Sunday 4 August 2013

Report : MBPA KL#7

Alhamdulillah. Amin ya rab semua nya lancar. Walaupun banyak benda last minute yang terjadi.


11am - Aku dan hasben bangun. Hasben tolong hosmet pasang meja sementara aku, pergi mandi. terus kami get ready barangan yang perlu.

12pm - Bertolak ke Semenyih. Thanks kepada Nadia kerana sudi menyumbang bihun dan beras dan sedikit lagi bahan yang lain.

3.30pm - Sampai semula di KL. Singgah di Taman Shamelin untuk beli bahan tambahan untuk masak.

4pm - Menuju ke rumah untuk ambil periuk nasi, kuali dan blender. (last minute planning).

5.30pm - Ke Jelatek untuk mengambil rakan dari Singapura yang akan bersama dengan team MBPA pada hari tersebut

6pm - menuju ke Bandar Tasik Pemaisuri, ke rumah Kesi untuk main masak masak.

7.30pm - Sampai ke rumah Kesi terus berbuka puasa.

8.50pm - Mula memotong bahan.

12am - keluar dari rumah bertolak ke Masjid Jamek (kelewatan sangat sebab kami masak banyak.)

1am - berkumpul di Masjid Jamek, Paan memberi sedikit kata dua, membuat pecahan grup grup. dan akan bertolak sebentar lagi

1.20 am - Grup pertama bergerak, diikuti grup kedua dan ketiga.

3am - grup pertama dan kedua sampai. dan bergerak semula (untuk menghabiskan makanan dan minuman serta pakaian)

4.15am - semua grup sampai di Base. Berbual sebentar untuk minta pendapat rakan yang datang, ambil gambar dan bersurai.


Seriously, di KL ramai macam ni. 100 orang rasanya. Alhamdulillah sangat. Yang join MBPA kali ini, terdiri daripada pelbagai orang, dari seorang punk, hardcore, skinhead, ultras team bolasepak, tabligh, pelajar kolej/universiti, dan orang orang biasa. Pada saat itu, kami memandang satu sama lain sebagai manusia biasa, manusia sama, manusia yang mempunyai hati perut. Tiada term "kau, kau, aku, aku." kita semua sama.

Since kita punya makanan lambat habis hari tu, dan menyebabkan grup grup lambat pulang ke base, jadi kite tak sempat nak adakan public speaking. kite cuma sempat ice-breaking sesikit jer. tapi takper. next time, kita akan cuba untuk ngam kan lagi masa -masa dlm aktiviti ini.


Pembaca blog ni, kalau nak tengok Koleksi gambar gambar  MBPA KL, MBPA JB, MBPA PERAK, boleh lah usha facebook KOLEKTIF SARATA.

Trimas kepada semua yang hadir, semua yang terlibat dalam this event. :)

No comments:

Post a Comment