Monday 5 August 2013

Selamat Hari Raya

Pagi ini aku da hasben akan mengatur langkah ke Johor Bahru buat pertama kalinya, untuk pulang beraya dan untuk pertama kalinya juga, hasben akan drive jauh. Mohon anda doakan perjalanan kami selamat pergi dan selamat kembali.

Di kesempatan ini, aku ingin menyusun 10 jari tangan, dan 10 jari kaki memohon ampun dan maaf. Sebagai seorang yang boleh tahan loud, seorang wanita yang berpe'el jantan, konfirm ada ter-sakitkan hati sesiapa. Maafkan aku atas perangai kasar aku, maafkan aku atas "tak berniat" atau "berniat" aku mengata atau ter-mengata, maafkan aku menulis tanpa memikirkan perasaan orang lain yang mungkin akan tersinggung dek kata kata pedas tak berhemah aku.

Kawan-kawan yang mengenali aku, kalau aku bukan kawan yang baik selama ini, engkau maafkan lah aku. Sesungguhnya, aku cuba yang terbaik dalam perhubungan ini. Kawan tetap akan menjadi kawan.

Kawan-kawan yang dulu kawan sekarang dah tak kawan, maafkan aku kerna mungkin aku bertindak perangai serupa beruk makyeh membuatkan korang tak selesa dan mungkin aku juga tak selesa dengan korang kerana korang juga berperangai beruk makyeh, maaf sekali lagi. Ada jodoh, jumpa anda lain tahun, dan mungkin masa itu, kite dah matang dan masing masing boleh bertegur sapa semula

bekas bekas pakwe/skandel, maafkan aku sebab berperangai syaiton semasa berkawan rapat dengan kamu, maafkan aku sebab mungkin kamu masih berdendam dengan aku yang dulu, tapi aku dah berubah. aku bukan aku yang dulu. aku sudah bina hidup baru, mohon doakan lah kebahagiaan aku dan maafkanlah segala perbuatan aku. aku juga harap kau orang bahagia di dunia dan akhirat.

strangers, maafkan aku kerana mungkin kau akan stalk aku kerana terancam dengan kewujudunnya aku, ketahuilah kamu, aku tiada apa yang istimewa untuk kau rasa terancam. aku juga maafkan kamu kerana kamu stalk aku. :)

So, basically, Hari Raya, aku akan minta 0-0 dengan sumorang, so, tahun ni pun.... 0-0 eh sume!!

Pandu cermat jiwa selamat.
Selamat Hari Raya!



dfn.-

2 comments:

  1. selamat hari raya dfan baby & husband.take care, pastikan selamat ke destinasi <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Kakten!! In Shaa Allah dan Selamat Hari Raya juga untuk kakten dan eddy :)

      Delete