Tuesday 4 October 2016

Flashback

Aku rasa agak lama aku tak menangis kerana aku mahu menangis. Termenangis sebab terharu dan tersedih atau terkilan tengok video di facebook, ada lah.

Hari ni aku rasa aku mahu menangis. Aku buka lagu-lagu Lana Del Ray.

Ya, aku menangis.

Bukan menangis sebab aku teringatkan siapa-siapa. Tapi aku menangis sebab lagu-lagu tu mengingatkan aku pada masa aku seorang diri. Di saat aku jatuh. Macam mana hari-hari aku yang lalu, running on the street, crying dan dengar lagu-lagu ini.

Dan, aku masih terasa sakitnya.

Sama macam masa aku sedang berlari, menangis ditemani suara Lana Del Ray.

Betapa kuatnya kudrat aku dalam melalui takdir Tuhan yang satu itu.

I have no idea, how could I survive. How could I make it to today.

Tuhan Maha Besar. Dia bagi aku ujian terhebat, dia bagi aku kekuatan.

Aku terfikir, what if ---

What if... this,
What if... that.

What if.


No comments:

Post a Comment