Friday 30 August 2013

Cerita Hantu.

Cerita ini terjadi kira kira 5 tahun lepas. Masa itu umur aku baru saja mencecah 18tahun. Aku seorang gadis semasa dari Johor Bahru dan telah berhijrah ke Kuala Lumpur atas dasar ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan. I'm not sure whether I am truly like that subject or not, but I quit masa Semester 5.

Masa tu dalam tahun 2008. Pertama kali aku berjauhan dengan keluarga. Pernah lah sebenarnya. itu pun hanya untuk 3bulan kerana aku terlibat dengan PLKN. sebelum tu cuma 3 hari 2 malam atas dasar Camping di sekolah. Itu pun pada tahun 2003. Pendek kata, untuk aku berjauhan dengan keluarga dalam tempoh yang lama memang payah bagi aku. Sebab aku ni bukan lah anak manja sebab aku tak rasa aku manja tapi aku boleh dikatakan rapat dengan umi aku. Kami berkawan baik meskipun hubungan kami ibu dan anak. Ya, umi masih muda. Makin hari, makin muda umi aku. Okay abaikan cerita pasal keluarga aku.

Jadi, setelah selesai proses pendaftaran hari pertama pelajar baru seperti KAMI ni, kami terus diberi peta untuk ke kawasan hostel. Ya, tak berapa jauh lah. Cuma, hostel kami hujungnya jalan mati! Cuma ada dua bangunan 4 tingkat menghadap dan berhubung. Rumah aku masa tu tingkat 2. dan kebetulan, aku sebilik dengan rakan dari sekolah lama aku. sekolah teknik. Memang kami happy. perasaan tu gumbira yang teramat sebab tiada rasa janggal. Yelah, ada teman kan. Dan dihadapan rumah aku pula, juga ada ex schoolmate aku. 2 orang. Jadi kami cukup 4 orang.

Orientasi hari pertama.

Pagi itu sahaja, dengan menyarungkan baru tshirt Kolej berwarna oren, kami berjalan ramai ramai ke koleh. Dah macam perarakan  MaulidurRasul pun ada. tak apa lah. janji kami tak sesat.
Kami dibahagikan atas kumpulan. dan kebetulan, kumpulan aku pada masa itu, ada seorang lagi ex schoolmate aku masa aku sekolah rendah. kami pun eksaited. (tak sangat lah sebab ingat ingat lupa masa tu)
Jadi, semua berjalan dengan lancar.

Aku tak ingat apa aktiviti yang kami jalankan selain poco poco. Jadi, sila abaikan.

Masa orientasi kalau tak salah aku yang ke tiga, satu kejadian telah terjadi. Masa tu, aku ada seorang pakwe. Malam tu, aku duduk di ruang tamu. Yang ada di ruang tamu cuma aku, dan seorang rakan serumah. Makcik namanya. Aku bergayut dengan penuh berbunga di ruang tamu sambil menyimpul gedik rambut aku.

"Aku masuk dulu eh dfan!" Makcik berkata sambil berlalu.
"Okay makcik" Makcik menutup lampu ruang tamu dan hanya lampu di tengah sahaja yang dibiarkan menyala.
Selang beberapa saat...
"Dfan! kau dengar tak?!" Makcik bergegas keluar dari biliknya. sambil itu matanya dibeliakkan.
"HAH! APA?" kata aku separa menjerit.
"Aku dengar ada orang azan, baca Al Quran kat atas!"
"Ahhhhh" Aku lari masuk ke bilik aku dan terus menyelit di katil roomate aku. Hajar namanya.
Hajar terpisat pisat.
"Apesal ni?" Hajar tanya sambil dahinya berkerut
"Makcik takutkan aku.." Kata aku seolah merajuk.
"Ish! Bodoh lah makcik ni! Hajar bingkas dan ke bilik Makcik. Aku hanya ikut sambil berlari anak mengejar Hajar yang mendahului. Tapi, Makcik tiada di dalam bilik.

Rupanya Makcik dibilik Zai. Bilik yang paling hadapan.

