masa aku nak tampal harga, ditakdirkan, price tag untuk unit ke-6 koyak! Dan tetibe aku ternampak baki satu lagi price tag. Terus aku terfikirkan sesuatu.

Kadang-kadang Tuhan gerakkan naluri kita, hati kita ada sebabnya. Kadang-kadang kita tak nampak sebabnya. Tapi bila kita nampak sebabnya, Tuhan suruh kita belajar darinya. Nampak macam simple, tapi hari ni baru aku rasa terkesan dengan tindakan aku semalam atas izin Allah, dan situasi simple yang aku hadapi tadi. 


Aku harap setiap naluri yang Allah gerakkan lepas ni, ada hikmahnya. Dan semoga dari hikmah yang Allah beri tu, aku dapat pelajari sesuatu yang bermakna untuk aku praktikkan dalam hidup.


Nota: Benda simple az fuk. Bukan tunjuk deep. Cuma aku rasa nak share benda simple ni sebab kadang kadang benda simple ni lah kita selalu remehkan. 


xoxo,
dipan

No comments:

Post a Comment