Aku ingin
bebas dari cengkaman ini.
Aku seolah
terperangkap dalam dunia aku sendiri.
Aku semacam
tidak kenal aku ini siapa?
Aku lupa aku
mahu yang bagaimana.
Aku hilang.
At one point I feel that I have thousand of
emotions, but then again, I realized that I don’t.
Aku menulis.
Tapi penulisan aku kosong. Aku mahu berahsia dengan semua, aku mahu berahsia
dengan Tuhan. Aku mahu berahsia dengan diri aku sendiri. Aku mahu aku diam
tanpa sepatah kata. Pada aku setiap kata itu akan membuka segala macam yang aku
simpan. Aku tidak mahu mengaku yang aku sedang terperangkap dalam dunia yang
aku bina sendiri, tanpa struktur yang kukuh. Hanya dipenuhi perasaan yang terumbang
ambing, dan semuanya palsu.
Sampai bila
aku mahu berhenti bermimpi? Sampai bila?
Aku mahu luah
perasaan benci dan cinta aku kepada semua manusia
Aku benci
kau! Aku suka kau! Aku tak mahu kau! Aku mahu kau!
Aku mahu
luah setiap rasa ini dengan jujur tanpa aku tahan segala.
Ah, berat
sungguh. Beban hati aku.
Apa aku
perlu lari dalam gua dan bertapa?
Atau, aku
perlu cari Tuhan untuk bergantung?
No comments:
Post a Comment