Sunday, 25 September 2016

Deco Deco Dipan

So many ideas yet, so little space & money.

Lately ni, setiap kali aku kemas bilik, aku jadi serabut. Aku rasa rimas! Rimas gila babi. Bilik aku ni sebenarnya elok jadi stor je. Sebab size-nya memang sempit. ngam ngam untuk seketul tilam dan seketul robok. Tapi sebab aku sebenarnya suka bilik kecik dan compact dan murah (kedekut), aku tak kisah lah sangat. Tapi ni dah 9 bulan aku duduk. Barang aku makin bertambah. Buku aku dah tak ada space dan terpaksa letak di sebelah tilam di atas lantai. Baju usah dicakap. Aku rajin ke bundle. Sekali pegi bukan beli sehelai. Kalau pegi bundle rm1 kurang kurang 5 keping baju. Aku sekarang pakai robok zip tu. Tapi masalahnya sekarang, robok tu dah senget ke depan. Tunggu masa nak roboh je tu haa. Sakit pula hati aku tengokkan. Baju dan robok tu satu hal. Aku sekarang dah ada anak-anak. Anak-anak patung. Pulak tu, tilam aku spring dia dah mencucuk cucuk sanubari aku. Ugh. Semua benda tak kena.

Jadi, sekarang aku tengah cari cari idea untuk bilik aku ni. Aku nak cari bed frame pallet. yang bawah dia boleh susun buku-buku dan tape tape. macam gambar bawah ni.



Disebabkan bilik aku memang ngam ngam untuk single bed, so memang gini aja lah gayanya. Nais kan? Kalau dapat tinggi sikit atau pallet nya dua lapis pun nais. Sebab aku ni makin menambah buku bukan makin berkurang. 

Lepas tu hat yang almari pula aku nak cari almari kayu dah skang. Tobat aih nak pakai yang kain zip punya. Membazir duit aku. Kualiti tak sama macam masa aku zaman kolej dulu! Mesti pakai raw material murahan tapi jual harga sama sikit lebih kurang je. Hampeh betul. Macam gambar bawah ni kalau kurang lebar sikit dan mungkin tinggi dan warna putih lagi nais az fk! Ni aku rasa kat Lazada ada ni. Boleh lah aku usha nanti


Lepas tu aku nak buat shelves yang jenis melekat terus kat dinding. Satu shelves aku buat untuk letak barang solek/aksesori. Satu lagi mungkin di sisi katil aku nak buat untuk tempat letak laptop. Dan dinding kiri, aku nak buat few shelves untuk letak anak-anak patung kecik kecik. Sebab aku nak mula collect soft toys dan toys. Cantik kan gambar bawah ni??



Jadi sekarang perubahan pertama kena buat dalam bilik aku adalah beli katil dan gobok baru. Shelves ni aku dah tengok harga dekat Ikea. Kena pelan pelan. Apa apahal katil dengan gobok. Selesa sikit lah sekurang kurangnya. 

Masalah aku sekarang, mana nak cari bed frame yang macam aku nak tu? Anyone?


xoxo,
dipan



No comments:

Post a Comment