"Aakuu, dddeenggarrr ooraaang jeeriitt..." Kata Leeya sambil menangis. Kami menenangkannya. Juga Hajar, Juga Makcik. Juga, Zai.

"Sabar sabar. Selawat banyak banyak." Kata aku sambil mengurut lemah tapak tangan Leeya.

Tiba-tiba...

"Aduh!" Hajar mengerang kesakitan. Sambil itu dia menekan telapak tangannya. Dahinya berkerut.
"Hajar! Kau okay tak ni!" Aku terus menerpa Hajar sambil mengurut telapak tangannya dan berselawat. Ayat kursi jangan kata. Tidak putus dari mulut kami.

Hajar semakin liar. Badannya menggigil.
"Sssaakkkiittttt..." Badannya yang sedari tadi menggigil bertukar menjadi menggelupu seperti orang kena sawan. Aku panik. Bukan aku sahaja yang panik! Satu rumah kami panik!

"PANGGIL WARDEN! PANGGIL WARDEN!" Aku jerit. Ini memang kali pertama aku lihat perkara sebegini jadi di hadapan mata aku sendiri. Aku memang cuak takut kalau-kalau berjangkit pula dibadan aku!

Selang 2 minit, Hajar pengsan! Ah sudah! Kenapa pula dia pengsan? Aku yang naik hairan. Warden dan pelajar lelaki dari tingkat atas yang datang pun ikut hairan.

"Dia penat tu..." Kata Aswad. Maksudnya, Hajar penat. Dia tak larat untuk tahan benda yang masuk dalam badannya.

Selang lagi 2minit, Hajar mula menggigil. Saat itu kami baru mahu mula membaca Surah Yassin. Menggigil, menggelupur, dan terus terpekik. Lutut aku ketika itu sudah lemah. Kaki aku pula sudah longlai.

"Korang keluar dulu. Duduk depan pintu. Takut berjangkit!" Aswad mengarah. Ya, seeloknya begitu lah. Aku juga tak larat ni. Rasa semacam mahu pitam. Aku berteleku di hadapan pintu.

"AUZUBILLAHIMINASYAITONIROJIM!!" Aku tidak mampu melihat. aku bergerak ke ruang tamu demi memastikan housemate aku  yang lain nya semua okay..

Pelajar lelaki di bilik hadapan dan Warden bergerak keluar perlahan lahan. Sengih-sengih. Eh, apa yang sengih ni? Troll ke apa?

"In Shaa Allah tak ada apa apa. Hajar pengsan lagi. Antibodi dia mungkin lemah. Jaga dia okay" Aswad pesan. Kami mengangguk perlahan. Memandangkan aku roomate kepada Hajar merangkap kawan baik Hajar ketika itu, aku ambil keputusan untuk tidur di ruang tamu. Lebih selamat pada aku. Mana tahu kalau kalau dia dirasuk ketika aku sedang tidur, dicekiknya aku dan diambil pula usus usus aku, hish! Tak mahu aku!

Aku mengangkat tilam aku dan hajar. diletakkan rapat rapat diruang tamu. Kami serumah mengangkat Hajar perlahan lahan dan  diletakkan pula di atas tilam tadi. Aku baring sebelah dia. Saat ini, bukan rasa takut lagi yang ada. Hanya perasaan setiakawan. Dia kawan baik aku. Dan aku bertanggungjawab untuk menjaga dia.

Aku tertidur. Sama ada dia tersedar malam itu, aku tidak pasti. Yang pastinya tadi Warden pesan, besok rumah kami dikecualikan untuk ke orientasi.

*****

Pagi itu aku bangun. Hajar lemah. Bibirnya kering. Mukanya pucat. Matanya kuyu.

"Apa jadi fan?" Hajar bangun sambil tangannya di kepala
"Aku tak sure lah Hajar.. Kau pengsan. Mungkin sebab makan lambat tak semalam?"
"Ah, mungkin lah. lemahnya badan aku.." Hajar baring semula. Kesian kawan aku seorang ini.

