Friday 2 August 2013

Introduksi Diri

Hi semua.

Ini bukan lah blog aku yang pertama. Ini blog aku yang ketiga merangkap blog personal aku yang kedua.

Kenapa aku buat blog baru?
Kerana hidup aku sudah bergerak ke arah yang baru. Tidak lagi hidup dalam kenangan silam yang hanya bisa buat aku terduduk telungkup. Kini aku sudah menjadi superwoman. Okay, biar aku perkenalkan diri.

Nama aku Diffan. Nama penuh aku tak perlu lah aku beritahu. Nanti kau orang terkejut pula sebab nama aku terlalu nais. Aku berumur 23tahun pada tahun ini, sudah berkahwin kepada seorang lelaki berumur 29tahun. Belum punya cahaya mata. Bekerja di sebuah syarikat yang gah di Singapura namun, di Malaysia baru mengukir nama. Anak kedua dari tiga orang adik beradik. Anak perempuan seorang yang sangatlah keras kepala.

Tidak ada apa yang istimewa. Hanya wanita biasa, seperti wanita lain, seperti isteri lain seperti anak lain. Tidak berharta, jarang sekali hendak bergaya. Apa yang ada juga kena.

Jadi, selebihnya, kau akan lebih kenal aku berdasarkan cerita cerita hidup aku.

No comments:

Post a Comment