Wednesday 22 February 2017

MBPAKL#13 // PIZZA PARTY

Tak sangka, dari tahun 2012. MBPAKL sudah pun menjangkau 5 tahun. Tak, maksud aku, Kolektif Sarata dah pun menjangkau 5 tahun.

Dari mulanya, hanya aku dengan Amy Kamarzaman, kemudian Ieda, Afe, Kimy, Syed Haekal, Kesi, Paan, Hafiz (MBPA IPH), Nanad, Ema, Bond & Im. Terus terang aku katakan, mereka ni adalah keluarga kedua aku.

Okay, ayuh letak tepi hal Kolektif. senang-senang nanti aku cerita. Aku nak cerita pasal MBPAKL


18/2/2017 yang lalu, kami buat Pizza Party for homeless. Datangnya dari idea aku teringat secara tiba-tiba pasal video ada orang buat social experiment. Seorang pemuda ni bagi satu homeless ni pizza bersaiz regular atau large, tak pasti. dan homeless tersebut pergi cari kawan kawan homeless nya yang lain untuk berkongsi.

ya, thats the word. BERKONGSI.

So, ni aku belanja sikit gambar sekitar MBPAKL#13 // PIZZA PARTY sebagai tatapan. hihi.









Setiap kali MBPA, mesti aku teringat MBPA yang pertama, macam mana Amy came out with perkataan SARATA dan MAKANAN BUKAN PERIUK API tu. Alhamdulillah. Berapa kali kita pusing dia atas sekejap, di bawah sekejap, aku tetap bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk memberi dan menyumbang cinta kepada mereka di jalanan. 

Terus sebarkan cinta, sayang!<3


Nota: Aku tak ambil gambar semasa feeding sebab aku masih belum ada kekuatan untuk mengambil gambar mereka. 

No comments:

Post a Comment