Saturday 13 May 2017

Dungu

Oh God,

saya ini memang dungu.
kadang-kadang mereka tak mahu faham saya.
mereka guna bahasa terlalu saintifik.
masakan cerita tentang cinta juga guna bahasa yang boleh saya kira pelik.

Oh God,

saya mahu meminta-minta dari-Mu, God.
saya mahu jadi pandai sedikit dari manusia-manusia dungu yang lain.
bukan apa, jika saya jadi pandai,
saya boleh tolong si gila-gila itu,
guna bahasa lebih antik
lebih jelas
dan mudah difahami oleh
dungu-dungu macam saya.

Terima kasih, God.

No comments:

Post a Comment