Tengahari itu, aku dan Hajar ambil keputusan untuk masuk ke bilik tidur semula. Aku angkat tilam aku dan Hajar dan diletakkan kembali pada tempatnya. Hajar baring.

"Ada ustaz nak datang tau. Jumpa Hajar" Kata seorang housemate.
"Okay"

Beberapa minit kemudian suara seorang lelaki memberi salam memecahkan keheningan rumah aku.

"Hajar?"
"Ya.." Aku mengangguk lembut.

"Hajar okay tak? bla bla bla" Aku beredar. meninggalkan Hajar dan ustaz tu dan housemate aku yang sedang berdiri di hadapan pintu. Perut aku sudah bising, meronta ronta minta diisi.

"Tolong tengok jap eh? Aku turun pergi kedai Maksu kejap. Lapar lah"
"Okay." Jawab housemate.

*****

"Assalamualaikum!" Aku memberi salam.
"Waalaikumsalam! Dfan, apa jadi semalam? apa apa apa?" Syida bagaikan mak joyah menghentam rongga telinga aku dengan soalan.
"Entah. jom makan? Lapar!"
"Okay jom. Syida ajak awin sekali!"

Kami bertiga turun anak tangga perlahan lahan..

"Apa jadi semalam sebenarnya?" Syida tanya.
"Tu lah, tak tau. Hajar tu"
Kami berjalan ke meja. Faiz sedang menunggu di meja sambil mukanya blur-blur.
"Macam ni haa ceritanya" Aku bercerita dengan mereka.
Tiba tiba awin menghantar mesej kepada aku

"dfan, jangan cerita lagi. Awin dah menggigil"
aku pejam mata kuat kuat. mati! sekarang dah nak masuk waktu maghrib. Kan ke sensitif perkara ini!

"Jom lah, dah nak maghrib ni. bahaya lah." Kata aku sambil bingkas dari kerusi. Awin terlebih dahulu meninggalkan kami. Dia berjalan sambil kepalanya tunduk ke bawah.

"Awin hantar mesej kat dfan. Dia kata dia menggigil! Syida tengokkan dia ok!" Syida terkejut lepas itu mengangguk.

*****

Eh, apasal pintu bilik aku terkopak macam ni sekali ni! Siapa pecahkan?

"Kenapa pintu ni?" Tanya aku pada Makcik.
"Tadi Ustaz balik, Hajar berkurung. Taknak bukak pintu.Kami panggil Warden. Budak laki pecahkan. Rupanya Hajar dalam tandas tengah duduk di corner" Makcik bercerita sambil matanya dibeliak-beliakkan. Memang macam gitu pesen Makcik. Cakap sambil matanya dibeliakkan.
Aku menjengah kepala. Hajar sedang tidur. Tidur atau pengsan aku tidak pasti.

"TOK! TOK! TOK" Zai buka pintu.
"Dfan! cepat dfan! Awin kena rasuk! Cepat! Syida tak tau nak buat apa!" Eh kenapa mesti panggil aku ni? Aku bukan tahu apa apa pasal orang kena rasuk. Bahkan ini pengalaman pertama aku! Tapi atas dasar cinta aku terhadap kawan, aku berlari ke rumah Awin yang berhadapan dengan rumah aku.

"Ya Allah Awin!!"
"Aaarrrghhhh!! Saaaannnaaaa!! Tepi lahhhhhh!!" Awin meronta ronta ketika aku dan rakan lain cuba untuk menekan badannya supaya relaks di katil
"Bawak dia pergi surau!" Kata seorang perempuan. Entah siapa aku pun tidak tahu. Kami ramai ramai menarik Awin keluar dari rumah terus ke surau yang terletak di bawah rumah kami saja. Terus kami baringkan dia di atas sejadah menghadapa Kiblat. Ada satu ustazah disitu. Ustazah itu juga tidak aku kenali. Apa yang dibaca juga aku tak pasti.

Aku pegang tangan Awin kuat kuat. Namun tangannya keras macam mahu menumbuk seseorang yang dia benci seumur hidup. Satu per satu aku bukak tangannya. Terus digenggamnya tangan aku sampai luka luka tangan aku. Kukunya pula kebetulan panjang. Memang berdarah.

