Monday 5 August 2013

Motosikal Power

Ni ari gua dan hasben ditimpa musibah.

Pagi pagi lagi kami da bertelagah kerana kucing. kisahnya, kami ni kan duk menumpang kat rumah orang. bila menumpang ni, engkorang paham paham je lah kan. hosmet dah kemas rumah bersih bersih sebelum dia bercuti raya semalam. gua ni, kesian dekat kucing kucing kat rumah ni kena duduk kat balkoni. risau hujan atau bunuh diri sebenarnya.

bila balik pulak, hasben amek gua kat tempat kerja. katanya nak tengok tempat servis kereta. biasanya, gua akan tunggu hasben Sri Rampai. tapi tu lah, tukar plan katanya. So, kami pun bergerak menuju ke rumah. pasal tempat servis kereta tu dekat area rumah sebenarnya. tapi kalau hasben amek gua dari Sri Rampai memang tak lalu tempat servis kereta tu.

Sekali masa otw nak balik, kami singgah Petronas deret Tabung Haji tu, nak pam tayar. Hasben cakap, pam tayar senang sikit nak menyelit. lepas tu, kami pam tayar belakang dulu. Masa nak pam tayar depan, angin dia keluar. tapi tak bocor. Angin keluar dari pin dia. Gua da pelik. Nak pam tak boleh. Kami cuma ke Caltex sebelah Petronas. Pun tak boleh. Ah, sudah! Terus hasben call "Tukar Tiub" yang number nya ada di lantai lantai situ. 15mins kemudian abang tukar tiub datang dan tukar pin tayar kami. kena RM25. hmm okay lah.

Masa dekat area depan sebelum Param kat Keramat AU sana, hasben bawak agak laju tak de lah laju sangat. normal speed sampai dekat satu simpang, Pakcik tak perasan kita tgh jalan, kita pun tak perasan pakcik tengah keluar simpang, dan HUH! JADILAH KOKO CRUNCH!. terbaring kejap atas jalan raya. (takde lah terbaring sangat pun), terus gua rasa kaki gua pedih semacam, gua tengok, seluar kerja dah ada bekas darah. tapi tak koyak pula, kebal semacam seluar gua ni. haha. terus gua bangun, pergi kat bahu jalan, gua duduk gua tengok luka gua, ok nais, beso beso ni, kiri kanan kaki. hais. time tu belum bengkak lagi.

Hasben pergi settle dengan Pakcik tersebut. Tokojut pakcik! Pakcik tu takde pape. cume lampu dia pecah rasanya. Dia tak perasan, yang gear motor gua dah hancur. Dia perasan side mirror jer yang pecah. Pakcik tu hulur RM30. Sebaik pakcik tu gerak, baru hasben perasan gear hancur. tak boleh masuk dan turun gear. Adeh. Hasben pun terpaksa lah jalan pegi kedai motor. Nasib baik ada kedai motor kat area sana. Gua tunggu kat motor jer. Sebab takut motor kena curik satu hal, gua punya kaki dah start denyut pun satu hal.

40 mins lepas tu, hasben datang dengan apek kedai motor. Di angkutnya motor kami ke 4x4 nyer. Kami terus menuju ke bengkel. selesai urusan resit, kami terus naik teksi pulang ke rumah.

Gua rasa kaki gua macam sakit gila ni! Gua bukak je seluar, haa tooo diaaaa. Bengkak gila. dah macam ada dua lutut dah. Kesian hasben serba salah. Tapi ni kira lesson lah. Sebab selalunya, gua akan ingatkan hasben supaya jangan laju. Tapi tadi gua tak ingatkan dia. sebenarnya, gua cuba hilangkan paranoid dengan tak pekik kat hasben suruh slow. malahan, gua makin paranoid. Lepas ni memang susah lah citer dia nak tengok gua naik motor. Hais.. Takpe lah, Allah nak uji kami ni kalau kalau kami sabar atau tidak masa bulan puasa ni.

Masa berlanggar tu, gua tak fikir nak marah, sebaliknya gua fikir, apa yang gua buat hari ni? Kenapa Allah uji aku dengan ujian macam ni. Mungkin kerana gua hanya mampu melihat kucing kucing di balkoni, mungkin sebab pagi hari ni gua bertelagah dengan hasben. Yang penting, gua tahu, ada pengajarannya untuk aku dan hasben, ada hikmahnya. Mungkin juga Allah nak hapuskan dosa kami. Mungkin juga Allah sayang kami sebab tu Dia beri ujian ini. Yang penting, Allah masih ingat kami..


Sekarang pukul 0133, gua terbangun dari tidur kerana kaki denyut. -.-



dfn.-

No comments:

Post a Comment