Friday 2 August 2013

MAKANAN BUKAN PERIUK API KL#7


Diam tak diam, bising tak bising, dah masuk yang ke tujuh dah MBPAKL ni. Teringat lagi yang paling pertama sekali, January 2012. Masa tu cuma 6 orang sahaja. Kami bertapak di Masjid Jamek.

Alhamdulillah kini, di KL dah masuk yang ke-7, MBPA JB dah 4 kali, dan MBPA PERAK sekali. Ini satu kejayaan yang besar bagi aku, Amy dan Kolektif Sarata dan Team MBPA (MBPA Rangers)

Apa motif aktivitas ni?
-Motifnya, tidak lebih daripada beramal, berkongsi dengan mereka yang memerlukan. 100% lahir dari sifat perikemanusiaan. Kami percaya, rezeki ada dimana mana, jadi tak ada salahnya, kami memberi sedikit dari apa yang kami dapat. Tuhan tu beri rezeki bukan untuk kedekut, yedak?

MBPA tak terikat dengan mana mana rules and regulation. Segalanya datang dari niat individual tetapi di-ekspres secara berkumpulan. Apa yang anda bawak, itu yang anda beri. Kami bukan NGO apatah lagi terdiri dari parti parti politik kiri atau pun kanan. Disini kami bebas bertindak sebagai seorang manusia yang punya hati perut.

Kepada pembaca yang mahu tahu lebih lanjut tentang MBPA, anda boleh search di facebook : Kolektif Sarata.


Sekian, Terima Kasut.



dfn.-

No comments:

Post a Comment