"Nah, amek limau ni, suruh dia genggam" kata seorang perempuan disebelah aku. Aku terus meletakkan sebiji limau di telapak tangan awin. Digenggamnya sampai pecah!

"Aaargghh!! Bodohhh!!! Sakitlah bodoh!! Ssaannnaa!!" Awin meronta ronta. Keadaan memang kacau bilau ketika itu.

"Pergi bawa dia, ambil kan dia air wudhuk!" Kami ramai ramai akur dengan Ustazah itu. Ketika kami mahu ambilkan Awin wudhuk, Awin meronta lagi.

"Paaannaasss laa!!!! Saannaa!!" Aku semakin geram tengok tindak tanduk "awin" yang di dalam badan awin!

"Kurang ajar! Tengok mata aku! Tengok! Kalau kau berani sangat! Aku suruh kau berwudhuk! Tengok aku sekarang!!" Awin tersenyap. Dia lihat kedalam mata aku 2saat dan kemudian menjeling tajam. Fuh! dalam pada berani tu, gemuruhnya rasa macam nak terkucil pun ada! Kata orang benda yang rasuk badan manusia tidak berani untuk menentang mata.

Sejujurnya aku tidak larat lagi untuk jaga orang yang dirasuk sebab  semalaman aku menjaga Hajar. Tapi bagusnya, Hajar ni selalu pengsan. Jadi, senang sikit aku jaga. Kalau Awin ni tidak pengsan pengsan langsung! Kuat benar ni kata aku dalam hati!

Aku hanya melihat bila Awin mula reda, dengan Ustazah yang sedang baca baca di telinga, sambil mengusap kepalanya, sambil lagi memegang ibu jari kaki nya. Awin kembali tenang. Aku perlahan lahan naik ke atas. Jemaah di surau mahu mula solat. Aku fikir mahu solat dirumah sahaja. Sebab risau akan Hajar.
Aku tatap tangga itu satu satu. Kepala aku berputar-putar. Betul ker ini? Atau aku mimpi atau dorang prank aku?
Aku menolak pintu rumah.

Semua berkerumun di hadapat ruang tamu.

"Kenapa ni?" Tanya aku perlahan.
"Hajar pergi mana entah tadi. Dia balik terus dia pengsan. Tu yang kitorang baringkan dia kat sini tu."
"Okay takpe. Biar dulu. Aku mandi kejap. Lepas tu kita baca Surah Yassin okay"

Aku keluar dari tandas. Segar sikit badan bila dah mandi ni. Aku mengambil kain batik dan menutup kepala aku.

"Dah, Jom lah, kita baca yassin" Aku mulakan pembacaan Surah Yassin malam itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Kali ke-11 merangkap yang terakhir Selawat Nabi sebelum masuk ke Surah Yassin, Hajar bangun dari tidurnya sambil menjerit.

"AAAAARRRRGGGGHHHHHH!!!!!" pembaca dapat tak bayangkan macam mana cara dia bangun? Yes! Macam itu! Macam orang yang tengah tidur dirasuk dan bangun tiba tiba. Housemate aku semua lari lintang pukang tinggalkan aku sendiri dengan Hajar. Tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya perasaan aku ketika itu. Sampai satu ayat pun tak mampu aku keluarkan. Hanya aku ingat, aku menjerit "ALLAHUAKHBAR! ALLAHUAKHBAR!" dengan tangan kanan aku dinaikkan seolah menunjukkan betapa  Maha Esa nya ALLAH SWT! Tapi, potong betul lah, masa tangan aku tengah tunjuk atas, tengah pekik pekik, dengan kain batik dekat kepala, budak laki rumah atas bergegas masuk rumah. Memang malu gila lah muka aku masa tu. Terus aku berlalu ke hadapan rumah. Rasa nak ketawa tapi macam malu pula. Kah kah kah!

Macam biasa, Hajar pengsan lagi. Malam itu, bukan aku sahaja yang tidur diruang tamu. Tapi seluruh housemate aku semuanya tidur diruang tamu. Hajar diletakkan hujung sekali dan aku disebelah Hajar. Aku tidur sambil tangan aku memegang tangan Hajar. Bila dia tergerak sedikit sahaja, aku selawat. Lepas tu dia senyap. Tergerak lagi, aku baca ayat kursi pula. Sampai lah besok pagi.

Pagi itu, Hajar diambil oleh kakak dan abangnya untuk dibawa berubat...

*****

Setelah Hajar diyakini sihat walafiat bebas syaitan dalam badan, dia pulang ke pangkuan kami. Hajar menceritakan segalanya.

"Aku pergi berubat. Rupanya, ustaz tu cakap, ada orang hantar barang dekat rumah aku. nak hantar dekat mak aku. Tapi aku terlangkah benda tu. Jadi benda tu dalam badan aku. Terkurung! Tapi dia tak kacau sebab mangsa dia bukan lah aku. cuma dia makan tenaga aku. sebab benda macam tu memang makanannya tenaga! Lepas tu pulak, bila dekat sini, ada benda lain nak masuk dalam badan aku. Bila nak masuk, tak boleh. Sebab badan  aku berpenghuni! Jadi dorang bergaduh. Sebab tu aku yang lemah sangat! Dan masa aku berubat, abang dan kakak aku cakap, aku tendang ustaz tu sampai kain pelekatnya nak tercabut! hahaha! Sebenarnya aku pernah kena rasuk. Masa dekat tapak cammping dekat Tasek Utara. Orang cakap aku teruk masa tu. Lari laju gila. Tak ada orang boleh kejar. Kau ingat tak yang malam Awin kena rasuk? Aku pergi rumah Awin nak cari kau. Tapi orang kata kau tak ada. Kau dekat surau sebab Awin kena rasuk. Aku nak carik kau dengan Awin. Tiba tiba aku dengar orang jalan sebelah aku tapak kakinya laju macam berlar, kuat macam tengah sengaja hentak kaki. Aku berhenti jalan, benda tu pass by aku. Dia jalan sebelah aku. Putih! Tu yang aku lari terus pengsan"

Kisahnya... Bila dia dah sekali kena rasuk, memang berpotensi akan kena lagi sebab lubang untuk 'benda' tu masuk dah ada. Dan Awin pula, masa dia satu sekolah dengan aku, aku memang pernah dengar cerita dia kena rasuk gigit bibir sampai berdarah!

Nak dijadikan cerita, Warden kami cerita. Sebenarnya, malam yang Makcik dengar orang Azan, malam pertama yang Hajar kena rasuk tu, Sebenarnya budak rumah atas kami kena rasuk. Duduk dalam tandas taknak keluar. Pekik pekik dan  dia ada lukis. Katanya nampak dekat tingkap. Ada orang datang. Dia lukis seperti betul betul pelukis! Hitam panjang rambutnya. Dan Warden masih simpan lagi gambar tu (pada masa itu) tapi tidak akan ditunjuk takut ada yang kena rasuk lagi. Budak yang pertama kena rasuk tu pun dah diberhentikan kerana mak bapak dia takut dia kena rasuk lagi rasanya.


Jadi, ini lah pengalaman seram aku sepanjang 23 tahun aku hidup. Alhamdulillah, dengan mata kepala aku sendiri, aku belum pernah jumpa apa apa depan mata. Cuma pernah benda tu kacau aku masa aku tengah 1 bulan insomnia. Nanti aku cerita lah yang itu. tak ada lah takut sangat pun! haha!


P:S -  Cerita ini adalah kisah benar. Cuma, mungkin nama watak watak sampingan tu ada silap silap sikit sebab aku dah tak ingat. Tapi, cerita ini rasanya masih lagi sahih lah dalam pemikiran aku.










1 comment:

  1. aku baca ni dalam rasa seram sejuk, tapi dlm masa yg sama nak gelak gelak. kakakkakakakah amende lu

    ReplyDelete